Mempunyai peti sejuk mini ini dapat memberi kemudahan kepada pelajar kolej atau orang bujang yang baharu mendapat pekerjaan dan menyewa bilik dengan ruangan yang terhad.
Ianya menjadi satu alternatif terbaik untuk menyimpan makanan kegemaran anda seperti susu, coklat, salad, atau buah-buahan.
Peti sejuk mini ini bukan sahaja praktikal untuk digunakan pada masa kini, tetapi menjimatkan elektrik dan ruang kegemaran anda.
Mahu tahu Jenama Peti Ais Mini Terbaik di Malaysia? Jom kita semak Senarai Harga Peti Ais Mini Terbaik di Malaysia.
Contents
Apa Itu Peti Ais Mini?
Peti ais mini iaitu peti sejuk atau refrigerator dalam bentuk mini, kecil, dan compact berbanding dengan peti ais biasa yang sememangnya ada di dapur rumah anda.
Peti ais ini agak ringan biasanya ditempatkan di bilik hotel, master room rumah, dan mungkin juga di ruang tamu rumah anda.
Biasanya, peti ais ini digunakan untuk tempat simpanan minuman sejuk dan ada kalanya digunakan untuk simpanan bahan mentah seperti sayuran dan daging di dapur.
Namun, terdapat juga peti sejuk portable dimana anda boleh bawa ianya ke mana-mana.
Dalam artikel ini kami senaraikan 2 katogeri peti ais mini, iaitu:
- Peti sejuk (18ºC hingga 25ºC).
- Peti ais (0ºC hingga 10ºC).
JOM BACA : Jenama Peti Ais Terbaik di Malaysia
Kebaikan Peti Ais Mini (18ºC hingga 25ºC)
Terdapat beberapa kebaikan peti ais mini (18ºC hingga 25ºC) yang mesti anda ketahui, iaitu:
1. Ringan
Peti sejuk jenis ini agak ringan, dan boleh dibawa ke mana-mana yang anda inginkan.
Ianya boleh disambungkan ke plug elektrik rumah dan juga dalam kereta anda.
Anda juga mungkin boleh membawa peti sejuk ini berpiknik dengan menggunakan kereta atau powerbank sebagai bekalan kuasa untuk kelas sejuk.
2. Alat Penyejuk minuman dalam kereta
Minuman sejuk adalah antara yang terpenting di dalam kereta.
Bagi anda yang suka minuman sejuk, menyimpan peti sejuk jenis ini di dalam kereta adalah satu idea yang bagus.
Bagi sesetengah orang, ,minuman akan terasa lebih sedap jika diminum dalam keadaan yang sejuk.
Bukan sahaja minuman, makanan lain yang memerlukan suhu yang lebih rendah juga boleh disimpan di peti sejuk ini.
3. Sebagai Pemanas
Kadangkala anda juga perlukan minuman atau makanan yang sedikit hangat untuk rasa yang lebih sedap.
Peti sejuk ini boleh dilaraskan ke mod panas untuk menghangatkan kopi anda.
4. Murah
Anda boleh dapatkan peti ais jenis ini dengan harga yang agaj murah.
Anda akan dapati ada penjual yang menawarkan harga dibawah RM200 untuk seunit peti sejuk mini.
Kebaikan Peti Ais Mini (0ºC hingga 10ºC)
Terdapat beberapa kebaikan peti ais mini (0ºC hingga 10ºC) yang mesti anda ketahui, iaitu:
1. Ringan
Berbeza dengan peti sejuk mini, peti ais mini mungkin lebih berat darinya namun agak ringan jika dibandingkan dengan peti sejuk dapur yang lain.
Anda seorang sahaja mungkin cukup kuat untuk mengalihkan peti ais jenis ini.
2. Fungsi Sejuk Beku
Mempunyai fungsi sejuk beku dan sesuai untuk tempat simpanan makanan sejuk beku seperti daging, ikan, ais batu dan lain-lain.
