Jenama Portable Aircond Terbaik di Malaysia

Portable aircond murah antara benda yang dicari terutama bila tiba musim panas.

Tambahan pula jika rumah ada bayi, kulit mereka sensitif dengan cuaca yang panas. Cepat sahaja keluar ruam.

Portable aircond sesuai untuk mereka yang perlukan aircond yang mudah nak dialih ke mana sahaja.

Atau yang belum ada rumah sendiri. Kalo pasang aircond dinding leceh pula nak pindah rumah nanti.

Jadi, saya akan kongsikan portable aircond terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran.

Tetapi, sebelum itu jika ini pertama kali anda nak beli portable aircond, anda perlu tahu kebaikan dan keburukan portable aircond.


Kebaikan Portable Aircond

Kebaikan Portable Aircond

Terdapat beberapa kebaikan dari Portable Aircond yang mesti anda ketahui, iaitu:

1. Mudah Nak Dialih

Berbeza dengan aircond, penghawa dingin mudah alih ini boleh dibawa ke mana sahaja yang anda suka.

2. Mudah Dipasang

Anda tidak perlu memanggil pakar aircond untuk memasang portable aircond. Ia boleh dipasang sendiri mengikut manual yang disediakan.

JOM BACA : Jenama Air Cooler Terbaik di Malaysia


Keburukan Portable Aircond

Keburukan Portable Aircond

Selain kebaikan, terdapat juga beberapa keburukan dari Portable Aircond yang mesti anda ketahui, iaitu:

1. Perlu Ruang Untuk Keluarkan Udara Panas

Portable aircond mempunyai hos ekzos untuk salurkan udara panas keluar.

Jadi, anda perlu pertimbangkan di mana nak letak hos ini setiap kali menggunakan portable aircond supaya ruang sejuk dan panas dapat dipisahkan.

JOM BACA : Jenama Aircond Terbaik di Malaysia


Jenama Portable Aircond Murah di Malaysia

Terdapat beberapa jenama Air Cooler terbaik dan murah di Malaysia yang mesti anda ketahui, iaitu:

1. Portable Aircond Midea MPH-09CRN1 PH Series (1HP)

Portable Aircond Midea MPH-09CRN1 PH Series (1HP)

Portable aircond Midea 1.0HP ini antara portable aircond murah di pasaran.

Dengan saiz 1HP ia sudah cukup untuk menyejukkan bilik yang kecil. Terasa sejuk macam aircond dinding.

Ia juga menggunakan penapis jenis silver ion yang mampu membunuh bakteria dengan berkesan.

Walaupun harganya murah, tapi rekaannya tetap nampak eksklusif.

Portable aircond ini agak berat. Namun, anda tak perlu risau kerana ia siap ada roda.

Midea turut menyediakan 1 tahun jaminan umum untuk portable aircond ini. Jaminan 5 tahun pula untuk motor.

Perlu diingatkan jika anda perlukan hos yang panjang, anda perlu beli hos tambahan di kedai hardware.

Dan juga sediakan baldi untuk tadah air yang keluar dari portable aircond Midea ini.

Kelebihan:

  • Mudah dipasang.
  • Kapasiti sejuk 9000 BTU.
  • Fungsi deep mode.
  • Penapis bakteria.
  • Auto restart.

Kekurangan:

  • Agak bising.
  • Hos yang disediakan agak pendek.
  • Perlu buang air dalam takungan.
  • Tiada auto swing.

Harga bermula dari RM889

2. Portable Aircond Morgan MAC-093 (1HP)

Gambar 1 Portable Aircond Morgan MAC-093 (1HP)

Ini satu lagi portable aircond murah jenama Morgan. Dengan 1HP sesuai untuk bilik dengan keluasan 14-20m².

Tampil dengan rekaan yang moden siap dengan paparan LED.

Gambar 2 Portable Aircond Morgan MAC-093 (1HP)

Penghawa dingin mudah alih Morgan ini, dilengkapi dengan roda yang memudahkan anda untuk alih ke mana sahaja.

Penapisnya juga boleh dicuci untuk memastikan portable aircond sentiasa bersih dan dapat memberikan kualiti udara sejuk di tahap optimum.

Mempunyai mod 3 dalam 1 iaitu sejuk, dehumidifying dan kipas. Mod sejuk boleh ditetapkan dari 16°C-30°C.

Mod kipas anda boleh tinggi atau rendahkan. Selain tu, portable aircond Morgan ini dilengkapi dengan auto swing.

Morgan turut menyediakan 1 tahun waranti umum dengan 5 tahun waranti untuk motor.

Kelebihan:

  • Kapasiti sejuk 9000 BTU.
  • Ada paparan LED.
  • Penapis boleh dicuci.
  • Siap roda.

Kekurangan:

Harga bermula dari RM849

3. Portable Aircond Elba EPAC-D3910 (WH)

Portable Aircond Elba EPAC-D3910 (WH)

Portable aircond Elba ini mampu memberikan suasana dingin sehingga 10000 Btu. Kiranya bilik anda tak lagi terasa bahang panas.

Siap dengan panel LCD di bahagian hadapan memudahkan anda untuk buat tetapan portable aircond tanpa menggunakan remote.

Direka dengan bunyi yang agak senyap dan angin kuat membuatkan bilik anda terasa nyaman dan tidur lena tanpa diganggu.

Sekiranya anda bimbang tentang kerosakan, Elba menyediakan 1 tahun waranti umum dan juga 5 tahun waranti untuk kerosakan motor.

