Bagi yang biasa ke dapur mesti tahu pengudaraan sangat penting bila memasak.
Bila goreng goreng atau masak sambal, bau, wap dan asapnya mesti memenuhi ruang dapur hingga ke ruang yang lain kalau dapur kita tak ada sistem pengudaraan yang baik.
Lagi-lagi kalo dapur anda kecil, kadang kadang dengan membuka tingkap sahaja tak cukup.
Mahu tahu Jenama Cooker Hood Terbaik di Malaysia? Jom kita semak Senarai Harga Cooker Hood Murah di Malaysia.
Contents
Jenis Cooker Hood
Jika anda melakukan carian di Google, anda akan dapati begitu banyak jenis penyedut asap yang dijual di luar sana.
Penting bagi anda untuk kenali dahulu jenis-jenis hood dapur ini sebelum melakukan pembelian.
1. Cooker Hood Chimney/Wall-Mounted
Penyedut asap jenis chimney iaitu penyedut yang biasa dan banyak didapati di pasaran.
Jenis cooker hood dapur ini, juga yang paling banyak digunakan oleh pengguna di Malaysia.
Ianya juga dikenali sebagai penyedut asap yang berlubang, atau berventilasi.
Unit ini dipasang pada dinding kosong, tetapi anda boleh menambah kabinet di setiap sisinya.
Ketika digunakan, kipas penghisap menyedut asap memasak melalui penapis dan dibebaskan ke bahagian atas cerobong yang mengarah ke paip ekzos.
Paip ekzos disambungkan ke bahagian luar dimana asap dapur yang telah ditapis ini dihembus keluar.
Jika anda tidak mahu menebuk lubang di dinding dapur anda untuk paip ekzos.
Anda juga boleh menggunakan penyedut asap yang menyaring udara dan mengitarinya kembali ke dapur.
Ini dipanggil tudung tanpa saluran, atau peredaran semula.
Hood dapur yang dipasang di dinding juga terdapat dalam versi codong (slanted hood), yang kini semakin popular.
Mungkin disebabkan penampilannya yang unik dan tidak menyekat “kepala” anda ketika memasak.
2. Cooker Hood Langsing
Jenis kitchen hood seterusnya iaitu penyedut asap langsing atau slim hood.
Penyedut asap ini tidak mempunyai bahagian cerobong yang tinggi, sehingga boleh dipasang di bawah kabinet dapur anda.
Penyedut langsing mempunyai ciri-ciri pemasangan yang sama dengan penyedut jenis chimney.
Dengan menggunakan penyedut asap jenis slim ini, bahagian atas alat ini boleh dipasang pada paip ekzos yang tersembunyi di dalam kabinet, dan mengarah ke luar.
Terdapat juga versi penyedut asap langsing yang disebut teleskop.
Tudung jenis ini tersembunyi hampir sepenuhnya di dalam kabinet seperti dalam gambar di atas.
3. Cooker Hood “Pulau”
Penyedut asap jenis “pulau” iaitu penyedut asap khas yang sesuai untuk dapur yang terletak di tengah-tengah ruangan dapur.
Penyedut jenis ini, biasanya disambung ke bahagian bumbung dapur rumah.
Disebabkan ruang sekeliling yang terbuka, penyedut asap jenis pulau ini memerlukan daya “sedutan” yang agak kuat untuk memastikan asap daripada aktiviti memasak dapat disedut dengan maksimum.
Penyedut asap pulau juga boleh dibina secara dihembus keluar dari ruang dapur atau dikitar semula, ditapis, dan dilepaskan semula di ruang dapur.
Untuk memastikan ruang dapur anda tampak kemas, proses pemasangan penyedut asap memerlukan “kepakaran”.
Kenapa? Supaya, saluran ekzos tidak mencacatkan penglihatan ruang dapur rumah anda.
Tips Memilih dan Memasang Cooker Hood
Terdapat beberapa tips penting dalam memilih penyedut asap yang sesuai dengan dapur gas anda di rumah, iaitu:
1. Luas Dapur Gas
Jika panjang dapur gas anda iaitu 90 cm, gunakan hood memasak dengan panjang permukaan 90cm juga atau lebih.
