[BEST] 14+ Jenama Laptop Terbaik & Berkualiti

Memiliki laptop sudah menjadi satu keperluan. Ia mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Tetapi, ramai sekali yang tertanya-tanya apa jenama laptop terbaik di Malaysia?

Supaya tidak tersalah beli laptop yang tidak berkualiti, di sini akan kongsikan jenama laptop terbaik dan beberapa laptop paling bagus untuk anda miliki.


Cara Memilih Laptop Terbaik

Cara Memilih Laptop Yang Bagus

Terdapat beberapa kriteria yang perlu ditentukan dalam memilih laptop terbaik di Malaysia, iaitu:

1. Spesifikasi Laptop

Setiap laptop didatangkan dengan spesifikasi atau ciri yang berbeza.

Antara spesifikasi penting yang perlu anda pertimbangkan, iaitu:

  • Jenis processor (intel, AMD).
  • RAM.
  • Storan Hard Disk Drive (HDD) atau Solid State Drive (SSD).
  • Ada DVD.
  • Grafik card.

Jika anda rasa sukar nak pilih spesifikasi laptop, utamakan RAM dan saiz storan.

Pilih RAM sekurangnya 4GB dan storan 256GB SSD supaya cukup untuk anda simpan gambar serta fail.

Kenapa pilih SSD? Anda boleh buka dan simpan dokumen dengan pantas. Nak on laptop pun tak sampai berapa saat.

2. Skrin Laptop

Anda perlu tahu nak laptop dengan skrin besar atau kecil. Juga jenis paparan, resolusi skrin serta touch screen ataupun tidak.

3. Berat Laptop

Pili laptop yang ringan untuk dibawa, terutamanya jika anda sering bergerak ke merata tempat dengan laptop.

4. Ketahanan Bateri

Bateri tahan lama sangat penting jika anda keluar rumah dan berada di tempat yang tidak mempunyai plug untuk cas bateri.

Jika pelajar buat assignment di luar, sangat memerlukan laptop yang tahan lama baterinya.

Setakat ini, Macbook antara jenama yang mempunyai bateri yang paling tahan lama.

5. Sistem Operasi Laptop

Windows, Macbook Os, Chrome Os. Ini adalah sistem operasi laptop.

Sebaiknya pilih laptop yang gunakan sistem operasi yang anda biasa guna. Supaya tidak kekok nanti.

6. Keyboard

Pilih laptop yang mempunyai keyboard atau papan kekunci dengan paparan Qwerty (yang biasa digunakan) dan selesa untuk anda menaip.

Selain tu, keyboard mempunyai atau lampu ataupun tidak.

Jika anda seorang yang suka buat kerja di waktu malam, maka keyboard dengan backlight penting untuk anda.

7. Port dan Sambungan

Laptop ada port untuk masukkan UDB drive, HDMI, dan MicroSD card. Jika semua ada, maka sangat baik.

8. Jenis Laptop Biasa atau 2-in-1

Anda boleh pilih jenis laptop biasa ataupun laptop 2-in-1 yang boleh tukar jadi tablet atau dipusingkan.

9. Jaminan atau Waranti

Lagi panjang tempoh jaminan lagi bagus. Kerana sebarang kerosakan sepanjang tempoh ini ada, boleh terus menghubungi pengeluar (laptop baharu) atau penjual laptop (laptop terpakai) tersebut.

Ada jenama laptop yang memberikan on-site warranty (servis baik pulih laptop di tempat pembeli).

Jadi anda jimat masa tak perlu nak hantar laptop ke kedai untuk dibaiki.

Tambahan pula, technician yang datang untuk baiki adalah mereka yang pakar. Lagi cepat masalah anda dapat diselesaikan.

Ini berbeza jika anda memilih laptop terpakai. Anda perlu menghantar laptop ke kedai tempat anda beli untuk claim waranti.

10. Bajet Anda

Sebelum membeli anda tentu dah ada anggaran jumlah wang yang mampu dikeluarkan untuk membeli laptop.

Jadi, pilih laptop ikut bajet anda supaya tidak membeli di luar kemampuan.

11. Jenama Laptop Terbaik

Ini juga penting dalam memilih laptop. Pilihlah jenama laptop terbaik yang sudah terkenal dan diyakini jenamanya di Malaysia.

Supaya senang anda dapat spare part jika rosak setelah habis waranti nanti.

