[BEST] 12+ Jenama Mesin Basuh Terbaik & Berkualiti

Anda sedang merancang untuk tukar mesin basuh baharu? Atau, ini kali pertama nak beli mesin basuh?

Jika ya, anda wajar pertimbangkan mesin basuh automatik. Dan sebaiknya anda membuat pilihan dari jenama mesin basuh terbaik di Malaysia.

Mesin basuh automatik adalah barang keperluan rumah yang sangat penting.

Setiap rumah wajib mempunyai mesin basuh tidak kira saiz atau jenama apa.

Ini memudahkan, menjimatkan masa dan tenaga lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja.

Malah, mungkin juga ada yang tercari-cari untuk beri hadiah sempena hari perkahwinan kawan.

Oleh itu, kita perlu memilih mesin basuh yang terbaik sebelum membuat pembelian.

Sebelum saya kongsikan mesin basuh automatik yang terbaik, jom kita kenali jenis mesin basuh yang ada di pasaran.


Jenis Mesin Basuh Terbaik di Pasaran Malaysia

Terdapat 2 jenis mesin basuh terbaik di pasaran Malaysia 2023, iaitu:

1. Mesin Basuh Front Load

Mesin Basuh Front Load

Untuk mesin basuh terbaik jenis front load, pintu untuk masukkan pakaian dibuka dari depan. Jadi, mudah untuk masuk atau ambil pakaian.

Dengan rekaan cermin di pintu, anda boleh lihat ke dalam mesin ketika pakaian dicuci.

Kelebihan:

  • Kurang guna air. Hanya guna ⅓ air dari top load.
  • Jimat tenaga elektrik.
  • Kurang guna sabun.
  • Hasil cucian lebih bersih.
  • Bahagian atas mesin basuh boleh letak barang.
  • Lebih senyap berbanding top load.
  • Jarang rosak.

Kekurangan:

  • Harga mahal.
  • Tak boleh tambah baju bila dah mula cuci.
  • Kos baik pulih yang tinggi.

JOM BACA : Peti Ais Jimat Energi Terbaik di Malaysia

2. Mesin Basuh Top Load

Mesin Basuh Top Load

Ini mesin basuh terbaik yang selalu kita nampak. Pintu mesin berada di bahagian atas.

Kelebihan:

  • Harga murah.
  • Kos baik pulih yang rendah.
  • Banyak pilihan model jenis ini di pasaran.
  • Boleh berhenti seketika untuk masukkan baju walau mesin dah jalan.

Kekurangan:

  • Guna air yang banyak.
  • Kos elektrik yang tinggi.
  • Sukar nak ambil baju yang paling akhir dari dalam mesin bagi orang yang rendah.
  • Hasil cucian tidak sebersih front load.

JOM BACA : Peti Ais 2 Pintu Terbaik di Malaysia


Jenama Mesin Basuh Terbaik di Malaysia

1. Mesin Basuh Sharp ESX159

Mesin Basuh Sharp ESX159

  • Kapasiti: 15kg
  • Jenis: Top Load
  • Motor: Biasa
  • Waranti: 1 tahun (umum) / 10 tahun (motor)

Bagi yang mempunyai ahli keluarga di bawah 5-6 orang, mesin basuh Sharp ini sesuai untuk keluarga anda.

Fungsi quick wash dalam mesin ini membolehkan anda mencuci pakaian dengan cepat dan menjimatkan masa anda.

Ia turut dilengkapi dengan fungsi child lock untuk melindungi anda dan anak anda dari sebarang kemalangan semasa mesin basuh sedang mencuci.

Sharp Intelligent Waterfall System memastikan pakaian dicuci dengan bersih tanpa meninggalkan kesan sabun di pakaian.

Kesan sabun di pakaian boleh menyebabkan kulit gatal dan alergi. Bagi memastikan prestasi mesin basuh automatik Sharp di tahap optimum.

Anda boleh menggunakan fungsi tub clean untuk bersihkan kotoran yang ada di drum.

Dari segi rekaan control panel mesin basuh Sharp ini nampak cool dengan menggunakan paparan LED digital.

Harga: RM1,599

2. Mesin Basuh Samsung WA13T5360BV

Mesin Basuh Samsung WA13T5360BV

  • Kapasiti: 13kg
  • Jenis: Top Load
  • Motor: Digital Inverter
  • Waranti: 2 tahun (umum) / 11 tahun (motor)

Gambar ke-1 Mesin Basuh Samsung WA13T5360BV

Bagi anda yang mementingkan penjimatan elektrik bagi jangka masa panjang, mesin basuh automatik Samsung ini dilengkapi teknologi digital inverter.

