[BEST] 15+ Jenama Oven Terbaik & Berkualiti

Ketuhar atau oven adalah perkakas dapur yang wajib ada dalam setiap ruangan dapur.

Bukan apa, mudah untuk proses pemanasan semula makanan, bakar masakan, menghasilkan savory atau dessert menggunakan air tangan sendiri.

Atau, sebut sahaja resepi kek atau biskut memang akan guna oven yang bagus sebagai alat memasak.

Jadi buat mereka yang sedang mencari jenama oven terbaik yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan harian anda.

Mahu tahu Jenama Oven Terbaik di Malaysia? Jom kita semak Senarai Harga Oven Murah di Malaysia.


Conventional Oven Vs Fan Oven

Conventional Oven Vs Fan Oven

Apakah perbezaan antara oven kipas dan oven konvensional?

Pada dasarnya, perbezaan antara oven kipas dan oven konvensional adalah sangat mudah.

Convection Oven juga dikenali sebagai ketuhar konveksi, oven yang dibantu kipas, dilengkapi dengan kipas di dalamnya yang memaksa udara panas beredar di sekitar dalam ketuhar.

Sebaliknya,

Ketuhar konvensional hanya memanaskan bahagian dalam hingga suhu yang diinginkan, memasak makanan dengan melapisinya dalam lapisan besi atau elemen pemanas.

Konvensional oven adalah oven yang biasa kita lihat dan gunakan di rumah.

1. Kebaikan Fan Oven

Terdapat beberapa kebaikan fan oven yang mesti anda ketahui, iaitu:

  • Masakan Lebih Sekata

Udara yang beredar menghasilkan hasil masakan yang lebih sekata.

Ini menghasilkan makanan yang berwarna perang dan garing di bahagian luar sambil tetap lembap dan lembut di dalamnya.

JOM BACA : Slow Juicer Terbaik di Malaysia 

Ketuhar konveksi sesuai untuk memanggang potongan besar daging dan membakar kue dan pai dengan bahagian luar yang keperangan dan dalaman yang lembut.

  • Masa Memasak Yang Lebih Pendek

Ketuhar konveksi memasak makanan lebih cepat daripada ketuhar konvensional.

Ini menjadikan masa penyediaan makanan menggunakan convection oven lebih cepat berbanding conventional oven.

  • Kecakapan Tenaga

Masa memasak yang lebih pendek juga bermaksud bahawa lebih sedikit tenaga digunakan untuk memasak makanan.

JOM BACA : Dapur Gas Murah dan Terkini di Pasaran Malaysia

Ketuhar konveksi memanaskan lebih cepat daripada ketuhar konvensional, seterusnya meningkatkan kecekapannya.

  • Kapasiti Optimum

Ketuhar konveksi dapat memasak pelbagai hidangan dalam satu masa.

2. Kebaikan Oven Konvensional

Terdapat beberapa kebaikan dari oven konvensional yang mesti anda ketahui, iaitu:

  • Mesra Pengguna

Waktu memasak, fungsi dan tetapan suhu ketuhar konvensional lebih biasa bagi kebanyakan pengguna, bersifat lebih mesra pengguna.

  • Kesesuaian Resipi Makanan/Baking

Kebanyakan resipi dirumuskan sesuai dengan ketuhar konvensional, tidak memerlukan perubahan atau penyesuaian.

  • Mesra Baking

Jika anda membeli oven untuk tujuan membuat kuih muih, kek dan pastri, oven jenis konvensional merupakan oven yang paling sesuai.

Sememangnya oven ini dicipta untuk “Baking”.

  • Kos Murah

Ketuhar konvensional, umumnya lebih murah daripada model oven jenis kipas (convection oven).


Tips Membeli Oven Terbaik di Malaysia

Tips Membeli Oven Yang Bagus

Sebelum anda membeli oven, sila baca dahulu beberapa tips untuk membeli oven yang bagus, iaitu:

1. Oven Apa Yang Sesuai

Buat senarai tugas yang paling sering anda gunakan ketuhar.

