Walaupun telefon pintar masa kini semakin canggih dan boleh digunakan untuk pelbagai fungsi.
Tetapi, saiz telefon pintar yang terlalu kecil menyukarkan pengguna untuk menyiapkan tugasan penting.
Dengan wujudnya tablet yang ringan dan mempunyai gabungan fungsi yang hampir sama seperti sebuah telefon pintar dan laptop.
Alat teknologi tersebut, semakin mendapat tempat di hati penggemar gajet.
Berikut terdapat beberapa jenama tablet terbaik dan berkualiti di pasaran Malaysia 2023.
Contents
1. Tablet Terbaik di Malaysia iPad Pro 5th Gen
Spesifikasi:
- Chipset: M1 Chip
- OS: iPadOS 15
- RAM: 8GB pada model 128GB, 256 GB & 512 GB, 16 GB pada model 1TB & 2TB
- Storage: 128GB, 256GB, 512 GB, 1TB, dan 2TB
- Skrin: 12.9-inch, resolusi 2732 x 2048
- Berat: 682 gram
Kelebihan:
- Saiz storage besar.
- Menggunakan M1 Chip.
- Mempunyai fungsi Face ID untuk extra security.
Kekurangan:
- Harga mahal.
- Perlu digunakan bersama Apple Pencil (2nd generation).
Tablet iPad Pro 2023 mempunyai pelbagai saiz storage boleh dipilih mengikut kemampuan dan kesesuaian pengguna.
Tambah, tablet ini menggunakan Chipset M1 chip yang paling berkuasa dan laju sekaligus dapat memudahkan kerja anda.
Bateri iPad pula boleh bertahan sehingga 10 jam jika digunakan untuk melayari internet menggunakan Wi-Fi.
JOM BACA : Laptop Terbaik Murah di Malaysia
Manakala, untuk penggunaan Wi-Fi + Cellular bateri dapat bertahan selama sembilan jam.
Selain tu, tablet canggih ini juga mempunyai 12.9” Liquid Retina XDR Display di mana saiznya cukup sesuai untuk mereka yang berkecimpung dalam bidang digital art.
Liquid Retina XDR Display pula bakal memberikan anda colour accuracy yang cukup jelas dalam setiap gambar dan video.
Harga Tablet Terbaik di Malaysia: RM4,799.00
2. Tablet Terbaik di Malaysia Apple iPad Air 4th Generation
Spesifikasi:
- Chipset: A14 Bionic chip
- OS: iPadOS 14
- Storage: 64GB, 256GB
- Skrin: 10.9 inci, resolusi 2360 × 1640
- Berat: 458 gram
Kelebihan:
- Menggunakan Touch ID.
- Menyokong Apple Pen 2nd Generation.
- Pilihan warna menarik.
Kekurangan:
- Kapasiti storage tidak banyak pilihan.
Dengan berat yang hanya 458 gram, tablet ini praktikal untuk guru-guru untuk digunakan ketika sesi pengajaran.
Tablet ini juga menyokong penggunaan Apple Pencil 2nd generation, jadi kerja-kerja seperti membuat presentation slides atau video dapat disiapkan dengan mudah oleh para pengajar.
Dengan kapasiti storage sebanyak 64GB atau 256GB dapat memudahkan pendidik untuk menyimpan bahan mengajar seperti fail PDF, video dan kerja sekolah pelajar.
iPad Air ini yang hadir dengan lima pilihan warna yang menarik juga dilengkapi dengan A14 Bionic Chip untuk pemprosesan yang lancar.
Harga Tablet Terbaik di Malaysia: RM3,049.00
3. Tablet Terbaik di Malaysia Microsoft Surface Go 2
Spesifikasi:
- CPU: Intel® Pentium® Gold Processor 4425Y
- OS: Windows 10 Home dalam mod S
- Storage: 4GB/8GB RAM, 128GB SSD, 64GB
- Skrin: 10.5 inci, 1920 x 1280 (220 PPI) resolusi
- Berat: 544 gram
Kelebihan:
- Mempunyai kickstand yang boleh dilaraskan sehingga 165 darjah.