Ini memastikan asap memasak dapat disedut dengan maksimum dan tidak terlepas ke ruang dapur dan mungkin ke seluruh dalaman rumah anda.
2. Ketinggian Hood Memasak dari Dapur Gas
Jika anda menggunakan penyedut udara jenis slanted hood, jarak antara bahagian paling bawah permukaan slanted hood ke dapur gas iaitu 29cm.
Jika anda memilih penyedut asap jenis yang lain seperti pulau, lansing, dan chimney.
Ukuran ketinggian terbaik daripada permukaan penyedut ke gas hob adalah kira-kira 65cm minimum.
Anda boleh rujuk gambar berikut:
3. Kitar Semula atau Ventilasi
Kaedah paling berkesan untuk mengeluarkan udara berasap dari dapur anda adalah dengan menghembuskannya ke luar.
Ianya memerlukan penyedut asap berventilasi yang mempunyai paip ekzos menuju ke luar.
Untuk memasangnya, kontraktor anda perlu menebuk lubang di dinding dapur anda.
Ukuran lubang biasanya sekitar 17cm diameter, kadangkala berbeza bergantung pada jenama.
Tetapi jika anda tinggal di kondominium atau apartmen, biasanya anda tidak dibenarkan menebuk lubang di dinding anda.
Oleh itu, anda perlu menggunakan penyedut udara dapur jenis “kitar semula”.
Sebilangan besar hood dapur yang dijual di pasaran adalaj jenis kitar semula.
Tetapi, biasanya mempunyai alat tambahan untuk menyambungkan paip ekzos untuk menukarnya kepada jenis berventilasi.
4. Jenis Penapis Hood Dapur
Terdapat tida jenis penapis hood dapur yang biasa digunakan, iaitu:
- Penapis Jaring
Penapis jenis jaring ini dibuat dari beberapa lapisan mesh aluminium halus.
Semasa udara berasap ditarik melalui penapis, minyak melekat pada penapis, dan udara yang lebih bersih keluar dari sisi lain.
Penapis jenis ini perlu dicuci dengan kerap jika tidak, liang pori akan tersumbat.
Jika tersumbat, cooker hood anda perlu bekerja lebih keras dan pastinya akan menghasilkan bunyi yang bising.
- Penapis Sesekat
Penapis penyedut asap dapur ini dibuat dari pelbagai plat keluli tahan karat atau aluminium.
Gris atau wap berminyak akan terkondensasi pada bilah atau sirip penapis sesekat, dan menitis ke cawan pengumpul atau selokan. Cawan kemudian boleh dikosongkan.
Penapis sesekat juga perlu dicuci secara berkala untuk mengelakkan penumpukan minyak.
Tetapi, kerana penapis tersebut ini tidak mempunyai liang kecil.
Maka ianya tidak cenderung untuk tersumbat, jadi tidak akan mengurangkan aliran udara.
- Penapis Arang
Penapis arang biasanya terdapat dalam pembersih air dan gas masks, tetapi digunakan pada penyedut asap dapur untuk menyerap bau.
Alat ini tidak boleh dicuci, tetapi perlu diganti setelah beberapa bulan penggunaan
Kebanyakan cooker hood menggunakan penapis jaring atau sesekat.
Tetapi, jika anda bercadang untuk kitar semula udara yang disedut, anda memerlukan penapis arang tambahan untuk membersihkan udara yang disedut terlebih dahulu sebelum melepaskannya kembali ke ruang dapur.
Cadangan:
- Semua penapis mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
- Penapis sesekat (baffle) mungkin lebih senang dibersihkan, tetapi perlu dibersihkan dengan lebih kerap.
- Cari hood dapur yang yang mudah dijaga dan pengendalian serta “pembongkaran” yang mudah.
5. Bunyi
Apabila hood dapur beroperasi dengan kuasa penuh, bunyi kipas boleh menjadi sangat kuat.
Ada sesetengah penyedut asap dapur moden dan terkini menggunakan aerodinamik canggih untuk mengurangkan tahap kebisingan.