Sekiranya anda merancang untuk membuat roti bakar atau memanaskan sisa makanan.

Anda tidak perlu mengeluarkan wang di oven pembakar roti yang besar dengan banyak ciri khas.

Anda perlu memilih oven jenis konvensional. Jika anda gemar memanggang makanan, belilah oven jenis convection (Oven Kipas).

2. Saiz Oven

Compact oven adalah pilihan yang baik jika anda cenderung hanya membuat satu hidangan makanan dalam satu masa.

Sekiranya ruang tidak menjadi masalah, unit yang lebih besar mungkin lebih baik supaya anda boleh mempelbagaikan jenis masaksn seperti pizza, dan ayam panggang.

JOM BACA : Mesin Basuh Jimat Elektrik Murah di Malaysia

Sesuaikan oven denga saiz bilangan keluarga anda? Bukankah satu idea yang kurang bijak jika anda membeli oven kecil.

Sedangkan, anda mempunyai bilangan keluarga yang ramai ataupun ingin memanggang beberapa ekor ayam menggunakan oven?

3. Multifungsi Oven

Beberapa model oven membolehkan anda mencairkan atau memanaskan semula makanan jika anda memerlukan alternatif untuk menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tugas-tugas ini.

Sebilangan oven juga mebenarkan anda menggunakan pemanasan perolakan (meniup udara panas di sekitar makanan untuk memasaknya lebih cepat) atau memasak rotisserie (daging berputar pada ludah).

Sebilangan ciri ini hanya terdapat pada model yang lebih mahal.

Pilih oven pemanggang dengan tetapan panggang jika anda sering memasak daging.

4. Mudah Dibersihkan

Pilih oven dengan rak dan dulang yang boleh ditanggalkan.

Mana-mana oven pemanggang roti yang baik akan mempunyai rak yang boleh anda naikkan ke atas atau ke bawah untuk menampung kuali dan makanan yang berbeza.

Terdapat juga dulang remah di bahagian bawah yang boleh anda geser masuk dan keluar agar mudah dibersihkan.

5. Fungsi Istimewa

Cari ciri khas seperti penutupan automatik atau pemasa yang lebih lama.

Sistem mati automatik adalah ciri yang baik jika anda selalu lupa untuk mematikan apa-apa jenis suis di rumah.

Dan model yang lebih murah mungkin mempunyai pemasa yang hanya memakan masa hingga 30 atau 60 minit.

Jadi cari pemasa yang lebih lama jika anda ingin memasak makanan besar seperti ayam panggang.

Ciri khas lain yang perlu dipertimbangkan adalah cahaya di bahagian dalam yang akan membolehkan anda melihat makanan anda yang sedang dalam proses memasak.

6. Maklumbalas Pengguna Terdahulu

Setelah anda mengetahui apa jenis oven yang anda mahukan, cuba lihat review atau maklumbalas pengguna terdahulu.

Ulasan daripada pengguna yang pernah menggunakannya amatlah penting dalam anda mengetahui sejauh mana kualiti dan kebolehgunaan oven yang anda pilih.

JOM BACA : Kipas Siling Jimat Elektrik di Malaysia


Jenama Oven Terbaik & Paling Bagus di Malaysia

Berikut adalah beberapa jenama oven paling bagus di pasaran Malaysia, iaitu:

1. Innofood CL120B Digital Electric Oven (120L)

Innofood CL120B Digital Electric Oven (120L)

Kelebihan:

  • Pintu kaca 2 lapis.
  • Suhu boleh mula dari 30°c.
  • Paparan digital LCD.
  • Ada fungsi preheat dan preset.

Kekurangan:

  • Tiada SIRIM.
  • Perlu ruang letak yang besar.

Bagi peniaga kecil dari rumah yang perlukan oven kapasiti besar, jenama Innofood ini adalah untuk anda. Oven ini adalah terbaik untuk bakar kek dan biskut.