- Kualiti kamera bagus.
- Bateri tahan lama.
Kekurangan:
- Mempunyai 1 USB-C port sahaja.
Jenama tablet yang menggunakan Windows ini adalah 2 in 1 tablet di mana boleh digunakan sebagai tablet dan juga laptop. Cuma perlu membeli papan kekunci fizikal.
Komputer tablet ini menyokong penggunaan Surface Pen untuk kegunaan menulis nota pada Sticky Notes atau mahu melakar sesuatu idea pada aplikasi.
Paling penting, gajet dari Microsoft ini dilengkapi dengan Dual Studio Mics.
Jadi, akan memudahkan kerja individu yang menggunakan tablet ini untuk menyertai online meeting.
Microsoft Surface Go 2 juga hadir dengan user manual, jadi tak perlu risau jika keliru dengan cara penggunaannya.
Harga Tablet Terbaik di Malaysia: RM2,028.00
4. Tablet Terbaik di Malaysia Microsoft Surface Pro 7
Spesifikasi:
- CPU: Quad-core 10th Gen Intel® Core™ i5-1035G4
- Processor: Windows 10 Home
- Storage: 128GB, 256GB, 512GB
- Skrin: 12.3”
- Berat: 775 gram
Kelebihan:
- Bateri tahan sehingga 10 jam.
- Mempunyai kickstand yang boleh dilaras.
- Menyokong penggunaan Surface Pen.
- Skrin paparan jelas.
- Ada USB-C dan USB-A.
Kekurangan:
- Papan kekunci harus dibeli berasingan.
- Harga mahal.
Dengan saiz skrin 12.3 inci, tablet jenama Microsoft ini, anda boleh anda melihat gambar atau video dengan jelas.
Selain tu, tablet ini turut dilengkapi dengan spesifikasi processor Quad Core 10th Intel i5 yang akan membolehkan anda bermain game dengan lancar.
Malah, pengguna juga boleh menukarkan tablet ini menjadi laptop dengan papan kekunci fizikal. Jadi, setiap tugasan juga dapat diselesaikan dengan mudah.
Paling best, jenama ini mempunyai storage 8GB RAM dan 128 SSD.
Jadi, pengguna boleh menyimpan pelbagai jenis aplikasi online games dalam tablet ini.
Harga Tablet Terbaik di Malaysia: RM4,299.00
5. Tablet Terbaik di Malaysia Samsung Galaxy Tab S7 Plus
Spesifikasi:
- CPU: Qualcomm Snapdragon 865 Plus
- OS: Android 10, One UI
- Storage: 6GB/8GB
- RAM: 128GB/256GB ROM
- Skrin: 12.4 inci + Super AMOLED
- Bateri: 10,090mAh
- Berat: 575 gram
Kelebihan:
- Mempunyai 4 stereo speaker.
- Dilengkapi dengan Samsung Pen.
- Menggunakan teknologi fast charging.
Kekurangan:
- Tiada headphone jack.
Tablet Samsung Galaxy Tab S7 Plus sesuai untuk mereka yang gemar bermain games di skrin yang lebih besar berbanding skrin smartphone.
Tambah pula, tablet ini mempunyai slot microSD, jadi anda boleh menambah saiz storage sehingga 1TB.
Jangan risau, jika terpaksa bekerja sepanjang hari dengan tablet terbaik dari Samsung ini kerana adanya CPU Snapdragon 865+ chipset anda akan dapat melakukan tugasan tanpa sebarang gangguan.
Selain tu, pengguna juga boleh merakam video 4K dan sesuai untuk mereka yang sering menggunakan online meeting ketika bekerja kerana mempunyai kamera depan 8MP yang cukup jelas.
