Memandangkan cuaca yang selalu panas di Malaysia, mempunyai aircond atau penghawa dingin sudah menjadi satu kepentingan.
Bagi anda yang sedang mencari aircond, tentunya tertanya-tanya apa jenama aircond terbaik dan jimat elektrik.
Dengan mempunyai aircond, anda bukan saja merasa sejuk di rumah, tapi juga dapat tidur dengan selesa dan lena.
Bagi anda yang ada bayi, kulit mereka sangat sensitif dengan cuaca yang panas.
Sudah tentu dengan adanya aircond sangat membantu mengelakkan kulit bayi dari ruam panas.
Untuk itu, dalam artikel ini kami akan terangkan jenama aircond terbaik di Malaysia untuk anda miliki.
Contents
Beza Aircond Inverter Vs Non-Inverter
Anda perlu tahu apa beza aircond inverter dan non-inverter. Supaya, anda dapat buat pembelian yang bijak untuk masa hadapan.
Aircond inverter iaitu aircond yang menggunakan teknologi inverter yang mampu menjimatkan penggunaan elektrik. Selain tu, ia juga lebih senyap berbanding aircond non-inverter.
Dari segi harga pula, aircond inverter lebih mahal berbanding aircond non-inverter.
Bagi kos penyelenggaraan, aircond non-inverter lebih murah dari aircond inverter.
Secara ringkasnya, aircond inverter mampu jimat bil elektrik anda untuk jangka masa panjang.
JOM BACA : Jenama Kerusi Gaming Terbaik di Malaysia
Walaupun kos penyelenggaraannya lebih tinggi, namun anda tidak perlu melakukannya setiap bulan.
Jadi, jika anda inginkan aircond yang jimat elektrik, aircond inverter adalah pilihan terbaik.
Aircond Inverter | Aircond Non-Inverter |
Bil elektrik rendah | Bil elektrik tinggi |
Harga lebih mahal | Harga lebih murah |
Bunyi yang senyap | Bunyi agak kuat |
Kos penyelenggaran lebih tinggi | Kos penyelenggaraan yang rendah |
Jenama Aircond Terbaik di Malaysia
Terdapat beberapa jenama Aircond terbaik di Malaysia, iaitu:
1. Aircond Inverter Daikin FTKF Series
Daikin iaitu jenama aircond terbaik dari Jepun yang tidak asing lagi di Malaysia. Ia dilengkapi teknologi aircond inverter yang jimat elektrik.
Kapasiti untuk model ini terdiri dari 1.0 hp sehingga 2.5 hp.
Mempunyai penapis Green Tea yang berfungsi untuk memerangkap habuk dengan berkesan.
Penapis ini, juga boleh menapis bakteria serta bau yang busuk. Jadi, udara sejuk yang keluar dari aircond anda sentiasa nyaman.
Aircond Daikin ini juga direka untuk mudah dibersihkan. Drain pan hanya perlu ditarik keluar untuk dibersihkan dan dimasukkan semula selepas cucian. Tak perlu sebarang pemasangan.
Aircond Daikin ini, siap dilengkapi dengan WiFi. Ia membolehkan anda mengawal aircond dari telefon pintar.
Kelebihan:
- Jimat elektrik.
- WiFi.
- Tempoh waranti kompresor yang panjang (5 tahun).
- Mudah dibersihkan.
Kekurangan:
- Harga agak mahal.
Harga:
- 1.0HP = RM1419
- 1.5HP = RM1719
- 2.0HP = RM2649
- 2.5HP = RM2985
2. Aircond Inverter Panasonic X-Deluxe R32 Aero Series CS-XPU10WKH-1 (1.0HP)
Jenama aircond inverter terbaik seterusnya iaitu dari Panasonic model X-Deluxe Aero series.
Ia menampilkan teknologi nanoe™X dan nanoe-G yang fokus memberikan kualiti udara yang bersih dan nyaman.
