Headphones wireless on-ear biasanya lebih ringan dan lebih selesa untuk dipakai jangka masa yang lama berbanding dengan model over-ear.
Walau bagaimanapun, headphone wireless dalam kategori kedua mempunyai bunyi yang lebih baik kebanyakannya kerana oleh sistem driver audio ia yang lebih besar.
Di samping itu, headphone wireless juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang tidak berada dalam headphone berwayar.
Berikut terdapat beberapa jenama headphone wireless terbaik di Malaysia yang boleh anda buat sebagai pilihan.
Contents
Beza Headphone & Headset
Headphone adalah dua speaker mini yang boleh diletakkan pada kedua-dua belah telinga pengguna.
Rekaan aksesori audio ini, lazimnya mempunyai kebolehan untuk mengurangkan bunyi bising di persekitaran pengguna.
Jadi, anda boleh menggunakan headphone untuk mendengar sebarang audio seperti lagu, muzik dan podcast yang akan menjanjikan anda kualiti bunyi yang mengasyikkan.
Manakala, Headset adalah sebuah peranti yang lebih kurang sama dengan headphone.
Cuma headset dilengkapi dengan mikrofon yang boleh diubah posisinya mengikut keperluan pengguna.
Jadi, selalunya mereka yang sering berkomunikasi menerusi panggilan video seperti Skype dan Zoom pada komputer riba atau PC akan menggunakan alat ini.
JOM BACA : Dash Cam Terbaik Murah di Malaysia
Jenama Headphone Wireless Terbaik di Malaysia
Terdapat beberapa jenama headphone wireless terbaik dan murah di Malaysia, iaitu:
1. Sony Wireless Bluetooth Portable Headphones WH-CH510
Kelebihan:
- Bateri tahan hingga 35 jam.
- Pengecasan pantas.
- Pilihan warna menarik.
Kekurangan:
- Tidak boleh dilipat.
Produk murah dari Sony ini, direka khas untuk mereka yang mahukan headphone pada harga yang murah.
Dengan fungsi pengecasan pantas, pengguna boleh mendengar lagu atau podcast selama 90 minit walaupun ia hanya sempat dicas sekurangnya 10 minit.
Dengan built-in microphone juga, anda boleh menjawab sebarang panggilan walaupun ketika telefon anda berada dalam poket.
JOM BACA : Headphones Sony Murah di Malaysia
Kerana, headphone dari jenama Sony ini dilengkapi fungsi hands-free calling.
Aksesori audio ini juga boleh digunakan bersama voice assistant yang ada pada telefon pintar anda, jadi anda boleh mainkan muzik dengan mudah.
Cara kawalan headphone ini juga cukup praktikal kerana pengguna hanya perlu menekan butang pada produk ini untuk mainkan atau hentikan muzik dan mengubah kelantangan audio yang sedang didengari.
Harga Headphone Wireless Terbaik di Malaysia: RM179.00
2. Nokia E1200 Lightweight Bluetooth Over-Ear Headphones
Kelebihan:
- Bunyi dinamik dan kuat.
- Rekaan ergonomik.
- Boleh dilipat.
Kekurangan:
- Pilihan warna kurang menarik.
Produk jenama Nokia ini pula akan menghilangkan rasa bosan anda ketika menunggu rakan.
Kerana, Headphones ini mudah dibawa kemana-mana dengan berat hanya 197 gram.
Uniknya lagi, peranti ini juga menyokong fungsi Google Assistant, jadi selain mendengar lagu atau podcast.
Selain tu, anda juga boleh menggunakan suara untuk dapatkan tunjuk arah jalan dan membuat panggilan. Canggih bukan?
Dengan teknologi Bluetooth 5.0, tak perlu tunggu lama untuk headphone ini disambungkan dengan telefon pintar anda.
Yang paling best, menurut review pengguna produk ini, headphone ini memang selesa pada telinga sebab ia tetap boleh dipakai walaupun ketika tidur.
