Jenama Monitor Ultrawide Terbaik di Malaysia

Monitor ultra lebar atau ultrawide sangat penting, bukan sahaja untuk gaming tetapi juga digunakan untuk tingkatan produktiviti.

Skin ultrawide memberikan sudut pandangan yang lebih luas dan dapat memaparkan dua atau lebih aplikasi.

Dengan adanya skrin jenis melengkung, maka akan memberikan sudut pandangan yang lebih baik dan selesa.

Pemilihan monitor/pantau ultrawide yant betul, juga penting bersesuaian dengan kegunaan dan juga spesifikasi PC anda.

Mahu tahu Jenama Monitor Ultrawide Terbaik di Malaysia? Jom kita semak Senarai Harga Monitor Ultrawide Terbaik di Malaysia.


Beza Monitor Ultrawide dan Monitor Dual Display

Beza Monitor Ultrawide dan Monitor Dual Display

Monitor ultrawide adalah monitor yang mempyunyai saiz skrin yang lebih panjang.

Tetapi, ia masih di dalam skrin yang sama berbanding Monitor Dual Display yang menggunakan dua monitor yang diletakkan secara bersebelahan untuk diselaraskan antara dua-duanya.

Monitor Ultrawide juga menyatukan biasan warna yang sama, kerana tidak semua monitor mempunyai biasan warna yang sama.

Ini menyukarkan pengguna untuk memilih monitor mereka jika menggunakan Monitor Dual Display.

JOM BACA : Mouse Gaming Murah di Malaysia

Yang paling jelas adalah Ratio Cinematic pada Monitor Ultrawide kelihatan lebih nyata.

Lebih-lebih lagi, jika anda menonton movie di mana letterbox pada monitor tidak akan kelihatan sama sekali, kerana ratio 21:9 yang terdapat pada Monitor Ultrawide.

Bagi monitor Dual-Display pula, masih menggunakan ratio 16:9 pada skrin, mengakibatkan letterbox itu wujud ketika mononton movie.


Jenama Monitor Ultrawide di Malaysia

Terdapat beberapa jenama monitor/pantau ultrawide di Malaysia yang terbaik dan murah, iaitu:

1. ROG XG438Q (43 Inch)

ROG XG438Q (43 Inch)

Kelebihan:

  • Skrin 43 Inch yang menyokong 4K.
  • Refresh Rates setinggi 120Hz.

Kekurangan:

  • HDMI ports 2.0, bukan HDMI ports 2.1.

Bagi sebuah jenama yang sudah berada lama dalam kategori gaming, monitor ROG XG438Q ini tidak mengecewakan penggunanya.

Kerana, mempunyai sokongan refresh rates sehingga 120Hz membuatkan ramai pengguna mengidamkan monitor ini.

Walaupun, performance monitor ini dalam kadar sederhana, ROG juga mempunyai kelebihan dari segi saiz yang lebar seakan sebuah televisyen.

Pengguna digalakkan mempunyai GPU yang tinggi, sebelum membeli ini untuk merasai sendiri pengalaman di tahap maksimum dan memuaskan.

2. Acer NITRO XV340CK P (34 Inch)

Gambar ke-1 Acer NITRO XV340CK P (34 Inch)

Gambar ke-2 Acer NITRO XV340CK P (34 Inch)

Gambar ke-3 Acer NITRO XV340CK P (34 Inch)

Kelebihan:

  • Harga yang berbaloi lebih kurang RM1899.
  • Refresh Rates sehingga 144Hz.
  • Sokongan: AMD FreeSync, HDR10.
  • Resolusi: 3440 x 1440 pixel (WQHD).
  • Input: HDMI, Display Ports 1.4
  • Respon Time: 1 ms (MPRT).
  • Color: Tiada data.

Kekurangan:

  • Warna pada skrin mungkin boleh ditambah baik.

