Kad Sim Hilang

Kita tidak akan lari dari kesilapan, kesilapan datang dari pelbagai bentuk. Menjaga sesuatu juga boleh berlaku kesilapan.

Dalam banyak-banyak kesilapan, salah satunya adalah kehilangan atau kerosakan simkad.

Hilang simkad dalam telefon bimbit anda, bukan dicuri ataupun jatuh di mana-mana.

Lantas, bagaimana cara mengurus simkad yang rosak atau hilang? Mahu tahu? Mari kita lihat perbincangan berikut.


1. Cara Mengurus Simkad Celcom Hilang

Cara Mengurus Simkad Celcom Hilang

Simkad celcom anda hilang? Mari ketahui cara untuk mendapatkan kembali simkad anda yang hilang seperti berikut:

  • Pertama sekali, anda harus ingat nombor telefon yang hilang.
  • Selepas tu, anda sediakan Kad Pengenalan (Passport).
  • Pergi ke mana-mana Blue Cube berdekatan.
  • Kemudian, anda ambil angka giliran (dengan alasan kepada pemberi nombor giliran “Renew Simkad” untuk diri sendiri atau orang lain.
  • Ke kaunter yang dipanggil, sertakan nombor telefon yang ingin diganti. Berikan pengenalan diri anda.
  • Selesai, tanpa sebarang caj dikenakan.
  • Tunggu selama setengah jam, simkad baharu anda akan aktif.

2. Cara Mengurus Simkad Umobile Hilang

Cara Mengurus Simkad Umobile Hilang

Mari ketahui cara untuk mendapatkan kembali simkad Umobile anda yang hilang seperti berikut ni:

  • Pertama sekali, anda harus ingat nombor telefon Umobile yang hilang.
  • Sediakan kad pengenalan (passport) anda.
  • Pergi ke mana-mana Umobile Centre berdekatan.
  • Selepas tu, anda terus ke kaunter (dengan mengutarakan “renew kad sim”).
  • Kemudian, sebutkan nombor telefon yang hilang, berikan kad pengenalan anda.
  • Isikan beberapa butiran diri pada borang yang disertakan.
  • Caj yang akan dikenakan adalah RM10.00
  • Tunggu selama tiga jam, simkad baharu anda akan aktif.

3. Cara Mengurus Simkad Maxis Hilang

Cara Mengurus Simkad Maxis Hilang

Simkad Maxis anda hilang? Mari ketahui cara untuk mendapatkan kembali simkad Maxis anda yang hilang seperti berikut ni:

  • Telefon maxis Customer Service Center dengan dail ke 123 dengan menggunakan nombor Maxis.
  • Selepas tu, anda laporkan mengenai kerosakan atau kehilangan simkad Maxis.
  • Singgah mana-mana customer service center Maxis atau reseller Maxis.
  • Bayaran yang akan dikenakan adalah RM10.00. Jika berlaku penukaran seterusnya jumlah adalah RM25.00.
  • Anda tunggu sehingga masa 30 minit, simkad baharu anda akan aktif.

Itu adalah beberapa perbincangan lengkap mengenai cara merawat simkad yang hilang atau rosak.

Selamat mencuba dan semoga dapat membantu! 😀

Leave a Comment