Terdapat pelbagai fungsi yang menarik ditawarkan tablet pintar jenama Samsung ini.
Tetapi, tablet Samsung ini bergantung kepada spesifikasi tablet dan sistem yang dipilih.
Ada tablet dengan resolusi tinggi anda boleh menonton filem dan video dengan lancar.
Selain tu, dilengkapi dengan sistem pembesar suara untuk memberikan pengalaman terbaik semasa berhibur.
Sebarang tugasan kerja atau aktiviti seharian boleh dikemaskini melalui tablet Samsung.
Ciri-ciri dari tablet pintar Samsung ini sama dengan sebuah laptop, tetapi dalam sistem yang padat dan saiz kecil.
Contents
1. Samsung Galaxy Tab S8
Spesifikasi Tablet Samsung Terbaik di Malaysia:
- CPU: Octa Core
- OS: Android 12
- Storage: 128GB sehingga 236GB
- Skrin: 11”
- Bateri: 8000mAh
- Berat: 503 gram
Kelebihan:
- Rekaan bentuk premium.
- S Stylus Pen disediakan.
Kekurangan:
- Fingerprint yang tidak begitu tepat pada skrin.
Tablet yang segar dari ladang keluaran Samsung ini menggunakan CPU Octa Core.
CPU yang digunakan dipercayai dalam kelancaran semasa penggunaan.
Lebih-lebih lagi, bagi sebuat tablet yang memainkan peranan penting dalam kegunaan seharian pengguna yang menggunakan.
Menggunakan OS Android 12 iaitu OS paling latest dari Android memberikan pengguna merasai pelbagai feature baharu dari Android.
Storage yang disediakan mempunyai dua variasi iaitu 128GB dan 256GB.
Bagi pengguna yang terdiri dari kalangan pelajar, 128GB sahaja sudah cukup untuk menyimpan pelbagai jenis assignment.
RAM yang terdapat pada tablet ini pula sebanyak 8GB. Sama seakan sebuah laptop, RAM ini sudah cukup untuk melancarkan kerja pengguna.
Skrin seluas 11” pada tablet ini, mempunyai kecerahan serta tona warna yang sangat jelas. Resolusi skrin ini iaitu 1600 x 2560 pixels.
Apa yang lebih menarik iaitu protection pada skrin ini adalah dari Corning Gorilla Glass 5.
Bagi kaki game, jangan risau skrin pada tablet anda tidak akan senang pecah jika anda balingnya ketika kalah permainan.
Berbekalkan bateri berkapasiti 8000mAh boleh tahan sehingga seharian.
Lebih menarik lagi berat tablet ini hanya 503 gram. Pengguna boleh membawanya kemana-mana sahaja.
Harga Tablet Samsung Terbaik di Malaysia: RM3,299-RM5,899
2. Samsung Galaxy Tab A 8.0 T295 (LTE Version)
Spesifikasi Tablet Samsung Terbaik di Malaysia:
- CPU: 2.0GHz Quad-Core
- OS: Android 9.0 Pie
- Storage: 32GB
- Skrin: 8 inci
- Bateri: 5,100mAH
- Berat: 374 gram
Kelebihan:
- Badan logam tahan lama.
- Kamera utama yang baik.
- Bateri tahan lama.
Kekurangan:
- Kualiti kamera depan kurang memuaskan.
Tablet ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya boleh digunakan dengan simkad ataupun WiFi.
Ianya juga mempunyai ciri asas tablet, jika anda hanya mahukan gadget ekstra untuk kegunaan seharian.
Dengan harga yang murah, tablet ini menawarkan kamera sangat berkualiti dengan paparan visual dan bunyi terbaik.
Harga Tablet Samsung Terbaik di Malaysia: RM699.00
3. Samsung Galaxy Tab A7 Lite
Spesifikasi Tablet Samsung Terbaik di Malaysia:
- CPU: Octa-core
- OS: Android 11 / One UI 3.1
- Storage: 32GB /64GB
- RAM: 3GB / 4GB
- Skrin: 8.7 inci
- Bateri: 5,100mAH
- Berat: 366 gram
Kelebihan:
- Memori besar.