Ia bukan saja jimat tenaga sebanyak 40%, malah direka untuk tahan lebih lama dan lebih senyap berbanding motor biasa.

Anda mungkin pernah alami pakaian jadi berpintal dan rosak selepas cuci dengan mesin basuh. Tapi, dengan mesin basuh Samsung ini ianya dapat dielakkan.

Samsung menggunakan teknologi Wobble untuk memastikan pakaian dicuci dengan lembut dan bersih.

Baki sabun pun tiada yang tertinggal di pakaian dengan adanya magic dispenser pada mesin basuh ini.

Jika mesin basuh rosak, anda boleh tahu punca masalahnya dengan menggunakan aplikasi yang dimuat turun di handphone anda.

Ia turut memberitahu cara untuk menyelesaikan masalah mesin basuh anda itu. Jimat kos untuk panggil orang baiki.

Tapi, adakalanya ia tetap memerlukan yang pakar jika kerosakan teruk terjadi.

Selain itu, mesin basuh Samsung ini dilengkapi dengan eco tub clean. Anda boleh cuci mesin basuh dengan menggunakan fungsi ini.

Mesin juga akan mengeluarkan icon peringatan secara automatik di control panel apabila tiba masa untuk drum dicuci.

Dengan ini, mesin basuh automatik anda akan sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Harga: RM1,488

3. Mesin Basuh LG TH2519SSAK

Gambar ke-1 Mesin Basuh LG TH2519SSAK

Gambar ke-2 Mesin Basuh LG TH2519SSAK

  • Kapasiti: 19kg
  • Jenis: Top Load
  • Motor: Inverter
  • Waranti: 1 tahun (umum) / 10 tahun (motor)

Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, mesin basuh LG 19kg ini sangat sesuai digunakan.

Malah, nak cuci toto pun boleh. Tak perlu lagi nak hantar ke dobi.

Dengan menggunakan TurboWash, anda dapat jimat tenaga dan juga air. Ia turut dilengkapi dengan fungsi lain seperti auto tub clean.

Aplikasi Smart ThinQ membolehkan anda memantau dan melakukan cucian pada bila-bila masa dan di mana-mana saja anda berada.

Harga: RM2,388

4. Mesin Basuh Haier HWM90-M826

Gambar ke-1 Mesin Basuh Haier HWM90-M826

  • Kapasiti: 9kg
  • Jenis: Top Load
  • Motor: Biasa
  • Waranti: 2 tahun (umum) / 6 tahun (motor)

Gambar ke-2 Mesin Basuh Haier HWM90-M826

Mesin basuh Haier berkapasiti 9kg ini sesuai bagi keluarga di bawah 4 orang.

Direka khas untuk wanita berhijab, mesin basuh ini mempunyai program untuk cucian tudung.

Penutup pintu mesin dibuat dari tempered glass yang lembut untuk memastikan tiada bunyi kuat ketika menutup pintu mesin.

Mesin basuh ini juga menggunakan magic filter supaya semua kotoran dapat dikumpul dengan baik. Juga terdapat fungsi quick wash untuk cucian segera.

Harga: RM719

5. Mesin Basuh Toshiba TW-BH85S2M

Mesin Basuh Toshiba TW-BH85S2M

  • Kapasiti: 7.5kg
  • Jenis: Front load
  • Motor: Inverter
  • Waranti: 2 tahun (umum) / 10 tahun (motor)

Mesin basuh Toshiba 7.5kg ini mempunyai 16 program cucian. Dengan kapasitinya yang kecil sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga 2 hingga 3 orang.

Dilengkapi dengan teknologi Real Inverter, mesin basuh ini lebih senyap dan jimat tenaga.

Teknologi Greatwave dari mesin basuh Toshiba ini mengurangkan masalah warna baju luntur.

Dengan program Quick Wash, baju anda siap dibasuh dalam masa 15 minit sahaja. Sesuai bagi mereka yang selalu tak sempat nak cuci baju.

Dari segi rekaan, mesin basuh automatik Toshiba menyediakan paparan LED digital bagi control panelnya.

Harga: RM1,222

6. Mesin Basuh & Pengering Elba EWDC-J1061IN(GD)

Mesin Basuh & Pengering Elba EWDC-J1061IN(GD)

  • Kapasiti: 10kg (cucian) + 6kg (pengering)
  • Jenis: Front Load
  • Motor: Inverter
  • Waranti: 1 tahun (umum) / 10 tahun (motor)

Mesin basuh Elba ini dilengkapi dengan dryer (pengering). Jadi, lepas cuci baju boleh terus lipat.