Segala bauan busuk, bakteria jahat, serta habuk akan dihapuskan dengan nanoe™X dan nanoe-G.
Jika anda rasakan penggunaan aircond membuatkan kulit anda kering, dengan teknologi nanoe™X, kulit dan rambut anda tidak lagi kekeringan.
nanoe™X juga sangat sesuai untuk mengelakkan masalah alergi atau kulit sensitif yang disebabkan hama, bakteria, ataupun kulat.
Memang sesuai kalau anda ada anak kecil yang sememangnya kulit mereka sangat sensitif.
Selain tu, anda boleh mengawal kesemua aircond inverter Panasonic di rumah anda dari telefon pintar sahaja.
Namun, ia memerlukan tambahan network adaptor untuk membolehkan ianya berfungsi.
Dilengkapi dengan teknologi eco-friendly yang memastikan suhu aircond dapat disesuaikan dengan suhu persekitaran. Ini sekaligus dapat menjimat tenaga dan memberikan keselesaan kepada anda.
Panasonic adalah jenama aircond 5 bintang dalam tahap penjimatan tenaga. Kiranya memang paling jimat elektrik.
Satu lagi fungsi menarik yang ada pada aircond Panasonic ini adalah ia mampu menyejukkan suhu bilik dengan cepat.
Anda hanya perlu tekan Powerful Mode untuk memberikan rasa sejuk yang pantas. Sangat sesuai untuk digunakan bila cuaca panas.
Tempoh jaminan 1 tahun untuk kerosakan umum dan 5 tahun untuk kerosakan kompresor.
Kelebihan:
- Jimat elektrik.
- Kualiti udara yang bersih.
- Boleh mengawal aircond dari telefon pintar.
- 5 star energy rating.
Kekurangan:
- Harga agak mahal.
Harga Aircond Inverter Panasonic (1.0HP): RM1428
3. Midea Aircond Inverter MSXS-10CRDN8 Xtreme (1.0HP)
Aircond inverter terbaik seterusnya adalah dari Midea. Jika anda kekurangan bajet, Midea antara aircond inverter murah.
Memberikan penjimatan tenaga sehingga 60% bila anda menggunakan Ieco Mode.
Mod ini sangat sesuai digunakan sepanjang tidur malam. Anda boleh tidur lena dalam keadaan nyaman tanpa perlu bimbang bil elektrik naik mencanak.
Teknologi flash cooling yang ada pada aircond ini membolehkan anda rasa sejuk dalam masa beberapa saat selepas aircond dihidupkan. Tak perlu nak tunggu lama.
Sistem penapis cold catalyst menapis segala habuk, bulu kucing, dan juga bakteria. Ini membolehkan anda menikmati udara sejuk yang bersih dan sihat.
Fungsi follow me membolehkan suhu aircond disesuaikan dengan keadaan persekitaran. Ini sekaligus menjimatkan penggunaan elektrik.
Berbeza dengan jenama aircond lain, Midea memberikan tempoh jaminan umum selama 2 tahun.
Ini membuatkan anda dapat jimat kos baik pulih sekiranya ada kerosakan dalam tempoh ini.
Jaminan kerosakan kompresor aircond pula adalah selama 5 tahun.
Kelebihan:
- Tempoh waranti umum yang panjang (2 tahun).
- Flash cooling.
- Harga murah.
Kekurangan:
- Hanya 4 star energy rating.
Harga Midea Aircond Inverter (1.0HP): RM1045
4. Haier Aircond Inverter HSU-10VTH21 Series (1.0HP)
Jenama aircond terbaik Haier ini, memberikan tempoh jaminan yang paling panjang.
Jaminan kerosakan umum 5 tahun serta kerosakan kompresor 10 tahun.
Ini membolehkan anda berlapang dada sekiranya terjadi sebarang kerosakan dalam tempoh warranty.