Kapasiti 120 liter memudahkan anda untuk baking dengan kuantiti yang banyak dan siap cepat.

Oven ini juga ada pelarasan suhu pemanasan atas dan bawah yang berasingan. Sangat mudah untuk anda sesuaikan mengikut kegunaan.

Dalam tempoh tersebut anda boleh menghubungi customer service Innofood dan mereka akan datang untuk ambil oven sekiranya ada kerosakan.

Tapi, servis ini hanya untuk mereka yang buat pembelian dari kedai rasmi mereka.

Tempoh waranti selama 1 tahun untuk oven ini.

Harga: RM758

2. The Baker Electric Oven ESM-60LV2 (60L)

The Baker Electric Oven ESM-60LV2 (60L)

Kelebihan:

  • Ada lampu dalam oven.
  • Pintu kaca 2 lapis (susah dipecah).

Kekurangan:

  • Tiada pengiktirafan SIRIM.

Oven terbaik dari The Baker mempunyai kapasiti 60 liter. Anda boleh set timer selama 120 minit dan tunggu sehingga loceng berbunyi.

Suhu oven boleh dilaras dari 90°c sehingga 250°c. Dengan adanya lampu dalam oven memudahkan anda melihat makanan yang sedang dimasak.

Pintu kaca 2 lapis untuk mengelakkan pintu pecah. Salah satu oven yang tahan lasak dengan kapasiti boleh tahan besar.

Tempoh jaminan yang diberikan hanya 1 tahun. Agak pendek berbanding pesaing yang lain.

Harga: RM322 hingga RM351

3. Giselle Digital 10-in-1 Air Fryer Oven KAE0340 (23L)

Giselle Digital 10-in-1 Air Fryer Oven KAE0340 (23L)

Kelebihan:

  • Tempoh jaminan panjang (2 tahun).
  • Terdapat SIRIM.
  • Rekaan moden.
  • Paparan panel digital.
  • 10 fungsi preset.
  • Jimat ruang dengan fungsi 2-in-1 (air fryer & oven).
  • Ada lampu dalam oven.

Kekurangan:

Tampil dengan rekaan moden, oven Giselle antara jenama oven paling bagus. Air fryer oven dengan paparan panel digital memudahkan lagi kerja baking anda.

Dengan kapasiti 23 liter, oven terbaik ini menggunakan pemanasan udara panas untuk masak makanan seperti air fryer.

Selain fungsi oven, ia juga berfungsi sebagai air fryer. Tak perlu lagi beli air fryer, cukup beli satu oven saja. Jimat duit dan ruang letak di rumah.

Anda boleh memilih pilihan masakan dengan mudah dari 10 menu sedia ada. Hanya tekan dan tunggu makanan masak.

Giselle memberikan tempoh jaminan selama 2 tahun membuktikan keyakinan mereka dengan kualiti produk ini.

Harga: RM384.99

4. Russell Taylors Oven OT-120 (120L)

Russell Taylors Oven OT-120 (120L)

Kelebihan:

  • Tempoh jaminan panjang (2 tahun).
  • Jimat energi atau elektrik.
  • Ada SIRIM.
  • Tempat pemegang yang lebar.

Kekurangan:

  • Makan ruang yang besar.

Ini pula oven terbaik untuk bakar kek dan biskut dari Russel Taylors. Walaupun mempunyai kapasiti yang besar, harga yang ditawarkan antara yang termurah.

Untuk memastikan keselamatan anda ketika menggunakan oven ini, Russel Taylors turut mendapatkan pengiktirafan dari SIRIM.

Tempoh jaminan juga agak panjang (2 tahun). Jadi, anda tak perlu bimbang sekiranya oven rosak dalam tempoh jaminan.

Walaupun saiznya besar, oven ini tidak menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi boleh menjimatkan kos elektrik setiap bulan.

