Anda bercadang untuk membeli microwave oven yang paling sesuai dengan dapur anda?
Terlalu banyak pilihan sehingga anda keliru dan bingung?
Kami mudahkan pencarian anda dengan menyenaraikan 12 microwave oven yang terlaris dan paling diyakini di Malaysia.
Tetapi sebelum tu, ada baiknya anda kenali dulu serba sedikit fakta mengenai microwave oven.
Mahu tahu Jenama Microwave Oven Terbaik di Malaysia? Jom kita semak Senarai Harga Microwave Oven di Malaysia.
Contents
Apakah Itu Microwave Oven?
Microwave oven atau ketuhar gelombang mikro iaitu memanaskan makanan menggunakan gelombang mikro, bentuk radiasi elektromagnetik yang serupa dengan gelombang radio.
Microwave oven mempunyai tiga ciri:
- Membolehkannya digunakan dalam memasak
- Ia dipantulkan oleh logam, mereka melalui kaca, kertas, dan plastik.
- Mereka diserap oleh makanan.
Peranti yang disebut magnetron di dalam ketuhar menghasilkan gelombang mikro.
Gelombang mikro diterbitkkan di bahagian dalam logam ketuhar dan menyebabkan molekul air dalam makanan bergetar.
Getaran ini menghasilkan geseran antara molekul, yang menghasilkan haba yang berfungsi untuk memanaskan dan memasak makanan.
JOM BACA : Oven Murah dan Terbaik di Malaysia
Tips Membeli Microwave Oven Yang Bagus
Sebelum membuat pembelian microwave oven, perkara berikut mungkin boleh anda jadikan panduan, iaitu:
1. Jenis Microwave Oven
Terdapat beberapa jenis microwave oven atau ketuhar gelombang yang mesti anda tahu, iaitu:
A. Microwave Oven Solo
Ketuhar gelombang mikro solo iaitu model gelombang mikro standard yang sesuai untuk memanaskan semula makanan, memasak, dan mencairkan makanan beku.
B. Microwave Oven Panggang
Ketuhar gelombang mikro Grill menawarkan ciri asas yang sama dengan ketuhar gelombang mikro solo dan mempunyai pilihan memanggang tambahan.
Sebilangan besar microwave oven panggangan membolehkan pengguna mengendalikan fungsi panggangan dan ketuhar secara serentak atau berasingan semasa proses memasak.
C. Microwave Oven Konvensional
Ketuhar jenis ini, menggunakan elemen pemanasan dan kipas dalaman untuk memasak makanan.
Microwave oven ini sesuai untuk membakar kek atau roti atau memanggang ayam dan banyak lagi.
Ketuhar ini menawarkan pelbagai fungsi seperti pencairan, panas, panggang, coklat, garing, bakar dan sebagainya.
Biasanya kebanyakan pengguna memilih micorwave oven jenis konvensional disebabkan sifat multifungsinya.
2. Ruang Dapur
Sebelum membuat pembelian, tentukan dahulu di mana anda hendak letakkan microwave itu nanti.
Pastikan warna ketuhar yang anda pilih sesuai dengan warna latar dapur anda.
JOM BACA : Slow Juicer Terbaik di Malaysia
Atau, paling penting ianya muat pada meja yang anda rancang sebagai kedudukan tetap ketuhar gelombang itu nanti.
3. Kapasiti Microwave Oven
Sesuaikan kapasiti microwave oven dengan jumlah keluarga anda.
Jangan membeli semata-mata disebabkan harga tawaran yang murah.
JOM BACA : Dapur Gas Murah dan Terbaik di Malaysia
Jika anda bercadang untuk banyak menggunakan ketuhar gelombang untuk aktiviti memasak.
Belilah ketuhar yangh tahan lasak lebih besar dan bersifat multifungsi seperti microwave oven jenis konvensional.
4. Ciri Tambahan
Microwave oven yang semakin moden dan terkini menawarkan pelbagai ciri untuk memudahkan proses memasak.
Sebelum membeli ketuhar baharu, seseorang juga harus mengetahui ciri-ciri yang ketuhar yang mesti dimiliki seperti:
- Pencairan automatik.
- Pemanasan awal.
- Tetapan yang diprogramkan khas.
Bagi anda yang liat memasak, pilihan “Auto Cook” boleh menjadi kelebihan.