Harga Tablet Terbaik di Malaysia: RM3,199.00
6. Tablet Terbaik di Malaysia Samsung Galaxy Tab S6 Lite
Spesifikasi:
- CPU: Quad Core 2.3GHz + Quad core 1.7 GHz
- OS: Android 10
- Storage: 4GB
- RAM: 64GB/128GB
- Skrin: 10.4 inci
- Bateri: 7,040mAh
Kelebihan:
- Bateri tahan lama.
- Hadir dengan Samsung Pen.
- Ringan.
Kekurangan:
- Kualiti kamera depan sederhana.
Tablet yang mempunyai saiz skrin 10.4 inci dan mempunyai S Pen yang telah tersedia, memang sesuai untuk pelajar dna mereka yang bekerja.
Berat tablet 465g membolehkan pengguna bawa tablet Android ini ke mana sahaja untuk menyelesaikan tugasan atau bersosial melalui internet.
Malah, tablet ini mampu membuka lebih daripada satu window dalam satu masa dan ini menjadikannya tablet terbaik untuk mereka yang belajar secara dalam talian.
Paling best, ia juga mempunyai slot MicroSD sehingga 1TB khas untuk anda yang memerlukan kapasiti storage yang lebih besar.
Harga Tablet Terbaik di Malaysia: RM1,479.00
7. Tablet Terbaik di Malaysia Huawei MatePad T10s
Spesifikasi:
- CPU: Kirin 710A
- OS: EMUI 10.1
- Storage: ROM (2GB/3GB), RAM (32GB/64GB)
- Skrin: 10.1 inci, resolusi 1920 x 1200 pixels
- Bateri: 5,100 mAh
Kelebihan:
- Mempunyai fungsi App Management & Screen Time Management.
- Ringan, hanya 450 gram.
- Ada fungsi perlindungan mata.
Kekurangan:
- Kualiti kamera sederhana.
- Tidak mempunyai flash.
Tablet model ini pula mempunyai pelbagai jenis fungsi yang boleh membantu ibu bapa mengawal penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak mereka.
Antaranya ibu bapa boleh mengawal akses kanak-kanak terhadap sesuatu aplikasi dan boleh dipantau melalui App Management manakala tempoh screen time anak-anak juga boleh dihadkan.
Selain tu, tablet ini mempunyai TUV Rheinland yang akan melindungi mata daripada paparan cahaya biru dari skrin yang dapat merosakkan mata.
Waktu malam pula, pengguna boleh menukar cahaya skrin kepada mod gelap.
Paling best, ia juga boleh digunakan untuk seisi keluarga kerana turut disertakan dengan mod eBook jika ibu-bapa mahu membaca bahan bacaan dalam talian.
Harga Tablet Terbaik di Malaysia: RM899.00
8. Tablet Terbaik di Malaysia Huawei MatePad Pro
Spesifikasi:
- CPU: Kirin 9000E Chipset
- OS: HarmonyOS 2
- Storage: 256GB
- Skrin: 12.6”, resolusi 2560 x 1600
- Bateri: 10,050mAh
- Berat: 609 gram
Kelebihan:
- Skrin paparan OLED FullView.
- Menyokong fungsi Multi Window.
- Rekaan yang ringan dan tipis.
- Boleh digunakan dengan Huawei M-Pen 2nd Generation.
Kekurangan:
- Harga agak mahal.
Tablet Huawei Matepad Pro memiliki saiz skrin hampir sama dengan Apple iPad Pro.
Jadi, pengguna yang mahukan kepuasan ketika bekerja dari rumah boleh masukkan gajet ini dalam wishlist anda.
Kualiti kamera pula lebih daripada cukup untuk anda yang sering menyertai video conference.
Kerana, mempunyai triple camera pada bahagian belakang dimana turut dilengkapi dengan kamera wide angle.
Sistem bunyi tablet ini, juga tidak mengecewakan kerana mempunyai 8 speakers.
Paling penting, kapasiti bateri juga boleh bertahan sehingga 15 jam (bergantung pada kecerahan skrin).
Jadi, tablet ini sesuai untuk individu yang mempunyai jadual kerja yang padat.
