Meja permainan atau gaming desk bukan sahaja tempat untuk meletakkan PC permainan anda semata-mata.
Ia boleh dianggap sebagai pelaburan ergonomik bagi mendapatkan kelesesaan yang berterusan.
Kesalahan memilihan meja yang sesuai akan mengakibatkan kesakitan bertahun-tahun.
Untuk memilih meja permainan terbaik, anda perlu pertimbangkan ketinggian meja yang anda inginkan.
Sesetengah gaming table mempunyai pelaras ketinggian elektrik yang amat sesuai untuk pengguna yang fleksibel sama ada ingin menggunakannya sambil duduk atau berdiri.
Anda juga perlu memikirkan berapa banyak ruang yang anda perlukan untuk monitor, papan kekunci dan PC anda sama ada mahu diletakkan di atas meja atau di bawah meja.
Ruang untuk kabel juga penting untuk memastikan pengurusan kabel anda kemas.
Berikut terdapat beberapa jenama meja gaming PC terbaik di Malaysia yang kami syorkan untuk anda.
Contents
1. TMAX K-Shaped Gaming Table
- Ukuran Meja: 60 cm (Lebar), 120 cm atau 140 cm (Panjang).
- Ketinggian: 74 cm
- Warna Meja: Tekstur Karbon Fiber.
- Ciri-Ciri: Tebal meja 18 mm, permukaan anti calar, dan kalis air.
- Harga: RM199 hingga RM249 (bergantung pada saiz).
TMAX K-Shaped Gaming Table adalah meja gaming mampu milik dengan harga sekitar RM199 untuk saiz 120cm dan sekitar RM249 untuk meja dengan panjang 140cm.
Ia menampikan kaki meja berbentuk K daripada logam serta permukaan meja dengan tekstur karbon fiber.
2. TMAX Z-Shaped Gaming Table
- Ukuran Meja: 60 cm (Lebar), 120 cm atau 140 cm (Panjang).
- Ketinggian: 74 cm.
- Warna Meja: Tekstur Karbon Fiber.
- Ciri-Ciri: Tebal meja 18 mm, permukaan anti calar, kalis air, Lampu RGB dengan remote, Cup Holder, Headphone hook.
- Harga : RM259 hingga RM279 (bergantung pada saiz).
TMAX Z-Shaped Gaming Table mempunyai beberapa aksesori tambahan seperti pemegang gelas dan headset.
Selain tu, meja gaming TMAX Z-Shaped juga mempunyai lampu RGB di bahagian kedua-dua bahagian kiri dan kanannya.
Di Malaysia, meja ini boleh didapati dengan harga sekitar RM259.
3. GTGAMEZ Z Series Gaming Table
- Ukuran Meja: 60 cm (Lebar), 120 cm atau 140 cm (Panjang).
- Ketinggian: 75 cm.
- Warna Meja: Hitam(Meja)/Hitam(Kaki), Hitam/Merah, Hitam/Putih, Pink/Putih.
- Ciri-Ciri: Tekstur Karbon Fiber, Tebal meja 18mm, permukaan anti calar, kalis air.
- Harga: RM189 sehingga RM279 (bergantung pada saiz).
GTGAMEZ Z Series Gaming Table menawarkan rekaan meja komputer yang ringkas dengan kerangka berbentuk Z.
Selain tu, meja gaming GTGAMEZ Z Series juga boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, merah, dan pink dangan kaki meja berwarna putih.
JOM BACA : Jenama Portable Aircond Terbaik di Malaysia
4. GTGAMEZ K Series Gaming Table
- Ukuran Meja: 60 cm (Lebar), 120 cm atau 140 cm (Panjang).
- Ketinggian: 75 cm.
- Warna Meja: Frosted Black Table Top.
- Ciri-Ciri: Kerangka logam penuh, Rekaan kukuh.
- Harga: RM189 sehingga RM279 (Bergantung pada saiz).
GTGAMEZ K Series Gaming Table adalah meja gaming mampu milik dengan harga sekitar RM189 hingga RM279 bergantung pada saiz.
Ia menampikan kaki meja berbentuk K daripada logam serta permukaan meja bewarna Frosted Black.
5. Tomaz Armor Gaming Table
- Ukuran Meja: 60 cm (Lebar), 140 cm (Panjang).
- Ketinggian: 75 cm.
- Warna Meja: Tekstur Karbon Fiber.
- Ciri-Ciri: Kerangka logam penuh, Headphone Holder, Cup Holder, Cable Management Tray.
- Harga: RM529.
Tomaz Armor Gaming menampilkan meja gaming premium dengan kerangka logam yang kukuh.
Ia hadir dengan pelbagai aksesori tambahan termasuk pemegang cawan dan headset, ruang pengurusan kabel, dan pelapik meja khas dengan jalur merah yang cantik.
6. IKEA UTESPELARE Gaming Table
- Ukuran Meja: 80 cm (Lebar), 160 cm (Panjang).
- Ketinggian: 78 cm.
- Warna Meja: Putih, Kelabu.
- Ciri-Ciri: Permukaan meja plastik ABS, Ketinggian boleh laras, Ruang angin untuk sejukan PC, Cable Management Tray.
- Harga: RM599.
KEA UTESPELARE Gaming Desk yang agak besar iaitu dengan panjang 160cm dan lebar 80cm.
Ia menampilkan rekaan minimalis dalam dua pilihan warna kelabu dan hitam dengan ketinggian yang boleh dilaras.
Terdapat mesh besi diatas meja untuk sejukan PC anda dan juga memudahkan pengurusan kabel yang lebih baik.
JOM BACA : Jenama Air Cooler Terbaik di Malaysia
7. Athena Standing Desk
- Ukuran Meja : 60 cm (Lebar), 140 cm (Panjang).
- Ketinggian: 74 hingga 119 cm.
- Warna Meja: Hitam.
- Ciri-Ciri: Kaki meja Aluminum alloy, Ketinggian boleh laras menggunakan motor elektrik, Memori pelaras ketinggian, Cup Holder, Headset Holder, RGB Light.
- Harga: RM699.
Jika anda memerlukan meja gaming yang lebih advanced, Athena Standing Desk sesuai untuk anda. Harganya agak tinggi iaitu sekitar RM699.
Numun, ia memberikan meja yang agak sempurna dengan pelaras ketinggian elektrik, rekaan yang kukuh, dan beberapa aksesori menarik termasuk pemegang gelas dan headset.