Bila pindah rumah, kipas siling antara yang wajib ada. Berpeluh dibuatnya kalau rumah tiada kipas.
Tidur pun tak lena. Nak pasang aircond setiap masa, boleh koyak poket.
Melainkan anda pakai aircond inverter. Jika anda tercari-cari kipas siling terbaik, di sini tempatnya.
Saya akan kongsikan kipas siling terbaik supaya senang untuk anda buat pembelian.
Contents
Cara Pasang Kipas Siling
Bila anda dah beli kipas siling secara online melalui Lazada atau Shopee sudah tentu pemasangan kipas perlu dipasang secara sendiri.
Tak perlu panik, kami bantu anda dengan langkah-langkah yang ringkas pemasangan kipas siling berikut:
1. Ketinggian
Pilih ruang atau bilik untuk meletakkan kipas yang sesuai.
Jarak minimum kipas ialah lapan kaki dari bawah supaya aliran udara mencukupi dan mengelakkan dari sebarang bahaya.
JOM BACA : Portable Aircond Murah di Malaysia
Begitu juga dengan panjang bilah yang tidak terlalu dekat dengan dinding bilik. Sebaiknya 50 cm dari dinding bilik, perabot atau pintu.
2. Ikuti Panduan Penghilang
Semak urutan dari panduan yang telah disediakan oleh pengilang jenama kipas siling anda.
Ini kerana setiap jenama kipas berbeza dari segi rekaan dan dawaian.
3. Pemasangan Bilah
Bilah biasanya dipasang dahulu setelah siap pemasangan sistem dawaian dan peti suis.
Tapi terdapat bilah dipasang dengan skru dan ada juga dengan dawai.
Cuma hati-hati jangan terlalu ketat kerana boleh merosakkan bilah.
JOM BACA : Air Cooler Terbaik dan Murah di Malaysia
4. Gantung Kipas Siling
Setelah siap memasang bilah, anda boleh terus menggantung pada motor diatas siling.
Anda harus pasangkan bilah pada gelung kipas kemudian hubungan gelung pada motor.
Pasangkan skrup dan sambungkan kanopi atau cap kipas untuk kemasan akhir.
Seperti yang kami maklum diatas, anda harus membaca dahulu teliti panduan bagi setiap jenama anda.
Tidak semua jenis kipas sama atau boleh ikuti langkah lebih terperinci menerusi tutorial kipas siling di Youtube.
Jenama Kipas Siling Murah di Malaysia
Terdapat beberapa jenama terkini kipas siling terbaik dan murah di pasaran Malaysia, iaitu:
1. Ecoluxe ECO-503 E503 56″ DC Motor
Kelebihan:
- Mempunyai 5 bilah.
- Mempunyai fungsi reverse.
- Alat kawalan jauh.
- 6 pilihan kelajuan angin.
- 3 pilihan tetapan timer.
- Motor DC.
- Jaminan motor selama 5 tahun.
Kekurangan:
- –
Bila guna kipas jenis motor DC berbanding AC bezanya iaitu lebih senyap dan penggunaan tenaga lebih rendah.
Paling best, kipas motor ini tahan lama kerana ia tidak terdedah kepada lonjakan kuasa atau kilat yang boleh merosakkan motor.
Kipas siling dari Ecoluxe adalah kipas motor DC yang dijual pada harga yang berpatutan.
Lengkap dengan ciri 5 bilah ringan dari material ABS dan panjang bilah 56 inci dan dapat memberi keselesaan angin yang tenang dan terhindar dari bunyi bising.
Kelajuan kipas siling Ecolux boleh dipilih dari 6 putaran dan mempunyai fungsi reverse, dimana boleh membalikkan udara mengikut cuaca sekitar.
Fungsi reverse ini sedikit sebanyak membantu mencipta sistem udara yang sihat dan selesa bukan memberi kesejukan semata-mata.
Jangan risau, kipas ini mempunyai alat kawalan jauh. Selain tu, fungsi lain yang ada ialah setting timer 1 jam, 3 jam, dan 6 jam.
Jika anda membeli kipas siling Ecolux ini anda disertakan jaminan motor DC selama lima tahun dan produk satu tahun.
Harga Kipas Siling Terbaik di Malaysia: RM319
2. Midea 60″ Ceiling Fan MFC-150A15 (White)
Kelebihan Kipas Siling berlampu:
- Bilah kipas panjang (60cm).
- Material bilah dari besi.
- 5 pilihan kelajuan angin.
- Harga murah.