Dengan fungsi “auto cook” anda tidak perlu menetapkan konfigurasi masa dan kuasa.
Yang perlu anda lakukan iaitu memilih hidangan dari menu memasak automatik dan tekan mula.
Untuk mendapatkan pengalaman memasak tanpa kerisauan, ketuhar gelombang mikro juga dilengkapi dengan kemudahan kunci kanak-kanak di mana anda boleh menetapkan kata laluan untuk microwave oven ini.
Microwave Oven Terbaik di Pasaran Malaysia
Terdapat beberapa jenama microwave oven terbaik dan terlaris di pasaran Malaysia, iaitu:
1. Microwave Oven Samsung MC35RR8088 (35L)
Spesifikasi:
- Ceramic Enamel Cavity: Mudah dibersihkan, perlindungan anti bakteria, dalaman yang bersih dan tahan lama.
- Teknologi HOT BLAST ™: Kaedah memasak baharu, masak secara merata dengan tekstur luaran yang renyah dan berair.
- Teknologi Air Fry: Menyajikan hidangan goreng yang garing tanpa minyak tambahan.
- Pelbagai fungsi: Air fry, panggang, baking, kukus@ stim, fermentasi, dan lain-lain.
Kelebihan:
- Warranti 2 tahun.
- Kapasiti besar 35 Liter.
- Makanan lebih cepat masak.
- Pemanggangan dengan pemanasan sekata.
- Fungsi memasak automatik.
Kekurangan:
- –
Samsung 35L Convection Microwave Oven MC35R8088 dengan fungsi HotBlast™ iaitu microwave gabungan antara convection oven dan microwave oven.
Micorwave dengan fungsi HotBlast™ adalah kaedah terkini yang mengurangkan masa memasak anda.
Udara panas berkuasa dihembus ke makanan yang dimasak menghasilkan makanan dengan luaran yang “crispy” dan dalaman yang lembut.
Gabungan kaedah memasak ketuhar gelombang mikro dan convection oven menjimatkan masa memasak sehingga 50% jika dibandingkan dengan penggunaan air fryer biasa.
Selain tu, microwave oven ini juga direka untuk mengukus makanan.
Penutup pengukus tahan karat tiga lapisan menjaga kelembapan makanan dan menghalangnya kering.
Anda boleh memasak makanan lembut dan berair di dalam dan luar.
PowerGrill Duo bermaksud anda dapat menikmati makanan panggang dengan sempurna, jauh lebih pantas.
Pemanas panggangan rekaan inovatif memberikan tenaga yang jauh lebih besar, maksimum 1600w, dan memastikan pengagihan haba yang lebih konsisten.
Harga: RM1,499
2. Microwave Oven Sharp R607EK (25L)
“Crispy, crust, chewy texture” adalah salah satu keistimewaan dari microwave oven ini.
Direka untuk tujuan “Memanggang Makanan” iaitu antara sebab mengapa kapasiti oven ini 25 liter.
Microwave oven ini anggun dan cekap dan berfungsi dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi memastikan kualiti makanan terbaik yang ada.
Dibina dengan penampilan elegan, dengan pelbagai ciri seperti Mod Pizza yang membolehkan pengguna mendapatkan versi terbaik pizza mereka.
Selain tu, gelombang mikro ini juga memiliki 3 menu masak otomatis yang memberi banyak pilihan kepada pengguna.
Dibina dengan pintu kaca cermin, sememangnya indah di mana pengguna dapat menikmati operasi microwave oven ketika melakukan tugas dan sementara mereka menunggu makanan mereka dapat dinikmati.
Harga: RM430-RM499
3. Samsung Grill & Healty Steam MG23K3513GK (23L)
Dengan fungsi Steam Sihat dan Pengukus Kaca, anda dapat menyediakan makanan yang dimasak dengan wap berkhasiat dan lazat dengan cepat dan mudah.
Cukup pilih makanan dan saiznya dan secara automatik memilih waktu memasak yang optimum.
“CERAMIC INSIDE” yang tahan lama mudah dijaga kebersihan dan bebas calar.
Permukaannya yang halus dapat dibersihkan tanpa menggosok dan tidak akan berubah warna dari masa ke masa. Ia juga sangat tahan karat dan calar, jadi tahan lebih lama.
