Jenama Kerusi Gaming Terbaik

Bagi anda yang selalu menghadap komputer untuk bermain game, tentunya inginkan kerusi gaming terbaik dan selesa.

Tambahan pula, bila bermain game akan mengambil masa berjam-jam. Jadi, tentunya kerusi gaming memainkan peranan penting.

Jika anda bekerja dari rumah kerusi gaming ini, boleh digunakan untuk buat kerja pejabat. Yang penting selesa walaupun duduk lama.

Sekiranya anda mencari kerusi gaming, tetapi keliru mengenai jenama mana yang terbaik.

Berikut adalah beberapa kerusi gaming terbaik di Malaysia yang kami syorkan kepada anda.


1. Kerusi Gaming Tomaz Syrix II

Kerusi Gaming Tomaz Syrix II

Kerusi gaming premium yang diperbuat khas untuk keselesaan anda bermain game dalam tempoh yang lama.

Menampilkan rekaan yang cantik. Kerusi gaming Tomaz ini juga kukuh dan tahan lama.

Tempat duduk kerusi gaming Tomaz boleh disandarkan sehingga 165 darjah. Kerusi ini juga lebar dan tinggi hingga ke kepala.

Selain siap dengan bantal kepala, ia juga mempunyai bantal belakang untuk menambah keselesaan anda ketika duduk di kerusi.

Kerusi gaming Tomaz ini sangat ideal untuk anda yang duduk menghadap komputer untuk masa yang lama sama ada untuk bekerja atau bermain game.

Tempat duduk kerusi diperbuat dari fabrik supaya anda tak rasa panas walaupun duduk lama.

Anda juga boleh melaraskan tempat penyandar lengan selain ketinggian kerusi yang boleh laras.

Jika anda bimbangkan soal berat, kerusi ini boleh menampung sehinggalah 160kg.

Kelebihan:

  • 3 tahun waranti.
  • Rekaan ergonomik.
  • Kusyen kerusi tak panas.
  • Siap bantal kepada dan bantal belakang.

Kekurangan:

  • Harga mahal.

Harga: RM697


2. Kerusi Gaming TTRacing Swift II

Kerusi Gaming TTRacing Swift II

TTRacing adalah antara jenama kerusi gaming ergonomik yang popular.

Kerusi yang diperbuat dari gabungan cold cure foam dan kulit faux ini tahan lasak dan boleh menampung berat sehingga 150kg.

Walaupun harganya boleh tahan mahal, tapi boleh dipakai lama.

Untuk menambah keselesaan anda, kerusi TTRacing boleh disandarkan sehingga 165 darjah.

Jadi, bila rasa letih, boleh rehatkan badan dengan sandarkan kerusi ke belakang.

Kerusi TTRacing Swift X ini, lebih besar dari model Duo V3 dan lebih rendah dari model Surge.

Rekaan kerusi ergonomik dengan bahagian bawah belakang serta bahu yang lebih lebar untuk memberikan anda keselesaan.

Kerangka kerusi dibuat dari besi yang kukuh dan tahan lasak. Seperti kerusi lain, kerusi gaming TTRacing turut boleh berpusing 360 darjah.

Dalam masa 2 tahun jika kerusi ada mengalami kerosakan, anda boleh hubungi terus pihak TTRacing.

Kelebihan:

  • Kerusi yang tahan lasak.
  • Bahagian bahu yang lebih lebar.
  • Ketinggian penyandar tangan boleh laras.

Kekurangan:

  • Harga agak mahal.

Harga: RM599


3. Kerusi Gaming Amz

Kerusi Gaming Amz

Kerusi gaming dari Amz ini, menampilkan kaki kerusi jenis besi.

Bagi anda yang bimbang kaki kerusi cepat patah, anda boleh memilih kaki kerusi jenis besi yang tahan lama.

Kerusi ini dilengkapi dengan bantal lumbar yang siap boleh urut. Anda sambungkan sahaja USB ke power bank.

Ia akan memulakan urutan dan menghilangkan lenguh di pinggang anda.

Bantal lumbar dan bantal kepala boleh dilaras mengikut kehendak anda.

Anda boleh menyandarkan kerusi sehingga 135 darjah. Penyandar lengan juga siap padded untuk menambah keselesaan anda.

Tempat duduk kerusi diperbuat dari kulit. Ianya tidak terlalu keras dan tidak juga lembut.

Kerusi gaming ini dikatakan boleh menampung berat sehingga 180kg.

Kelebihan:

  • Harga murah.
  • Bantal lumbar siap urutan.
  • Kaki kerusi jenis besi yang kukuh dan tahan lama.
  • Bahagian belakang yang tinggi.