Teknologi smart clean yang ada pada aircond ini membolehkan ia menghapus bakteria jahat supaya anda dapat udara sejuk yang segar dan sihat.
Dengan fungsi eco mode, anda dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga 63% dari aircond non-inverter.
Jika anda inginkan rasa sejuk yang cepat, tekan sahaja Turbo Mode. Dalam masa yang singkat ruang bilik anda akan terasa sejuk.
Kelebihan:
- Tempoh waranti yang panjang.
- Harga murah.
Kekurangan:
- Tiada WiFi.
- Hanya 4 star energy rating.
Harga Aircond Haier (1.0HP): RM1019
5. Aircond Inverter Sharp AHX9VED2 (1.0HP)
Sharp adalah salah satu jenama aircond terbaik dan jimat elektrik di Malaysia.
Menggunakan teknologi J-tech inverter untuk memberikan penjimatan tenaga serta penggunaan tenaga yang efisien.
Selain tu, juga adalah jenama aircond 5 bintang dalam tahap penjimatan tenaga.
Fungsi Eco Mode sesuai digunakan bila anda tidak mahu suhu yang terlalu sejuk. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan elektrik.
Menggunakan dual long panel untuk mengeluarkan udara sejuk yang kuat.
Anda juga tak perlu tunggu lama untuk ruang bilik terasa sejuk dengan menggunakan Super Jet mode.
Sharp juga menyediakan aplikasi supaya mudah untuk mengawal aircond dari telefon pintar.
Sebelum sampai ke rumah, anda boleh aircond dari telefon pintar. Bila sampai, ruang tamu atau bilik dah sejuk.
Selain tu, dengan aplikasi ini anda boleh tahu berapa banyak elektrik yang dah digunakan.
Teknologi Plasmacluster Ion bukan sahaja membuatkan udara bilik bersih tapi juga memastikan keadaan dalam aircond tidak kotor. Ia mampu menghapuskan bakteria dan virus.
Dengan teknologi Coanda, udara sejuk dapat dirasakan sehingga jarak 14 meter.
Dari segi jaminan, Sharp memberikan jaminan 1 tahun (kerosakan umum) dan 5 tahun (kompresor).
Kelebihan:
- Jimat tenaga.
- 5 star energy rating.
- Terasa angin sejuk yang kuat.
- Boleh mengawal aircond dari telefon pintar.
- Udara sejuk terasa sejauh 14 meter.
Kekurangan:
- –
Harga Aircond Sharp (1.0HP): RM1159
6. Aircond Inverter Hisense AI10KAGS (1.0HP)
Jenama aircond inverter terbaik Malaysia seterusnya adalah jenama dari China, Hisense.
Ia mempunyai fungsi auto clean supaya aircond sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Dengan penapis ionizer, aircond ini mampu menapis bakteria dan habuk untuk mengekalkan udara yang bersih.
Selain itu, jika anda inginkan penyejukan yang pantas, hanya tekan butang Super.
Ia akan mengeluarkan udara sejuk yang kuat dan menyejukkan bilik dalam masa beberapa minit.
Anda juga boleh mengawal aircond dari aplikasi telefon pintar. Namun, untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu mendapatkan aksesori tambahan.
Untuk jaminan, Hisense memberikan 7 tahun warranty bagi kompresor.
Kelebihan:
- Jimat tenaga.
- Cepat sejuk.
- Auto clean.
- 4 star energy rating.
Kekurangan:
- Sambungan di aplikasi telefon pintar perlukan aksesori tambahan.
Harga Aircond Hisense (1.0HP): RM1119
Memandangkan penggunaan aircond untuk jangka masa panjang, sebaiknya anda memilih aircond inverter yang terbukti jimat elektrik.
Walaupun harga aircond inverter agak mahal berbanding non-inverter, namun ianya sangat berbaloi.
Selain kos untuk pembelian aircond, anda juga perlu peruntukan untuk kos pemasangan aircond.