Dalam banyak-banyak peralatan rumah, peti sejuk adalah yang perlu ada dalam setiap kediaman.
Digunakan untuk menyimpan makanan. Apapun, kami sedar yang setiap rumah mempunyai keperluan berbeza untuk peti sejuk.
Jadi, kami telah menyediakan senarai untuk anda memilih mengikut keperluan anda dan kami mengambil kira tentang kecekapan dan mesra pengguna.
Mahu tahu Jenama Peti Ais Terbaik di Malaysia? Jom kita semak Senarai Harga Peti Ais Terbaik di Malaysia.
Contents
1. Peti Ais Haier HRF-238H (216L)
Kelebihan:
- No frost.
- Lampu LED.
- Jimat tenaga.
- Pemegang pintu jenis tahan karat.
Kekurangan:
- Tiada deodorizer.
Peti Ais Haier HRF-238H (216L) ini juga adalah peti ais murah 2 pintu.
Peti Ais Haier dilengkapi dengan fungsi no frost, di mana anda tidak perlu lagi risau sekeliling bahagian beku dipenuhi ais.
JOM BACA : Smart TV Murah di Malaysia
Peti ais ini, juga mendapat 4 bintang dalam penjimatan tenaga walaupun tidak mempunyai inverter.
Tempat pemegang pintu peti ais diperbuat dari stainless steel. Jadi anda tak risau ia akan berkarat.
Haier turut memberikan jaminan yang panjang selama 2 tahun untuk kerosakan umum dan 10 tahun untuk kerosakan kompresor.
Harga lebih kurang RM989 hingga RM1,286
2. Peti Ais Panasonic NR-AF166SSMY (155L)
Kelebihan:
- Rak jenis tempered glass.
- Bekas sayur yang besar.
- Bahagian chiller berasingan.
Kekurangan:
- Manual defrost.
- Tiada deodorizer.
Peti ais Panasonic ini tampil dengan rekaan yang menarik. Rak peti ais dari tempered glass yang kukuh dan tahan lasak.
Untuk anda yang selalu simpan sayur yang banyak, bahagian sayur peti ais Panasonic ini juga agak besar berbanding jenama lain.
JOM BACA : Peti Ais Mini Jimat Tenaga di Malaysia
Namun begitu, peti ais Panasonic ini tidak dilengkapi dengan fungsi semi-auto defrost. Maka, anda perlu defrost sendiri apabila bahagian beku dah dipenuhi ais.
Bagi jaminan pula, Panasonic menyediakan 1 tahun jaminan umum serta 5 tahun jaminan untuk kompresor.
Harga lebih kurang RM831
3. Peti Ais Faber FRIGOR168 (150L)
Kelebihan:
- Bahagian beku yang besar.
- Rak tempered glass.
- Pintu tahan karat.
- Semi auto defrost.
- 5 star energy save.
Kekurangan:
- Tiada deodorizer.
Bagi yang suka dengan peti ais dengan warna yang terang, jenama peti ais Faber adalah untuk anda.
Didatangkan dengan kapasiti 150 liter, ruang sejuk bekunya juga agak besar. Senang nak simpan makanan mentah yang banyak dan juga aiskrim.
Pintu peti ais diperbuat dari tempered glass supaya tahan karat, senang nak bersih dan nampak elegan.
Peti ais Faber ini juga antara peti ais murah yang dapat pengiktirafan 5 bintang atas pencapaian penjimatan tenaganya. Jadi, sangat berbaloi untuk dipakai dalam jangka masa panjang.
Rak peti ais juga diperbuat dari tempered glass. Jadi, tak perlu risau bila anda nak letak sesuatu yang berat.
Tempoh jaminan selama 1 tahun untuk kerosakan umum dan 5 tahun untuk kerosakan kompresor.
Harga lebih kurang RM619
4. Peti Ais Elba ER-C1815 (185L)
Kelebihan:
- Senyap.
- Suhu boleh laras.
- Bahagian chiller berasingan.
- Semi-auto defrost.
Kekurangan:
- Tiada deodorizer.
Ini pula peti ais murah dari Elba. Dengan kapasiti 185 liter, harga peti ais jauh lebih murah dari jenama yang lain.
Menampilkan rekaan yang agak elegan, Elba turut menawarkan peti ais yang tahan lasak.
Rak peti ais diperbuat dari tempered glass, yang kuat dan kukuh. Tiada masalah untuk anda letakkan barang yang berat.
JOM BACA : Keyboard Murah di Malaysia
Dengan fungsi semi defrost, anda hanya perlu menekan butang defrost dan peti ais secara automatik akan nyah beku.
Motor peti ais ini juga direka untuk berfungsi tanpa bunyi yang kuat supaya tidak mengganggu keharmonian dapur anda.
Dari segi jaminan pula, Elba menyediakan 1 tahun jaminan umum dan 5 tahun jaminan untuk kerosakan kompresor.
Harga lebih kurang RM612
5. Peti Ais Toshiba GR-RD235CC (181L)
Kelebihan:
- Chiller berasingan.
- Mudah nak defrost.
- Rekaan menarik.
- Suhu boleh laras.
Kekurangan:
- Tiada deodorizer.
Bagi anda yang memerlukan peti ais 1 pintu dengan kapasiti yang lebih besar, peti ais Toshiba ini berkapasiti 181 liter pada harga yang agak murah.