Kekurangan:

  • Tempat duduk akan terasa panas jika duduk lama.
  • Penyandar lengan tidak boleh laras.

Harga: RM229


4. Kerusi Gaming LR-920

Kerusi Gaming LR-920

Kerusi gaming ini diperbuat daripada PU leather. Rodanya pula kukuh dan diperbuat daripada material getah.

Jadi, tidak bimbang lantai vinyl anda calar akibat roda kerusi.

Kusyen tempat duduknya lembut dan kuat. Ini membuatkan anda dapat duduk dengan selesa dan kerusi boleh tahan lama.

Penyandar lengan bukan saja boleh laras tapi juga lembut. Rasa selesa bila letakkan lengan.

Tambah selesa dengan adanya foot rest untuk merehatkan kaki anda.

Untuk sandarkan kerusi anda boleh sandarkan sehingga 135 darjah.

Turut disediakan bantal lumbar dan bantal kepala. Jika anda tidak mahu gunakan bantal kepala, anda boleh buka dan letak di tempat lain.

Kelebihan:

  • Siap foot rest.
  • Penyanyi lengan boleh laras.
  • Kusyen yang lembut dan kukuh.
  • Ada bantal lumbar dan bantal kepala.

Kekurangan:

  • Kaki kerusi tak berapa kukuh.

Harga: RM269


5. GTGamez Gaming Chair

GTGamez Gaming Chair

GTGamez menyediakan bantal lumbar dan bantal kepala boleh alih.

Kerusi yang diperbuat daripada PVC leather ini tidak terlalu panas walaupun anda duduk lama.

Jenis kulit yang tahan lasak dan senang nak bersihkan jika tertumpah air atau makanan.

Kerusi gaming ini boleh disandarkan sehingga 150 darjah. Penyandar lengan jenis padded buatkan lengan anda lebih selesa.

Kerusi boleh dilaraskan ketinggian mengikut kesesuaian anda. Bila terasa kaki terasa lenguh, naikkan saja penyandar kaki ke atas.

Sebarang kerosakan kerusi anda boleh dapatkan 1 tahun jaminan dari kedai.

Kelebihan:

  • Terdapat foot rest.
  • Harga murah.
  • Bahagian belakang tinggi hingga kepala.
  • Ketinggian boleh laras.
  • 1 tahun waranti.

Kekurangan:

  • Penyandar lengan tidak boleh laras.

Harga: RM269


6. Kerusi Gaming WFurniture

Kerusi Gaming WFurniture

Ini pula kerusi gaming murah. Walaupun murah kerusi gaming OEM ini turut mempunyai ciri yang ada pada kerusi gaming yang mahal.

Tempat duduk dibuat dari material jenis PU leather yang tahan lasak serta mampu bertahan lama.

Kusyen belakang pula lembut dan tak panas untuk memberikan anda keselesaan bersandar lama.

Kaki kerusi pula dari stainless steel. Jadi, ianya kukuh dan tak mudah patah. Kerusi ini boleh disandarkan sehingga 155 darjah.

Ketinggian kerusi juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda.

Untuk memberikan anda kerusi gaming yang kukuh, kerangka kerusi dibuat dari besi.

Ia juga dilengkapi dengan bantal lumbar yang boleh urut. Bantal kepala pula boleh dialih mengikut kesesuaian anda.

Kerusi ini antara pilihan yang bagus untuk bajet yang terhad. Cuma anda perlu menunggu agak lama dan tiada jaminan jika ada kerosakan.

Kelebihan:

  • Harga murah.
  • Kaki kerusi yang kukuh.
  • Kusyen tak panas dan lembut.
  • Bantal lumbar siap urutan.

Kekurangan:

  • Item pre-order (perlu menunggu hingga 14 hari).
  • Penyandar lengan tidak boleh laras.

Harga: RM199.90


7. Kerusi Gaming Koskido Alien Z

Kerusi Gaming Koskido Alien Z

Untuk anda yang menyukai material kerusi jenis fabrik berbanding leather, kerusi Koskido Alien Z antara pilihan terbaik.

Rekaan kerusi dari fabrik yang tak panas supaya anda kekal selesa walaupun duduk lama.

Kerusi boleh disandar sehingga 170 darjah yang buatkan posisi anda seperti berbaring.

Sangat sesuai untuk tidur seketika setelah penat menghadap komputer.

Menampilkan rekaan penyandar lengan kerusi yang boleh laras sehingga 4 dimensi serta siap dengan padded.

