Simkad Celcom Tamat Tempoh

Hampir semua orang mempunyai simkad yang tidak digunakan untuk masa yang lama (tidak aktif).

Bagaimana jika kita nak tiba-tiba mahu menggunakan simkad tersebut lagi?

Sudah tentu anda harus memeriksa dan juga simkad tersebut masih boleh digunakan atau tidak.

Kerana, kad biasanya akan disekat secara automatik jika tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.

Sekiranya ya. Tenang sahaja, anda masih boleh mengaktifkan simkad Celcom yang disekat atau kena block.

Lantas, bagaimana cara mengaktifkan simkad Celcom yang kena block? Mari lihat perbincangannya berikut.


Ciri-Ciri Simkad Celcom Kena Block / Sekat

Ciri-Ciri Simkad Celcom Kena Block atau Disekat

Sebelum membincangkan bagaimana cara mengaktifkan simkad Celcom yang kena block mahupun sekat.

Anda terlebih dahulu mengetahui apakah ciri-ciri kad yang telah lama tidak aktif atau hangus?

  • SMS tak boleh dihantar.
  • Tiada akses internet.
  • Tidak boleh panggil nombor lain.
  • Kad sim terbaca error.

Sekiranya anda mengalami perkara seperti diatas, anda boleh memastikan bahawa simkad Celcom telah disekat.

Bukan sahaja kad lama, pada masa kini simkad baharu boleh disekat atau kena block jika anda tidak melakukan proses pendaftaran dengan betul.


Cara Aktifkan Simkad Celcom Kena Block

Cara Aktifkan Simkad Celcom Kena Block atau Disekat

Cara mengatasinya cukup mudah, sila lakukan register kembali maka secara automatik simkad anda akan diaktifkan semula.

Ia berbeza jika hasilnya melepasi tempoh tangguh, simkad Celcom hilang atau sim card rosak, sila anda melakukan kaedah berikut:

  • Pertama sekali, call atau telefon Customer Service Celcom dengan mengetik 03 36308888.
  • Kemudian, Customer Service Celcom akan memberitahu anda bahawa nombor anda disekat kerana sudah tidak aktif melebihi 50 hari.
  • Selepas tu, anda segera lawati pusat khidmat pelanggan Celcom terdekat untuk memperbaiki masalah simkad Celcom yang disekat atau kena block.
  • Terdapat kos yang mesti anda bayar untuk mengaktifkan semula simcard celcom yang mati atau disekat, iaitu sebesar RM30.

NOTA: Anda sebagai pemilik nombor Celcom harus pergi sendiri dengan membawa kad pengenalan mahupun IC untuk tujuan pengesahan.


Cara Aktifkan Simkad Celcom Tamat Tempoh

Cara Aktifkan Simkad Celcom Tamat Tempoh

Untuk mengaktifkan simkad Celcom tamat tempoh, anda dapat mengikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Pertama sekali, anda pergi ke cawangan Celcom berdekatan.
  • Bagitahu pada pegawai Celcom tu yang kita nak aktifkan balik nombor simkad Prepaid Celcom yang tamat tempoh atau “expired”.
  • Tunjukkan kad pengenalan (IC / MyKad) kita pada mereka. Di mana nombor simkad tu dulu didaftarkan atas nama kita masa buat pembelian awal-awal dulu.
  • Isi borang yang mereka berikan.
  • Mereka akan foto stat salinan kad pengenalan kita.
  • Bayar RM30. Pihak Celcom akan masukkan nilai kredit RM30 tu ke dalam akaun Celcom kita.
  • Mereka akan maklumkan kita tempoh untuk nombor tu diaktifkan semula. Kemudian, dapat la nombor tu digunakan semula.

Itulah maklumat mengenai cara untuk mengaktifkan semula simkad Celcom yang kena block dan tamat tempoh.

Semoga dapat membantu dan bermanfaat untuk anda 😀

Leave a Comment