Jika sebelum ini anda mengalami kesukaran bila bahagian beku sukar nak defrost, dengan peti ais Toshiba anda hanya perlu tekan 1 butang sahaja. Kemudian, peti ais akan nyah beku dengan sendiri.
Suhu peti ais juga boleh laras mengikut keperluan anda. Ia turut mempunyai bahagian chiller yang berasingan dari bahagian beku.
Jadi, ruang bekunya luas. Sesuai untuk anda yang suka simpan stok makanan mentah yang banyak.
Untuk sebarang kerosakan, peti ais ini dilindungi waranti selama 1 tahun dari Toshiba Malaysia.
Harga lebih kurang RM769
6. Peti Ais Midea MS-196 (156L)
Kelebihan:
- Semi-automatik defrost.
- Kaki boleh laras.
- Suhu boleh laras.
- Siap deodorizer.
- Senyap.
- Jimat tenaga.
Kekurangan:
- Rekaan luaran terlalu simple.
Peti ais murah yang comel dari Midea ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga kecil. Kapasiti 156 liter dengan fungsi defrost semi-automatik.
Dilengkapi dengan keep fresh teknologi, peti ais Midea ini membolehkan makanan yang disimpan kekal segar walaupun disimpan dalam tempoh yang panjang.
Ia juga direka dengan bunyi motor yang senyap supaya tidak mengganggu kehidupan harian anda.
Udara sejuk peti ais juga boleh sampai ke segenap ruang bagi memastikan makanan dan minuman yang disimpan sentiasa sejuk dan segar.
Jika ada makanan yang berbau kuat, peti ais murah Midea ini dapat menyerap bau yang kuat. Hasilnya, udara peti ais anda kekal segar dan nyaman.
Untuk tempoh jaminan pula, Midea menyediakan jaminan selama 1 tahun bagi sebarang kerosakan peti ais mereka.
Harga lebih kurang RM595
7. Peti Ais Hisense RR120D4AGN (110L)
Kelebihan:
- Jimat tenaga.
- Kaki boleh laras.
- Suhu boleh laras.
- Motor jenis senyap.
Kekurangan:
- Tiada deodorizer.
Peti sejuk 1 pintu jenama Hisense ini sangat sesuai untuk anda yang ruang yang kecil untuk menempatkan peti sejuk.
Berkapasiti 110 liter, peti ais Hisense disarankan untuk kegunaan keluarga kecil atau rumah bujang.
Suhu peti ais juga boleh dilaraskan sehingga 8 laras. Ia juga mempunyai ruang chiller.
Ruang untuk anda menyimpan makanan dalam keadaan yang lebih sejuk tapi tidak sampai membeku.
Sesuai nak simpan lauk yang bakal dimasak esok hari. Senang tak payah tunggu defrost.
Paling menarik, Hisense menyediakan jaminan selama 2 tahun untuk peti ais murah ini.
Sangat berbaloi bagi harga peti ais bawah RM500. Tak perlu nak bimbang soal kerosakan dalam tempoh ini.
Harga lebih kurang RM469
8. Mini Bar Hisense RR60D4AGN (60L)
Kelebihan:
- Kapasiti yang besar untuk saiz mini.
- Direka dengan bunyi motor yang senyap.
- 7 laras suhu.
- Siap ada kunci.
Kekurangan:
- Bahagian chiller terlalu kecil
Untuk yang mencari peti ais murah bersaiz mini, ini adalah peti ais mini terbaik untuk anda.
Harganya agak murah berbanding jenama lain untuk kapasiti 60 liter.
Bagi anda yang tinggal di rumah atau bilik sewa, mungkin takut makanan dicuri ketika anda meninggalkan bilik atau rumah.
JOM BACA : Aircond Terbaik dan Murah di Malaysia
Jangan bimbang! Peti sejuk mini ini siap dilengkapi kunci.
Bunyi motornya juga tidak kuat. Jadi tiada masalah untuk diletakkan dalam bilik. Suhunya juga boleh dilaraskan hingga 7 laras.
Saiz yang kecil sangat mudah jika anda nak pindahkan ia ke mana sahaja.
Berat dalam 13.5kg saja. Jaminan pula selama 2 tahun dari Hisense. Memang berbaloi sangat.
9. Peti Ais Hisense RR195D4AGN (170L)
Antara salah satu peti sejuk yang kelihatan elegan dalam pasaran terkini daripada Hisense.
Walaupun mempunyai satu pintu, peti sejuk ini mempunyai banyak ciri-ciri untuk berfungsi dan mengisi keperluan.
- Semi-Auto Nyahbeku.
- Tempat letak sayur.
- Tray telur.
- 2 tahun waranti umum, 6 tahun waranti kompresor.
Ciri istimewanya iaitu pintunya ini adalah jenis berbalik, jadi tidak sukar untuk mencari ruang dalam kediaman anda walaupun mempunyai ruang terhad.
Saiznya juga adalah sederhana seperti kebanyakan peti sejuk.
Harga lebih kurang RM569
Itulah beberapa jenama peti ais terbaik dan murah di Malaysia yang dapat anda ketahui.
Semoga maklumat di atas dapat membantu dan bermanfaat untuk anda. 😀