Ini adalah jenama laptop terbaik di Malaysia:

  • HP
  • Apple Macbook
  • Dell
  • Lenovo
  • Asus
  • MSI
  • Microsoft Surface
  • Acer

Sekarang, jom kita tengok laptop terbaik di Malaysia.


Jenama Laptop Terbaik dan Murah di Malaysia

Terdapat beberapa jenama laptop terbaik dan murah di pasaran Malaysia, iaitu:

1. Apple MacBook Air 13 M1 Chip

Gambar ke-1 Apple MacBook Air 13 M1 Chip

Gambar ke-2 Apple MacBook Air 13 M1 Chip

Spesifikasi:

  • Sistem Operasi: MacOS Big Sur
  • Processor: Apple M1 Chip. CPU speeds up to 3.5x faster
  • Memori: 8 GB
  • Grafik: 8-core GPU with up to 5x faster graphics
  • Storan: 512 GB SSD
  • Skrin: 13.3 inch
  • Waranti: 1 tahun dari Apple

Kelebihan:

  • Nipis dan ringan.
  • Spesifikasi yang terkini.
  • Memori boleh ditambah.
  • Kapasiti solid state drive boleh ditambah.
  • Bateri tahan lama.

Kekurangan:

  • Harga mahal.

Apple Macbook 13 laptop terbaik untuk yang pentingkan laptop ringan, nipis dengan bateri yang tahan lama.

Bateri laptop Apple versi 2020 ini boleh tahan sehingga 18 jam.

Dengan kapasiti simpanan data yang besar 512GB SSD, sesuai untuk mereka yang lakukan kerja yang memerlukan software yang berat seperti suntingan video.

Jika kemudian nanti anda ingin menambah kapasiti dan memori laptop, anda boleh tambah saiz storan sehingga 2TB SSD.

Memori laptop ini juga boleh ditambah sehingga 16GB.

Mempunyai lampu di keyboard anda membuat kerja di waktu yang gelap.

Fungsi Touch ID meningkatkan lagi sekuriti laptop Apple Macbook 13 ini.

Anda juga boleh menggunakan cap jari saja untuk akses kepada dokumen penting atau membuat pembayaran di App Store tanpa menggunakan password.

Paparan skrin 13.3 dengan retina ini mampu membuatkan gambar dan warna sangat terang dan jelas.

Harga lebih kurang RM5399

2. Microsoft Surface Go 2

Microsoft Surface Go 2

Spesifikasi:

  • Sistem Operasi: Windows 10 Hime in S mode2
  • Processor: Intel®Pentium® Gold Processor 4425Y
  • Memori: 8 GB RAM
  • Grafik: Intel® UHD Graphics 615
  • Storan: 128 GB SSD
  • Skrin: 10.5″ PixelSense™ Display
  • Waranti: 1 tahun

Kelebihan:

  • Ringan.
  • Dilengkapi 4G LTE.

Kekurangan:

  • Kapasiti SSD kecil.
  • Harga mahal.

Buat anda yang selalu bergerak ke merata tempat, laptop 2-in-1 yang ringan dan nipis adalah menjadi keutamaan.

Supaya mudah untuk dibawa setiap kali meeting dengan client atau bekerja di luar.

Boleh didapati dengan stylus pen yang memudahkan anda untuk menulis dan melukis.

Microsoft Surface Go 2 menampilkan ciri yang sesuai untuk golongan bisnes seperti anda.

Dengan berat yang hanya 544 gram setelah termasuk type cover, tak membebankan untuk dibawa ke mana saja.

Baterinya juga boleh bertahan sehingga 10 jam. Tiada masalah jika anda tak bawa charger.

Kamera webcamnya dilengkapi HD membuatkan gambar anda nampak cantik ketika video conference.