- Harga murah.
- Ringan.
Kekurangan:
- Resolusi skrin rendah.
Tablet ini dikeluarkan pada 18 Jun 2023, tablet terbaik yang pernah dihasilkan oleh Samsung dan telah menjadi saingan serius kepada rangkaian iPad.
Kerana, bahagian skrin Super AMOLED 12,4 inci dengan resolusi 2800×1752 dan kadar penyegaran 120Hz.
Manakala bahagian audio, tablet ini mempunyai stereo speakers pada bahagian bawah.
Model Samsung ini menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 865 Plus dan lengkapi dengan binaan logam premium yang sangat nipis dengan ketebalannya hanya 5.7mm.
Tablet Galaxy Tab A7 Lite ini, juga mempunyai sambungan 5G dan anda akan mendapatkan stylus Samsung S Pen untuk setiap pembelian secara percuma.
Harga Tablet Samsung Terbaik di Malaysia: RM681.00
4. Samsung Galaxy Tab A7 Wi-Fi
Spesifikasi Tablet Samsung Terbaik di Malaysia:
- CPU: Octa-core
- OS: Android 11 / One UI 3.1
- Storage: 32GB /64GB
- RAM: 3GB / 4GB
- Skrin: 10.4 inci
- Bateri: 7,040mAH
- Berat: 476 gram
Kelebihan:
- Boleh disambungkan Wi-Fi.
- Harga murah.
Kekurangan:
- Pilihan memori yang kecil.
Harga Tablet Samsung ini sudah menjadi pujaan para pelajar.
Ianya sangat berbaloi dengan sistem operasi Android atau One UI yang cekap dan telah dinaik taraf.
Dengan kegunaan bateri yang optimum sudah tentu anda tidak perlu khuatir tentang kekerapan mengecas.
Ia boleh terus dihidupkan sehingga 12 jam beserta fungsi pengecasan pantas.
Kepuasan menonton filem atau video ditambah dengan pemasangan 4 pembesar suara dan keluasan skrin 10.4 inci. Seolah-olah menonton di panggung wayang pula.
Harga Tablet Samsung Terbaik di Malaysia: RM859.00
5. Samsung Galaxy Tab S7 FE (T733)
Spesifikasi Tablet Samsung Terbaik di Malaysia:
- CPU: Qualcomm SM7225 Snapdragon 750G 5G (8nm)
- OS: Android 11
- Storage: 64GB
- Skrin: 12.4 inci
- Bateri: 10,090mAH
- Berat: 610 gram
Kelebihan:
- Paparan skrin besar.
- Bateri tahan lama.
Kekurangan:
- Harga mahal.
Samsung Galaxy Tab S7 FE ini dikatakan untuk gambar, kerana bahagian resolusi kamera hadapan 5.0MP sudah cukup membuatkan gambar pada skrin kelihatan terang dan jelas.
Jadi, jika ada meeting atas talian confirm visual kelihatan berkualiti.
Hanya pusingkan tab ke mod landskap dan pastikan anda berada di tengah-tengah.
Ditambah pula resolusi rakaman video FHD (1920×1080) menambahkan lagi kualiti untuk merakam momen indah bersama keluarga atau rakan.
Selain tu, dengan tablet ini anda boleh menjadi lebih kreatif dengan melukis menggunakan aplikasi PENUP menggunakan Samsung Notes S Pen.
Harga Tablet Samsung Terbaik di Malaysia: RM2,199.00
6. Samsung Galaxy Tab S7 Plus
Spesifikasi Tablet Samsung Terbaik di Malaysia:
- CPU: Qualcomm Snapdragon 865 Plus
- OS: Android 10, One UI
- Storage: 6GB/8GB
- Skrin: 12.4 inci + Super AMOLED
- Bateri: 10,090mAh
- Berat: 575 gram
Kelebihan:
- Dilengkapi dengan S Pen.