Penyedut dapur pada fungsi kuasa penuh akan mempunyai tahap kebisingan sekitar 52dB.
Sebagai perbandingan, ia sama dengan bunyi pengering rambut, sementara pembersih vakum sekitar 70dB.
Jika anda tidak gemarkan bunyi kuat, carilah model atau produk yang menawarkan bunyi kurang daripada 52dB.
Perlu diingat, tahap kebisingan berpotensi meningkat jika penapis tidak dibersihkan secara berkala.
Kerana kipas harus bekerja lebih keras untuk menjaga aliran udara.
JOM BACA : Dapur Gas Terbaik dan Murah di Malaysia
Cooker Hood Terbaik dan Terlaris di Malaysia
Terdapat beberapa jenama cooker hood terbaik dan terlaris di Malaysia, iaitu:
1. Firenzzi Island Hood FCH-9017
Firenzzi FCH-9017 juga antara senarai cooker hood jenis “Pulau” terbaik di Malaysia.
Rekabentuk dan penampilannya yang unik serta futuristik sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Ciri-Ciri:
- Kemasan: Keluli tahan karat.
- Penapis aluminium.
- Sistem kawalan 3 kelajuan.
- Kawalan sentuh tekan.
- Penapis baffle dengan tray minyak.
- penutup dinding saluran jenis Stainless steel.
- Penapis arang.
Spesifikasi:
- 5 Tahun warranti daripada Firenzzi.
- Kuasa: 220-240V / 50Hz.
- Daya sedutan: 1490m³ / jam.
- 4 Lampu LED berkuasa 1.5W setiap satu.
- Penyedut asap jenis ventilasi dan kitaran semula.
Harga: RM2,480-RM4,475
2. Lebensstil Kollektion LKCH-9802BGS
Jika penampilan island cooker hood pertama tidak sesuai untuk anda bagaimana dengan penyedut jenama Lebensstil Kollektion ini pula.
Dengan kawalan sensor touch moden dan pastinya memudahkan anda.
Permukaan stainless steel dengan panel kaca berwarna hitam.
Spesifikasi:
- Jenis island hood.
- Logam stainless steel 403.
- Daya sedutan: 1.300m³ / j.
- Panel Kawalan: Sensor Touch.
- Tahap Kelajuan: 3.
- Jenis Penapisan: 2 lapisan penapis aluminium mesh.
- Penapis arang.
- Fungsi kitar semula dan ventilasi.
- Kuasa input 320 watt.
- Aksesori tambahan aluminium ekzos duct.
- Saiz: 900mm (W) x 648-1288mm (H) x 600mm (D).
Warranti:
- Waranti umum 1 tahun.
- Waranti motor 5 tahun.
Harga: RM2,300
3. Firenzzi FCH-9015
Senarai kami seterusnya adalah penyedut asap dapur jenis “Pulau”.
Cooker hood dapur yang dikhaskan untuk dapur gas atau elektrik di bahagian tengah ruangan dapur anda.
Firenzzi FCH-9015 adalah salah satu barangan jenama berkualiti dari Italy. Dengan kuasa sedutan yang agak kuat.
Spesifikasi:
- Permukaan penyedut dengan panjang 89.50cm.
- Kuasa Sedutan: 1390m3/jam.
- Kelajuan: 3 kelajuan.
- Penapis: Alumnium Mesh, penapis arang.
- Kemasan: Keluli tahan karat.
- 4 Lampu berkuasa 1.5w.
- Jenis Kawalan Sentuhan tidak terlihat.
- Cawan Minyak: Ya.
- Pemasa: Kelewatan Pemasa.
- Ducting & penutup dinding stainless steel.
Warranti:
- Warranti: Motor hood 5 tahun (1 kali tuntutan).
Harga: RM2,250
4. Elba J7695
Elba J7695 adalah pilihan cooker hood yang agak laris di pasaran online Malaysia 2023.
Spesifikasi:
- Slim Kitchen hood.
- Daya sedutan 900m3/jam.