Kekurangan:
- Rekaan kipas tidak menarik.
Kipas 3 bilah dari jenama terbaik Midea ini bukan calang-calang. Setiap bilah kipas ini dari besi tahan lasak dan panjang sehingga 60 inci.
Ia dapat mengalirkan angin nyaman secara menyeluruh bersama 5 pilihan kelajuan dari perlahan hingga laju.
Mekanisme pada kipas Midea menjamin keselamatan dan telah mendapat kelulusan dari SIRIM.
Jadi tiada masalah untuk dipasang di bilik tidur anda atau anak-anak. Confirm selamat!
Kelebihan kipas siling dengan 3 bilah besi ini ia tidak akan menggunakan tenaga yang kuat walaupun laju.
Cukup sekadar 75 watt yang dikira sudah rendah untuk kipas yang berat.
Motor kipas siling ini dapat beroperasi untuk jangka hayat masa yang panjang, malah Midea memberi 3 tahun jaminan.
Harga Kipas Siling Terbaik di Malaysia: RM118-RM229
3. Rezo Ceiling Fan S106
Kelebihan:
- Material bilah dari jenis keluli tahan lasak.
- Mempunyai 5 bilah.
- 4 pilihan tetapan timer.
- Aliran angin kuat dan laju.
Kekurangan:
- Tiada alat kawalan jauh.
- Penggunaan elektrik agak tinggi (80 watt).
Ruang tamu anda tidak punyai penghawa dingin? Gantikan sahaja dengan kipas siling dari Rezo ini.
Kipas ini menggunakan 5 bilah kipas dari keluli berat supaya dapat memberi aliran angin yang kuat dan laju. Sekaligus menyejukkan ruang rumah dengan cepat.
Bukan sahaja untuk dirumah, kipas ini disyorkan untuk ruang bilik yang luas seperti surau, dewan kecil dan pejabat.
Walaupun menggunakan 80 watt, tapi anda kena ingat sebuah kipas yang besar dan 5 bilah besi yang memerlukan tenaga yang kuat untuk menjana angin.
Menariknya, kipas siling Rezo turut mempunyai setting timer dengan 4 pilihan iaitu selama 1 jam, 2 jam, 4 jam, dan 8 jam.
Jangan risau, tetamu anda pasti terasa nyaman dengan kipas siling ini.
Harga Kipas Siling Terbaik di Malaysia: RM149-RM298
4. Deka DK50L Ceiling Fan With LED Lamp
Kelebihan kipas siling berlampu:
- 3 pilihan pencahayaan lampu.
- Mempunyai 5 bilah.
- 4 pilihan kelajuan angin.
- 3 pilihan tetapan timer.
- Alat kawalan jauh.
- Motor DC.
- Harga murah.
Kekurangan kipas siling berlampu:
- Kipas berat (13kg).
Teringin rumah dengan kipas siling berlampu tapi bajet tak cukup?
Model Deka DK50L antara kipas siling berlampu dijual pada harga yang cukup murah.
Sangat berbaloi kerana mempunyai pelbagai keistimewaan. Lampu LED pada kipas ini anda boleh ubah pada 3 pencahayaan.
Jadi bila tengok movie, baca buku atau tidur boleh ditukar mengikut mood anda.
Ciri pada kipas pula lengkap dengan 5 bilah kipas panjang 56 inci, 4 pilihan kelajuan angin dan sudah tentu disertakan bersama alat kawalan jauh.
Jangan terkejut, kipas ini menggunakan motor jenis DC dimana penggunaan tenaga yang rendah dan mengurangkan bunyi bising kipas (silent motor).
Bayangkan dengan harga yang kurang dari RM300, anda dah boleh dapat kipas siling siap bersama lampu yang cukup elegan.
Bukan itu sahaja, ia dilindungi dengan jaminan motor selama 3 tahun dan 1 tahun untuk produk.
Harga Kipas Siling Terbaik di Malaysia: RM268
5. Deka Ceiling Fan With Remote Control (56″)
Kelebihan:
- Mempunyai 5 bilah.
- 4 pilihan kelajuan angin.
- 3 pilihan tetapan timer.
- Alat kawalan jauh.
- Jaminan 3 tahun untuk motor kipas.
Kekurangan:
- Mudah bergoyang.
Deka Kronos XR5 adalah jenama kipas siling terkini untuk tahun 2023.
Rekaan baharu ini masih menggunakan bilah kipas dari material ABS.
