Jenama Smart TV Terbaik di Malaysia

Kini, harga smart TV murah dan tidak jauh beza dengan tv biasa. Jika anda sedang bercadang untuk membeli TV baharu, sememangnya artikel ini untuk anda.

Smart TV adalah tv yang membolehkan anda sambung internet dan muat turun aplikasi.

Mahu tahu Jenama Smart TV Terbaik di Malaysia? Jom kita semak Senarai Harga Smart TV Terbaik di Malaysia.


Kelebihan Smart TV atau Brand TV

Kelebihan Smart TV

Ramai sekali orang yang suka dengan Smart TV. Tetapi, apa sebenarnya kelebihan dari Smart TV tersebut?

1. Senang Nak Digunakan

Bagi yang baharu pertama kali nak gunakan smart TV, anda tak perlu risau kerana tetapan smart TV itu tidak rumit.

Tak perlu tengok guide pun boleh terus guna. Navigasi menu juga mudah difahami.

Jom Baca : Smartphone 5G Bawah RM1000 Terbaik

2. Banyak Pilihan Jenama dan Model

Disebabkan populariti smart TV semakin meningkat, banyak syarikat pengeluar TV yang mengeluarkan smart TV.

Anda boleh memilih dari pelbagai jenama dan juga model yang ada di pasaran.

Persaingan ini, juga menjadi punca harga smart TV murah dan mampu dimiliki oleh ramai orang.

3. Boleh Sambung Internet

Ini yang menjadikan smart TV disukai ramai, kerana boleh sambungkan internet. Jadi, anda boleh layari internet dari TV sahaja.

4. Muat Turun Aplikasi

Kebanyakan smart TV menyediakan pelbagai aplikasi yang boleh anda muat turun seperti Netflix, Youtube.

Namun, aplikasi smart TV tidak sebanyak aplikasi android TV yang boleh dimuat naik dari Google Play Store.

JOM BACA : Jenama Monitor Ultrawide Murah di Malaysia


Beza Smart TV dan Android TV

Beza Smart TV dan Android TV

Sebelum saya berikan senarai Smart TV murah dan terbaik, jom kita ketahui apa perbezaan Smart TV dan Android TV.

Umumnya, android TV boleh jadi smart TV. Tapi smart TV tak boleh jadi android TV. Kerana, aplikasi smart TV yang terhad berbanding android TV.

Untuk lebih jelas, lihat perbandingan berikut:

PerbezaanSmart TVAndroid TV
Sistem OperasiBergantung kepada pengeluar TV seperti WebOS (LG), Tizen OS (Samsung)Android (kemaskini dari Google)
Sokongan AplikasiTerhad (Tidak semua aplikasi boleh dimuat turun)Banyak (Muat turun dari Google Play Store)
Senang/sukar didapati di pasaranSenang nak dapat di pasaran kerana banyak pengeluar dari pelbagai jenamaSukar nak didapati di pasaran kerana hanya beberapa jenama yang mengeluarkan android TV seperti Sharp, Philips, Sony

Secara amnya, kedua-dua jenis TV ini memerlukan sambungan internet untuk anda muat turun aplikasi dan juga untuk memainkan aplikasi yang dah dimuat turun.

Contoh anda dah muat turun Netflix, tapi tiba-tiba sambungan wifi bermasalah. Jadi anda takkan dapat menonton Netflix di TV.

Sebelum memiliki smart TV atau android TV, pastikan sambungan internet yang kuat di rumah supaya tidak mengganggu tontonan.

JOM BACA : Jenama Aircond Murah dan Terbaik di Malaysia


Smart TV Murah Terbaik di Malaysia

Berikut adalah senarai Smart TV murah dan berkualiti yang anda boleh dapatkan di pasaran.

Kini, anda tak perlu keluar rumah untuk beli TV. Boleh buat pembelian secara online dan tunggu smart tv sampai ke depan pintu rumah anda.

Saya senaraikan brand smart TV dari pelbagai saiz. Sebab ada yang nak skrin yang besar melebihi 50 inci dan anda juga yang cukup sekadar saiz 32 inci.

