[TOP] 14+ Jenama Peti Sejuk 2 Pintu Berkualiti

Anda tentu tertanya-tanya Peti Ais/Sejuk 2 Pintu murah dan terbaik di Malaysia.

Namun begitu, sebelum membuat pilihan anda perlu senaraikan ciri utama peti sejuk 2 pintu yang anda inginkan.

Setiap orang berbeza keutamaan mereka. Tetapi, sebelum itu anda harus tahu tips beli peti sejuk yang bagus.

Mahu tahu Harga Peti Ais/Sejuk 2 Pintu Terbaik di Malaysia? Jom kita semak Senarai Harga Peti Sejuk 2 Pintu Terbaik di Malaysia


Tips Beli Peti Sejuk

Tips Membeli Peti Sejuk

Terdapat beberapa tips yang dapat anda ketahui sebelum membeli peti sejuk 2 pintu, iaitu:

1. Saiz atau Ruang Dapur

Sebaiknya ukur dahulu ruang letak atau dapur untuk mencari posisi terbaik peti sejuk.

Pastikan peti sejuk diletakkan 1 cm hingga 2 cm dari jarak dinding supaya tidak menjejaskan aliran haba panas dari belakang peti.

JOM BACA : Peti Ais Mini Murah di Malaysia

Jangan lupa juga dengan ruang pintu dan kabinet dapur. Nanti timbul pula masalah tak cukup muat nak masukkan peti dalam rumah.

2. Jenama atau Model

Sentiasa pilih dengan peti sejuk dengan model terbaharu. Bukan apa, jika anda lihat pada jenama sahaja tapi bukan model, anda boleh rugi.

Kerana hampir setiap tahun jenama-jenama peti sejuk akan membaiki prestasi model peti sejuk mereka.

Ia bergantung pada aliran udara/suhu, kapasiti liter, penyusunan rak, lampu LED dan lain-lain.

3. Fungsi Tambahan

Ini bergantung kepada bajet sesebuah peti sejuk. Peti sejuka yang lebih mahal akan menawarkan pelbagai sistem atau teknologi yang terkini.

Sebagai contoh sistem nyah-bau, tempat penyimpanan air sejuk dan banyak lagi.

Itu semua bergantung pada bajet dan keperluan anda.

4. Jaminan

Carilah jenama peti sejuk yang tidak “kedekut” dengan jaminan peti sejuk terutamanya compressor peti sejuk.

Peti sejuk dengan harga bajet seperti bawah RM1000, anda masih boleh dapat dengan jaminan compressor sekurangnya 12 tahun.

JOM BACA : Peti Ais Murah dan Terbaik di Malaysia


Jenama Peti Sejuk 2 Pintu Murah di Malaysia

Terdapat beberapa jenama peti sejuk 2 pintu terbaik dan murah di Malaysia, iaitu:

1. Hisense Side by Side Silver 620L Fridge (RS666N4ACN)

Gambar ke-1 Hisense Side by Side Silver 620L Fridge (RS666N4ACN)

Gambar ke-2 Hisense Side by Side Silver 620L Fridge (RS666N4ACN)

Gambar ke-3 Hisense Side by Side Silver 620L Fridge (RS666N4ACN)

Kelebihan:

  • Sesuai untuk keluarga besar.
  • Jimat energi atau elektrik.
  • Mempunyai sistem pantauan suhu.

Kekurangan:

  • Harga agak mahal

Jika anda ada bajet lebih, punya ruang dapur yang luas atau mempunyai keluarga yang besar.

Nah, anda boleh dapatkan peti sejuk pintu side by side dari Hisense yang dijamin kualiti penyejukkan makanan yang terbaik serta sekaligus mencipta mood ruang dapur yang moden.

Ciri-ciri yang menambat hati dari model Hisense ini adalah pembekuan makanan tanpa ais.

Ini bertujuan untuk menjaga kualiti makanan terutamanya bahan basah seperti buah dan sayuran.

Sistem Super Freeze pula memastikan makanan yang disimpan akan dibekukan dengan segara supaya dapat menjamin nutrisi, rasa, dan kesegaran makanan.

Ruang penyimpanan dari peti sejuk besar ini juga cukup memuaskan hati. Ia mempunyai ruang dan rak simpanan yang berbeza dari setiap pintu.

Jadi anda boleh menyimpan tak kira berapa banyak atau saiz bekas didalamnya.

