Jenama Air Cooler Terbaik di Malaysia

Pelbagai jenama produk air cooler terbaik dan murah di Malaysia untuk sejukkan dalaman rumah anda.

Anda sedang mempertimbangkan untuk membeli air cooler yang terbaik?

Sukar untuk membuat pemilihan disebabkan terlalu banyak air cooler di luar sana?

Untuk itu, kali ini saya akan kongsikan air cooler terbaik di Malaysia untuk pilihan anda.


Apa Itu Air Cooler?

Apa Itu Air Cooler

Penyejuk udara iaitu peranti elektronik yang berfungsi untuk menyejukkan bilik di rumah anda, dengan melembapkan udara melalui proses penyejatan.

Air cooler dapat menyejukkan udara dan menurunkan suhu maksima 3° Celcius.

Alat ini adalah alternatif kepada air conditioner, dimana lebih sejuk daripada penggunaan kipas angin.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri Air Cooler:

  • Menggunakan wap air untuk menyejukkan udara dalam sesuatu ruang.
  • Tidak memberikan udara dingin, hanya lebih sejuk.
  • Meningkatkan kelembapan udara.
  • Jimat elektrik.
  • Menggunakan proses penguapan air.
  • Penyelengaraan mudah dan murah.
  • Menggunakan penapis (filter).
  • Ringan dan boleh dipindah tempat dengan mudah.
  • Perlu pengudaraan, jendela atau pintu rumah dibuka.
  • Boleh digunakan di luar rumah.
  • Murah.

Beza Air Cooler dan Air Purifier

Beza Air Cooler dan Air Purifier

Berbeza dengan Air Purifier, dimana berfungsi untuk menghilangkan bau, menghapuskan virus, bakteria dalam udara, serta mengurangkan pertumbuhan kulat.

Perbezaan lain Air Purifier dan Air Cooler iaitu, air purifier mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Digunakan di bilik-bilik dengan kualiti udara yang buruk (contohnya berbau asap rokok).
  • Menyerap udara kotor, menapisnya dan kemudian mengeluarkan udara bersih.
  • Tidak ada penyejatan berbanding dengan air cooler, Air purifier tidak memerlukan air.
  • Membersihkan udara dalam masa 30 minit hingga 2 jam bergantung kepada keluasan suatu ruang.

JOM BACA : Jenama Aircond Terbaik di Malaysia


Tips Memilih Air Cooler Yang Bagus

Tips Memilih Air Cooler Yang Bagus
gambar dari infosantai.com

Berikut perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih atau sebelum membeli air cooler untuk rumah anda, iaitu:

  • Semestinya murah, jika beli secara online pastikan anda cuba cari harga terendah daripada jenama yang sama. Lain “Seller” harga juga berlainan walaupun produk yang sama.
  • Rating terbaik! Bermaksud, barangan yang dibeli berfungsi dan bagus.
  • Kapasiti tangki air yang besar.
  • Berkapasiti besar, boleh menyejukkan bilik atau ruangan besar dengan cepat.
  • Cooling pad jenis “Honeycomb”.
  • Rekabentuk: penting agar tidak memakan ruang dalam rumah anda.
  • Fungsi kawalan jauh.
  • Mempunyai inverter agar menjimatkan penggunaan tenaga.

JOM BACA : Jenama Kerusi Gaming Terbaik di Malaysia


Jenama Air Cooler Terbaik di Malaysia

Terdapat beberapa jenama Air Cooler terbaik di Malaysia yang mesti anda ketahui, iaitu:

1. Khind Air Cooler EAC400

Khind Air Cooler EAC400

Air cooler Khind ini antara air cooler murah yang boleh didapati di pasaran.

Sesuai dengan harganya, saiznya agak comel dengan kapasiti tangki yang disediakan juga kecil.

Dalam masa beberapa jam anda perlu tambah air lagi untuk supaya air cooler boleh terus berfungsi.