- Motor Berkembar dengan Julat Kelajuan: 1,100 rpm.
- Kuasa Motor: 150W.
- Jenis Pengudaraan: Ventilasi ekzos sahaja.
- Dengan 2 kelajuan kipas.
- Penapis baffle dengan cawan minyak bulat dan memanjang.
- Kawalan tekan butang.
- Lampu LED 2 x 1.5W.
- Dimensi Produk (mm): 750 (W) x 510 (D) x 120 (H).
- Dimensi bungkusan (mm): 825 (W) x 580 (D) x 215 (H).
- Berat: 12.5kg (NW: 11.5kg).
Warranti:
- Warranti Elba 1 tahun.
Harga: RM369-RM459
5. Homelux HCH-760
Antara pilihan yang menawarkan harga berpatutan untuk anda yang utamakan bajet rendah.
Spesifikasi:
- Dimensi: 76cm x 51cm x 15cm.
- Fungsi peredaran semula atau saluran paip ekzos ventilasi.
- Rekaan menarik.
- Paip Outlet Dimensi: saiz 6 “.
- Motor Berkembar.
- Pencahayaan: 25W.
- Kuasa Motor: 65W + 65W.
- Daya sedutan: 900 m³ / j.
- Kelajuan Motor: 1300rpm.
- Kaedah Pencucuhan: Pencucuhan Piezo Automatik.
- Kadar voltan dan frekuensi: 220-240V- 50 / 60Hz.
- Berat: 12.5Kg.
- Warna: Mocha.
- Penapis Arang.
- Tray Pengumpulan Minyak (penapis jenis baffle).
Warranti:
- 1 tahun warranti daripada penjual.
Harga: RM329
6. Midea MCH-76MSS
Pilihan penapis jenis slim hood seterusnya iaitu Midea MCH-76MSS dengan panjang 76cm.
Direka untuk sistem ventilasi dan peredaran semula udara.
Anda boleh memilih untuk salurkan asap keluar rumah atau ditapis melalui penapis arang dan dilepaskan semula ke ruang dapur.
Penapis paling sesuai untuk anda yang tidak ingin menebuk lubang dinding, perumahan kondominium dan apartment.
Spesifikasi:
- Daya sedutan: 900m3 / jam.
- Keluli tahan karat.
- Lampu LED.
- Tekan butang untuk berfungsi.
- Penapis jenis mesh.
- Dua penapis aluminium dan dua penapis arang.
- Motor berkembar, kuasa lebih besar.
- Saluran keluar atau sistem peredaran semula.
- Penapis yang boleh dibasuh x 2.
- Dimensi Produk (mm): 757 (W) x500 (D) x140 (H).
Warranti:
- Jaminan untuk motor selama 5 tahun.
Harga: RM283
7. Milux Slim Hood MHS-S430
Senarai cooker hood dapur terbaik seterusnya ialah jenis Slim Hood.
Rekaan ini juga adalah salah satu produk penapis asap dapur yang agak laris di Malaysia, kerana harganya yang lebih murah.
Spesifikasi:
- Jenis slim hood.
- Saiz (L x W x H): 895 x 480 x 135 mm.
- Kuasa: 200W.
- Daya sedutan: 750 m³ / jam.
- Badan Keluli Tahan Karat.
- Dengan Kaca tempered pada permukaan sedutan.
- Penapis Gris Aluminium 3 Lapisan (mesh filter).
- Dengan 2 Motor berkuasa 80W.
- 3 Tahap Kelajuan.
- Dengan Penapis Arang.
- Dengan Lampu 40W.
- Berfungsi untuk ventilasi dan kitar semula udara.
Warranti:
- Waranti Milux Malaysia 1 tahun.
Harga: RM325
8. Butterfly Cooker Hood BCH-1133
Spesifikasi:
- Kuasa Sedutan: 100 meterpadu per jam.
- Kuasa input: 180W.
- Lampu: 1.5W x 2.
- Tray minyak jenis baffle.
- Penapis arang untuk tapis udara, dihembus kembali kedalam ruang dapur.