2. Toshiba 661L 2-Doors Duo Hybrid Inverter Fridge (GR-AG66MA)

Gambar ke-1 Toshiba 661L 2-Doors Duo Hybrid Inverter Fridge (GR-AG66MA)

Gambar ke-2 Toshiba 661L 2-Doors Duo Hybrid Inverter Fridge (GR-AG66MA)

Gambar ke-3 Toshiba 661L 2-Doors Duo Hybrid Inverter Fridge (GR-AG66MA)

Kelebihan:

  • Kapasiti 661L sesuai untuk menyimpan kuantiti makanan yang banyak.
  • Inverter menjimatkan tenaga.
  • Tempered glass tidak mudah pecah.

Kekurangan:

  • Harga agak mahal.

Pastinya jumlah ahli keluarga yang ramai memerlukan peti sejuk dilengkapi dengan ruangan besar untuk menyimpan pelbagai bahan makanan.

Peti sejuk Toshiba ini adalah terbaik, boleh dijadikan pilihan untuk anda yang sedang mencari peti sejuk dengan ruangan besar.

Dilengkapi dengan kompresor inverter yang menjimatkan tenaga, teknologi nyahbau dengan menggunakan Ag+ BIO Deodorizer dan LED HYBRID Deodorizer mengekalkan kesegaran barangan yang disimpan di dalamnya.

3. Hitachi R-V660P7M BBK Inverter 2-Doors Glass Refrigerator

Hitachi R-V660P7M BBK Inverter 2-Doors Glass Refrigerator

Kelebihan:

  • Rekaan sleek dan trendy.
  • Kawal suhu melalui panel kawalan sentuhan.
  • Inverter X untuk kekalkan kesegaran makanan anda.

Kekurangan:

Mempunyai ciri-ciri penyejukan yang baik melalui kipas penyejuk Inverter X, ruangan sayur dan buah-buahan yang luas serta ruang kecil poket boleh diubah mengikut kesesuaian pemiliknya.

Peti sejuk ini juga mempunyai ruang tempat menyimpan ais yang mudah untuk digunakan.

Ruangannya dilengkapi dengan gelas kaca yang tahan lasak serta mudah untuk dibersihkan juga membuatkan peti sejuk ini kelihatan sangat eksklusif.

4. Panasonic 2-Doors Fridge Econavi Inverter (PSN-NRBX468XS)

Panasonic 2-Doors Fridge Econavi Inverter (PSN-NRBX468XS)

Kelebihan:

  • Freezer dibahagian bawah.
  • Teknologi Econavi dan Inverter.
  • Panel kawalan melalui sentuhan.

Kekurangan:

  • Harga agak mahal.

Bagi ibu-bapa yang risau apabila anak-anak mahu mengambil ais krim yang ada di ruangan beku di atas, peti sejuk Panasonic ini mungkin pilihan terbaik untuk seisi keluarga.

Dengan ruangan beku yang berada di bawah, mudah untuk anak-anak mencapai ais krim kegemaran mereka yang di simpan di dalam peti sejuk.

Dilengkapi dengan teknologi ECONAVI dan Inverter, kesegaran makanan yang disimpan terjamin dan selamat.

Ia juga turut mempunyai panel kawalan melalui sentuhan yang menampilkan dapur yang tampak elegan dan ekslusif.

5. Samsung 450L Twin Cooling Plus 2-Doors Inverter Fridge (RT35K5562SL)

Gambar ke-1 Samsung 450L Twin Cooling Plus 2-Doors Inverter Fridge (RT35K5562SL)

Gambar ke-2 Samsung 450L Twin Cooling Plus 2-Doors Inverter Fridge (RT35K5562SL)

Kelebihan:

  • 2 fungsi penyejukkan yang berbeza.
  • Smart Conversion dari fridge ke freezer.
  • Jimat tenaga atau elektrik.

Kekurangan:

  • Harga agak mahal.

Teknologi twin cooling plus yang datang dengan peti sejuk model ini mengekalkan kesegaran makanan sehingga kelembapan 70% berbanding 30% jika menggunakan peti sejuk konvensional.

Ini bermakna ia mengekalkan kesegaran makanan tanpa membiarkan makanan kering.

Teknologi digital inverter yang ada pada peti sejuk ini secara automatik mengadaptasi dan mengawal halaju kompresornya dan dengan penggunaan tenaga elektrik menjadi kurang, tidak bising serta tahan lebih lama.