Tak perlu nak sidai. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai ruang untuk menyidai baju.

Mesin basuh siap pengering juga jadi penyelamat ketika musim hujan.

Cuma kapasiti mesin dan dryer model Elba ini kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Selain jimat tenaga, mesin basuh Elba ini mempunyai design pintu yang luas. Mudah nak masukkan pakaian ke dalam mesin.

Ia juga menyediakan 16 program cucian, antaranya termasuk:

  • Cucian kotoran degil.
  • Quick wash (15 minit siap).
  • Cucian tangan untuk pakaian dalam.
  • Cucian tekstil bilik tidur.
  • Cucian hygiene+ untuk pakaian bayi.
  • Cucian pakaian sukan.
  • Cucian drum untuk membuang kotoran dalam mesin basuh.

Anda juga boleh menetapkan untuk mesin basuh beroperasi pada waktu yang anda inginkan dengan menekan butang delay. Tetapan masa boleh dibuat sehingga 24 jam.

Walaupun mesin basuh automatik ini jenis front load, anda masih boleh menambah pakaian ketika mesin sedang berjalan.

Namun, mesin basuh dan pengering Elba hanya boleh dilakukan di awal proses cucian.

Ketika mesin sedang berpusing dengan air yang banyak serta suhu yang tinggi, adalah tidak selamat untuk membuka pintu mesin.

Harga: RM2,460

7. Mesin Basuh LG TwinWash F2721HTWV + Mini T2735NTWV

Gambar ke-1 Mesin Basuh LG TwinWash F2721HTWV + Mini T2735NTWV

Gambar ke-2 Mesin Basuh LG TwinWash F2721HTWV + Mini T2735NTWV

Gambar ke-3 Mesin Basuh LG TwinWash F2721HTWV + Mini T2735NTWV

  • Kapasiti: 21kg (mesin basuh) + 12kg (dryer) + 3.5kg (mesin basuh mini)
  • Jenis: Front Load
  • Motor: Inverter
  • Waranti: 1 tahun (umum) / 10 tahun (motor)

Jika anda mempunyai bajet yang besar dan inginkan mesin basuh beserta pengering, ini adalah mesin basuh terbaik.

Mesin basuh automatik LG 21kg beserta dryer ini sesuai bagi yang ada isi rumah yang ramai.

Fungsi dan rekaan canggih dari LG memang tidak mengecewakan.

Anda boleh lakukan cucian serentak di mesin basuh utama dan mesin basuh mini.

Mesin basuh LG ini juga memudahkan untuk anda mengasingkan pakaian.

Cucian untuk pakaian bayi boleh gunakan mesin basuh mini dan pakaian yang lain di mesin basuh utama. Sekali cuci baju terus siap sampai kering. Anda hanya tinggal nak lipat!

Dengan ketinggian mesin ini anda tidak lagi perlu membongkok dan melutut untuk ambil atau masukkan pakaian. Ini boleh mengurangkan masalah sakit belakang dan sakit lutut.

Ia juga mempunyai fungsi untuk menambah pakaian dalam mesin basuh. Anda hanya perlu menekan butang add item dan dalam 3 saat, pintu mesin boleh dibuka.

Mesin basuh LG TwinWash ini dilengkapi dengan cucian wap. Ia boleh mengelakkan masalah alergi, pakaian juga lebih lembut serta mengurangkan kedutan pada baju.

Proses cucian hanya mengambil masa 49 minit dengan adanya TurboWash. Jimat masa anda!

Mesin basuh ini disertakan dengan 15 program basuhan.

Selain jimat penggunaan elektrik dengan motor inverternya, mesin basuh ini juga dapat jimat air jika menggunakan mod cucian EcoHybrid.

Bagi yang sukakan teknologi, anda boleh memantau serta melakukan cucian dari Smartphone anda. Hanya pastikan ada wifi.

Harga: RM6,999

8. Mesin Basuh Panasonic NA-FD16V1 Washed Machine

Gambar ke-1 Mesin Basuh Panasonic NA-FD16V1

Kelebihan:

  • Kapasiti 16kg.
  • Mempunyai basuhan panas.
  • Dapat menyingkirkan bakteria.
  • Boleh mencuci toto tebal atau permaidani.
  • Dapat menanggalkan segala jenis kotoran.