Harga Headphone Wireless Terbaik di Malaysia: RM183.20
3. Marshall Major IV Bluetooth On Ear Headphones
Kelebihan:
- Rekaan ergonomik.
- Boleh guna untuk jawab panggilan.
- Pengecasan tanpa wayar.
- Bateri tahan hingga 80 jam.
Kekurangan:
- Charging pad tanpa wayar harus dibeli secara berasingan.
Headphone bagus jenama Marshall ini juga boleh digunakan untuk pelbagai peranti termasuklah pada komputer riba.
Ia hanya memerlukan masa selama tiga jam untuk pengecasan penuh, namun ia tetap mempunyai konsep fast charging.
Setiap 15 minit pencegasan, mampu digunakan untuk 15 jam lamanya.
Tambahan lagi, ia turut hadir dengan port 3.5mm, jadi pengguna boleh mendengar lagu yang sama bersama rakan.
Masalah kehabisan bateri tidak menghalang anda untuk berseronok mendengar lagu ketika bekerja kerana ia boleh disambung menggunakan kabel audio 3.5mm tadi.
Untuk anda yang tak boleh berpisah dengan muzik tak kira di mana anda berada, produk dengan Bluetooth ini memang terbaik kerana boleh dilipat menjadi saiz yang kecil.
Harga Headphone Wireless Terbaik di Malaysia: RM699
4. Edifier W800BT High Quality Bluetooth Headphones
Kelebihan:
- Masa pengecasan penuh hanya 2.5 jam.
- Ada kabel AUX 3.5mm.
- Teknologi noise reduction.
Kekurangan:
- Butang kawalan agak sukar untuk diakses.
Ibu-bapa yang pening dan buntu tentang headphone mana yang patut mereka belikan buat anak-anak yang sedang belajar secara dalam talian di rumah.
Kami syorkan untuk dapatkan produk dari Edifier ini kerana harganya yang murah dan tidak terlalu membebankan.
Dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 50 jam, alat audio ini boleh dikawal menggunakan aplikasi Edifier yang boleh dimuat turun di di telefon pintar anda.
Selain tu, kualiti audio yang dihasilkan oleh headphones ini bukan biasa-biasa, setanding dengan harganya kerana dilengkapi input sensitiviti sebanyak 100dB.
Malah, ia juga boleh disambung pada dua peranti yang menyokong Bluetooth pada waktu yang sama.
Rekaannya yang ergonomik dan earmuffs yang diperbuat daripada kulit pula bakal memberikan penggunanya keselesaan yang berpanjangan.
Harga Headphone Wireless Terbaik di Malaysia: RM185-RM440
5. Edifier W600BT-Wireless Minimalist Headphones
Kelebihan:
- Ada built-in microphone.
- Bunyi bass yang kuat.
- Rekaan yang ringkas dan minimalis.
Kekurangan:
- Mikrofon hanya boleh digunakan bersama mod bluetooth.
- Masa pengecasan penuh 3 jam.
Ini adalah peranti audio yang paling sesuai untuk mereka yang sering menggunakan PC kerana turut dilengkapi dengan mikrofon.
Dengan bateri yang mampu bertahan selama 30 jam, model dari Edifier ini juga boleh disambung dengan dua peranti.
Selain tu, juga mempunyai port AUX 3.5mm jadi pengguna masih boleh mendengar lagu atau sebarang jenis audio walaupun setelah kehabisan bateri.
Cara untuk mengawalnya juga senang, hanya perlu menekan butang pada bahagian luar headphone ini untuk mengurangkan atau meningkatkan kelantangan audio serta fungsi voice assistant.
Malah, anda juga boleh menerima panggilan hanya dengan menekan butang pada aksesori audio ini.
Turut mempunyai BluetoothV5.1, jadi kualiti audio yang dihasilkan oleh headphone ini tidak akan mengecewakan anda kerana sambungannya adalah lebih stabil.
Harga Headphone Wireless Terbaik di Malaysia: RM109-RM200
6. Anker A3028 Soundcore Life Headphones
Kelebihan:
- Bunyi resolusi tinggi.