Jika anda menyediakan banyak hidangan, “fungsi Keep Warm” memastikan semuanya berada pada suhu yang betul tanpa terlalu banyak memasak, menggunakan pemanas panggangan.
Oleh itu, ia tetap hangat dan enak seperti makanan yang baharu dimasak, sedia untuk dihidangkan.
Lengkap dengan fungsi “Quick Defrost” mencairkan makanan dengan cepat dan sekata.
Algoritma pencairan automatiknya mengira masa pencairan yang betul untuk 5 jenis makanan biasa, jadi memerlukan lebih sedikit masa untuk menyediakan bahan.
Mempunyai mod ECO mengurangkan penggunaan tenaga secara signifikan.
Harga: RM400
4. Microwave Oven Sharp R357EK (25L)
Spesifikasi:
- 900W Microwave.
- 2 Auto Menu.
- Pintu cermin kaca.
- 2 Menu Auto Reheat.
- Mod penjimatan tenaga.
- Kapasiti 25 liter.
- Turntable size (diameter) 315mm.
- Berat 20kg.
- Dimensi luaran 513 x 307 x 430.
- Dimensi Dalaman 328 x 206 x 368.
Microwave oven ini estetik, tetapi cekap kerana berfungsi dengan sempurna untuk menyediakan makanan anda.
Mempunyai 2 jenis menu automatik di mana pengguna dapat memilih sesuai dengan pilihan mereka.
Bermakna, pengguna dapat mengawal sepenuhnya dan memilih pilihan terbaik untuk penyediaan makanan mereka.
Juga disatukan dengan mod penjimatan tenaga, yang bermaksud dapat memberikan tenaga terbaik dan dalam masa yang sama dapat menjimatkan penggunaan elektrik.
Direka dengan indah, microwave ini dibina dengan pintu kaca cermin di mana pengguna dapat melihat proses operasi microwave oven dan menunggu makanan mereka siap untuk dinikmati.
Harga: RM350
5. Panasonic Microwave Oven NN-ST25JB (20L)
Spesifikasi:
- 20L Solo Microwave Oven.
- 800W Kuasa Memasak.
- 9 Menu Auto.
- Quick 30 Function.
- 9 Auto Cooking Menus.
- Kunci keselamatan kanak-kanak.
Kelebihan microwave oven ini adalah mempunyai 9 auto cooking menu.
Auto cooking menu iaitu teknologi memasak automatik dengan hanya membuat ketetapan pada “berat”.
Ianya juga mempunyai fungsi “Quick function 30” yang membolehkan anda menetapkan masa memasak 30 saat dengan menekan satu butang sahaja.
Harga: RM339
6. Microwave Oven Toshiba ER-SGS20 (20L)
Spesifikasi:
- Voltage/Frekuensi: 220v/50Hz.
- Penggunaan kuasa: 1270 W (pemanggang), 1000 W output microwave dan 800 W output grill.
- Saiz turnable: 255mm.
- Fungsi pintu keselamatan kanak-kanak.
- Dimensi luaran: W x D x H (mm) : 440 x 325 x 258.
- Dimensions Dalaman W x D x H (mm) : 306 x 304 x 208.
- Berat Bersih: 12kg.
Mempunyai fungsi pemanggang, masa, tahap kuasa, 11 kitchen timer dan fungsi memasak pelbagai tahap.
Harga: RM256-RM494
7. Microwave Oven Samsung MS23K3513AK (23L)
Spesifikasi:
- Quick Defrost.
- Triple Distribution system.
- Berwarna hitam.
- Saiz turntable: 288mm.
- Paparan: Led.
- Kuasa pengeluaran: 800 watt.
- Penggunaan kuasa: 1150 watt.
- Level kuasa: 6.
- Luas dalaman: Cavity (WxHxD) 330x211x324 mm.
- Luas luaran (WxHxD) 489x275x374 mm.
Jika anda mencari ketuhar gelombang mikro yang lebih besar, mungkin oven ini agak sesuai untuk anda.
Berkapasiti 23 liter sememangnya sudah cukup besar untuk seisi keluarga anda. Dengan tampilan warna hitam yang agak ekslusif!
Harga: RM309
8. Midea Microwave Oven MM720CXM (20L)
Kelebihan:
- Sesuai untuk ruangan dapur terhad.