Mempunyai ciri-ciri yang mengagumkan antaranya iaitu 4 pilihan kelajuan angin dan disertakan pilihan setting timer untuk 1 jam, 3 jam, dan 6 jam.
Ini dapat membantu anda untuk menjimatkan elektrik dan memastikan suasana bilik nyaman.
Kipas siling dengan 5 bilah ini turut mempunyai alat kawalan jauh untuk memudahkan turn on/off.
Tak perlu susah hendak pergi ke suis utama kipas.
Panjang 56 inch bagi memastikan pusingan kipas senyap, kualiti angin yang tinggi dan kipas tidak berat.
Menariknya lagi, anda akan menerima jaminan produk selama 1 tahun. Manakala 3 tahun untuk kerosakan motor kipas.
Ternyata walaupun dengan harga yang rendah, jenama Deka tetap menyediakan servis yang terbaik untuk pelanggan mereka.
Harga Kipas Siling Terbaik di Malaysia: RM154-RM253
6. Khind Ceiling Fan 60″ CF615
Kelebihan:
- Mempunyai 3 bilah.
- Material bilah jenis logam.
- Saiz bilah panjang (60 Inch).
- 5 pilihan kelajuan angin.
Kekurangan:
- Tiada alat kawalan jauh.
- Bunyi kipas agak bising <65dB.
Walaupun kipas dari Khind ini hanya mempunyai 3 bilah tapi menggunakan bilah material logam.
Panjang bilah setiap satu adalah 60 inci. Sudah cukup dapat memusarkan angin.
Malah, setiap bilah kipas disalut untuk tujuan tahan lama dan elak dari risiko berkarat.
Kipas siling Khind ini boleh dikatakan dapat memberi penyejukkan yang cepat kerana bilah kipas yang panjang serta mempunyai 5 pilihan kelajuan.
Sekurang-kurangnya 240m³/min, walaupun bermula dari kelajuan pertama.
Selain tu juga setiap dari pembelian kipas, anda akan menerima jaminan setahun dari kilang pengeluar.
Harga Kipas Siling Terbaik di Malaysia: RM108-RM115
7. REDBUZZ Aux Fashionable 6 Blades Powerful Mini Ceiling Fans
Kelebihan:
- Mempunyai 6 bilah.
- Material plastik ABS tahan lama.
- Mudah dipasang.
- Harga murah.
Kekurangan:
- Tidak sesuai untuk ruang yang luas.
- Tiada alat kawalan jauh.
Jika anda memerlukan kipas siling bersaiz kecil untuk ruang tertentu di kediaman anda, pilihlah kipas REDBUZZ Aux Fashionable 6 Blades ini.
Kipas kecil ini diperbuat dari material plastik ABS jadi mempunyai berat 0.52 kilogram. Ringan.
Walaupun kecil, tetapi hanya menggunakan tenaga 7 watt.
Rata-rata ulasan dari Shopee pengguna sangat berpuas hati dan mengatakan merasa sejuk bila berada dibawah kipas.
Cara pemasangan kipas sangat mudah dengan disertakan kabel 460cm ditambah lagi kabel tambahan 250cm.
Kami syorkan anda letak kipas ini di bilik bayi, ruang main anak-anak, dapur, atau ruang koridor.
Kelajuannya turut senang dikawal kerana kipas ini dilengkapi dengan mod kawalan suis “push and pull”.
Harga Kipas Siling Terbaik di Malaysia: RM64
8. Midea 5 Blades Ceiling Fan With Remote MFC140CJR
Kelebihan:
- Mempunyai 5 bilah.
- Ada alat kawalan jauh.
- Mempunyai tetapan masa (6 jam).
- Harga murah.
Kekurangan:
- Tidak sesuai untuk ruang kecil.
Kipas dari jenama Midea ini boleh dipercayai dan mempunyai pengiktirafan kualiti.
Dijual dengan harga berpatutan dengan kepelbagaian setting pada kipas.
5 buah bilah kipas jenis ABS dengan panjang 56 inci sudah pasti memberi pusaran angin yang lancar dan pantas menyejukkan ruang bilik.
Anda juga boleh mengubah kelajuan kipas dengan 3 pilihan dengan menggunakan remote control.
Selain itu, kipas angin siling terbaik ini turut lengkap dengan tetapan pemasa selama 6 jam.
Jadi anda boleh mengawal masa kegunaan, sekaligus menjimatkan elektrik.
“Kipas angin siling dengan harga murah tetapi masih memberi kelajuan yang baik. Sangat berbaloi untuk ruang tamu dan bilik tidur.”