- Boleh diakses melalui app Soundcore.
- Menyokong 2 peranti Bluetooth dalam 1 masa.
Kekurangan:
- Rekaan bersaiz besar.
Sukar fokus dengan kerja ketika menyiapkan tugasan di tempat awam?
Headphone tanpa wayar dari Anker ini akan menjadi teman baik anda tak kira di mana anda berada.
Kerana, ia mempunyai fungsi noise-cancelling yang dikatakan antara jenama headphone wireless terbaik dengan harga yang berpatutan.
Turut dilengkapi dengan teknologi Bluetooth yang membolehkan anda menyambung aksesori audio ini dengan dua peranti pada satu masa.
Headphone jenama ini adalah antara yang terbaik kerana bunyi yang dihasilkan beresolusi tinggi.
Ia juga mesra pengguna kerana mempunyai tiga jenis mod untuk noise cancellation iaitu mod transportasi yang akan membantu anda untuk mengurangkan bunyi enjin kapal terbang.
Mod luar di mana bunyi bising kereta dan angin akan dikurangkan dan indoor mode yang membolehkan anda fokus ketika bekerja walaupun di kafe yang sibuk.
Harga Headphone Wireless Terbaik di Malaysia: RM346.90
7. Beats Solo 3 Wireless On Ear Headphones
Kelebihan:
- Pengecasan pantas.
- Bateri tahan hingga 40 jam.
- Dilengkapi cip Apple W1.
Kekurangan:
- Harga agak mahal.
Jenama Beats ini, direka khas buat anda kerana kualiti audio bunyi yang dihasilkan setanding dengan harganya.
Pengguna Android jangan risau, anda tetap boleh menyambungkan aksesori audio ini pada telefon pintar anda.
Dengan sokongan teknologi Fast Fuel, anda boleh mendengar lagu selama tiga jam walaupun dicas lima minit.
Rekaan pad telinga yang selesa dan boleh laras membolehkan anda untuk menggunakannya tanpa rasa sakit.
Ia juga efisien untuk menjawab panggilan dan mengaktifkan fungsi Siri buat pengguna Apple hanya dengan menggunakan butang kawalan yang tersedia pada headphone yang turut menyokong fungsi Bluetooth ini.
Harga Headphone Wireless Terbaik di Malaysia: RM40-RM120
8. Headphones Sony WH-1000XM4
Sememangnya, jenama Sony terkenal sebagai pengeluar peranti elektronik yang sentiasa memberikan kualiti terbaik.
Dari nama itu, mungkin anda sudah boleh meneka bahawa WH-1000XM4 iaitu pengganti WH-1000XM3.
Walaupun reka bentuk yang dibentangkan adalah sama seperti siri sebelumnya, tetapi ada beberapa penambahbaikan ciri.
Salah satu penambahbaikan datang dari ciri multipoint pairing. Anda boleh menyambungkan headphone Bluetooth terbaik ini dengan 2 sumber sekaligus.
Anda tidak boleh mendapatkan input suara dari kedua-duanya sekaligus.
Tetapi, anda akan dapat berpindah ke peranti lain dengan sangat mudah apabila sudah disambungkan.
Selain tu, headphone Sony WH-1000XM4 juga dilengkapi dengan sensor khas dalam ear cup.
Dengan sensor ini, muzik boleh berhenti secara automatik apabila anda membuka headphone dan menghidupkan apabila anda kembali menggunakannya.
Di samping itu, Sony juga meningkatkan keupayaan panggilan mikrofon atau panggilan suara dalam Sony WH-1000XM4.
Produk tersebut juga menyokong codec LDAC dan DSEE Extreme.
Keupayaan noise cancelling yang sangat baik pada WH-1000XM3, kemudian dipertingkatkan dalam WH-1000XM4 menjadikannya sangat patut untuk dimiliki.
Untuk keupayaan pembatalan bunyi pada Sony WH-1000XM4 ini, menggunakan chipset QN1.