3. Sesuai Untuk Bilik dan Ruang Tamu
Peti ais terbaik untuk diletakkan di master room anda bagi anda yang malas berulang alik ke dapur.
Hanya simpan makanan kegemaran anda, cokelat, kek dan mungkin susu berdekatan dengan meja bekerja anda.
Atau simpan di ruang tamu rumah anda.
4. Kapasiti Besar
Kapasiti peti ais jenis ini lebih besar berbanding dengan peti sejuk mini.
kapasiti 50 liter hingga 60 liter rasanya cukup bagus untuk keluarga kecil anda.
5. Bebas CFC
Kebanyakan peti ais mini moden dicipta agar bebas daripada gas CFC dan lebih bersifat mesra alam.
Peti ais mini terbaik & agak murah dengan harga bawah RM450.
6. Kos Murah
Walaupun harganya sedikit mahal berbanding dengan peti sejuk mini.
Namun secara puratanya, harga yang ditawarkan agak berbaloi dengan kapasiti dan kualiti peti ais ini.
Walau bagaimanapun, anda tak perlu risau, harga peti ais ini jauh lebih murah berbanding dengan peti ais berkapasiti besar yang ada di rumah anda.
Peti Ais Mini Terbaik dan Murah di Malaysia
Terdapat beberapa jenama peti ais mini terbaik dan murah di pasaran Malaysia, iaitu:
1. Peti Ais Mini 8L
Kelebihan:
- Kapasiti 8 liter.
- Berat 5 kg.
- Ringan.
- Mudah nak dibawa.
- 2 fungsi suhu (sejuk dan panas).
- Bunyi perlahan.
- Rak boleh ubah.
Kekurangan:
- Harga agak mahal.
Peti ais comel 8 liter ini datang dengan rekaan yang unik dan menarik dengan cermin gelap di hadapannya.
Dengan beratnya yang hanya 5kg, senang untuk dibawa ke mana saja. Nak guna dalam kereta pun boleh.
Kapasiti peti ais yang kecil sesuai untuk anda letak minuman, buah-buahan, yogurt, atau skincare.
Peti ais kecil ini juga jimat tenaga.
Ia turut mempunyai 2 fungsi suhu iaitu suhu sejuk (14-60 darjah) dan panas (25 darjah).
Untuk mencapai suhu sejuk yang stabil, peti ini mengambil masa 1.5 jam.
Bunyi peti ais kecil ini juga tidak kuat. Jadi sesuai untuk anda letakkan di bilik tidur.
Disebabkan suhunya yang tak terlalu sejuk, anda tak disarankan untuk simpan susu yang dah dipam melebihi 8 jam. Didatangkan dengan 2 pilihan warna, putih, dan pink.
Sebab rekaannya yang cantik, sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk isteri.
Harga lebih kurang RM269.91
2. Peti Ais Mini Haier HR-60H

Kelebihan:
- Kapasiti 50 liter.
- Berat 15.5 kg.
- Waranti 2 tahun.
- Tempoh jaminan panjang.
- Lampu LED.
- Rekaan moden.
- Jimat tenaga.
- Tempat pemegang tersorok.
- Ada tempat buat ais.
Kekurangan:
- Harga agak mahal.
Bagi yang mementingkan tempoh jaminan yang panjang, peti ais mini Haier iaitu pilihan terbaik untuk anda.
Peti ais mini Haier ini, memberikan 2 tahun waranti umum dan 5 tahun waranti motor.
Peti ais kecil ini juga turut direka untuk jimat tenaga. Jadi, anda tak perlu risau nak bayar bil elektrik yang mahal.
Rekaannya luarannya agak moden dengan pemegang peti ais yang tersorok di bahagian atas.
Ia juga turut dilengkapi dengan tempat ais. Sangat berguna bila tekak terasa kering ketika musim panas.
