Pada awalnya keyboard hanya digunakan sebagai menulis aturcara, memberi arahan pada komputer dan mengarang sesuatu.
Zaman semakin berubah di mana keyboard bukan sahaja bertujuan untuk perkara tersebut tetapi untuk kegunaan major seperti permainan video.
Oleh itu, lahirnya keyboard dengan bertujuan untuk gaming sahaja yang dikenali sebagai keyboard gaming.
Contents
1. SteelSeries Apex 3 RGB
- Butang kekunci senyap yang mampu bertahan sehingga 20 juta tekanan kekunci.
- Lampu RGB 10-Zon yang boleh diprogramkan.
- Kalis air serta tahan tumpahan (IP32).
- Perehat tangan magnetik premium.
- Tersedia dengan kawalan Multimedia khusus.
- Harga RM280 sehingga RM300.
SteelSeries Apex 3 RGB adalah papan kekunci permainan dengan suis kubah getah.
Ia mempunyai kualiti binaan yang baik serta dilengkapi dengan perehat tangan magnet. Ini memberikan pengalaman menaip yang baik dan tidak meletihkan.
JOM BACA : Jenama Mouse Gaming Murah di Malaysia
Ia juga dilengkapi dengan lampu latar RGB 10-zon dengan banyak pilihan kesan khas melalui perisian SteelSeries Engine.
Secara keseluruhan, ini adalah pilihan yang baik bagi mereka yang mempunyai bajet sekitar RM300 atau yang tidak suka papan kekunci mekanikal.
2. ASUS TUF Gaming K3
- Keyboard mekanikal dengan jangka hayat tekanan kekunci lebih 50 juta kali.
- Kekunci lampu latar individu dengan Aura Sync RGB.
- Penutup atas aluminium untuk kerangka yang lebih kukuh.
- Tersedia dengan perehat tangan.
- Hadir dengan kawalan Multimedia.
- Harga RM260 sehingga RM300.
ASUS TUF Gaming K3 dibina dari bahan berkualiti dengan reka bentuk mekanikal sepenuhnya untuk prestasi kerja dan permainan yang lebih baik.
Sudah tentu, ia juga memiliki lampu latar RGB yang boleh diprogramkan memlalui aplikasi Aura Sync RGB.
Selain tu, ia juga menyokong 100% anti-ghosting dengan teknologi N-key rollover (NKRO) untuk prestasi lebih responsif.
3. Razer Cynosa V2 Chroma
- Butang kekunci dengan lampu backlight individu.
- Butang kekunci boleh diprogramkan sepenuhnya.
- Butang multimedia khusus.
- Tahan lasak dan tahan tumpahan air.
- Harga RM200 sehingga RM220.
Razer Cynosa V2 iaitu papan kekunci permainan berwayar dengan lampu latar RGB penuh dan kekunci makro yang dapat diprogramkan.
JOM BACA : Jenama Meja Gaming PC Murah di Malaysia
Ia mempunyai suis kubah getah yang terasa ringan bila ditekan. Ia juga memiliki butang multimedia khusus serta tahan dengan tumpahan air.
4. HYPERX Alloy Origins Core
- Butang kekunci mekanikal.
- Diperbuat dari bahan aluminium Aircraft-Grade sepenuhnya.
- Lampu RGB dengan kesan khas yang dinamik.
- Fungsi Game Mode, 100% anti-ghosting.
- Harga RM399 sehingga RM459.
Papan kekunci permainan HYPERX Alloy Origins Core menampilkan butang kekunci mekanikal penuh dengan kerangka dari aluminium sepenuhnya.
Ia direka dengan rekaan kompak serta sambungan kabel USB-C yang boleh ditanggalkan.
Selain tu, juga tersedia dengan memori terbina dengan tiga profile, fungsi mod permainan, serta 100% anti-ghosting.
5. Cooler Master CK550 V2 RGB
- Keyboard jenis mekanikal.
- Lampu RGB Backlight.
- Tersedia dengan perehat tangan.
- Dibina dari bahan aluminium dan plastic.
- Harga RM245 sehingga RM265.
Cooler Master CK550 V2 RGB adalah salah satu papan kekunci mekanikal mid-range terbaik.
JOM BACA : Jenama Kerusi Gaming Terbaik di Malaysia
Ia menawarkan reka bentuk aluminium yang bergaya, lampu latar RGB yang dapat diprogramkan sepenuhnya serta penawaran pada harga yang sangat rendah berbanding persaingnya.
6. Armaggeddon AK-666SFX
Armaggeddon AK-666SFX adalah gaming keyboard yang wajar dipilih oleh gamer yang baru mulakan jejak dalam dunia video game kerana harganya yang murah dan berpatutan bagi mereka yang ingin mencuba keyboard gaming.
Ia mempunyai kekunci membran penyenyap di mana tiada bunyi bising terhasil apabila kekunci ditekan.
Kebaikannya, tiada bunyi-bunyi yang menjengkelkan terhasil daripada keyboard dan tidak mengganggu persekitaran.
Armaggeddon AK-666SFX sesuai juga untuk warnet (kafe siber), di mana harganya murah dan tidak mengganggu fokus pengguna komputer lain di kafe siber.
7. Logitech G613
Logitech G613 adalah keyboard wireless di mana pengguna boleh menggunakan sambungan bluetooth.
Di samping tu, terdapat HERO(kadar kecekapan tinggi optik) Sensor generasi terbaharu di mana memberikan kecekapan input dan output Logitech G613.
JOM BACA : Portable Aicond Murah di Malaysia
Logitech G613 juga dapat memanjangkan hayat keyboard gaming, kerana tidak perlu risau akan wayar yang berselirat dan terpijak wayar keyboard gaming.
8. Razer Ornata Chroma
Razer Ornata Chroma adalah keyboard gaming paling terbaik pada tahun 2017 kerana sifatnya yang mesra pengguna.
Ia mempunyai kuisyen lembut pada keyboardnya di mana pengguna tidak berasa lenguh ketika bermain game FPS yang memerlukan fokus tangan pada keyboard sepanjang masa.
Razer Ornata Chroma wajar menjadi pilihan peminat permainan video Point Blank di mana anda tidak akan berasa lenguh sepanjang masa tangan di keyboard.
Kelebihan:
- Switch jenis hybid.
- Terdapat Razer Chroma RGB.
- Mempunyai cable routing.
- Pilihan mod untuk gaming.
Kekurangan:
- Tiada memory on-board.
9. Alienware AW768
Alienware AW768 dilengkapi dengan ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang gamer yang menginginkan kepantasan iaitu 45g daya penggerak yang dapat menghasilkan tekanan yang lembut.
Seterusnya, kabel yang mempunyai jalinan nilon menghasilkan keyboard lebih lasak.
JOM BACA : Air Cooler Murah di Malaysia
Di samping tu, 256kb memori di dalam keyboard yang tidak akan nyahfungsi apabila spam kekunci.
Ia wajar jadi pilihan gamer tegar, kerana anda memerlukan keyboard gaming yang lasak.
Alienware AW768 adalah salah satu keyboard gaming paling best di abad ini.
Itulah beberapa jenama keyboard gaming terbaik di Malaysia yang dapat anda ketahui.
Semoga maklumat di atas dapat membantu dan bermanfaat untuk anda. 😀