Harga: RM3213 (tidak termasuk stylus pen)

3. HP Envy 13-AY0043AU X360

Gambar ke-1 HP Envy 13-AY0043AU X360

Gambar ke-2 HP Envy 13-AY0043AU X360

Gambar ke-3 HP Envy 13-AY0043AU X360

Spesifikasi:

  • Sistem Operasi: Windows 10 Home
  • Processor: AMD Ryzen™ 5 4500U AMD Ryzen™ 5 4500U (2.3 GHz base clock, up to 4.0 GHz max boost clock, 8 MB L3 cache, 6 cores)
  • Memori: 8 GB RAM DDR4-3200 SDRAM (onboard)
  • Grafik: AMD Radeon™ Graphics
  • Storan: 512 GB M.2 PCIE NVME SSD
  • Skrin: 13.3″ FHD, IPS, BrightView, micro-edge, WLED-backlit, multitouch-enabled, edge-to-edge glass with Corning® Gorilla® Glass NBT™, 300 nits, 72% NTSC (1920 x 1080)
  • Waranti: 2 tahun on-site

Kelebihan:

  • Keyboard ada backlit.
  • Ringan.
  • Tempoh waranti panjang.
  • Bateri tahan lama.
  • Bacaan cap jari.
  • Fungsi mute mikrofon di keyboard.
  • Kualiti audio terbaik.

Kekurangan:

  • Harga mahal.

Buat yang menyukai laptop 2-in-1, jenama laptop terbaik HP ini pilihan terbaik buat anda.

Direka dengan skrin 13.3 inci, laptop ini agak ringan dengan berat hanya 1.32kg. Sesuai untuk anda yang inginkan laptop dengan skrin besar tapi ringan.

Dilengkapi dengan stylus pen mudah untuk anda melukis dan buat presentation.

Rekaan moden HP Envy ini sangat sesuai dengan golongan korporat dan profesional.

Menggunakan WiFi 6, di mana sahaja anda berada, anda boleh sambungkan wifi sepantas kilat.

Bateri pula boleh bertahan sehingga 18 jam. Sesuai untuk yang selalu bekerja di luar.

Harga lebih kurang RM3899

4. Realme Book i5

Gambar ke-1 Realme Book i5

Gambar ke-2 Realme Book i5

Spesifikasi:

  • Sistem Operasi: Windows 10 Home
  • Processor: 11th Gen Intel® Core™ i5-1135G7 (2.4Hz with Turbo Boost up to 4.2Hz)
  • Memori: 8 GB RAM (Dual channel up to 16 GB)
  • Grafik: Intel® Iris® Xᵉ
  • Storan: 512 GB PCIE SSD
  • Skrin: 14 Inch paparan skrin full 2k
  • Waranti: 2 tahun
  • 11 jam jangka hayat bateri

Kelebihan:

  • Ringan.
  • Rekaan super slim.
  • Backlit keyboard.
  • Bunyi speaker yang sedap didengar.
  • Bateri tahan lama.
  • Pengecasan pantas 50% dalam masa 30 minit.
  • Fingerprint power button.

Kekurangan:

  • Harga mahal.

Laptop keluaran terbaru dari Realme ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan laptop yang ringan dan nipis. Dilengkapi dengan spesifikasi terkini dan speed yang laju.

Sesuai digunakan untuk video editing, grafik design, gaming atau kerja ofis.

Rekaan yang ringan (1.38kg) dan nipis sangat sesuai untuk anda yang selalu bergerak ke merata tempat.

Sama ada untuk meeting dengan client ataupun melakukan kerja freelance di luar.

Bateri laptop juga tahan lama. Jadi anda tidak perlu bimbang kehabisan bateri bila terlupa bawa charger.

Anda juga boleh menggunakan fingerprint untuk on laptop. Ia juga dilengkapi dengan 2 kipas untuk memastikan laptop tidak panas dan anda selesa membuat kerja.

Tempoh warranty selama 2 tahun ditawarkan oleh Realme. Sebarang kerosakan anda boleh berhubung terus dengan pihak Realme.

Harga lebih kurang RM3499

5. Acer Swift 1 SF114-34-P593/SF114-34-P3QF

Gambar ke-1 Acer Swift 1 SF114-34-P593 SF114-34-P3QF

Gambar ke-2 Acer Swift 1 SF114-34-P593 SF114-34-P3QF

Spesifikasi:

  • Sistem Operasi: Windows 10 Home
  • CPU: Intel Pentium Silver N6000
  • Memori: 4 GB RAM
  • Storan: 256 GB SSD
  • Skrin: 14 Inch
  • Grafik: Intel UHD Graphics 615

Kelebihan:

  • Touchpad lebar.
  • Bateri tahan lama.

Kekurangan:

  • RAM tidak boleh tambah.

Laptop yang menggunakan processor Intel Pentium Silver N6000 ini sudah menjadi sinonim kepada semua lapisan masyarakat.