Harga lebih kurang RM399
3. Peti Ais Mini Elba EMB-G6047
Kelebihan:
- Kapasiti 60 liter.
- Berat 16 kg.
- Waranti 1 tahun.
- Ada tempat ais.
- 5 suhu boleh laras.
- Bunti tak kuat.
- Jimat elektrik.
- Eco-friendly.
Kekurangan:
- Manual defrost.
- Tiada chiller.
- Rak tak boleh ubah.
Peti ais kecil Elba ini antara peti ais mini dengan kapasiti yang agak besar, 60 liter. Ia juga turut dilengkapi bahagian untuk ais.
Suhu peti sejuk boleh dilaraskan mengikut kehendak anda. Penggunaan elektrik juga tidak terlalu tinggi.
Antara peti ais kecil dengan bunyi yang senyap. Jadi, sesuai untuk anda gunakan di pejabat.
Elba menyediakan waranti selama 1 tahun jika ada sebarang kerosakan dengan produk mereka.
Harga lebih kurang RM417
4. Peti Ais Mini Panasonic NR-AE51SH
Kelebihan:
- Kapasiti 50 liter.
- Waranti 1 tahun.
- Eco-friendly.
- Ada tempat ais.
- Suhu boleh laras.
Kekurangan:
- Harga mahal.
- Rak letak minimum 1 bahagian.
Ini pula jenama peti ais yang popular. Mengutamakan rekaan yang mesra alam dengan bebas chlorofluorocarbon (CFC).
Peti ais mini Panasonic turut menyediakan tempat untuk ais. Suhunya juga boleh dilaras mengikut keperluan anda.
Namun begitu, dari segi rekaan, peti ais mini Panasonic agak old-skool.
Harga lebih kurang RM570
5. Peti Sejuk Morgan MMB-NB62LSL
Kelebihan:
- Kapasiti 50 liter.
- Berat 13.65 kg.
- Warantu 1 tahun.
- Suhu boleh laras.
- Jimat tenaga.
- Eco-friendly.
- Ada tempat ais.
Kekurangan:
- Bunyi agak kuat.
Peti ais kecil Morgan ini direka dengan kapasiti 50 liter dan mesra alam. Ia mempunyai bahagian asing untuk letak ais.
1 tahun jaminan disediakan pihak Morgan Malaysia untuk minibar ini.
Suhu peti ais kecil Morgan boleh dilaraskan mengikut keperluan anda. Namun begitu, bunyi peti sejuk mini agak kuat berbanding jenama lain.
Harga lebih kurang RM349
6. Peti Sejuk Mini Sharp SJM60MK
Kelebihan:
- Kapasiti 50 liter.
- Berat 16.5 kg.
- Waranti 1 tahun.
- Ada bahagian ais.
- Ruang dalam luas.
- Tempat pemegang pintu.
- Kaki boleh laras.
- Bunyi perlahan.
- Eco-friendly.
Kekurangan:
- Manual defrost.
Dengan rekaan moden, peti sejuk mini Sharp memberikan ruang yang luas di bahagian dalam.
Selain tu, juga mempunyai tempat ais dan rak jaring yang boleh ubah kedudukannya.
Ruang yang luas dan lebar memudahkan anda untuk simpan makanan.
Sharp memberikan tempoh jaminan 1 tahun jika ada kerosakan pada peti sejuk mini.
Harga lebih kurang RM449
7. Peti Sejuk Mini Midea MS50V
Kelebihan:
- Kapasiti 50 liter.
- Berat 14.3 kg.
- Suhu boleh laras.
- Jimat tenaga.
- Rekaan elegan.
- Kaki boleh laras.
- Chiller asing.
Kekurangan:
- Tiada kunci.
- Tiada bahagian sejuk beku.
Peti ais kecil Midea direka dengan penjimatan tenaga dan juga eco-friendly.
Menggunakan kawalan suhu mekanikal untuk memastikan udara sejuk peti ais di tahap optimum.