- Nyahbeku frozen food dalam masa yang singkat.
- Kapasiti 20L, sesuai untuk keluarga sederhana besar.
Kekurangan:
- Tidak sesuai untuk memanggang.
Microwave oven dari jenama Midea ini mudah dikendali dan terkenal dengan kualiti terbaiknya.
Ketuhar ini dapat menyahbeku makanan sejukbeku anda dalam masa hanya beberapa minit sahaja.
Boleh memuatkan kapasiti sehingga 20L dan dijamin selamat penggunaannya.
Harga: RM194
9. Microwave Oven Toshiba ER-SM20 (20L)
Spesifikasi:
- 99:99 masa memasak.
- Fungsi Time/Weight Defrost.
- 6 Menu memasak auto: Popcorn, Potato, Pizza, Frozen Vegetable, Beverage, Dinner Plate.
- Memasak pantas: 1-6 minit dengan tambahan masa sehingga 99.99 minit.
- Masakan pelbagai tahap: 2 Masa memasak & 2 Tetapan tahap kuasa ketuhar gelombang mikro.
- Fungsi ingatan.
- Kunci keselamatan kanak-kanak.
- Diameter Turntable: 255mm.
- Berwarna putih.
- Aksesori: Glass Turntable Tray.
Merupakan microwave oven berkapasiti 20 Liter. Mempunyai fungsi “deodorization” untuk menghilangkan bau.
Pengeluaran kuasa maksimum 800 watt dan semestinya agak menjimatkan tenaga elektrik rumah anda.
Harga: RM225
10. Microwave Oven Sharp R219EK (20L)
Spesifikasi:
- Kategori: Basic Touch Control.
- Kapasiti: 20 Liter.
- Punca Kuasa: 230-240V, 50Hz.
- Saiz Turntable (diameter): 255mm.
- Jenis pintu: Pull door.
- Berat (kg): Approx 11kg.
- Microwave (IEC) W: 800.
- Tahap Kuasa: 20.
- Masa memasak: 35 minit.
- Jenis Weight / Auto Defrost.
- Warna: Silver + SUS.
- Jenis panel kawalan “Dial”.
- Paparan LED.
- Turntable: Kaca.
- Dimensi Luaran: 440 x 259 x 360.
- Dimensi Dalaman 307 x 205 x 307.
Ketuhar gelombang mikro basic dengan jualan lebih daripada 1k unit di pasaran online Malaysia.
Penjimatan tenaga dengan penggunaan kuasa kurang daripada 1 kilowatt.
Harga: RM259
11. Microwave Oven Haier HMD-MY720 (20L)
Haier HMD-MY720 ini juga adalah antara microwave oven yang terbaik di Malaysia.
Spesifikasi:
- Sistem operasi mekanikal.
- Penggunaan tenaga dalam julat 650-700 Watt.
- 5 Kuasa Gelombang Mikro.
- Berkapasiti 20 liter.
Harga: RM209
12. Electrolux Table Top Microwave EMS3087X (30L)
Kelebihan:
- Fungsi 3-in-1 (bakar, kukus, dan panaskan).
- Selamat untuk kanak-kanak.
- Auto-cook programmes.
Kekurangan:
- Harga sedikit “Pricey”.
Ketuhar gelombang mikro khas untuk para suri rumah yang gemar membuat kek.
Kerana, ianya mempunyai aplikasi sentuhan mudah untuk kegunaan dan pengawalan masa bagi setiap masakan.
3-in-1 ketuhar gelombang mikro oven sangat berguna samada anda ingin membakar, mengukus dan memanaskan dalam waktu singkat.
Microwave oven ini juga boleh membakar kek kegemaran anda dengan kuasa 1,100 watt.
Anda kini tidak perlu risau lagi walaupun ketuhar sedang dijalankan ketika anak anda berada berdekatannya.
Kerana microwave oven ini, mempunyai kawalan keselamatan untuk kanak-kanak.
Harga: RM1,029
13. Hitachi Solo Oven Series Digital Microwave Oven (HMR-D2311)
Kelebihan:
- Jimat tenaga elektrik.
- Pintu safety lock.
- Kawalan panel secara digital dan mudah dikendali.
Kekurangan:
- Harga sedikit “pricey”.
Microwave oven dengan teknologi terkini menggunakan siri digital dan paparan skrin sentuh untuk mengendalikannya.