Harga Kipas Siling Terbaik di Malaysia: RM195
9. Ecoluxe Kipas Siling Chandelier 42″
Kipas siling berlampu terbaik moden Ecoluxe ini menampilkan kipas serta lampu chandelier.
Menggunakan motor jenis DC, kipas ini mampu memberikan angin yang kuat serta jimat tenaga elektrik.
Lampu LED pada kipas siling moden ini boleh bertukar kepada 3 warna.
Anda boleh mengawal 6 kelajuan kipas siling menggunakan remote control yang disertakan.
Kipas siling 4 bilah ini menggunakan bilah jenis ABS. Bilah kipas hanya terkeluar apabila kipas dipasangkan.
Tempoh jaminan selama 1 tahun untuk kerosakan umum dan 5 tahun jika berlaku kerosakan motor.
Harga Kipas Siling Terbaik di Malaysia: RM309-RM644
10. Kipas Siling Rubine Vento Series 42″
Kipas siling berlampu terbaik keluaran Rubine. Kipas bersaiz 42″ ini mempunyai 2 warna, coklat dan hitam.
Ia ada 5 bilah dengan 4 kelajuan. Jenis motor yang digunakan adalah AC motor yang berkuasa tinggi.
Turut dilengkapi dengan timer yang boleh ditetapkan menggunakan remote control.
Kipas siling Rubine ini turut diiktiraf oleh SIRIM. Menggunakan kipas siling Rubine anda tak perlu bimbang tentang penggunaan elektrik yang tinggi.
Ini kerana kipas siling Rubine diiktiraf dengan 5 bintang dari Suruhanjaya Tenaga.
Jaminan selama 12 bulan bagi kerosakan umum dan 5 tahun jaminan bagi kerosakan motor.
Harga Kipas Siling Terbaik di Malaysia: RM319-RM329
11. Kipas Siling Panasonic Bayu (56 Inch) F-M14CZ
Kipas siling Panasonic Bayu merupakan kipas siling terbaik. Mempunyai 4 bilah untuk memberikan rasa angin yang kuat.
Turut disertakan sekali remote control supaya mudah anda mengawal kelajuan kipas. Kelajuan kipas sehingga 3 kelajuan.
Anda juga boleh set off dan sleep timer. Tempoh jaminan selama 1 tahun untuk kipas siling Panasonic ini.
Harga Kipas Siling Terbaik di Malaysia: RM319
12. Kipas Siling Sharp WAFU PJC116BK/WH
Kipas siling Sharp didatangkan siap dengan remote control. Jadi, sangat menyenangkan anda.
Kipas siling 5 bilah ini mempunyai 3 kelajuan. Tempoh jaminan selama 1 tahun untuk kerosakan umum. 3 tahun untuk kerosakan motor.
Ada 2 pilihan warna iaitu putih dan hitam.
Harga Kipas Siling Terbaik di Malaysia: RM269
13. Kipas Siling KDK K15VO
Ini adalah jenama kipas siling terbaik. Kipas siling 3 bilah KDK menggunakan bilah yang lebar.
Motor kipas siling terbaik KDK ini, mampu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
Kipas siling KDK K15VO ini juga mendapat pengiktirafan dari SIRIM.
Namun begitu, kipas siling KDK ini tidak menggunakan remote control. Tempoh jaminan 12 bulan hanya diberikan untuk kerosakan motor.
Harga Kipas Siling Terbaik di Malaysia: RM169
Kenapa Kipas Siling Berbunyi?
Memang risau, jika sedang baring bawah kipas siling kamudian kipas mula berbunyi atau sedikit bergoyang-goyang.
Tiada yang berbahaya pun cuma memang menyampah bila dengar bunyi kipas yang nyaring dan putaran angin yang perlahan.
Kipas siling anda berbunyi mempunyai pelbagai kemungkinan, iaitu:
- Bilah yang dipasang pada kipas tidak kukuh. Apa yang anda boleh buat, ketatkan semula skru kipas.
- Begitu juga dengan kesan habuk dan kotoran pada bilah. Mungkin membebankan bilah.
- Periksa juga bahagian kanopi atau cap kipas, mungkin ada yang tidak dipasang dengan baik.
JOM BACA : Mesin Basuh Murah di Pasaran Malaysia
Itulah beberapa jenama kipas siling terbaik dan murah di pasaran Malaysia yang dapat anda ketahui.
Semoga maklumat di atas dapat membantu dan bermanfaat untuk anda. 😀