PUK Code Digi

Semalam dah bagitahu masalah DiGi aku. Terus kepada point, ada 2 cara yang boleh anda lakukan andai sim DiGi anda disekat dan memerlukan PUK number.

Satu cara senang, satu lagi cara payah sikit tapi sekejap sahaja. Anda juga boleh menggunakannya untuk mengatasi talian digi disekat. Mahu tahu? Mari lihat caranya dibawah ini.


1. Cara Mendapatkan PUK Nombor Digi Melalui Dail

Cara Mendapatkan PUK Nombor Digi Melalui Dail

Caranya:

  • Telefon customer service DiGi 016-62211800 (sebaiknya guna DiGi orang lain untuk telefon bagi elak caj dikenakan).
  • Boleh juga telefon menggunakan talian lain (dikenakan caj).
  • Turuti sahaja arahan yang diberikan oleh operator.
Nota: “pimpin” number hanya akan ada jika anda mendaftar dengan OCS (Online Customer Service).

2. Cara Mendapatkan PUK Nombor Digi Melalui Digi Store

Cara Mendapatkan PUK Nombor Digi Melalui Digi Store

Caranya:

  • Pertama sekali, pergi ke service centre DiGi berhampiran tempat anda.
  • Berikan nombor telefon dan ic anda (pastikan owner talian DiGi yang datang).
  • Akan diberikan PUK nombor dan masukkan.
  • Simkad anda boleh berfungsi seperti biasa.

JOM BACA : Cara Mudah Aktifkan Volte Digi


Kedua-dua cara di atas tak perlu anda gunakan jika anda “MASIH SIMPAN” kad (sekali simkad itu), sebab di belakang kad tersebut terdapat PUK anda.

Aku guna cara kedua semalam. Tak sampai 5 minit selesai. Nak redah jalan yang ambil masa. Nasib baik “merempit”. 

Lain kali perhati betul-betul skrin telefon sebelum masukkan sebarang password.

Jangan biarkan orang lain terutama budak-budak pegang hp (khas buat mereka yang gunakan password).

Selamat mencuba dan semoga berjaya! 😀

Originally posted 2021-09-22 13:48:32.

Leave a Comment