Monitor keluaran Acer ini, mempunyai refresh rates yang agak tinggi sehingga 144Hz, mengalahkan beberapa jenama monitor gaming yang lain.

Harga yang ditawarkan juga berbaloi untuk performance yang sangat tinggi tersebut.

Walaupun begitu, paparan monitor ini tidak menyokong sehingga 4K dan hanya mampu sehingga 2K sahaja.

JOM BACA: Keyboard Gaming Terbaik di Malaysia

Oleh itu, monitor Acer NITRO ini lebih sesuai untuk kegunaan kerja sahaja berbanding gaming.

Pengguna tidak memerlukan GPU yang tinggi untuk menikmati monitor ACER ini pada kadar maksimum.

3. Samsung Odyssey G5 (27 Inch)

Gambar ke-1 Samsung Odyssey G5 (27 Inch)

Gambar ke-2 Samsung Odyssey G5 (27 Inch)

Gambar ke-3 Samsung Odyssey G5 (27 Inch)

Kelebihan:

  • Refresh Rates yang tinggi sehingga 144Hz.
  • Masa tidak balas yang laju.

Kekurangan:

  • Ergonomic yang tidak baik.

Monitor keluaran Samsung ini, mempunyai kadar refresh rates yang agak tinggi sehingga mencapai 144Hz.

Tidak hairan, kenapa monitor Samsung Odyssey ini sering menjadi pilihan selain untuk bentuk fizikalnya yang menarik (Curved).

Tindak balas pada monitor ini, juga cekap dan membuatkan seolah pengguna sendiri berada di dalam monitor ini.

Saiznya yang ideall adalah 27 Inch juga menjadi punca kenapa monitor Samsung Odyssey ini sering menjadi pilihan.

4. GIGABYTE G34WQC (34 Inch)

Gambar ke-1 GIGABYTE G34WQC (34 Inch)

Gambar ke-2 GIGABYTE G34WQC (34 Inch)

Gambar ke-3 GIGABYTE G34WQC (34 Inch)

  • Panel: Skrin lengkung jenis VA 34 Inch, 144Hz.
  • Resolusi: 3440 x 1440 pixel (WQHD).
  • Color: 90% DCI-P3 / 120% sRGB.
  • Respon Time: 1 ms (MPRT).
  • Input: HDMI, Display Ports 1.4
  • Sokongan: AMD FreeSync, VESA Display HDR400, Built-In Speaker.
  • Harga lebih kurang RM1999.

Gigabyte G34WQC adalah monitopr permainan bajet yang hebat dengan skrin ultrawide.

Monitor Gigabyte mempunyai layar lengkung bersaiz 34 Inch dengan nisbah 21:9, memberikan sudut pandangan lebih baik sesuai untuk permainan video.

JOM BACA : Kerusi Gaming Murah di Malaysia 

Selain tu, juga sangat sesuai untuk bilik yang terang dan gelap kerana monitor Gigabyte ini cukup terang untuk melawan silau.

Dengan kadar penyegaran 144Hz, memberikan pengalaman permainan video yang terasa lancar dan responsif.

5. LG Ultragear 34P950G (34 Inch)

Gambar ke-1 LG Ultragear 34P950G (34 Inch)

Gambar ke-2 LG Ultragear 34P950G (34 Inch)

Kelebihan:

  • Imej yang sepadan pada paparan monitor.
  • Sangat cerah dan terang.

Kekurangan:

  • Warna hitam menjadi kelabu ketika digunakan dalam bilik yang gelap.

Monitor LG Ultragear 34 Inch ini sesuai digunakan untuk apa sahaja perkara yang pengguna inginkan.

Misalkan untuk bekerja atau gaming, monitor LG Ultragear tidak akan memberi sebarang masalah.

Kerana, kecerahan yang terdapat pada monitro LG Ultragear membuatkan imej yang berada di dalam monitor kelihatan sangat nyata.

Tidak menjadi gangguan bagi perkara grafik untuk menghasilkan masterpiece mereka dengan monitor ini.