Anda boleh mengubah kedudukan penyandar lengan ke depan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan mengikut keselesaan anda.

Jaminan 1 tahun disediakan untuk kerusi gaming ini. Selain warna coklat, terdapat juga pilihan warna lain seperti oren, merah dan kelabu.

Kelebihan:

  • 1 tahun waranti.
  • Dibuat dari fabrik yang tak panas.
  • Penyandar lengan padded dan boleh laras.
  • Kerusi boleh sandar sehingga 170 darjah.

Kekurangan:

  • Harga agak mahal.

Harga: RM528.88


8. Kerusi Gaming Fighter (Hitam + Foot Rest)

Kerusi Gaming Fighter

Kerusi gaming Fighter boleh disandar sehingga 155 darjah. Terasa letih, sandarkan saja kerusi, keluarkan penyandar kaki dan lelapkan mata seketika.

Penyandar lengan juga boleh dilaraskan untuk keselesaan lengan anda.

Bantal lumbar siap urutan turut disediakan. Anda boleh caj bantal ini sebelum digunakan.

Kerusi gaming ini dikatakan boleh menampung berat sehingga 180kg.

Material tempat duduk dibuat dari faux leather dan isian kusyen dari latex yang lembut. Tak terasa sakit punggung jika duduk lama.

Untuk kerusi ini, tempoh jaminan 1 tahun disediakan oleh pihak kedai.

Kelebihan:

  • Siap foot rest.
  • Penyandar lengan boleh laras.
  • Bantal lumbar siap urutan (rechargeable).
  • Senang nak pasang.

Kekurangan:

Harga: RM379


9. Kerusi Gaming TTRacing Duo V3 (Fabrik)

Kerusi Gaming TTRacing Duo V3

Model fabrik TTRacing Duo V3 ini menampilkan rekaan badan serta tempat duduk kerusi yang agak lebar.

Khusus untuk anda yang tak minat kerusi jenis leather, kerusi fabrik buatkan anda tidak terasa panas dan tak sakit punggung walaupun duduk lama.

Jika ingin berehat seketika setelah penat bermain game ataupun bekerja, anda boleh sandarkan kerusi sehingga 155 darjah.

Penyandar lengan juga padded. Jadi anda boleh meletak lengan dengan selesa.

Berbeza dengan jenama lain, kerusi gaming TTRacing Duo V3 ini memberikan anda jaminan selama 2 tahun.

Untuk anda yang suka rekaan simple, material fabrik serta harga yang agak berpatutan, ini adalah kerusi gaming terbaik.

Kelebihan:

  • Material fabrik yang tak panas.
  • Tempoh waranti yang panjang

Kekurangan:

  • Tiada bantal lumbar dan bantal belakang.

Harga: RM369


10. Kerusi Gaming DXRacer

Gambar 1 Kerusi Gaming DXRacer

Gambar 2 Kerusi Gaming DXRacer

Nama DXRacer sendiri sudah terkenal sebagai jenama kerusi gaming berkualiti.

Terdapat banyak ciri menarik yang menjadikan kerusi gaming DXRacer ini patut untuk dipilih.

Salah satu ciri menarik yang wujud iaitu kehadiran bantal untuk leher dan pinggul.

Dengan bantal ini, kedudukan duduk semasa bermain akan sangat selesa untuk jangka masa yang panjang.

Selain dapat menyesuaikan ketinggian backrest, anda juga boleh menetapkan kedudukan armrest.

Kerusi ini juga dilengkapi dengan teknologi hydraulic yang menjadikan kerusi ini kuat dan stabil apabila digunakan.


11. Kerusi Gaming Marvo CH-106

Gambar 1 Kerusi Gaming Marvo CH-106

Gambar 2 Kerusi Gaming Marvo CH-106

Jenama kerusi gaming terbaik seterusnya di Malaysia iaitu Marvo yang merupakan syarikat periferal game global.

Marvo iaitu syarikat yang berkhidmat di lebih daripada 80 negara di dunia, termasuk Malaysia.

Selain tu, sering menghadiri pameran antara bangsa seperti CES, CBEIL, dan IFA setiap tahun.

Backrest pada kerusi ini boleh adjust sehingga 180 derjah dengan tinggi armrest 34 cm dan boleh menopang berat badan hingga 150 kg.

Materia yang digunakan dalam kerusi gaming ini adalah gabungan PU dan PVC.

Mempunyai reka bentuk yang sangat ergonomik, dengan 2 bantal yang terdapat di kepala dan belakang pasti akan menambah keselasaan anda.