Sangat sesuai untuk mereka yang menggunakan oven bagi tujuan berniaga.

Harga: RM549.99

5. Inoofood Electric Oven KT-CL100R (100L)

Inoofood Electric Oven KT-CL100R (100L)

Kelebihan:

  • Kapasiti oven besar.
  • Boleh ubah sushu atas dan bawah secara berasingan.
  • 60 minit timer dengan automatik shutoff.
  • Terdapat lampu.

Kekurangan:

  • Perlu ruang letak yang besar.
  • Tiada pengiktirafan SIRIM.

Untuk anda yang mencari oven berkapasiti besar, Innofood adalah jenama oven terbaik untuk anda.

Dengan kapasiti 100 liter, ia adalah pilihan terbaik untuk para baker. Sangat sesuai untuk mereka yang buat bisnes baking.

Innofood memberikan jaminan selama 1 tahun untuk oven ini. Oven siap dengan kipas ini memastikan makanan dapat masak sekata.

Ia juga mempunyai lampu dalam oven supaya mudah untuk anda lihat makanan yang sedang dimasak.

Harga: RM535

6. KONKA Oven (13L)

KONKA Oven (13L)

Kelebihan:

  • Warna menarik.
  • Tempat pemegang kalis panas.
  • Mudah dibersihkan.
  • Tahan karat.
  • Tidak memerlukan ruang letak yang luas.

Kekurangan:

  • Tiada diiktiraf SIRIM.

Gambar KONKA Oven (13L)

Buat peminat pink, oven yang comel dengan kapasiti 13 liter ini adalah untuk anda.

Walaupun sangat comel, oven ini mampu berfungsi dengan baik sama seperti oven yang lain.

Ia mampu masak makanan dengan sekata menggunakan pemanasan atas dan bawah.

Suhu maksima oven boleh mencapai 230° celcius. Penunjuk cahaya akan menyala ketika oven digunakan.

Bahagian bawah oven mempunyai ruang supaya udara panas tidak terperap ketika oven sedang digunakan.

Konka menawarkan 12 bulan jaminan untuk oven ini.

Harga: RM99

7. MORGAN Electric Oven (21L)

MORGAN Electric Oven (21L)

Kelebihan:

  • Mudah nak digunakan.
  • Terdapat lonceng.

Kekurangan:

  • Tiada lampu dalam oven.

Jenama oven Morgan ini siap loceng dengan timer selama 60 minit.

Bila dah cukup masa 60 minit, loceng berbunyi berbunyi. Jadi, anda akan alert bila masakan dah siap.

Ia turut dilengkapi dengan penunjuk cahaya ketika oven sedang berfungsi.

Anda boleh membuat pilihan untuk menggunakan pemanasan atas atau bawah atau kedua-duanya sekali.

Oven bersaiz comel dengan kapasiti 21 liter ini sesuai untuk anda gunakan buat biskut, kek atau bakar yang simple. Namun begitu, kurang sesuai untuk buat ayam golek.

Morgan menyediakan tempoh jaminan selama 1 tahun untuk oven ini.

Harga: RM115.50

8. Pensonic Electric Oven PEO-3804 (38L)

Gambar ke-1 Pensonic Electric Oven PEO-3804 (38L)

Kelebihan:

  • Terdapat lampu dalam oven.
  • Ada banyak pilihan tetapan suhu oven.
  • Tahan karat.
  • Diiktiraf SIRIM.

Kekurangan:

Gambar ke-2 Pensonic Electric Oven PEO-3804 (38L)

Oven Pensonic jenis stainless steel ini, tahan lasak dan juga karat.

Walaupun saiz yang boleh tahan besar, oven ini hanya menggunakan 1500w tenaga elektrik.

Dengan jaminan selama 1 tahun, anda membeli tanpa was-was. Selain tu, oven ini turut mendapat pengiktirafan SIRIM.