Air cooler Khind ini, sesuai untuk keluasan sehingga 15 Sqm. Kiranya untuk bilik kecil memang sesuai.

Kelajuan kipas boleh dilaraskan sehingga Speed 3. Kalau nak terasa lagi sejuk anda boleh tambah pek ais.

Nak alihkan air cooler pun tak susah, sebab ringan dan ada roda sekali. Cuma bunyi kipas air cooler Khind ini lebih kuat berbanding kipas meja.

Kelebihan:

  • Waranti 1 tahun.
  • Berat 4 kg.
  • 3 kelajuan kipas.
  • Roda yang kukuh.
  • Ringan.

Kekurangan:

  • Kapasiti tangki kecil (4 liter).
  • Tiada auto swing.
  • Tak sesuai untuk ruang besar.
  • Agak bising.

Harga Air Cooler Khind: RM189

2. Air Cooler Elba Eac-H6580Rc (Wh)

Air Cooler Elba Eac-H6580Rc (Wh)

Bagi yang tak suka tambah air selalu, air cooler Elba ini adalah untuk anda.

Bukan sahaja kapasiti tangki yang besar, tapi anda juga akan dapat amaran bila air tangki di paras terendah.

Tidaklah nanti tertanya-tanya kenapa air cooler tak sejuk.

Lagi satu, bila air dah terlalu sikit, air cooler Elba ini akan automatik terpadam supaya tak merbahayakan keselamatan anda.

Nak adjust speed kipas pun mudah sebab disediakan remote control.

Ada 3 mod kipas: normal, sleep, natural.

Rata-rata yang pakai air cooler Elba mengatakan terasa sejuk. Cuma kena tahan telinga dengan bunyi yang agak bising.

Kelebihan:

  • 3 kelajuan kipas.
  • Berat 7.25 kg.
  • Waranti 1 tahun.
  • Ada remote control.
  • Kapasiti tangki besar (14 liter).
  • Auto swing ke kiri dan kanan.
  • 7.5 jam sleep timer.

Kekurangan:

  • Manual swing ke atas ke bawah.
  • Agak bising.

Harga Air Cooler Elba: RM293

3. Sharp Air Cooler PJA36TVB

Sharp Air Cooler PJA36TVB

Air cooler Sharp ini ada 2 warna, hitam dan putih. Ini antara jenama air cooler terbaik di Malaysia. Sebab antara air cooler yang jimat elektrik.

Rekaan juga moden dengan paparan panel LED yang siap disertakan remote control.

Walaupun nampak tinggi, tapi air cooler Sharp ini ringan, siap ada roda lagi. Jadi, mudah nak dialih dalam rumah.

Rasa sejuk lagi terasa dengan penggunaan 4 pek ais.

Air cooler ini akan berhenti automatik off sekiranya air dah terlalu kurang dalam tangki.

Untuk terasa sejuk air cooler Sharp ini hanya sesuai untuk bilik yang kecil. Rasa sejuk tak terasa jika di ruang besar.

Dari segi bunyi, pengguna air cooler ini mengatakan tidaklah kuat sangat. Lebih kurang seperti kipas.

Kelebihan:

  • Waranti 1 tahun.
  • Berat 7.08 kg.
  • Kapasiti tangki 6 liter.
  • 4 kelajuan kipas.
  • Ada sleep timer.
  • Auto swing ke kiri dan ke kanan.
  • Ada remote control
  • Paparan panel LED.
  • Bunyi agak perlahan.

Kekurangan:

  • Manual swing ke atas dan ke bawah.

Harga Air Cooler Sharp: RM290

4. Morgan Air Cooler MAC-CX12

Morgan Air Cooler MAC-CX12

Jika anda cari air cooler dengan tangki yang besar dan harga yang murah, jenama Morgan iaitu air cooler terbaik.

Walaupun kapasiti tangki besar, Morgan air cooler ini tidak menggunakan elektrik yang banyak berbanding jenama lain.