Reka bentuknya yang curve dan saiz 34 inch adalah sangat ideal. Di mana, monitor LG Ultragear tidak terlalu besar atau kecil.

Monitor ini juga mempunyai kekurangan, dimana tidak sesuai untuk digunakan di dalam bilik yang gelap kerana warna hitam pada paparan skrin akan menjadi sedikit kelabu.

6. Acer EI491CR (49 Inch)

Gambar ke-1 Acer EI491CR (49 Inch)

Gambar ke-2 Acer EI491CR (49 Inch)

Kelebihan:

  • Refresh Rates yang memuaskan sehingga 144Hz.
  • Berkualiti tinggi.

Kekurangan:

  • Harga mahal lebih kurang RM3,389

Monitor ultrawide terbaik ini, semestinya datang dari jenama yant terbaik juga iaitu Acer.

Apa yang membuatkan monitor Acer ini kegilaan ramai iaitu reka bantuknya yang elegan disertakan dengan bentuk curve pada monitor ini membuatkan pengguna seolah menggunakan kapal angkasa.

Kadar penyegaran yang tinggi pada monitor ini mampu mencapai sehingga 144Hz, menjadikan monitor Acer ini kelihatan lebih terang dan menarik serta memukau.

Saiz monitor ini iaitu 49 Inch, membolehkan pengguna melihat segala jenis aplikasi pada monitor tanoa menukar window.

Walaupun monitor ini agak mahal untuk dimiliki, tetapi monitor Acer ini menjamin kepuasan yang maksimum.

7. LG 29WN600 (29 Inch)

Gambar ke-1 LG 29WN600 (29 Inch)

Gambar ke-2 LG 29WN600 (29 Inch)

Gambar ke-3 LG 29WN600 (29 Inch)

Kelebihan:

  • Harga lebih kurang RM868.
  • Bezel-less.
  • Warna yang baik.

Kekurangan:

  • Tidak boleh selaras tinggi.

Monitor LG ini dikhususkan untuk kerja yang tidak terlalu berat, seperti belajar dan bekerja.

Kelebihan ini, menjadikan jenama monitor LG ini dikategorikan sebagai mampu dimiliki di sampaing reka bentuknya yang premium.

Frame bezel-less yang terdapat pada monitor bijak memanipulasi pengguna kelihatan tidak mempunyai frame, padahal sangat nipis.

Kadar penyegaran pada monitor LG ini, pula berada pada tahap average iaitu 75Hz, tetapi masih lebih baik berbanding monitor biasa.

Monitor LG ini juga mempunyai 2 port HDMI serta headphone jack 3.5 mm.

8. LENOVO G34W-10 (34 Inch)

Gambar ke-1 LENOVO G34W-10 (34 Inch)

Gambar ke-2 LENOVO G34W-10 (34 Inch)

Gambar ke-3 LENOVO G34W-10 (34 Inch)

  • Panel: Skrin lengkung jenis VA 34-Inch, 144 Hz.
  • Resolusi: 3440 x 1440 pixel (WQHD).
  • Color: Tiada Data.
  • Respon Time: Tiada Data.
  • Input: HDMI, Display Port 1.4
  • Sokongan: AMD FreeSync
  • Harga lebih kurang RM1899.

LENOVO G34W-10 ini menampilkan monitor dengan panel melengkung WQHD 34 inch dan 3440 x 1440 pixel (WQHD) resolusi.

Untuk permainan yang lancar, monitor ini mempunyai kadar penyegaran 144Hz digabungkan dengan AMD Radeon FreeSync.

Selain tu, ia juga dilengkapi dengan teknologi Cahaya Biru Rendah untuk melindungi mata anda dari silau dan keletihan mata.

9. Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor (34 Inch)

Gambar ke-1 Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor (34 Inch)

Gambar ke-2 Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor (34 Inch)

  • Panel: Skrin lengkung 34 Inch, 144Hz
  • Resolusi: 3440 x 1440 pixel (WQHD)
  • Color: Tiada Data
  • Respon Time: 4 ms
  • Input: HDMI, Display Port 1.4
  • Sokongan: AMD FreeSync
  • Harga lebih kurang RM1899

Xiaomi Mi Curved Gaming Monitor mempunyai reka bentuk minimalis dengan paparan yang boleh ditundukan, dipusingkan, dinaikkan, dan diturunkan untuk keselesaan pandangan mata anda.

Ia menawarkan paparan bersaiz 34 inci dengan resolusi 3440 x 1440 pixel dan nisbah 21:9 serta tahap lengkungan monitor 1500R.

10. MSI Optix MAG341CQ (34 Inch)

Gambar ke-1 MSI Optix MAG341CQ (34 Inch)

gambar ke-2 MSI Optix MAG341CQ (34 Inch)

  • Panel: Skrin lengkung jenis VA 34 Inch, 100Hz
  • Resolusi: 3440 x 1440 pixel (WQHD)
  • Color: 110% sRGB
  • Respon Time: 8 ms
  • Input: HDMI, Display Port 1.4
  • Sokongan: –
  • Harga lebih kurang RM2999

MSI Optix MAG341CQ adalah monitor permainan ultrawide melengkung yang dilengkapi dengan resolusi 3440×1440 pixel, kadar penyegaran 100hz.

Monitor Optix MAG341CQ dibangunkan dengan teknologi FreeSync yang menawarkan pengalaman bermain permainan PC yang lebih lancar.

11. LG 34GL750 (34 Inch)

Gambar ke-1 LG 34GL750 (34 Inch)

Gambar ke-2 LG 34GL750 (34 Inch)

Gambar ke-3 LG 34GL750 (34 Inch)

  • Panel: Skrin lengkung jenis IPS 34 Inch, 144 Hz
  • Resolusi: 2560 x 1080 pixel (WFHD)
  • Color: 90% sRGB
  • Respon Time: 5 ms
  • Input: HDMI, Display Port 1.4
  • Sokongan: G-SYNC, AMD FreeSync, HDR10
  • Harga lebih kurang RM1899

LG 34GL750 memberikan kualiti imej yang terbaik dan prestasi lancar dalam permainan hasil dari resolusi ultra-lebar dan penggunaan panel IPS.

Namun, monitor ini menggunakan resolusi yang lebih rendah iaitu 2560 X 1080 pixel (WFHD) berbanding pesaingnya yang menggunakan skrin dengan resolusi WQHD.

12. Acer CB342CK (34 Inch)

Gambar ke-1 Acer CB342CK (34 Inch)

Gambar ke-2 Acer CB342CK (34 Inch)

Gambar ke-3 Acer CB342CK (34 Inch)

  • Panel: Skrin jenis IPS 34 Inch, 75Hz
  • Resolusi: 3440 x 1440 pixel (WQHD)
  • Color: 99% sRGB
  • Respon Time: 4 ms
  • Input: HDMI, Display Port 1.4
  • Sokongan: AMD FreeSync, HDR400, Built-In Speaker
  • Harga lebih kurang RM1599

Jika anda seorang photo editor atau video editor, Acer CB342CK salah satu monitor ultrawide terbaik untu anda.

Dengan skrin 34 inch, resolusi WQHD, panel IPS serta harga sekitar RM1599 yang mampu milik sudah tentu ia adalah yang terbaik untuk monitor produktiviti.

Tambahan pula, monitor LG ini menyokong AMD Free-Sync serta HDR400 yang amat sesuai juga untuk permainan PC.

JOM BACA : Jenama Laptop Terbaik dan Murah di Malaysia


Itulah beberapa jenama monitor ultrawide terbaik dan murah di Malaysia yang dapat anda ketahui.

Semoga maklumat di atas dapat membantu dan bermanfaat untuk anda. 😀

Leave a Comment