Kelebihan:

  • Kapasiti sejuk 10000 BTU.
  • Penapis boleh dibuka dan dicuci.
  • Bunyi yang tidak terlalu kuat.
  • Ada paparan LCD.
  • Fungsi auto swing.
  • Mempunyai roda.

Kekurangan:

  • Harga agak mahal.

Harga bermula dari RM988

4. Portable Aircond Hisense R32 AP09KGV (1HP)

Portable Aircond Hisense R32 AP09KGV (1HP)

Portable aircond murah lain-lain iaitu portable aircond Hisense. Ia mempunyai 3 mod iaitu sejuk, kering dan kipas.

Paparan skrin LED yang jelas memudahkan anda untuk menekan butang pilihan.

Penghawa dingin mudah alih Hisense ini turut dilengkapi dengan smart mod yang membolehkan ia bertukar mod mengikut suhu bilik semasa.

Gambar 1 Portable Aircond Hisense R32 AP09KGV (1HP)

Dengan bunyi yang seperti kipas angin, anda dan anak-anak boleh tidur lena dalam suasana yang sejuk.

Portable aircond murah Hisense ini, turut menyediakan teknologi I Feel. Ia membolehkan kawalan suhu yang sama dari portable aircond hingga ke remote control.

Ia juga adalah salah satu portable aircond mudah kerana anda tidak perlu nak buang air bila takungan dah penuh.

Penapis pula boleh dibersihkan untuk buang segala kekotoran.

Sebarang masalah sepanjang 1 tahun penggunaan, anda boleh tuntutan ke Hisense.

Jika motor portable aircond yang bermasalah, ada jaminan selama 5 tahun.

Kelebihan:

  • Kapasiti sejuk 9000 BTU.
  • Bunyi tak bising.
  • Ada sleep mode.
  • Paparan LED.
  • Mempunyai roda.
  • Tak perlu tadah air.
  • Penapis boleh dicuci.

Kekurangan:

Harga bermula dari RM868

5. Portable Aircond Acson A5PA15C (1.5HP)

Portable Aircond Acson A5PA15C (1.5HP)
gambar dari anzr.com

Portable aircond Acson ini, mampu menyejukkan ruang yang lebih luas dengan 1.5HP.

Turut dilengkapi dengan silver ion untuk membunuh bakteria bagi memastikan anda dapat udara sejuk yang segar dan sihat.

Anda boleh melaraskan kelajuan kipas portable aircond menggunakan remote control sahaja.

Acson memberikan 1 tahun jaminan untuk umum dan 5 tahun jaminan untuk motor.

Kelebihan:

  • Kapasiti sejuk 12000 BTU.
  • Dilengkapi dengan silver ion.
  • Paparan skrin sentuh.
  • 3 speed kipas.
  • Mempunyai roda.

Kekurangan:

Harga bermula dari RM1488

6. Portable Aircond Pensonic PPA-1510 (1.5HP)

Portable Aircond Pensonic PPA-1510 (1.5HP)

Ini pula lagi satu portable aircond murah untuk kegunaan saiz bilik yang lebih besar.

Paparan panel LED mudahkan anda untuk menekan butang di penghawa dingin mudah alih Pensonic.

Direka untuk mudah alih, turut disediakan roda yang kuat dan kukuh.

Kelajuan kipas boleh dilaraskan kepada kuat, sederhana atau perlahan.

Ia juga mempunyai timerdehumidifying mode serta sleep mode.

Portable aircond Pensonic ini juga boleh auto swing secara menegak.

Untuk memastikan portable aircond sentiasa dalam keadaan bersih, anda boleh buka dan cuci penapisnya.

Waranti umum selama 1 tahun dan waranti motor selama 5 tahun disediakan.

Kelebihan:

  • Kapasiti sejuk 12000 BTU.
  • Paparan panel LED.
  • Ada sleep mode.
  • Ada auto swing.
  • Mempunyai roda.

Kekurangan:

Harga bermula dari RM1249

7. Portable Aircond Aux AM-12B4/LAR-EU

Portable Aircond Aux AM-12B4/LAR-EU

Portable aircond buatan China ini adalah antara portable aircond murah dan terbaik.

Menggunakan teknologi Anion Fresh Air ia memastikan anda mendapat udara segar dan sejuk.

Portable aircond ini direka dengan bunyi yang perlahan untuk memastikan tidur anda tidak terganggu kerana bunyi aircond yang kuat.

Remote control portable aircond Aux boleh dikawal sejauh 10 meter.

Purata yang memakai portable aircond ini mengatakan ianya cepat sejuk, bunyi tak bising seperti portable aircond yang lain dan senang nak pasang.

Dari segi jaminan, anda tak perlu risau kerana portable aircond Aux disertakan dengan 2 tahun waranti umum dan 5 tahun waranti motor.

JOM BACA : Beza Air Cooler dan Portable Aircond

Kelebihan:

  • Kapasiti sejuk 12000 BTU.
  • Teknologi Anion Fresh Air.
  • Ada auto swing.
  • Rekaan modern.
  • 4 roda boleh berpusing 360°.
  • Tidak terlalu bising.

Kekurangan:

  • Perlu tadah air yang keluar.

Harga bermula dari RM1229


Kesemua portable aircond murah di atas didatangkan dengan jaminan.

Jadi, anda boleh membeli tanpa kerisauan. Pilihlah yang bersesuaian mengikut bajet dan ruang rumah anda.

Nota: Harga yang dipaparkan adalah harga semasa artikel ini ditulis. Harga mungkin berubah mengikut penjual. Ada juga barang yang kehabisan stok.

Leave a Comment