Ia juga mampu menyejukkan ruang yang lebih luas. Ramai pengguna air cooler ini mengatakan angin kipasnya kuat, bunyi agak senyap dan paling murah.

Air cooler Morgan ini boleh dijadikan sebagai air purifier dan humidifier.

Walaupun ada kapasiti besar dan pelbagai fungsi, air cooler ini ringan sahaja dengan berat 5.4kg.

Kelebihan:

  • Waranti 1 tahun.
  • Berat 5.4 kg.
  • Kapasiti tangki besar (12 liter).
  • Ada auto swing ke kiri dan ke kanan.
  • Penapis kalis habuk.
  • Ringan.
  • 3 kelajuan kipas.

Kekurangan:

  • Tiada remote control.

Harga Air Cooler Morgan: RM229

5. Midea Air Cooler MAC-215F

Midea Air Cooler MAC-215F

Dengan harga di bawah RM350, air cooler Midea ini boleh berfungsi juga sebagai air purifier dan humidifier.

Saiz tangki air yang besar membolehkan anda pakai air cooler untuk tempoh yang lama. Bila air dah terlalu kurang, ia akan automatik terpadam sendiri.

Ia turut dilengkapi dengan penapis yang mampu menapis habuk, bau busuk, asap dan memberikan anda udara segar yang sihat.

Siap disertakan dengan remote control memudahkan anda untuk kawal air cooler dari jauh.

Kalau nak bilik berbau wangi sekali, letakkan titisan essential oils atau pewangi pada kipas.

Kelebihan:

  • Kapasiti tangki air besar (15 liter).
  • Waranti 1 tahun.
  • Berat 7.3 kg.
  • Pelbagai fungsi.
  • Dilengkapi ionizer.
  • 3 kelajuan kipas.
  • Bunyi kipas tidak terlalu kuat.
  • Ada remote control.

Kekurangan:

Harga Air Cooler Midea: RM309

6. Cocca Storm Air Cooler

Cocca Storm Air Cooler
gambar dari anazr.com

Cocca Storm, air cooler murah dengan kapasiti besar pada harga di bawah RM300.

Walaupun rekaannya nampak biasa, tetapi angin kipasnya boleh tahan kuat dan rasa sejuk.

Lagi best, bunyi air cooler Cocca Storm ini agak perlahan. Untuk kapasiti 20 liter, ia sesuai digunakan di bilik kecil.

Jika anda nak guna di ruang yang besar, anda perlu mengambil kapasiti yang lebih besar.

Kelebihan:

  • Waranti 6 bulan.
  • Berat bermula dari 7.4 kg.
  • Kapasiti tangki air besar (20 liter).
  • Auto swing ke kiri dan ke kanan.
  • 3 kelajuan kipas.

Kekurangan:

  • Manual swing ke atas dan ke bawah.
  • Tiada remote control.

Harga Air Cooler Cocca Storm: RM299

7. Air Cooler Honeywell TC10PEUI

Air Cooler Honeywell TC10PEUI

Air cooler Honeywell yang ringan dan kecil ini sesuai untuk digunakan di ruang dengan keluasan maksimum 120 ft2.

Berbeza dengan air cooler lain, ia tidak mempunyai ruang untuk letak ais.

Pada kapasiti 10 liter air cooler ini agak mahal berbanding jenama lain pada kapasiti tangki yang sama.

Tapi jika anda memikirkan jangka panjang, air cooler Honeywell ini sangat bagus sebab jimat elektrik.

Ia juga dilengkapi dengan ionizer untuk menapis habuk dan udara yang tak sihat. Penapisnya juga tidak perlu ditukar, hanya dicuci. Jimat juga kat situ.

Mereka yang dah menggunakan air cooler ini menyifatkan ianya jimat dan terasa sejuk bila digunakan di bilik yang kecil.