- Operasi Pengedaran Semula udara dan ventilasi ekzos.
- Permukaan diperbuat daripada tempered glass dan stainless steel.
- Kadar voltan dan frekuensi: 220-240v / 50Hz.
- kadar Aliran ekzos: 720m3/j.
- Berat bersih: 22.0kg.
- Dimensi: 900mm (W) x 800mm (D) x 430mm (H).
Warranti:
- 1 tahun jaminan.
Harga: RM699-RM965
9. Elba Eterno EH-E9121ST(BK)
Spesifikasi:
- Kuasa Sedutan: 1,400m³ / jam.
- Dengan Pembukaan Engsel Hidraulik.
- Kawalan Sentuh Sensor 2-Kelajuan.
- Kuasa Motor: 250W.
- Lampu LED 2x2W.
- Dengan Penapis Arang.
- Casis Keluli Tahan Karat Premium.
- Kawalan Pemasa Automatik.
- Dengan Cawan takungan minyak (Penapis jenis baffle).
- Motor seal penuh.
- Fungsi.
- Dimensi Produk (mm): 898 (W) x 425 (D) x 578-996 (H).
- Dimensi kadbod (mm): 950 (W) x 640 (D) x 535 (H).
Warranti:
- 5 tahun warranti daripada Elba Malaysia.
Harga: RM829
10. New Midea MCH-90J52
Midea MCH-90MV1 menawarkan rekabentuk slanted hood yang semakin popular sejak kebelakangan ini.
Tetapi, penyedut udara dapur ini hanya boleh dipasang dalam bentuk ducth out sahaja.
Ducth out atau ventilasi bermaksud asap dapur ditapis dan dikeluarkan dari rumah melalui ekzos dimana dinding rumah perlu ditebuk untuk memasang cooker hood ini.
Teknologi canggih pengendalian menggunakan kawalan “gesture control” dengan melambaikan tangan untuk fungsi “on” dan “off”.
Spesifikasi:
Warranti:
- Warranti atau jaminan 5 tahun untuk motor.
Harga: RM779
11. Midea MCH-90MV1
Penyedut asap dapur jenama Midea yang tidak asing lagi di Malaysia.
Cooker hood jenis chimney ini juga adalah antara produk yang agak laris di pasaran online Malaysia.
Spesifikasi:
- Penyedut asap jenis Chimey.
- Panjang 90cm.
- Kuasa Motor: 330W.
- Lampu LED: 2 x 1.5W.
- Daya sedutan: 1200m3 / jam.
- Saluran keluar udara: 150mm.
- Pemilihan 3-Kelajuan.
- Keluli Tahan Karat & Kaca Tempered.
- 2 penapis Arang.
- Sistem operasi ventilasi ekzos dan kitar semula.
- Penapis jenis mesh 5-lapisan yang boleh dicuci.
- Dimensi Produk dalam mm: 900 (W) x 500 (D) x 485 (H).
- Butang kawalan sentuhan.
Warranti:
- Jaminan Am 1 tahun.
- Waranti Motor 5 tahun.
Harga: RM636-RM666
12. Elba Infinito EH-J9088
Elba Infinito EH-J9088 stainless steel dengan rekaan moden jenis kawalan sentuh.
Spesifikasi:
- Jenis Chimney.
- Corong sedutan dengan panjang 90cm.
- 1,400 m3 / jam Kuasa Sedutan.
- Panel kawalan sentuhan moden.
- Penapis Berbentuk Piramid yang Boleh Dibasuh dengan mudah (baffle filter).
- Dengan Penapis Arang.
- Dengan 3 Kelajuan Kipas.
- Operasi Pengedaran Semula udara dan ventilasi ekzos.
- Lampu LED.
- Diameter luaran 150mm.
- Casis Keluli Tahan Karat Premium.
- Dimensi Produk (mm): W 895 x H (549 – 1029) x D 500 mm.
- Dimensi kadbod (mm): W 955 x H 555 x D 495 mm.
Warranti:
- 1 tahun warranti oleh Elba Malaysia.