Harga: RM115-RM320

9. Khind Electric Oven OT4030 (40L)

Khind Electric Oven OT4030 (40L)

Kelebihan:

  • Diiktiraf SIRIM.
  • Terdapat lampu dalam oven.
  • Siap kipas.
  • Jaminan panjang (2 tahun).

Kekurangan:

Ini adalah jenama oven buatan Malaysia yang mendapat pengiktirafan SIRIM.

Dengan kapasiti 40 liter, sesuai untuk baking buat keluarga di rumah. Oven Khind ini memiliki kipas supaya makanan boleh masak sekata.

Mempunyai lampu di dalam oven, mudah untuk anda lihat masakan sudah masak ataupun belum.

Terdapat 4 rak boleh diletakkan sekaligus dalam oven ini.

Tempoh jaminan 2 tahun yang agak panjang, jadi anda tak perlu risau jika berlaku kerosakan dalam tempoh ini.

Harga: RM309

10. Cornell Electric Oven CEO-SE50L (50L)

Gambar ke-1 Cornell Electric Oven CEO-SE50L (50L)

Ciri Produk:

  • Warranti 12 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi: 445mm x 628mm x 424mm.
  • Mempunyai lonceng pemasa.
  • Rated power: 1800W.

Kelebihan:

  • Pemegang oven tahan karat.
  • Rod pemanas dari besi tahan karat.
  • 6 pilihan fungsi pemanasan.

Kekurangan:

  • Bentuk rekaan sederhana.

Gambar ke-2 Cornell Electric Oven CEO-SE50L (50L)

Ketuhar terkini dari jenama Cornell iaitu jenis ketuhar elektrik yang mempunyai sehingga 6 mod pemanasan.

Mod ini berfungsi untuk memudahkan anda untuk memasak atau membakar mengikut kesesuaian jenis makanan.

Selain itu, terdapat pilihan 4 aliran udara panas bahagian atas dan bawah untuk memastikan makanan dimasak sekata dan sempurna.

Bagi yang tidak tahu sebesar mana saiz 50L ini, cuba bayangkan dua ekor ayam dipanggang dalam satu kotak. Besar bukan?

Jangan risau, oven ini mempunyai lampu bahagian dalam untuk mudahkan anda memantau proses masakan sedang dimasak.

Bagi setiap pembelian, anda akan dapat beberapa aksesori iaitu:

  1. Bake trays.
  2. Grill tray.
  3. Crumb tray.
  4. Tray handle.

Oven ini mampu mencapai ketinggian suhu sehingga 250ºC dengan 60 minit pemasa.

Jika dilihat dari luaran, badan oven ini bercirikan konsep moden dan ditambah pula warna silver kilat bahagian luar menjadikan oven ini kelihatan “mahal”.

“Ingatkan kecil rupanya besar! Memang puas hati. Semalam dah cuba masak egg tart, memang puas hati. Dalam masak dengan sempurna. Tak payah nak masak balik”.

Harga: RM324

11. KONKA Authentic 12L Electric Oven Vertical Multi Purpose (KAO-L12)

KONKA Authentic 12L Electric Oven Vertical Multi Purpose (KAO-L12)

Kelebihan:

  • Mudah dikendalikan.
  • Harga murah.

Kekurangan:

  • Saiz kecil.

Mungkin ramai yang tidak tahu oven jenama KONKA ini dari negara China.

Walaupun dari negara China, tetapi oven yang dikeluarkan berkualiti dan bagus kerana kebanyakan review mengatakan pembelian yang sangat berbaloi.

Ciri-Ciri Produk:

  • Warranty 12 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi: 300mm x 300mm x 375mm
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 800W

Spesifikasi:

Oven ini mempunyai isipadu kapasiti 12L dengan berat 2.65kg.

Menariknya lagi, oven ini memiliki pintu cermin penuh dimana anda boleh melihat sendiri masakan anda sedang dimasak.

Jangan risau, kaca pada pintu oven tidak akan retak jika haba pada tahap maksimum lagipun kaca yang digunakan berbeza dari oven yang lain iaitu kaca jenis tahan haba.