Tetapi, peti sejuk mini Midea ini tidak mempunyai bahagian sejuk beku. Hanya bahagian chiller.
Dari segi rekaan dalaman, tak jauh beza dengan jenama yang lain-lain.
Harga lebih kurang RM348
8. Peti Sejuk Mini Hisense RR60D4AGN
Kelebihan:
- Kapasiti 60 liter.
- Berat 13.5 kg.
- Chiller asing.
- Suhu boleh laras.
- Design moden.
- Boleh kunci.
- Senyap.
Kekurangan:
- Tiada bahagian beku.
Peti ais mini Hisense ini sangat sesuai untuk digunakan bagi anda yang berkongsi bilik dengan orang lain.
Anda tak perlu bimbang makanan atau minuman dicuri kerana peti ais Hisense ini siap ada kunci.
Bunyinya juga tak bising. Jadi, tak mengganggu orang lain.
Kapasitinya pun boleh tahan besar. Peti sejuk kecil ini dalam kategori eco-friendly R600a, di mana gasnya tidak memberikan kesan buruk kepada alam sekitar.
Selain warna dan rekaan yang nampak elegan, suhu peti ais kecil ini boleh dilaraskan sampai 7. Cuma suhunya tidak sampai ke tahap beku.
Harga lebih kurang RM369
9. Peti Sejuk Mini Pensonic PMF-661
Kelebihan:
- Kapasiti 45 liter.
- Berat 16.5 kg.
- Siap ada bahagian sejuk beku.
- Suhu boleh laras.
- Semi-auto defrost.
- Waranti 1 tahun.
Kekurangan:
- Tiada kunci.
- Agak berat.
Peti ais mini Pensonic ini siap mempunyai bahagian beku. Sesuai untuk anda simpan lama susu yang dah dipam.
Turut disediakan tray untuk buat ais. Rekaan luarannya simple dan bergaya. Ia juga peti ais mini yang tak pakai tenaga elektrik yang banyak.
Direka untuk tahan lama dengan bahan yang tak mudah karat.
Selain itu, Pensonic turut menyediakan jaminan selama 1 tahun untuk sebarang kerosakan.
Harga lebih kurang RM362.61
10. Peti Sejuk Mini SAST Fridge
Peti ais mudah alih dan murah dengan kapasiti 8 Liter.
Boleh diletakkan ke dalam kereta anda dengan hanya memerlukan kuasa 12V daripada soket kereta anda.
Kuasa penyejukan sehingga 21° Celcius.
Harga Semasa: RM130 sehingga RM212.
11. Peti Sejuk Mini 4L Fridge

Peti sejuk berkapasiti 4 liter dengan julat penyejukan 20°C hingga 25°C. Sesuai diletakkan di dalam kereta.
Harga semasa: RM24.97 sehingga RM69.97
12. Peti Sejuk Canel & CO 25L
Ciri-ciri peti penyejuk mini ini ialah:
- Kapasiti: 25L
- Mempunyai 4 pemegang cawan
- Kuasa: 12V DC, 48 watts, 4 amps
- Mempunyai sistem elektrik termo yang mampu menyejukkan sehingga 20°C dan memanaskan sehingga 60°C
- Hanya plag pada soket tenaga kenderaan anda
- Mudah diakses
- Dimensi: 33cm x 28cm x 41cm
Harga lebih kurang RM288.00
13. Car Refrigerator 7.5L
Mempunyai sistem elektrik termo yang mampu menyejukkan sehingga 15°C dan memanaskan sehingga 60°C
Dengan julat harga antara RM77 hingga RM80 sahaja. Sememangnya merupakan peti ais mini yang agak murah.
14. Peti Sejuk Mini Cooler 20L
Kapasiti 10 liter kebawah terlalu kecil?
Bagaimana dengan peti sejuk 20 liter ini? Pasti berbaloi jika anda ingin membelinya.