- Mempunyai 4 stereo speaker.
- Menggunakan teknologi Fast Charging.
Kekurangan:
- Tiada headphone jack.
Tablet Samsung Galaxy Tab S7 Plus mempunyai slot microSD, jadi anda boleh menambah saiz storage sehingga 1TB.
Jangan risau, jika terpaksa bekerja sepanjang hari dengan tablet terbaik dari Samsung ini.
Dengan adanya CPU Snapdragon 865+ chipset, anda akan dapat melakukan tugasan tanpa sebarang gangguan.
Selain tu, pengguna juga boleh merakam video 4K dan sesuai untuk mereka yang sering menggunakan online meeting ketika bekerja kerana mempunyai kamera depan 8MP yang cukup jelas.
Harga Tablet Samsung Terbaik di Malaysia: RM3,199.00
7. Samsung Galaxy Tab S6 Lite
Spesifikasi Tablet Samsung Terbaik di Malaysia:
- CPU: Qualcomm Snapdragon 865 Plus
- OS: Android 11 / One UI 3.1
- Storage: 64GB /128GB
- RAM: 4GB RAM
- Skrin:10.4 inci + Super Amoled
- Bateri: 7,040mAH
- Berat: 467 gram
Kelebihan:
- Sistem operasi yang cekap.
- Bateri tahan lama.
- Harga berbaloi.
Kekurangan:
- Pilihan memori yang kecil.
Tablet Samsung Tab S6 Lite ini, dilengkapi dengan S pen yang sangat efisien untuk digunakan bersama.
Anda boleh menulis, melakar, mewarna, dan menyiapkan sebarang nota kerja dengan hanya satu tablet.
Paparan skrin 10.4 inci cukup luas dan mudah dileretkan tanpa sebarang gangguan.
Sudah pasti apa jua windows tab yang baharu senang dipindahkan untuk tidak menghalang pandangan kerja anda.
Jangka hayat bateri 7,040mAH pula mampu bertahan sehingga 13 jam tanpa pengecasan semula.
Harga Tablet Samsung Terbaik di Malaysia: RM1,479.00
8. Samsung Galaxy Tab S6
Spesifikasi Tablet Samsung Terbaik di Malaysia:
- CPU: Qualcomm Snapdragon 865 Plus
- OS: Android 11 / One UI 3.1
- Storage: 64GB /128GB / 258GB
- RAM: 4GB / 6GB / 8GB
- Skrin:10.4 inci + Super Amoled
- Bateri: 7,040mAH
- Berat: 420 gram
Kelebihan:
- Resolusi skrin tinggi.
- Bateru tahan lama.
- Ringan.
Kekurangan:
- Harga mahal.
Tablet canggih ini cukup sinonim dengan pereka grafik, pelukis seni atau peminat seni lukis.
Ia dipadankan dengan S pen sebagai tools pengganti pen, pensel warna, dan berus lukisan anda.
Sebarang hasil kerja seni anda dapat dilihat dengan jelas mengikut resolusi skrin bersaiz 1600 x 2560 pixels.
Apa jua tona warna, garisan lakaran atau perincian titik seperti dilukis di atas kertas.
Ia juga mesra Wi-Fi, Bluetooth dan LTE untuk memudahkan anda berkongsi serta menghantar hasil karya melalui apa jua layar media sosial.
Dengan hanya berat 420 gram dan bersaiz kecil, ia mudah disimpan dan dibawa kemana jua.
Harga Tablet Samsung Terbaik di Malaysia: RM1,800.00
Itulah beberapa jenama tablet Samsung terbaik dan berkualiti murah di Malaysia yang mesti anda ketahui.
Semoga dapat membantu dan bermanfaat untuk anda semua. 😀