Selain tu, oven ini mempunyai teknologi double-tube photothermal untuk tiga dimensi yang berfungsi untuk pembakaran sama rata.

Bahagian tapak oven mempunyai anti-slip jadi jika anda buka pintu oven, badan ketuhar stabil dan tidak akan bergerak.

Disebabkan pintu oven cermin penuh, jadi Konka menggunakan pemegang buka anti-scalding handle supaya tangan tidak melecur.

Paling penting, bahagian dalam oven tidak mudah berhabuk dengan serbuk makanan kerana oven Konka mempunyai pelapik tray khas untuk serbuk makanan yang jatuh.

Suhu:

Untuk proses pembakaran pula, oven Konka ini boleh mencapai 100-200 darjah selsius yang boleh adjust mengikut kesesuaian makanan.

Pembakaran makanan anda boleh guna apa sahaja bahan masakan kerana suhu panas dalam oven menggunakan sistem wide-area control.

Apa yang menarik tentang oven KONKA ini, sebelum nak guna anda tidak perlu warm up dalam tempoh yang lama.

Ini kerana oven ini mempunyai teknologi pemanasan yang pantas dalam masa 3 saat sahaja.

Design:

Rekaan dari luar oven kelihatan sangat vintage dengan warna dan bentuk oven yang menegak ke atas. Sangat lain dari yang lain.

Oven ini direka menegak ke atas kerana makanan tidak mudah terbakar pada bahagian atas, jimat ruang dapur dan ketinggian luas dalam oven.

Review dari pengguna:

“Produk yang sangat bagus! Design sangat comel dan unik. Walaupun nak masak roti yang banyak kena susun rapat-rapat tetapi tak apa, paling penting sangat mudah digunakan.”

Harga: RM149

12. Khind Electric Oven OT2800 (28L)

Khind Electric Oven OT2800 (28L)

Kelebihan:

  • Rekaan menarik untuk dapur moden.
  • Jimat penggunaan elektrik dan ruang.
  • Berkapasiti besar untuk hidangan 3 hingga 4 pax.
  • Seleksi suhu pemanasan atas dan bawah.

Kekurangan:

  • Saiz agak besar dan berat.

Bagi mereka yang sukakan barangan dapur kelihatan vintage dan simple, Khind Electric Oven model OT 2800 adalah pilihan tepat.

Dengan oven ini anda boleh masak bermacam masakan. Contoh Pizza, kek, biskut, sweet corn, dan lain-lain.

Ciri-Ciri Produk:

  • Warranty 24 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi: 392mm x 388mm x 370mm.
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 1600W.

Spesifikasi:

Oven ini mempunyai kapasiti sebesar 28L dimana anda boleh masukkan seekor ayam untuk dipanggang.

Disebabkan saiz oven ini besar, jadi Khind meletakkan pemanas pada bahagian atas dan bawah supaya dapat membakar dengan sekata.

Lagipun anda boleh adjust suhu atas dan bawah bagi memenuhi keperluan membakar hidangan yang berbeza.

Selain itu, oven ini mempunyai lampu bahagian dalam supaya anda dapat perhatikan keadaan makanan anda dengan lebih jelas semasa proses membakar.

Berat bersih oven ini 7.5kg, agak ringan dengan kapasiti 28L.

Semua kawalan pada oven ini menggunakan knob butang pusing, bukan touchscreen atau butang tekan.

Suhu:

Oven ini mampu membakar sehingga 220°C dengan menggunakan kuasa 1200-1600W.

Setiap pembakaran anda boleh masak selama 60 minit dan pemasa boleh adjust.

Design:

Reka bentuk ketuhar dari jenama Khind ini berbentuk segi empat dan menegak.

Maknanya anda boleh jimat ruang dapur berbanding ketuhar yang bersaiz segi empat sama.

Terdapat banyak pilihan warna, iaitu hitam, beige, dan pink.