Harga: RM969
13. FaberJet Zitto 90SS
Pilihan seterusnya untuk cooker hood jenis chimney. Tampil dengan rekaan unik dan moden dengan kawalan sentuh digital.
Sesuai untuk dapur gas atau elektrik biasa dengan panjang 90cm.
Spesifikasi:
- Daya sedutan: 1000mᶟ / jPanjang: 90cm.
- 2 x penapis arang bentuk bulat.
- Penapis minyak jenis baffle.
- Kawalan mesin dengan panel.
- Kawalan kipas 3 kelajuan.
- 2 x lampu LED.
- Dengan sistem Ekzos ventilasi dan Peredaran Semula.
Warranti:
- Jaminan 5 tahun oleh Faber Malaysia.
- Waranti Papan PCB 2 tahun.
- Waranti Umum 1 tahun.
Harga: RM538
14. Rubine RCH-BOXLINE X-90SS
Penyedut asap jenama Rubine iaitu salah satu cooker hood dengan rekaan moden dengan panel kawalan sentuh.
Jenama Rubine ini adalah salah satu penyedut jenis chimney.
Dengan panjang corong lebih kurang 90cm, agak sesuai untuk dapur gas 2 tungku.
Spesifikasi:
- Jenis Chimney/Wall mounted.
- RUBINE [RCH-BOXLINE X-90SS].
- Panel Kawalan Sentuh Sensor.
- Daya sedutan: 1400 m³ / jam.
- Bahan Permukaan / Perabot: Keluli Tahan Karat & Kaca Tempered.
- Panel Kawalan: Sentuhan Sensor Tidak Terlihat.
- Tahap Kelajuan Sedutan: 2.
- Pemasa Kelewatan: Ya.
- Lampu: 2 x Lampu LED.
- Penapis: Penapis Baffle Pyramid tahan karat.
- Penapis Arang: Ya.
- Perangkap Minyak: Ya.
- Dengan sistem Ekzos ventilasi dan Peredaran Semula.
- Dimensi Produk (WxDxH mm): 897 x 511 x 558/808
Ciri-ciri Unik: Panel Depan Reka Bentuk Kaca Bevel, Panel Kawalan Sentuh Sensor Tidak Terlihat, Penyelenggaraan Mudah, X-boost.
Ciri-Ciri:
- Panel hadapan dengan rekabentuk Kaca Bevel.
- Panel kawalan sentuh sensor tidak terlihat.
- Penyelenggaraan mudah.
- X-boost.
Warranti:
- Waranti Rubine 1.5 tahun, jaminan pendaftaran dalam talian tambahan jaminan 12 Bulan.
- Waranti Motor 5 tahun, waranti daftar dalam talian tambahan jaminan 12 Bulan.
Harga: RM745-RM1,749
Manfaat Memasang Cooker Hood
Memasang cooker hood di dapur bukan sahaja menjadi sebuah tren, melainkan juga kebutuhan.
Jika dapur berada di ruang tertutup, udara panas yang dihasilkan saat memasak berputar di ruangan dan itu sangatlah mengganggu.
Jadi, memasang pengisap dapur atau cooker hood dapat menjadi solusi supaya anda bisa memasak dengan nyaman.
Pada prinsipnya, cooker hood berfungsi untuk mengisap asap kotor, aroma menyengat, dan udara panas yang dihasilkan saat memasak.
Kemudian, cooker hood akan memprosesnya dan menyalurkannya kembali menjadi udara yang bersih dan sehat.
Dapur dengan udara yang sehat tentunya akan membuat kreativitas dan produktivitas memasak anda menjadi meningkat.
Manfaat lain dari cooker hood adalah bisa membuat tampilan dapur anda menjadi lebih cantik.
Ditambah lagi, jika cooker hood mempunyai fitur lampu, memasak pada malam hari pun tidak menjadi halangan.
JOM BACA : Jenama Microwave Oven Terbaik di Malaysia
Itulah beberapa jenama Cooker Hood terbaik dan murah di pasaran Malaysia yang dapat anda ketahui.
Semoga maklumat di atas dapat membantu dan bermanfaat untuk anda. 😀