Kelebihan:

  • Waranti 1 tahun.
  • Berat 5.8 kg.
  • Kapasiti tangki air 10 liter.
  • Ada remote control.
  • 3 keljuan kipas.
  • Penapis boleh dicuci.
  • Ada alarm bila air dah nak habis.
  • Dilengkapi ionizer.
  • Jimat elektrik.

Kekurangan:

  • Angin tak berapa kuat.
  • Bunyi agak kuat.
  • Tiada ruang ais.

Harga Air Cooler Honeywell: RM329

8. HONEYWELL 25L Air Cooler CL-25AE

HONEYWELL 25L Air Cooler CL-25AE

Penyejuk udara ini agak sesuai dan praktikal untuk menyejukkan udara ruangan seluas 28 m² atau 300 kaki persegi.

Penjimatan tenaga sehingga 71%.

Spesifikasi:

  • Amaran penggera air rendah ketika mengisi semula.
  • 4 kelajuan: Rendah atau Sederhana atau Tinggi atau Tidur.
  • Aliran udara: 850m3 / dia (500CFM).
  • Tangki air: 25 Liter.
  • Penggunaan Kuasa: 235 Watt.
  • Dimensi unit: 480 X 370 X 847mm.
  • Berat bersih: 11.5kg.

9. Air Cooler Selamat 20L

Air Cooler Selamat 20L

Air Cooler Selamat 20L iaitu salah satu jenama air cooler terbaik yang mulai popular di Malaysia.

Menjimatkan wang dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah.

Air Cooler 20L menawarkan pilihan yang menjimatkan tenaga untuk menyejukkan rumah atau pejabat anda dalam keadaan panas dan kering.

Penggunaan tenaga yang lebih rendah akan menjimatkan penjimatan tenaga yang lebih tinggi berbanding penggunaan penghawa dingin.

Kapasiti air berkapasiti besar menghalang anda menambahkan air secara berterusan.

Pendingin udara beroda yang sangat sesuai di bilik dan mudah dialihkan.

Tersedia dengan alat kawalan jauh dan pemasa juga disertakan untuk kemudahan anda.

Spesifikasi:

  • Ciri 3 in 1 (Penyejuk Udara, Kipas, Mod Tidur).
  • Tangki Air 20L (Tahan Sehingga 48 Jam).
  • Pad Penyejuk Sarang Lebah.
  • Operasi Alat Kawalan Jauh.
  • Kawalan 4-Kelajuan & Kawalan Pemasa 8 Jam.
  • Louver Berayun Automatik.
  • 2 unit kotak ais percuma untuk Penyejukan Tambahan.
  • Keselamatan Produk Diluluskan oleh SIRIM, ST, dan CB.

10. Air Cooler Morgan 6 Liter

Air Cooler Morgan 6 Liter

Kualiti premium daripada jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Sesuai untuk anda yang mempunyai bajet rendah!

Harga semasa: RM188.00 sahaja. Sangat sesuai untuk ruang berukuran 15 hingga 20 meter persegi.

Spesifikasi:

  • Aliran udara yang kuat sehingga 1130CBM.
  • Penapis sarang lebah tahan lama.
  • 3 in 1 penyejuk udara / pembersih udara / pelembap udara.
  • 3 pilihan kelajuan: rendah / pertengahan / tinggi.
  • Dengan louver swing kiri / kanan automatik.
  • Dengan kapasiti tangki air yang besar: 6L.
  • Dengan 2 pek ais.
  • Voltan: 220-240v.
  • Kuasa: 65w.
  • Frekuensi: 50-60Hz.
  • Berat bersih: 3.51kg.

JOM BACA : Beza Air Cooler dan Portable Aircond


Diantara produk-produk di atas, paling favorite adalah Midea Air Cooler MAC-215F.

Kerana mempunyai sleep mode yang bisa mengatur air cooler sehingga tidak mengganggu jam tidur malam hari.

Itulah beberapa jenama produk Air Cooler terbaik di Malaysia. Semoga bermanfaat 😀

Leave a Comment