Review:

“Masak meatball, hasil memang puas hati sangat! Oven besar dan berbaloi dengan harga.”

Harga: RM189-RM268

13. Pensonic Electric Oven PEO-4605 (46L)

Gambar ke-1 Pensonic Electric Oven PEO-4605 (46L)

Kelebihan:

  • Ketuhar tahan lama.
  • Auto shutoff.
  • Sesuai untuk toast, grill, dan bake.

Kekurangan:

  • Memakan ruang yang banyak.

Gambar ke-2 Pensonic Electric Oven PEO-4605 (46L)

Pensonic iaitu antara jenama yang bagus dan oven dari jenama yang berkualiti ini, kami jamin tak ada banyak masalah ketika menggunakannya.

Ini kerana kebanyakan mesin teknologi dari Panasonic mudah dikendalikan walaupun tanpa baca manual.

Ciri-Ciri Produk:

  • Warranty 12 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi: 63cm x 43cm x 42cm
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 1800W

Spesifikasi:

Oven ini mempunyai pemasa yang dihadkan auto shut off selama 60 minit tempoh masak.

Selepas tu, anda boleh masak lagi sekali jika makanan anda belum lagi sedia untuk dihidang.

Setiap pembelian, anda akan dapat aksesori oven seperti:

  1. Dulang bakar 1x.
  2. Rak dawai 2x.
  3. Pemegang dulang 1x.
  4. Garfu rotisseries beserta pemegang 1x.

Dalam oven kapasiti 46L ini terdapat dua bahagian pemanas iaitu atas dan bawah.

Kedua-dua bahagian ini anda boleh mengawal suhu mengikut kesesuaian hidangan.

Ciri lain pada ketuhar Panasonic iaitu terdapat lampu bahagian dalam supaya mudah untuk anda memantau keadaan semasa masakan.

Suhu:

Bahagian kawalan suhu anda boleh adjust sehingga 250°C.

Design:

Rekaan ketuhar ini sangat moden walaupun menggunakan butang knob.

Bahagian pemegang menggunakan material keluli tahan karat, manakala kaca bahagian pintu pula jenis tahan haba.

Jangan risau, kaca pintu oven tak akan retak jika suhu pada tahap maksimum.

Review:

“Dapat je, terus buat pai. Senang je nak guna oven ni. Lepas ni nak masak lasagna pulak.”

Harga: RM352

14. Trio New Extra Large Electric Oven TEO-1203SS (120L)

Trio New Extra Large Electric Oven TEO-1203SS (120L)

Kelebihan:

  • Kapasiti besar 120 Liter.
  • Mudah nak dibersihkan.
  • Tahan karat untuk jangka masa panjang.

Kekurangan:

  • Tidak sesuai untuk ruang dapur kecil.

Berita baik untuk peniaga yang menjual biskut, kek, pizza, lasagna atau makanan yang memerlukan pemanasan oven.

Anda boleh beli oven 120 liter terbaik dari TRIO model TEO-1203SS ini bagi memenuhi permintaan pelanggan anda.

Ciri-Ciri Produk:

  • Warranty 12 bulan.
  • Lebar x Panjang x Tinggi: 63cm x 43cm x 42cm
  • Mempunyai loceng pemasa.
  • Rated power: 2800W

Spesifikasi:

Berkapasiti 120L boleh memuatkan lebih 50 biji biskut kecil atau 2 ekor ayam untuk dipanggang.

Mempunyai empat knob butang untuk mengawal ketuhar dan paling penting mempunyai 5 fungsi pemanas berbeza.

Fungsi ini dapat memberikan masakan anda masak dengan sempurna dan tidak over cooked.

Lagipun oven ini mempunyai teknologi kipas yang boleh mengawal peredaran haba serta kipas ini juga dapat berfungsi untuk defrost makanan yang sejuk beku.