6. Hisense 310L 2-Doors Fridge (RT329N4CGN)

Gambar ke-1 Hisense 310L 2-Doors Fridge (RT329N4CGN)

Gambar ke-2 Hisense 310L 2-Doors Fridge (RT329N4CGN)

Kelebihan:

  • Lengkap dengan teknologi Frost-free.
  • Kekalkan kesegaran sayuran lebih lama.
  • Nyahbau busuk dengan aliran udara sempurna.

Kekurangan:

  • Memerlukan ruangan dapur yang besar.

Peti sejuk ini dilengkapi dengan lampu LED dan kawalan elektronik agar makanan yang disimpan sentiasa kekal segar sepanjang masa.

Ianya tidak akan membuatkan makanan anda terjejas atau cepat rosak akibat disimpan terlalu lama.

Teknologi Frost-free peti sejuk ini pula, makanan yang disimpan di dalam ruangan sejukbeku tidak akan menjadi seperti ais.

Ianya beroperasi dengan senyap dan sistem Surround Cooling pula akan mengedarkan udara sejuk dengan sempurna pada seluruh ruangan dalam peti ini serta mampu menyahbau busuk di dalamnya.

7. Haier 290L Inverter 2-Doors Series Refrigerator (HRF-IV298H)

Haier 290L Inverter 2-Doors Series Refrigerator (HRF-IV298H)

Kelebihan:

  • Material steel tahan lasak.
  • Menjimatkan penggunaan elektrik atau energi.
  • Kawal suhu secara digital.

Kekurangan:

  • Tidak sesuai untuk penyimpanan makanan yang banyak.

Dilengkapi dengan teknologi DC Inverter, peti sejuk dari Haier ini sangat menjimatkan penggunaan elektrik walaupun anda membuka dan menutupnya berkali-kali.

Anda boleh mengawal suhu di dalam peti sejuk secara digital dan bukan lagi seperti peti sejuk konvensional yang lain masih menggunakan kawalan secara manual.

Peti sejuk ini juga mempunyai kawalan lembapan agar makanan yang disimpan tidak mudah rosak dan menyahbau kurang enak.

Didatangi dengan waranti selama 12 tahun, anda boleh menggunakannya tanpa perlu risau tentang risiko kerosakan.

8. Sharp 280L 2-Doors Fridge (SJ285MSS)

Gambar ke-1 Sharp 280L 2-Doors Fridge (SJ285MSS)

Gambar ke-2 Sharp 280L 2-Doors Fridge (SJ285MSS)

Kelebihan:

  • AG CU Nano Deodorizer untuk menyahbau.
  • Tempered glass display.
  • Aliran udara sekata.

Kekurangan:

  • Harga agak mahal untuk jenis 2 pintu.

Peti sejuk Sharp ini direka dengan ruangan bekunya di atas dan tidak memerlukan anda membongkok untuk mencari bahan yang diingini.

Mempunyai penapis nyahbau di belakang ruang peti sejuk ini mengurangkan bau serta pembiakan bakteria.

Dilengkapi dengan lampu LED yang sofistikated, pastinya ia mencantikkan ruang dalaman peti sejuk ini dan membuat pemiliknya merasakan kemewahan di dalam dapur sendiri.

Terdapat rak kaca di dalamnya yang dapat mempamerkan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk ini.

9. Elba Italy 250L 2-Doors Fridge Refrigerator (ER-G2521 SV)

Elba Italy 250L 2-Doors Fridge Refrigerator (ER-G2521 SV)

Kelebihan:

  • Frost-free system.
  • Kawal suhu peti sejuk agar makanan tidak sejukbeku.
  • Jimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Kekurangan:

Peti sejuk yang boleh memuatkan kapasiti makanan sehingga 250L ini dilengkapi dengan pembuat ais dan teknologi Frost-free.

Untuk kekalkan kesegaran makanan anda seperti sayuran dan buahan, peti sejuk ini juga mempunyai Humidity Fresh Control Zone yang dapat mengawal suhu dalamnya agar tidak terlalu sejuk atau warm.

Dianugerahkan 4 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga, peti sejuk ini sangat menjimatkan penggunaan elektrik.

Sesuai buat anda yang baru sahaja memiliki kediaman baru, peti sejuk ini pasti tidak akan menghampakan.

10. Midea 2-Doors Fridge Refrigerator (MD-232V)

Midea 2-Doors Fridge Refrigerator (MD-232V)

Kelebihan:

  • Aliran udara terbaik.
  • Proses penyahbauan makanan.
  • Makanan yang disimpan selama seminggu masih segar.