Dilengkapi dengan 6 program menu secara automatik seperti memanas, menggril, membakar, dan lain-lain untuk memudahkan anda menyediakan hidangan.
Tidak perlu lagi membeli microwave dan oven secara berasingan dan ianya menjimatkan perbelanjaan.
Harga: RM675
14. Midea Microwave Oven MM720CGE-WH (20L)
Spesifikasi:
- Pengeluaran kuasa 700 watt.
- Tetapan Defrost.
- Masa maksimum 35 minit.
- Jenis “Push Button Door”.
Midea adalah pilihan microwave oven antara yang terbaik di Malaysia dengan tawaran harga yang mampu milik.
Output power yang agak rendah iaitu 700 watt dan pastinya tidak banyak memberikan kesan terhadap bil bulanan elektrik anda.
Harga: RM264
Kebaikan Penggunaan Microwave Oven
Terdapat beberapa kebaikan ketuhar gelombang mikro atau microwave oven, iaitu:
1. Menjimatkan Masa Memanaskan Makanan
Ketuhar gelombang mikro memerlukan hanya sedikit masa untuk memasak makanan.
Ianya disebabkan oleh getaran molekul air disebabkan oleh gelombang mikro yang dihasilkan oleh mikrowave.
Gelombang mikro ini menggetarkan molekul air sekitar sejuta kali dalam satu saat.
Oleh yang demikian, ia menghasilkan masakan cepat dalam ketuhar gelombang mikro.
2. Tiada Perubahan Rasa Pada Makanan
Kerana kaedah memasak cepat, ia tidak membakar makanan dan mengekalkan rasa dan khasiat di dalamnya.
Kita boleh mendapatkan makanan dengan rasa dan nutrien yang sama.
JOM BACA : Mesin Basuh Jimat Elektrik Terbaik Malaysia
Atau, anda tidak kehilangan sebilangan besar nutrien setelah memasak di dalam ketuhar gelombang mikro.
3. Mudah Nak Dibersihkan
Ini adalah kelebihan utama ketuhar gelombang mikro, di mana pembersihan peralatan dan ruang memasak ketuhar sangat mudah.
ketuhar gelombang mikro hanya memanaskan makanan dan bukan perkakas ataupun bekas makanan yang digunakan.
Makanan tidak akan melekat pada dulang ataupun bekas makanan tadi.
Bekas atau dulang makanan kekal sejuk atau hangat dan boleh disentuh dan dibersihkan dengan mudah.
Badan dalaman dan luaran ketuhar juga direka agar agak mudah dibersihkan.
Hanya memerlukan tuala lembap untuk membersihkan sebarang tumpahan atau kekotoran.
4. Membantu Dalam Proses Pencairan
Defrost atau pencairan adalah kelemahan banyak ketuhar biasa.
Tetapi ketuhar gelombang mikro adalah pilihan terbaik untuk mencairkan makanan.
Ia mencair dan memasak makanan sejuk beku dalam jangka masa yang singkat tanpa kehilangan aroma dan rasa asli.
5. Kurang Penggunaan Tenaga
Ia menggunakan lebih sedikit tenaga jika dibandingkan dengan ketuhar biasa.
Penggunaan kuasa (Watt) ketuhar gelombang mikro sekitar 600 hingga 1200 watt yang sememangnya agak kurang berbanding dengan oven biasa.
Ketuhar juga berfungsi pada pilihan on/off automatik. Ini akan menjimatkan tenaga dan masa pengguna.
Setelah menetapkan waktu dan suhu, oven akan mati setelah waktu memasak habis.
6. Selamat Untuk Kanak-Kanak
Tidak seperti ketuhar biasa atau dapur gas yang menghasilkan lebih banyak asap dan haba di dapur.
Ketuhar gelombang mikro adalah yang terbaik berbanding asap dan panas di dapur.
Beberapa microwave dilengkapi dengan kemudahan kunci kanak-kanak untuk mengelakannya dari jangkauan atau dikendalikan oleh kanak-kanak.
JOM BACA : Peti Ais Terbaik di Malaysia
Itulah beberapa jenama Microwave Oven terbaik dan murah di pasaran Malaysia yang dapat anda ketahui.
Semoga maklumat di atas dapat membantu dan bermanfaat untuk anda. 😀