Kerana processor ini, menumpukan sepenuhnya kepada penggunaan bekerja atau belajar.

Skrin seluas 14’ Full HD serta graphic card yang digunakan jenis Intel UHD Graphic 615 membuatkan resolusi skrin laptop ini mencapai sehingga 1920×1080.

Malah, paparan laptop ini kelihatan lebih jelas dan terang sesuai untuk digunakan untuk sepanjang hari semasa bekerja.

RAM sebanyak 4GB mungkin kedengaran perlahan tapi sebenarnya tidak kerana laptop ini menggunakan storage jenis SSD sebesar 256GB.

Senang cerita, tidak menjadi masalah sekiranya pengguna mahu menyimpan pelbagai jenis data dan fail penting di dalam laptop ini tanpa memikirkan masalah lagging.

Harga lebih kurang RM2169

6. HP Pavilion Aero Laptop 13-be0049AU

HP Pavilion Aero Laptop 13-be0049AU

Spesifikasi:

  • Sistem Operasi: Windows 10 Home Single Language 64
  • Processor: AMD Ryzen™ 5 5600U (up to 4.2 GHz max boost clock, 16 MB L3 cache, 6 cores, 12 threads)
  • Memori: 8 GB DDR4-3200 MHz RAM (onboard)
  • Grafik: AMD Radeon™ Graphics
  • Storan: 512 GB PCIe® NVMe™ M.2 SSD
  • Skrin: 13.3″ diagonal, WUXGA (1920 x 1200), IPS, edge-to-edge glass, micro-edge, anti-glare, 400 nits, 100% sRGB
  • Waranti: 2 tahun local on-site waranti termasuk 1 tahun limited international waranti (part/labor/carry-in)

Kelebihan:

  • Ringan (kurang dari 1 kg).
  • Bateri tahan lama.
  • Gambar webcam HD yang cantik.
  • Resolusi dan paparan skrin yang luas dan cantik.
  • Fingerprint reader.
  • Keyboard ada lampu.

Kekurangan:

  • Memori tidak boleh ditambah.
  • Harga yang agak mahal.

Laptop baharu dari HP ini menampilkan kapasiti yang besar dengan 512GB SSD. Tiada masalah nak simpan banyak video, gambar dan dokumen.

Dari segi prestasi, kelajuan laptop ini tentunya tidak mengecewakan dengan processor terkini AMD Ryzen 5, RAM DDR4 dan storan SSD.

Walaupun saiz skrin yang sederhana besar, laptop ini sangat ringan. Mudah untuk anda bawa ke mana saja. Nak masuk dalam handbag pun tak terasa berat.

Bagi pelajar atau orang bisnes yang selalu buat tugasan di luar dan tak bawa charger, bateri laptop HP Pavilion Aero boleh bertahan sehingga 10 jam 30 minit.

Harga lebih kurang RM3399

7. HP Elitebook X360

Gambar ke-1 HP Elitebook X360

Gamabr ke-2 HP Elitebook X360

Spesifikasi:

  • Sistem Operasi: Windows 10 Home
  • Processor: Intel Core i5
  • Memori: 8 GB RAM
  • Storan: 256 GB SSD
  • Skrin: 13.3 Inch
  • Grafik: Intel HD Graphics 620

Kelebihan:

  • Keyboard yang selesa.
  • Penggunaan bateri yang lama.

Kekurangan:

  • USB Port terhad.

Laptop ini sering menjadi pilihan tenaga pengajar keranamenggunakan processor Intel Core i5.

Yang dapat memberi fungsi baik untuk melakukan tugasan kerja yang dalam jangka masa yang lama.

RAM yang terdapat pada laptop ini juga agak besar seiring dengan pelbagai laptop yang dikeluarkan sekarang iaitu 8GB DDR4 serta ruang simpanannya yang menggunakan SSD.

Storage yang terkenal, kerana membantu laptop anda bekerja dalam keadaan yang smooth.

Skrin laptop ini seluas 13.3’ cukup terang dan jelas untuk melakukan kerja atau kelas atas talian.

Dibantu pula dengan Intel HD Graphic 620 dimana paparan kelihatan lebih jelas dan mampu memberikan resolusi yang tinggi.

Harga lebih kurang RM2390

8. Acer Aspire 5

Acer Aspire 5

Bagi anda yang mencari laptop, Acer Aspire 5 ini sangat sesuai dan menjadi laptop terbaik untuk anda guna.