1. LG UN70 Smart TV 65UN7000PTA (65 Inch)

LG UN70 Smart TV 65UN7000PTA (65 Inch)

Buat anda yang suka TV bersaiz besar, smart TV LG ini bersaiz 65 inci. Cukup besar untuk memenuhi dinding ruang tamu anda.

Model ini datang dengan resolusi skrin real 4K Ultra High Definition (UHD) dan kualiti gambar video High Dynamic Range (HDR).

Senang cerita memang gambar dan video yang anda tonton akan nampak cantik kecuali untuk aplikasi Youtube.

Gambar yang dipaparkan juga 4 kali lebih real dari resolusi full HD.

Smart TV LG ini menggunakan sistem operasi Simple Smart dan processor jenis Quad Core 4k yang membuatkan warna serta gambar lebih terang dan jelas.

Turut disediakan 3 port HDMI dan juga 2 port USB di bahagian tepi smart TV.

Untuk LG Smart TV dengan saiz melebihi 30 inci, anda dapat jaminan selama 2 tahun (in home).

Jika ada kerosakan pihak LG akan datang servis di rumah. Senang kan tak perlu nak hantar sendiri kepada pengeluar untuk tuntut waranti.

Namun jaminan ini tak termasuk remote control. LG hanya cover 6 bulan waranti untuk remote control.

Jadi, anda perlu menjaga remote control sebaik mungkin supaya anak-anak tak main dan rosak.

Dengan harga, spesifikasi dan saiz sebegini, ini adalah smart TV murah yang terbaik untuk anda.

Harga: RM2959

2. Samsung Smart TV AU7000 (50 Inch)

Samsung Smart TV AU7000 (50 Inch)

Samsung smart TV 50 inci ini menggunakan sistem operasi Tizen dan processor crystal 4K. Ia turut menyokong resolusi 4K UHD serta HDR.

Gambar dan video yang dihasilkan memang nampak cerah dan cantik dengan Crystal Processor dari Samsung ini.

Anda juga boleh memaparkan skrin laptop dan telefon di jenis smart TV Samsung untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas.

Untuk mirror telefon ke smart TV, lebih mudah jika anda menggunakan telefon jenis Samsung Galaxy.

3 port HDMI dan 1 port USB disediakan untuk smart TV ini.

Waranti pula, 2 tahun (on-site: servis di rumah) disediakan jika ada sebarang kerosakan. Untuk remote control hanya 6 bulan jaminan.

Harga: RM2164

3. Sony Smart TV KDL-50W660G (50 Inch)

Sony Smart TV KDL-50W660G (50 Inch)

Smart TV Sony ini menyediakan paparan Full HD untuk memberikan anda gambar video yang jelas dan terang.

Selain itu, dengan smart TV ini anda boleh menonton Youtube dengan mudah. Tak perlu tekan sana sini.

Sebaliknya, anda hanya perlu tekan satu butang di remote control dan Youtube akan terus terpapar di depan mata anda.

Buat yang suka bermain PS4, TV HDR ini memberikan anda paparan warna yang terang dan juga bunyi yang sedap didengar dengan teknologi ClearAudio+. Ini menambahkan lagi keseronokan ketika bermain game.

Terdapat 2 port HDMI dan juga 2 port USB disediakan untuk smart TV ini. Dilengkapi X-Protection PRO, anda tak perlu risau nak menonton TV sewaktu tengah kilat dan petir.

Dari segi jaminan, Sony memberi 2 tahun jaminan untuk smart TV ini.

Harga: RM1729

4. Smart TV Hisense 43E6F (43 Inch)

Gambar ke-1 Smart TV Hisense 43E6F (43 Inch)

Gambar ke-2 Smart TV Hisense 43E6F (43 Inch)

Jenama TV yang berasal dari China ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Hisense menawarkan smart TV murah dengan kualiti yang hampir setanding jenama popular lain.

Smart TV Hisense ini didatangkan dengan 4K UHD. Gambar dan video yang tonton sememangnya sangat jelas dan cantik. Warnanya juga terang.

Turut mempunyai game mode untuk mengurangkan lag semasa anda bermain games. Jadi, jika anda suka main game di TV, smart TV Hisense ini adalah pilihan terbaik untuk anda.