Setiap pembelian, anda akan dapat beberapa aksesori, iaitu:

  1. Kit rotisserie x4.
  2. Alat pemegang x2.
  3. Dulang pembakar.
  4. Rak dawai 2x.

Suhu:

Oven ini boleh memanaskan makanan sehingga mencecah 250ºC dengan pemasa 120 minit.

Terdapat dual temperature control yang berfungsi untuk mengawal suhu oven dimana satu bahagian atas dan satu lagi bahagian bawah.

Jadi, jika anda ingin masak masakan yang berbeza pada satu masa, anda boleh letakkan pada dulang yang berbeza.

Kemudian adjust suhu yang berbeza mengikut kesesuaian makanan. Jimat masa bukan?

Design:

Badan oven ini diperbuat daripada material keluli tahan karat dan haba.

Jadi, anda tidak perlu risau oven karat jika anda bersihkan dengan kain basah selepas menggunakannya.

Review:

“Besar dan paling penting oven ni boleh masak banyak benda. Cuba dah masak lasagna, tekstur perfect dengan sekali masak.”

Harga: RM679

15. Meck Electric Oven Individual Temperature MOV-121 (120L)

Meck Electric Oven Individual Temperature MOV-121 (120L)

Kelebihan:

  • Kapasiti besar 120 liter.
  • Diperbuat besi tahan karat.
  • 4 elemen pemanasan yang sesuai.

Kekurangan:

Bagi mereka yang mencari oven bersaiz besar untuk kegunaan perniagaan, oven jenama Meck 120L adalah pilihan yang tepat.

Lagipun jenama ini dapat berikan servis yang bagus kerana jika ada apa-apa kerosakan hanya hubungi khidmat pelanggan mereka bagi menyelesaikan masalah.

Ciri-Ciri Produk:

  • Warranty 12 bulan.
    Lebar x Panjang x Tinggi: 773mm x 622mm x 515mm
    Mempunyai loceng pemasa.
    Rated power: 2800W

Spesifikasi:

Pemanasan oven ini terdapat bahagian atas dan bawah dimana dapat mengeluarkan haba pemanasan yang sekata.

Bahagian pemanasan pula menggunakan konsep bentuk “M” untuk dapatkan suhu panas yang maksimum supaya masakan masak dengan sempurna.

Bahagian dalam oven pula terdapat empat bahagian lapisan untuk anda gunakan dalam satu masa ketika proses memasak. Jimat masa.

Bagi setiap pembelian, anda akan dapat beberapa aksesori, iaitu:

  • Baking tray x1.
  • Wired rack x1.
  • Tray handle x2.
  • Rotisserie fork x1.

Seperti oven jenama lain, oven Meck 120L juga mempunyai lampu bahagian dalam supaya mudah untuk anda memantau keadaan semasa masakan.

Bagi berat oven ini 14.86 kg, jadi pastikan anda sudah ada tempat yang dikhaskan.

Suhu:

Oven ini boleh memanaskan makanan sehingga mencecah 250ºC dengan pemasa 60 minit.

Design:

Badan oven ini diperbuat daripada material tahan karat jadi tak perlu risau oven karat jika lap menggunakan kain basah selepas menggunakannya.

Bahagian cermin pintu oven ini tahan haba cuma apabila oven sedang digunakan, elakkan pegang bahagian cermin.

Dengan kapasiti 120L, oven ini cukup untuk memasukkan pizza bersaiz 12’ atau kek sebesar 16’ atau 80 biji biskut atau 60 ketul kepak ayam.

Review:

“Function terok! Sebenarnya oven ni bukan saja sesuai untuk perniagaan tapi sesuai untuk kegunaan baking harian di rumah.”

Harga: RM525


Oven sememangnya barang penting di rumah terutama untuk mereka yang suka baking.

Sama ada untuk suka-suka atau bisnes, pilihan saiz oven bergantung kepada keperluan anda.

Kesemua oven yang disenaraikan di atas adalah jenama oven yang paling bagus serta berkualiti.

Leave a Comment