Acer Aspire 5 lengkap dengan papan kekunci lampu latar, mempunyai proses pantas (AMD Ryzen 7 dan tidak terlalu besar (kurang dari 2 kg).

JOM BACA: Peti Ais 2 Pintu Murah Jimat Tenaga di Malaysia 

Penggunaan yang lama juga tidak menjadikannya terlampau panas, malah volume laptop ini sangat baik.

Harga lebih kurang RM3299 hingga RM2729

9. DELL Latitude 3410

Gambar ke-1 DELL Latitude 3410

Gambar ke-2 DELL Latitude 3410

Spesifikasi:

  • Sistem Operasi: Windows 10Pro
  • Processor: Intel Core i5
  • Grafik: Integrated Graphics
  • Memori: 8 GB RAM
  • Storan: 256 GB SSD
  • Skrin: 14.0 Inch

Kelebihan:

  • Ringan untuk dibawa kemana-mana.
  • Frame monitor yang kecil.

Kekurangan:

  • Tiada graphics card.

Laptop sekarang sering menjadi pilihan pelajar dan pekerja ini menggunakan Intel Core i5 yang dapat memberi performance yang lancar terutama ketika membuat kerja atau kelas atas talian.

RAM 8GB yang besar pada laptop ini menunjukkan laptop ini sudah cukup bagus dan jarang timbul masalah lagging.

Bahagian ruang simpanan sebesar 256GB pula cukup untuk memnyimpan pelbagai jenis fail dan data.

Skrin seluas 14.0’ pada laptop ini relevan untuk laptop pada masa ini kerana resolusinya tinggi sekaligus dapat membantu melihat paparan dengan lebih jelas.

Laptop ini amat digalakkan untuk para pelajar sekolah miliki kerana harganya yang setanding dengan performance yang diberikan.

Harga lebih kurang RM2499

10. Huawei Matebook D15

Gambar ke-1 Huawei Matebook D15

Gambar ke-2 Huawei Matebook D15

Gambar ke-3 Huawei Matebook D15

Spesifikasi:

  • Sistem Operasi: Windows 10
  • Processor: Intel Core i5
  • Grafik: Intel UHD Graphics
  • Memori: 8 GB RAM
  • Storan: 512 GB SSD
  • Skrin: 15.6 Inch

Kelebihan:

  • Bezel-less screen yang minimal.
  • Kamera webcam yang terletak pada barisan FN.

Kekurangan:

  • Jangka hayat bateri yang singkat.

Laptop ini menggunakan processor Intel Core i5 yang baharu dan merupakan antara laptop yang terbaik pernah dikeluarkan oleh Huawei sendiri.

Laptop yang memfokuskan seluruh kegunaan untuk bekerja dan belajar ini sangat nipis dan menjadikan reka bentuknya kelihatan futuristik.

RAM 8GB yang terdapat pada laptop ini sama sahaja dengan kebanyakkan laptop namun apa yang menjadikannya terbaik ialah jenis storage yang digunakan ialah SSD.

Ruang simpanan laptop ini pula sebesar 512GB sudah cukup untuk pengguna menyimpan data dan fail penting dalam laptop ini.

Skrin bezel-less yang terdapat pada laptop ini menjadikan laptop ini kelihatan lebih menarik serta menipiskan lagi reka bentuk laptop ini.

Paparan yang jelas kerana graphic card yang digunakan ialah Intel UHD Graphic yang mampu mencapai resolusi yang tinggi sehingga 1920×1080.

Walaupun laptop ini kelihatan sama seperti laptop lain, namun skrin laptop ini selebar 15.6’ menjadikan laptop ini berbeza dari yang lain.

Harga lebih kurang RM2680

11. MSI Thin GF65 10UE-265

Gambar ke-1 MSI Thin GF65 10UE-265

Gambar ke-2 MSI Thin GF65 10UE-265

Spesifikasi:

  • Sistem Operasi: Windows 10 Home
  • Processor: Intel® Core™ i5-10500H Processor. Max Turbo Frequency 4.5 GHz
  • Memori: 16GB DDR4 3200MHz Ram
  • Grafik: NVIDIA GeForce RTX3060 Max-Q, GDDR6 6GB
  • Storan: 512GB NVMe PCIe SSD
  • Skrin: 15.6″ FHD (1920*1080), 144Hz 45% IPS
  • Waranti: 2 tahun

Kelebihan:

  • Ringan (1.86 kg).
  • Spesifikasi dan prestasi terbaik.
  • Resolusi skrin yang cantik.