Kekurangan:

  • Tidak sesuai untuk keluarga besar.

Berharga kurang daripada RM1000, peti sejuk Midea ini mampu berfungsi dengan baik serta sesuai buat pasangan yang baru berkahwin dan tidak memerlukan ruang yang banyak.

Menggunakan teknologi hijau ion penyahbau untuk mengelakkan bauan yang tidak menyenangkan serta mempunyai sistem pengudaraan yang baik, peti sejuk ini memastikan makanan yang disimpan di dalamnya sentiasa segar.

Kelembapan suhu di dalam peti sejuk ini juga mampu dikawal dengan bagus dan ternyata ianya berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

11. Elba Ultimo 2-Doors Fridge 250L (ER-G2521 SV)

Elba Ultimo 2-Doors Fridge 250L (ER-G2521 SV)

Kelebihan:

  • Harga mampu milik.
  • Jaminan compressor 10 tahun.

Kekurangan:

  • Kualiti sederhana.

Jika anda baru sahaja mahu mempunyai sebuah peti sejuk, tak usah dengan bajet kurang dari RM1000. Harga peti sejuk jenama Elba ini sudah menjanjikan kepuasan.

Bersaiz 250L cukup sesuai untuk saiz keluarga yang sederhana. Malah ia lengkap dengan peti beku sejuk yang boleh membeku hingga takat -18 darjah celsius.

Serta ia turut mempunyai aksesori bakul telur, lampu LED, 2 rak utama dan 4 rak dibahagian pintu.

Rekaan peti sejuk Elba model Ultimo ini juga tidak terlalu besar, sesuai untuk diletakkan dibahagian ruang dapur yang kecil atau sederhana.

12. Toshiba Refrigerator Fridge 280L Inverter A-Series GR-A28MS (DS)

Toshiba Refrigerator Fridge 280L Inverter A-Series GR-A28MS (DS)

Kelebihan:

  • Mempunyai teknologi AG+ Bio Deodorizer.
  • Jimat elektrik atau tenaga.

Kekurangan:

Koleksi peti sejuk dari Toshiba kali ini memberikan rupa dan reka bentuk yang ringkas serta moden.

Apa yang menakjubkan tentangnya, ia mempunyai ruangan sayur seluas 12 liter yang membolehkan anda menyimpan dan menyusun buah-buahan.

Bahkan aliran udara baik akan memastikan makanan disimpan dalam udara sejuk bersih dan berkesan dalam menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan.

Peti sejuk ini juga mampu menghalang pertumbuhan bakteria di dalam makanan anda.

Hasilnya makanan dapat disimpan dalam jangka masa yang lama tanpa perlu risau akan kesegarannya.

13. Peti Sejuk 2-Doors Samsung RS62R5031SL/ME

Gambar ke-1 Peti Sejuk 2-Doors Samsung RS62R5031SLME

Gambar ke-2 Peti Sejuk 2-Doors Samsung RS62R5031SLME

Kelebihan:

  • Inverter.
  • Peti ais jenis side by side.
  • Kapasiti 680 Liter.
  • Metal cooling.
  • Deodorizing filter.
  • Sesuai untuk keluarga besar (lebih dari 5 orang).
  • Rekaan moden.
  • Ruang simpanan yang besar.
  • Tidak bising.

Kekurangan:

Bagi keluarga besar yang sukakan peti ais 2 pintu side by side, peti sejuk ini sesuai untuk anda.

Kapasitinya yang besar 680 liter senang nak simpan pelbagai jenis makanan. Dan sudah tentu pastikan ruang rumah anda muat untuk meletakkan peti sejuk 2 pintu ini.

Peti sejuk ini bukan saja datang dengan rekaan dan teknologi moden, tapi juga bunyinya yang senyap.

Teknologi metal cooling memastikan makanan yang disimpan kekal segar walaupun peti ais kerap dibuka.

Peti sejuk 2 pintu anda juga akan sentiasa berbau segar dengan adanya deodorizing filter. Bau makanan yang kuat akan hilang bila masuk ke karbon filter.

Ruang simpanan sayur dan buah yang besar memudahkan anda untuk menyimpan makanan yang banyak.

Jika anda risau makanan yang disimpan dalam peti cepat rosak, peti ais 2 pintu Samsung ini menyediakan all-around cooling bagi memastikan makanan yang disimpan kekal segar dalam tempoh yang lama.