Anda juga boleh mengawal TV dari smartphone. Hanya muat turun aplikasi RemoteNow. Dan anda boleh on dan off TV, pilih siaran TV dan pelbagai fungsi lain hanya dari smartphone.

Smart TV Hisense ini dilengkapi dengan 3 port HDMI dan 2 port USB. Untuk jaminan, Hisense juga menyediakan 2 tahun waranti bagi smart TV mereka ini.

Harga: RM1529

5. Skyworth Smart TV 50UB5100 (50 Inch)

Skyworth Smart TV 50UB5100 (50 Inch)

Ini antara smart TV murah dengan saiz yang besar pada harga bawah RM1700.

Skyworth Smart TV adalah satu lagi jenama dari China. Jenama ini, masih lagi agak asing di Malaysia.

Jika anda tidak kisah tentang jenama tapi inginkan saiz TV yang besar, smart TV Skyworth adalah pilihan yang bijak.

Menyediakan paparan 4K UHD dengan sistem operasi Smart+. Anda boleh menonton Netflix dengan paparan gambar yang cantik.

Port HDMI ada 3 dan port USB ada 2 disediakan untuk smart TV dari Skyworth ini.

Tak perlu nak risau, jika smart TV rosak dalam tempoh 2 tahun kerana Skyworth menawarkan jaminan dalam tempoh itu.

Harga: RM1599

6. Philips Smart TV 55PUT6654 (55 Inch)

Philips Smart TV 55PUT6654 (55 Inch)

Smart TV Philips 50 inci ini memaparkan gambar dan warna yang cantik dengan 4K UHD. Sistem operasi yang digunakan Philips adalah Saphi.

Dengan menekan 1 butang anda boleh mengakses ke icon menu. Memang mudah nak guna smart TV Philips ini.

Untuk port pula, HDMI ada 3 dan port USB ada 2. Dari segi bunyi, smart TV Philips mengeluarkan bunyi yang sedap didengar dengan Dolby sound premium.

Tempoh jaminan selama 2 tahun dari pihak Philips jika ada sebarang kerosakan pada smart TV anda.

Harga: RM2399

7. Realme Android TV (32 Inch)

Realme Android TV (32 Inch)

Smart TV Realme ini menggunakan sistem operasi Android. Jadi anda boleh muat turun aplikasi dari Google Play Store.

Dari segi kualiti gambar, smart TV Realme ini menggunakan teknologi Chroma Boost. Walaupun gambar tak secantik 4K UHD, ia masih boleh diterima dengan harga yang begitu rendah.

Untuk bunyi pula smart TV murah ini menggunakan Dolby audio. Anda juga boleh pindah fail dan gambar dengan menggunakan bluetooth.

Terdapat 3 port HDMI disediakan untuk smart TV ini. Jaminan diberikan selama 1 tahun dari Realme Malaysia.

Harga: RM799

8. Sakura Smart TV (32 Inch)

Sakura Smart TV (32 Inch)

Kelebihan:

  • Mempunyai fungsi screen mirroring.
  • Boleh juga untuk bermain game.
  • Ada youtube dan netflix.

Kekurangan:

  • Jaminan produk hanya 1 tahun.

Jika anda mencari Smart TV murah dan bagus bersaiz kecil untuk diletakkan di bilik tidur atau di dapur, alat elektronik jenama Sakura ini merupakan pilihan tepat.

Walaupun bersaiz 32 inci, tetapi menyokong resolusi sehingga 4K. Memang puas kalau menonton TV.

Aplikasi YouTube pada televisyen pintar Sakura boleh bergerak tanpa alat kawalan jauh. Anda hanya perlu sambungkan YouTube di telefon pintar anda dengan TV dan fungsi carian suara boleh digunakan.

Uniknya lagi, produk ini mempunyai pembesar suara yang berkualiti kerana menggunakan audio jenis stereo 8W.

Harga yang ditawarkan juga berbaloi dan ketika musim promosi, anda boleh dapatkan produk ini dengan harga serendah RM 659 sahaja.