Harga Headphone Wireless Terbaik di Malaysia: RM970-RM1,999
9. Headphones Apple AirPods Max
Apple dikenali sebagai jenama yang sentiasa menawarkan produk elektronik premium dan dengan kualiti yang sangat baik.
Dari segi reka bentuk, AirPods Max kelihatan bergaya.
Fon kepala ini, kelihatan minimalis dengan permukaan yang kelihatan licin dan sangat menyerlahkan built stainless steel.
Bahagian headband AirPods Max diperbuat daripada bahan mesh yang dikait.
Menurut claim Apple, reka bentuk sedemikian boleh mengedarkan berat dan mengurangkan tekanan ke kepala.
Menurut kajian awal pengulas, bahagian ikat kepala memang sangat selesa untuk digunakan.
Keupayaan audio dan nosie cancelling pada Airpods Max telah dipuji, kerana mempunyai kualiti yang baik.
Harga Headphone Wireless Terbaik di Malaysia: RM2,399
10. Logitech G733 DTS X2.0 7.1
Logitech iaitu salah satu jenama elektronik terkemuka di dunia dan salah satu jenama headphone gaming terbaik di dunia.
Dalam dunia gaming, aksesori Logitech juga termasuk ramai peminat.
Bagi anda yang mahu mencari headphone gaming berkualiti tinggi dari Logitech, salah satu cadangannya iaitu Logitech G733.
Logitech G733 iaitu alat dengar tanpa wayar yang dilengkapi dengan surround sound, filter bunyi, dan pencahayaan LED yang boleh anda tetapkan seperti yang anda mahu.
Headphones wireless dengan bera hanya 278 gram, mempunyai haya bateri selama lebih dari 29 jam dan julat maksimum sehingga 20 meter.
Ciri canggih dari produk ini iaitu suspension strap yang boleh diterbalikkan, dual-layer memory foam yang boleh menyesuaikan diri dengan bentuk kepala dan kontur di sekeliling muka pengguna, dan lain-lain.
Harga Headphone Wireless Terbaik di Malaysia: RM568.13
11. Bose QuietComfort 35 Wireless Headphones II
Kami sangat mengesyorkan jenama Bose sebagai pengeluar headphone wireless terbaik.
Kali ini, kita akan membincangkan headphone QuietComfort 35 II yang ditawarkan oleh jenama Bose.
Bose QuietComfort (QC) 35 telah menjadi raja for kepala Bluetooth sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
JOM BACA : Keyboard Gaming Murah di Malaysia
Kemudian, jenama Bose juga mengeluarkan versi QC 35 yang lebih baik, iaitu Bose QC 35 II.
Bose QuietComfort 35 II mewarisi ANC mewah dari QC 35, kualiti audio yang sangat baik, dan menawarkan keselesaan yang baik.
Bose QC 35 II dilengkapi dengan kemaskini ciri, termasuklah sokongan Google Assistant.
Harga Headphone Wireless Terbaik di Malaysia: RM495.00
12. Sennheiser PXC 550 Wireless Active Noise Cancelling
Sebagai peranti audio pakar, Sennheiser pastinya sentiasa mengeluarkan fon kepala dengan kualiti terbaik yang tidak perlu diragui.
Sama seperti Sennheiser PXC 550 yang menyediakan bunyi tajam, bass dalam, dan treble yang jelas.
Apabila anda menggunakan headphone wireless ini dalam orang ramai yang sangat bising, anda tidak akan mendengar apa-apa kecuali bunyi yang keluar dari headphones.
JOM BACA : Mouse Gaming Murah di Malaysia
Kerana, ciri NoiseGard Hybrid yang menghalang bunyi bising di sekeliling anda.
Untuk mengawal headphone ini, terdapat trackpad yang sangat sensitif.
Di samping tu, Sennheiser PXC 550 ini juga ringan, supaya sesuai untuk perjalanan.
Harga Headphone Wireless Terbaik di Malaysia: RM1,690
Itulah beberapa jenama headphones wireless terbaik di Malaysia yang mesti anda ketahui.
Semoga dapat membantu dan bermanfaat untuk anda semua. 😀