Samsung memberikan 2 tahun waranti umum dan juga 12 tahun waranti untuk kompresor.

Jadi, anda tidak perlu bimbang soal kerosakan dalam tempoh tersebut.

14. Peti Sejuk 2-Doors LG GN-H432HXHC

Gambar ke-1 Peti Sejuk 2-Doors LG GN-H432HXHC

Gambar ke-2 Peti Sejuk 2-Doors LG GN-H432HXHC

Gambar ke-3 Peti Sejuk 2-Doors LG GN-H432HXHC

Kelebihan:

  • Inverter.
  • Kapasiti 410 Liter.
  • Fresh O Zone.
  • LED Display.
  • Bahagian sejuk beku di atas.
  • Multi air flow.

Kekurangan:

Peti sejuk 2 pintu LG ini turut menyediakan teknologi inverter yang mampu menjimatkan penggunaan tenaga.

Memandangkan peti ais digunakan sepanjang masa di rumah, bagi saya memilih yang jimat tenaga adalah sangat penting.

LG menyediakan multi air flow untuk memastikan udara sampai ke seluruh bahagian dalam peti ais.

Berbeza dengan peti ais jenama lain, LG menyediakan paparan LED yang boleh disentuh di pintu peti ais.

Paparan LED ini memudahkan anda mengawal operasi peti ais dari pintu sahaja.

Peti sejuk 2 pintu LG juga menyediakan hygiene fresh untuk memastikan bakteria tidak dapat hidup dalam peti sejuk dan mengurangkan bau yang busuk.

Fresh O Zone dari peti ais LG ini memastikan suhu sentiasa berada pada 0℃ dan ini membuatkan anda tidak perlu menunggu lama untuk makanan yang beku mencair.

Makanan yang disimpan dalam peti sejuk 2 pintu LG tetap segar dalam tempoh yang lama dengan adanya Linear Cooling.

Kerana, ia memastikan perubahan suhu yang cepat berkurang sebanyak 50% dari peti ais biasa.

Satu lagi yang menarik tentang peti ais 2 pintu LG ini adalah anda boleh mengawal peti ais walaupun anda tiada di rumah.

Aplikasi ThinQ membolehkan anda mengawal suhu peti ais dari telefon pintar anda.

Gambar ke-4 Peti Sejuk 2-Doors LG GN-H432HXHC

LG menawarkan waranti selama 10 tahun untuk kompresor peti sejuk.

Tentang harga pula, walaupun kapasitinya lebih kecil berbanding peti sejuk 2 pintu Sharp.

Tetapi dengan rekaan yang moden dan teknologi terkini harganya agak mahal sedikit.


Senarai Harga Peti Sejuk 2 Pintu

Berikut adalah senarai harga peti sejuk 2 pintu di Malaysia yang mesti anda ketahui, iaitu:

Jenis Peti Sejuk 2 PintuPrice
Elba Italy 250L 2-Doors Fridge Refrigerator (ER-G2521 SV)RM966.00
Elba Ultimo 2-Doors Fridge 250L (ER-G2521 SV)RM929.00
Hitachi R-V660P7M BBK Inverter 2-Doors Glass RefrigeratorRM2,875.00
Hisense Side by Side Silver 620L Fridge (RS666N4ACN)RM2,339.00
Hisense 310L 2-Doors Fridge (RT329N4CGN)RM1,189.00
Haier 290L Inverter 2-Doors Series Refrigerator (HRF-IV298H)RM1,559.00
Midea 2-Doors Fridge Refrigerator (MD-232V)RM990.00
Panasonic 2-Doors Fridge Econavi Inverter (PSN-NRBX468XS)RM2,999.00
Peti Sejuk 2-Doors Samsung RS62R5031SL/MERM3,799.00
Peti Sejuk 2-Doors LG GN-H432HXHCRM2,098.00
Samsung 450L Twin Cooling Plus 2-Doors Inverter Fridge (RT35K5562SL)RM1,619.00
Sharp 280L 2-Doors Fridge (SJ285MSS)RM1,399.00
Toshiba 661L 2-Doors Duo Hybrid Inverter Fridge (GR-AG66MA)RM1,199.00
Toshiba Refrigerator Fridge 280L Inverter A-Series GR-A28MS (DS)RM1,199.00

Itulah beberapa jenama peti ais 2 pintu terbaik dan murah di pasaran Malaysia yang dapat anda ketahui.

Semoga maklumat di atas dapat membantu dan bermanfaat untuk anda. 😀

Leave a Comment