Seperti televisyen pintar yang lain, Smart TV Sakura boleh menyambung Wi-Fi serta dilengkapi dengan pelbagai jenis input yang berguna seperti input USB, input VGA, input AV dan input HDMI.

Malah, sudut pandangan 178° turut membolehkan anda untuk meletakkan TV ini di mana-mana ruang kerana visual yang terhasil masih bagus walaupun anda sedang menonton dari bahagian sisi.

9. GELL Smart TV (32 Inch)

GELL Smart TV (32 Inch)

Kelebihan:

  • Ringan.
  • Menyokong sambungan Wi-Fi
  • Mempunyai Google Play.

Kekurangan:

  • Fungsi screen mirroring hanya untuk Android.

Televisyen pintar bersaiz 32 inci ini, sesuai untuk diletakkan di ruangan yang kecil dan kualiti TV tidak mengecewakan.

Paling penting, sudut pandangan alat elektronik ini 178°, jika anda menonton dari arah sisi TV, paparan skrin tetap jelas.

Seperti Smart TV yang lain dimana mempunyai slot USB yang membolehkan anda untuk menggunakan televisyen ini untuk pembentangan digital ketika mesyuarat di pejabat. Memang multifungsi kan?

Manakalah, slot HDMI pada TV ini pula boleh digunakan oleh gamers untuk menyambung alat elektronik jenama Gell dengan komputer riba serta PS3 atau PS4 untuk bermain permainan video.

10. MEGRA Smart TV Netflix Licensing 42D1000X (42 Inch)

MEGRA Smart TV Netflix Licensing 42D1000X (42 Inch)

Kelebihan:

  • Dilengkapi ciri sreen mirroring.
  • Full HD 1080p.
  • Boleh diguna untuk melayari web.
  • Mempunyai saluran MYTV.

Kekurangan:

  • Screen mirroring hanya untuk Android sahaja.
  • Perlu guna antena untuk MYTV.

Kini anda boleh menonton drama Korea atau apa-apa rancangan kegemaran dengan lebih mudah kerana Smart TV daripada Megra ini mempunyai fungsi carian suara.

Jadi, anda tak perlu menaip satu-satu huruf untuk mencari tajuk, bercakap saja dengan TV MEGRA. Cara menggunakan juga mudah.

Hanya sambungkan aplikasi YouTube menerusi Smart TV dengan telefon pintar dan sebutkan kata kunci yang berkaitan dengan video yang ingin ditonton pada smartphone.

Tambahan pula, produk ini dilengkapi dengan dua slot HDMI yang membolehkan anda menyambung konsol permainan video dan komputer riba terus ke televisyen ini.

Selain menyokong fungsi Wi-Fi dan sambungan LAN, TV ini juga mempunyai dua slot USB 2.0 di mana anda boleh menyambungkan pendrive pada tv smart yang menggunakan sistem Linux OS ini.

Rekaannya yang agak nipis juga membolehkan anda untuk meletakkan TV ini di ruang tamu yang sempit.

11. Realme Smart TV HD 2K Android TV (43 Inch)

Realme Smart TV HD 2K Android TV (43 Inch)

Kelebihan:

  • Ada pelbagai aplikasi seperti Youtube dan Netflix.
  • Pembesar suara dengan sistem Dolby Audio.
  • Rekaan menarik.
  • Ada Bluetooth.

Kekurangan:

  • Slot USB hanya 2 ports.

Smart TV dari jenama Realme mempunyai paparan skrin sebesar 43′ (2k Full HD) dan mempunyai sistem Chroma Boost Picture Engine yang membuatkan skrin kelihatan jelas dan tidak sakit mata walaupun dalam keadaan gelap.

Sistem CPU Realme guna untuk TV pintar mereka Powerful 64-bit Quad Core Processor1GB+8GB dimana mampu memuat turun lebih 500 aplikasi TV menerusi Play Store termasuklah game.

Selain itu, TV pintar ini mempunyai dua jenis saiz yang berbeza dan kedua-duanya dilengkapi ciri Bezel-Lens senipis 8.7mm.

Bahagian audio pula, TV Realme menggunakan sistem 24W Quad Stereo SpeakersDolby Audio yang akan menjadikan seperti di panggung wayang.


Leave a Comment