12. Kerusi Gaming Razer Iskur X

Gambar 1 Kerusi Gaming Razer Iskur X

Gambar 2 Kerusi Gaming Razer Iskur X

Razer adalah pengeluar hardware gaming global dengan ibu pejabat di Singapura dan Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2005.

Selain melepaskan pelbagai hardware permainan, Razer juga menghasilkan kerusi gaming.

Produk kerusi gaming yang ditawarkan oleh Razer ini sudah tentu sangat berkualiti.

Jadi, Razer sesuai untuk disyorkan sebagai jenama kerusi gaming terbaik di Malaysia.

Razer mengeluarkan varian terkininya, Razer Iskur X. Kerusi gaming premium pada harga yang lebih berpatutan.

Dengan bentuk yang tidak jauh berbeza dari versi asal, Razer Iskur X reka bentuk ergonomik dan dibuat khusus untuk hardcore gaming tanpa jeda.

Dengan keupayaan untuk menyokong beban sehingga 136 kg, kerusi ini sesuai untuk gamers yang mempunyai ketinggian antara 170 hingga 190 cm.


13. Kerusi Gaming Imperion Phoenix 701

Gambar 1 Kerusi Gaming Imperion Phoenix 701

Gambar 2 Kerusi Gaming Imperion Phoenix 701

Imperion adalah jenaman kerusi gaming yang tidak begitu popular seperti TTRacing dan Tomaz.

Tetapi, Imperion sentiasa menawarkan produk dengan kualiti yang baik.

Salah satu produk Imperion yang terbaik adalah Imperion Phoenix 701.

Kerusi gaming ini mempunyai struktur bingkai yang diperbuat daripada keluli. Backrest boleh ditetapkan kepada 180 darjah.

Armrest yang boleh anda setting 2 direction dan base yang diperbuat daripada metal.

Lebih menarik lagi, Imperion Phoenix 701 dilengkapi dengan 80 mm gas lift kelas 4 yang telah disahkan SGS.


14. Kerusi Armaggerddon Nebuka III

Gambar 1 Kerusi Armaggerddon Nebuka III

Gambar 2 Kerusi Armaggerddon Nebuka III

Jenama aksesori komputer Armaggeddon juga mempunyai produk kerusi permainan/gaming.

Salah satu model popular di Malaysia adalah Armaggeddon Nebuka III.

Kerusi gaming ini diperbuat daripada bahan kulit PU Leather premium yang tahan lama dan selesa digunakan.

Ciri-ciri yang ditawarkannya juga tidak kalah dengan produk pesaing. Sebahagian daripadanya iaitu bantal belakang dan tempat kepala, boleh diselaraskan sehingga 160 darjah.

Armrest di kerusi gaming ini juga boleh ditetapkan 4 arah dan mempunyai piston hidraulik kelas 4.


15. Kerusi Gaming Todak Premium Alpha

Gambar 1 Kerusi Gaming Todak Premium Alpha

Gambar 2 Kerusi Gaming Todak Premium Alpha

Keselesaan adalah salah satu faktor yang paling penting saat mencari kerusi gaming.

Kerusi gaming yang ditawarkan oleh Todak pasti dapat menjamin keselesaan pengguna dengan harga yang berpatutan.

Tidak sentiasa menawarkan produk kerusi gaming dengan kualiti terbaik dan keselesaan yang sangat baik.

Bagi kami, sangat susah nak mencari jenama yang memberikan value seperti jenama Todak.

Todak Premium Alpha iaitu salah satu produk Todak yang terbaik dari segi value for money.

Kerusi gaming ini boleh menahan berat sehingga 150 kg denga base yang diperbuat daripada bahan alumunium.

Backrest juga boleh diselaraskan sehingga 170 darjah dan armrest yang boleh diselaraskan dalam 4 direction.

Kulit kerusi yang diperbuat daripada PU Leather, bukan PVC Leather. Yang menjadikan produk ini lebih murah dari produk yang serupa di sekitarnya.


Sememangnya banyak pilihan kerusi gaming terbaik di pasaran.

Namun begitu, untuk membuat pilihan, selain dari harga, pilih juga kerusi yang memberikan tempoh jaminan yang panjang.

Ini kerana, jika baharu pakai beberapa bulan hidraulik kerusi dah rosak ataupun kerusi patah, anda juga yang rugi kalau tiada waranti.

Tak pasal-pasal kena keluar duit lagi untuk baiki atau beli kerusi baharu.

Namun begitu, jika bajet menjadi kekangan utama buat masa ini, pilih sahaja kerusi gaming yang murah.

Cuma, jangan terlalu berharap untuk tahan lama. Semoga bermanfaat. 😀

Leave a Comment