Kekurangan:

  • Penutup mesin basuh boleh mencederakan jari jika terlepas.

Gambar ke-2 Mesin Basuh Panasonic NA-FD16V1

Sangat sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga kerana mesin ini mampu mencuci pelbagai jenis toto tebal, permaidani kecil atau pakaian cucian seberat 16kg.

Mesin Panasonic NA-FD16V1 mempunyai 3 jenis teknologi yang berbeza. Antaranya Water Bazooka, StainMaster dan Active Foam System. Setiap teknologi, fungsinya berbeza.

Fungsi Water Bazooka untuk membilas dan mencuci pakaian dengan pusaran air yang kuat seperti 6 kali bilasan sekaligus dapat menanggalkan semua kotoran degil.

Jangan risau, mesin ini mempunyai kuasa TD Inverter yang mampu menjimatkan 40%  penggunaan elektrik walaupun mesin ini mampu mencuci pakaian yang banyak.

Selain itu, mesin ini juga dapat membersihkan tub secara automatik untuk mengekalkan kebersihan tub sebelum memulakan proses cucian.

Menariknya lagi, mesin basuh ini mampu menanggalkan 99.99% bakteria dengan cucian panas dengan suhu 60° kerana menggunakan teknologi StainMaster.

Jadi, tiada masalah jika cucian baju bayi disekalikan dengan pakaian dewasa.

Harga: RM3,055

9. Mesin Basuh Toshiba Inverter AW-DG1600WM

Mesin Basuh Toshiba Inverter AW-DG1600WM

Gambar ke-1 Mesin Basuh Toshiba Inverter AW-DG1600WM

Kelebihan:

  • Kapasiti 15kg.
  • Tidak menghasilkan bunyi kuat ketika mencuci.
  • Dapat menghasilkan Ultra Fine Bubble (UFB).
  • Mampu menjimatkan penggunaan elektrik.
  • Boleh mencuci toto tebal atau permaidani.

Kekurangan:

  • Harga mahal.

Mesin basuh jenama Toshiba jenis AW-DG1600WM mempunyai SDD inverter.

Di mana mesin ini kurang mengurangkan bunyi bising ketika melakukan proses cucian dan penggunaan elektrik jimat walaupun mampu memuatkan kapasiti 15kg pakaian cucian.

Selain itu, hanya dengan satu sentuhan anda boleh memilih jenis cucian yang bersesuaian dengan pakaian anda dan bukan boleh cuci pakaian saja tapi boleh mencuci dengan toto tebal atau permaidani kecil dengan bersih.

Uniknya tentang mesin ini, Toshiba menggunakan teknologi Nano Wash yang berfungsi menghasilkan buih halus bagi menanggalkan kotoran degil pada fabrik.

Bahagian dalam besen pula mesin basuh ini menggunakan teknologi Duo-Active Roller yang dapat meningkatkan kelancaran pengaliran air bagi mengelakkan kain tersimpul.

Harga: RM1,899

10. Mesin Basuh LG Smart Inverter T2109VS2M

Gambar ke-1 Mesin Basuh LG Smart Inverter T2109VS2M

Gambar ke-2 Mesin Basuh LG Smart Inverter T2109VS2M

Kelebihan:

  • Kapasiti 9kg.
  • Mempunyai sistem Punch+3
  • Boleh troubleshoot menggunakan smartphone.

Kekurangan:

  • Tidak boleh untuk cucian karpet besar.

BMC Motor Protection adalah salah satu teknologi motor yang diperkenalkan oleh LG untuk model kali ini.

Teknologi tersebut dapat mengurangkan bunyi dan getaran pusingan mesin basuh.

Teknik cucian mesin basuh LG dijamin lebih bersih dan dapat menyingkirkan kotoran pada pakaian dengan bagus kerana terdapat sistem Punch+3 dimana aliran air keluar ketika mencuci dari empat bahagian, 1 main Pulsator dan 3 main Pulsator.

Sekaligus tidak meninggalkan kesan tidak selesa pada kulit.

Selari dengan perkembangan teknologi masa kini, mesin basuh model LG kali ini dilengkapi teknologi Smart Diagnosis.

Fungsi sistem ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah jika berlaku sebarang troubleshoot pada mesin ini.

Anda hanya perlu imbas logo Smart Diagnosis dan mengikut arahan seterusnya untuk bantuan khas dari pusat khidmat pelanggan LG.