Harga Tablet Terbaik di Malaysia: RM3,799.00
9. Tablet Terbaik di Malaysia Lenovo Tab M8
Spesifikasi:
- CPU: Mediatek Helio A22 Processor 2.0Ghz
- OS: Android 9.0 (Pie)
- Storage: 2GB/3GB
- RAM: 16GB/32GB ROM
- Skrin: 8.0 inci
- Berat: 305 gram
- Bateri: 5000mAh
Kelebihan:
- Waranti 1 tahun.
- Harga yang berpatutan.
- Rekaan agak menarik.
- Skrin HD 8 inch.
Kekurangan:
- Kualiti kamera tidak begitu memuaskan.
Untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad, kami syorkan beli tablet Lenovo Tab M8 kerana harganya berpatutan.
Walaupun tablet ini dikatakan murah tapi jangka hayat bateri mampu bertahan lama selama 14 jam bergantung pada corak penggunaan.
Dengan kapasiti storage 32GB, gajet ini sesuai untuk mereka yang menggunakan tablet dalam setiap pekerjaan seharian kerana mempunyai slot microSD sehingga 128GB.
Selain tu, juga disertakan dengan pengecas jadi anda tak perlu untuk dapatkannya secara berasingan.
Harga Tablet Terbaik di Malaysia: RM575.00
10. Tablet Terbaik di Malaysia Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus
Spesifikasi:
- CPU: Mediatek MT6762 Helio P22T (12 nm)
- OS: Android 10
- Storage: 4GB RAM & 64GB ROM
- Skrin: 10.3 inci, resolusi 1280 x 1920 pixels
- Bateri: 5000mAh
Kelebihan:
- Skrin Full HD yang cantik.
- Rekaan bentuk yang selesa untuk dipegang.
Kekurangan:
- Saiz RAM yang kecil.
Tablet dengan skrin bersaiz 10.3 inci agak besar jadi sesuai untuk mereka yang work from home.
Malah, tablet ini dilengkapi speaker Dolby Atmos yang dapat memberi bunyi yang jelas ketika online meeting atau menonton video.
Bagi kunci keselamatan, tablet ini mempunyai teknologi pengesanan wajah, jadi dapat dibuka hanya dengan menggunakan senyuman.
Bagi yang enggan bergantung sepenuhnya kepada Wi-Fi pula, mereka boleh menggunakan kad sim dalam tablet Lenovo ini.
Harga Tablet Terbaik di Malaysia: RM845.00
11. Tablet Terbaik di Malaysia Teclast P20HD
Spesifikasi:
- CPU: UNISOC SC9863A Octa Core
- OS: Android 10
- Storage: 4GB RAM, 64GB ROM
- Skrin: 10.1 inci, resolusi 1920 × 1080
- Bateri: 6000mAh
- Berat: 513 gram
Kelebihan:
- Skrin yang agak luas.
- Mempunyai Dual-Band Wi-Fi.
- Rekaan Moden.
Kekurangan:
- Kualiti kamera kurang memuaskan.
- Bateri hanya bertahan sehingga 7 jam.
Dengan berat 513g, tablet ini sesuai untuk penggunaan secara sederhana yang tidak melibatkan kerja-kerja yang terlalu berat.
Rangkaian internet pula mampu menyokong sehingga kelajuan 4G, jadi tak perlu risau tentang kelajuan internet.
JOM BACA : Monitor Ultrawide Murah di Malaysia
Kehadiran fungsi gesture navigation pada Android 10 ini dapat memudahkan anda untuk mengakses tablet ini.
Skrin paparan full HD yang dapat memberikan anda gambaran jelas dan memuaskan terutama ketika menonton video.
Harga Tablet Terbaik di Malaysia: RM599.00
Itulah beberapa jenama tablet terbaik dan berkualiti murah di Malaysia yang mesti anda ketahui.
Semoga dapat membantu dan bermanfaat untuk anda semua. 😀