Dengan julat harga antara RM253 hingga RM287 tidak termasuk kos penghantaran. Penyejukan maksimum 0°C.
15. Peti Sejuk Mini 12L
Reka bentuk berkapasiti besar 12L, penggunaan tenaga rendah dan penyejukan cepat, menjaga makanan segar,
Penggunaan jangka panjang juga dengan penggunaan tenaga rendah untuk penyimpanan daging, sayur-sayuran, penjagaan kulit, kosmetik, ubat-ubatan, minuman dan lain-lain.
Penampilan yang padat, sistem penyejukan yang cepat dengan penggunaan kuasa yang kecil dan isipadu kecil dan senang dibawa ke mana-mana.
Tidak mengeluarkan bunyi bising.
Kompartemen yang boleh ditanggalkan dengan reka bentuk pelbagai lapisan untuk minuman botol yang berbeza bentuk.
16. Peti Sejuk Mini 6L
Rupa dan reka bentuknya yang cantik, fungsinya yang lengkap akan memberikan keselesaan kepada anda.
Terutamanya setelah anda bekerja keras, menikmati minuman sejuk, ia akan mengurangkan keletihan anda.
Peti sejuk mini, menyimpan minuman sejuk pada musim panas, dan secawan kopi panas pada musim sejuk, sama ada diluar rumah atau di dalam kereta.
Peti sejuk mini menggunakan semikonduktor dan bukannya pemampat dan penyejuk.
Tiada pencemaran udara, buyi yang senyap, ringan, mudah dibawa, jangka hayat lama dan penggunaan tenaga rendah.
Peti sejuk mini dengan dua fungsi penyejukan dan pemanasan dari segi penyejukan, umumnya suhu 22 °C di bawah suhu persekitaran, dan suhu pemanasan sehingga 65 °C untuk memanaskan kopi anda.
Harga lebih kurang RM139.0 – RM151.74
17. Peti Sejuk Mini Hyundai 20L
Peti sejuk mini yang agak murah berbanding dengan peti ais minimal berdekatan anda!
Direka dengan dua fungsi penyejukan dan pemanasan.
Untuk proses penyejukan, secara puratanya suhu 22 °C di bawah suhu persekitaran, bermaksud jika suhu di dalam kereta anda iaitu 25°C maka suhu dalam peti ais mini ialah 1° hingga 4C°C.
Suhu pemanasan sehingga 65 °C.
Harga lebih kurang RM293 – RM399
18. Mini Refrigerator
Kapasiti besar 10 liter, boleh memuatkan barangan lebih banyak. Mempunyai 2 fungsi iaitu menyejuk dan memanaskan makanan.
Saluran udara mempunyai pelesapan haba yang baik dan kebisingan yang rendah.
Pemegang yang mesra pengguna, reka bentuk mudah alih, mudah dipindahkan. Rak sisi boleh menyimpan lebih banyak barang.
Papan simpanan mudah alih, penggunaan ruang yang berpatutan, penyesuaian diri mengikut ketinggian item.
Sesuai untuk rumah, pejabat, kereta, dan luar rumah.
Harga lebih kurang RM161.00
19. Peti Sejuk MECK Chest MFZ-60R6
Peti ais mini jenis sejuk beku ini, juga mempunyai kapasiti maksimum 60L sama seperti senarai sebelumnya.
Dengan penyejukan sehingga -24°C. Namun, harga jualan sedikit rendah dan mungkin sesuai untuk anda?
Spesifikasi:
- Dimensi produk (mm): 530 (panjang) x 465 (lebar) x 600 (tinggi).
- Berat: 17.8kg.
Harga lebih kurang RM465
Itulah beberapa jenama peti ais mini terbaik dan murah di pasaran Malaysia yang dapat anda ketahui.
Semoga maklumat di atas dapat membantu dan bermanfaat untuk anda. 😀