Kekurangan:

  • Harga mahal.

Jenama laptop terbaik MSI sememangnya popular sebagai gaming laptop. Dengan memori tersedia 16GB, sudah cukup terbaik untuk kaki gaming.

Tidak perlu lagi keluarkan wang untuk menambah memori.

Rekaannya yang nipis dan ringan mudah untuk anda bawa ke mana sahaja.

Tidak terlalu membebankan bahu anda untuk menyandang beg laptop yang berat.

Bagi anda yang suka keyboard satu warna, laptop MSI ini menyediakan lampu warna merah.

Keyboardnya juga selesa untuk anda bermain game dalam tempoh yang panjang.

Rekaan luaran laptop juga nampak moden dan bergaya.

Harga lebih kurang RM4699

12. HP Elite Dragonfly G2 Notebook PC

Gambar ke-1 HP Elite Dragonfly G2 Notebook PC

Gambar ke-2 HP Elite Dragonfly G2 Notebook PC

Gambar ke-3 HP Elite Dragonfly G2 Notebook PC

Spesifikasi:

  • Sistem Operasi: Windows 10 Pro
  • Processor: Intel Core i7
  • Grafik: Intel UHD Graphics
  • Memori: 16 GB RAM
  • Storan: 512 GB SSD
  • Skrin: 13.3 Inch

Kelebihan:

  • Processor yang laju.
  • Security yang ketat.

Kekurangan:

  • Harga agak mahal.
  • Tidak menyokong multiple display.

Laptop ini menggunakan processor Intel Core i7 yang terbaru dan memberikan performance yang lancar serta stabil.

Ditambah pula ruang simpanan yang sebesar 512GB yang ada pada laptop ini, pengguna tidak akan terasa berat atau mengalami masalah lagging sekali pun.

Ketahanan bateri laptop ini mampu bertahan lama tapi bergantung kepada cara penggunaan.

Paling penting, mempunyai teknologi fast chaging (50% dalam masa 30 minit).

Skrin seluas 13.3” pada laptop ini diberi sentuhan daripada Intel UHD Graphic memberikan paparan yang sangat jelas seakan kristal dan terang.

Harga lebih kurang RM8515

13. Asus M415D-ABV119T

Gambar ke-1 Asus M415D-ABV119T

Gambar ke-2 Asus M415D-ABV119T

Asus sangat terkenal sebagai salah satu jenama laptop terbaik di Malaysia.

Dengan harga berpatutan dan mampu milik, ia sangat berbaloi dengan kegunaan dan ciri-cirinya.

JOM BACA: Smart TV Terbaik di Malaysia

Sama seperti laptop DELL Inspiron 15, Asus M415D-ABV119T ini mengandungi cip AMD Athlon Silver. Ia telah dipadankan dengan 4 GB dan 512 SSD.

Kapasiti memori yang tinggi membolehkan anda menggunakannya dalam jangka masa yang panjang tanpa risau.

Harga lebih kurang RM6999

14. DELL XPS 13 2-IN-1

Gambar ke-1 DELL XPS 13 2-IN-1

Gambar ke-2 DELL XPS 13 2-IN-1

Ramai yang jatuh cinta dengan laptop DELL XPS 13 2-IN-1 ini, kerana bentuknya yang begitu tipis. Namun ia agak sedikit lebar.

Selain Windows 10, ia juga didatangkan dengan Windows Hello dan Windows Ink.

JOM BACA: Monitor Ultrawide Murah di Malaysia

DELL XPS 13 2-IN-1 ini adalah laptop terbaik yang sangat menarik untuk digunakan.

Kualiti laptop DELL XPS 13 ini juga terletak pada kuasa prosessor Intel Core generasi 7 dan RAM 16 GB.

Memori penyimpanannya pula adalah SSD dengan kapasiti 512 GB.

Harga lebih kurang RM2799


Itulah beberapa jenama laptop terbaik dan murah di pasaran Malaysia yang dapat anda ketahui.

Semoga maklumat di atas dapat membantu dan bermanfaat untuk anda. 😀

Leave a Comment