Harga: RM1,033

11. Mesin Basuh Electrolux UltimateCare™ EWF1023BDWA

Gambar ke-1 Mesin Basuh Electrolux UltimateCare™ EWF1023BDWA

Gambar ke-2 Mesin Basuh Electrolux UltimateCare™ EWF1023BDWA

Gambar ke-3 Mesin Basuh Electrolux UltimateCare™ EWF1023BDWA

Kelebihan:

  • Kapasiti besar 10kg.
  • Mempunyai pelbagai teknologi inovatif.

Kekurangan:

  • Perlu mencangkung ketika masukkan pakaian.

Mesin basuh 10kg dari Electrolux Ultimate Care 800 model EWF1023BDWA ini adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang inginkan jenis front load.

Mesin basuh siri baharu dari Electrolux ini mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri antaranya sistem Vapour Refresh dimana pusingan basuhan yang menggunakan wap untuk nyah bau busuk dan 99.9% kuman serta bakteria.

Selain itu, mesin basuh berteknologi ini mampu membasuh segala jenis pakaian terutama fabrik berbulu.

Jadi selepas ini, tak perlu lagi hantar pakaian kei dobi untuk pengasingan jenis cucian.

Paling penting, mesin ini tidak seperti mesin basuh front load yang lain kerana mempunyai sistem senyap, penjimatan tenaga elektrik, anti kedutan, dan tahan lama.

Harga: RM2,950

12. Mesin Basuh Hitachi Inverter Top Load Auto Self Washing Machine SF-160TCV

Gambar ke-1 Mesin Basuh Hitachi Inverter Top Load Auto Self Washing Machine SF-160TCV

Gambar ke-2 Mesin Basuh Hitachi Inverter Top Load Auto Self Washing Machine SF-160TCV

Gambar ke-3 Mesin Basuh Hitachi Inverter Top Load Auto Self Washing Machine SF-160TCV

Kelebihan:

  • Kapasiti besar 16kg.
  • Mempunyai sistem Auto Self Clean.
  • Mempunyai 14 pilihan fungsi cucian.

Kekurangan:

  • Harga mahal.

Mesin basuh Hitachi ini berkapasiti besar sehingga 16kg. Kebanyakan mesin basuh yang berkapasiti besar akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

Namun demikian, mesin basuh ini mempunyai teknologi yang membolehkan penggunaan air dan elektrik yang menjimatkan dengan aplikasi Energy Save dan Water Save Technology.

Dengan sistem cucian 4 kali ganda, ia berupaya membasuh pakaian lebih bersih sekaligus menanggalkan kotoran secara efektif.

Teknologi Auto Self Clean juga memastikan mesin basuh dibersihkan secara automatik. Cara ini bagi mengelakkan berlaku pertumbuhan kulat dan bakteria.

Tubnya pula dilengkapi dengan filter lint anti-bakteria yang pasti akan menghasilkan cucian segar dan lebih bersih.

Harga: RM2,369

13. Mesin Basuh Beko AquaSonic + BTU1008W

Gambar ke-1 Mesin Basuh Beko AquaSonic + BTU1008W

Gambar ke-2 Mesin Basuh Beko AquaSonic + BTU1008W

Gambar ke-3 Mesin Basuh Beko AquaSonic + BTU1008W

Mesin basuh beban atas Beko 10kg AquaSonic + BTU1008W mungkin kelihatan mudah.

Tetapi, ia juga dilengkapi dengan semua teknologi yang anda perlukan untuk membuat pakaian dan kain basuh lebih cepat serta lebih mudah.

Kerana teknologi AquaSonic ini, mesin basuh Beko dapat menghasilkan getaran tinggi, yang membantu mencapai prestasi mencuci yang lebih baik sambil mengurangkan penggunaan air dan penggunaan pencuci.

Teknologi ini menghasilkan 20,000 gelombang getaran sesaat untuk membantu menghasilkan kotoran dari cucian anda dengan teliti.

JOM BACA : Aircond Terbaik dan Murah di Malaysia


Melakukan dobi dengan mesin basuh membantu anda menjimatkan masa.

Dengan pencuci beban dan beban depan terbaik dari jenama yang dipercayai, anda tidak perlu memantau proses pembersihan setiap minit.

Anda boleh yakin bahawa pakaian, linen, tuala, dan kain lain anda akan dibasuh dengan teliti dengan usaha yang sangat minimum di pihak anda.

Dengan itu, kami berharap maklumat mengenai mesin basuh terbaik di Malaysia membantu anda mencari jenama terbaik yang akan memenuhi keperluan anda.

Semoga dapat membantu dan bermanfaat untuk anda. 😀

Leave a Comment