Headphone Sony sememang kerap membuat penggemar musik tergila-gila.
Sony selalu mengeluarkan berbagai headphone baharu yang dibekali teknologi canggih hasil riset terkini.
Tetapi, banyaknya pilihan seri dan model membuat sebagian orang merasa kesulitan dalam memilihnya.
Selain model yang sudah cukup populer, seperti WH-1000XM3 dan MDR-XB950, ada banyak pilihan model lain yang dapat dipilih.
Berikut terdapat beberapa jenama headphone Sony bagus dan mesti anda ketahui.
Contents
1. Sony WH-1000XM3 Wireless Headphones
Kelebihan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Fungsi smart listening.
- Pengecasan pantas.
- Rekaan ergonomik yang selesa.
- Boleh disambung dengan PC atau komputer riba.
Kekurangan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Harga mahal.
Dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 30 jam, headphone dengan fungsi pembatalan bunyi hingar ini memang sesuai untuk anda yang sering menaiki pengangkutan awam dengan bunyi enjin yang kuat kereta api dan bas kerana ia juga dilengkapi mikrofon tambahan yang akan menghasilkan audio berkualiti ketika menjawab panggilan.
Malah, rekaannya yang boleh dipusing memudahkan penyimpanan.
Alat audio dengan Bluetooth ini juga mudah untuk digunakan sebab ia mempunyai teknologi touch sensor.
Jadi, kawalan mengubah kelantangan audio semuanya berada di hujung jari anda.
Paling menarik, ia hadir dengan fungsi Unique Atmospheric Pressure Optimizing.
Jadi, anda tetap boleh mendengar audio dengan kualiti yang terbaik walaupun berada dalam penerbangan.
Pengguna juga boleh mengawal headphone ini dengan aplikasi Sony I Headphones Connect yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play.
Harga Headphone Sony Terbaik di Malaysia: RM799.00
2. Sony WH-1000XM4 Wireless Noise Cancelling Headphones
Kelebihan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Menyokong Bluetooth 5.0
- Fungsi Quick Attention.
- Bateri tahan 30 jam.
- Waranti 1 tahun.
Kekurangan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Harga mahal.
Headphones jenis on ear ini memang khas untuk anda kerana ia boleh dikawal dengan sentuhan sahaja.
Contoh, pengguna boleh menukar lagu atau mengubah kelantangan audio hanya dengan mengetuk bahagian sisinya.
Headphone Sony terbaik ini memang paling bagus jika dibandingkan dengan jenama lain, setanding dengan harganya.
Yang paling penting untuk anda yang gemar mendengar lagu, headphone ini mempunyai fungsi wearing detection.
Di mana, lagu atau audio yang sedang bermain akan berhenti jika anda menanggalkannya dan akan bermain semula secara automatik apabila anda memakai alat audio ini.
Dengan teknologi pengecasan cepat pula, alat ini boleh digunakan selama 5 jam walaupun hanya dicas selama 10 minit.
Jangan risau jika anda sering menyiapkan tugasan di tempat yang sibuk kerana alatan audio ini turut dilengkapi dengan fungsi pembatalan bunyi hingar.
Harga Headphone Sony Terbaik di Malaysia: RM1,199
3. Sony WH-XB700 Bluetooth Wireless Headphones
Kelebihan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Ada Bluetooth dan fungsi NFC.
- Terdapat built-in mic.
- Bateri tahan 30 jam.
- Boleh dikawal dengan app Sony I Headphones Connect.
Kekurangan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Tiada fungsi noise-cancelling.
Produk ini pula sesuai untuk mereka yang sering sibuk kerana mempunyai teknologi pengecasan pantas.
Jadi, headphones ini masih boleh digunakan sehingga 90 minit walaupun hanya sempat dicas selama 10 minit.
Selain tu, ia juga menghasilkan bunyi bass terbaik yang menjanjikan penggunanya pengalaman muzik yang mengagumkan.
Tambahan pula, anda boleh menjawab panggilan telefon tanpa menanggalkan headphones ini, hanya perlu tekan butang yang mempunyai pelbagai fungsi pada bahagian kirinya.
Aksesori audio ini, juga menyokong fungsi voice assistants seperti Google Assistant, Siri dan Alexa, jadi tugas harian pemiliknya akan jadi lebih mudah.
Manakala dengan teknologi audio realiti 360 pula, bunyi audio muzik atau podcast yang bakal anda dengari adalah lebih jelas.
Ibarat seperti anda sedang berada di konsert dan studio rakaman bersama penyanyi kegemaran anda.
Harga Headphone Sony Terbaik di Malaysia: RM579.00
4. Sony WH-XB900N Bluetooth Headphones
Kelebihan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Ada built-in mic.
- Ringan, hanya 254g.
- Bunyi bass terbaik.
- Ada fungsi noise-cancelling.
- Kawalan Touch Sensor.
Kekurangan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Kualiti pembatalan bunyi hingar sederhana.
Jika anda yang sering bekerja dan belajar dari rumah masih tercari-cari headphones yang sesuai untuk digunakan ketika menyiapkan tugasan, boleh cuba dapatkan aksesori audio dengan fungsi Bluetooth ini.
Baterinya pula mampu bertahan sehingga 30 jam dan jika anda sedang sibuk, ia masih boleh digunakan sehingga 60 minit walaupun hanya sempat dicas selama 10 minit.
Paling mudah, anda boleh menjawab sebarang panggilan dengan headphone ini tau.
Jadi, tak perlu keluarkan telefon pintar anda daripada poket jika mahu berkomunikasi dengan orang yang tersayang.
Ia juga boleh dilipat, oleh itu ruang penyimpanan boleh dijimatkan.
Ditambah pula dengan teknologi Voice Assistant seperti Google Assistant dan Alexa Built-In, tugasan harian anda akan lebih mudah dengan Sony WH-XB900N ini.
Paling menarik sudah tentu lah kualiti audio realiti 360, jadi anda diibaratkan sedang mendengar muzik atau lagu secara langsung daripada penyanyi kegemaran.
Harga Headphone Sony Terbaik di Malaysia: RM759.00
5. Sony WH-CH510 Wireless On-Ear Bluetooth Headphones
Kelebihan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Pilihan warna menarik.
- Pengecasan pantas.
- Bateri tahan hingga 35 jam.
Kekurangan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Tidak boleh dilipat.
Produk murah dari Sony ini pula direka khas untuk mereka yang mahukan headphone pada harga yang murah.
Dengan fungsi pengecasan pantas, pengguna boleh mendengar lagu atau podcast selama 90 minit walaupun ia hanya sempat dicas sekurangnya 10 minit.
Dengan built-in microphone juga, anda boleh menjawab sebarang panggilan walaupun ketika telefon anda berada dalam poket kerana headphone ini dilengkapi fungsi hands-free calling.
JOM BACA : Dash Cam Murah di Malaysia
Aksesori audio ini juga boleh digunakan bersama voice assistant yang ada pada telefon pintar anda, jadi anda boleh mainkan muzik dengan mudah.
Cara kawalan headphone ini juga cukup praktikal kerana pengguna hanya perlu menekan butang pada produk ini untuk mainkan atau hentikan muzik dan mengubah kelantangan audio yang sedang didengari.
Harga Headphone Sony Terbaik di Malaysia: RM149.00
6. Sony WH-H810 Headphones
Kelebihan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Audio realiti 360.
- Rekaan kompak dan boleh dilipat.
- Banyak pilihan warna menarik.
- Bateri tahan 30 jam.
Kekurangan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Tak begitu sesuai untuk gaming.
Headphone Sony WH-H810 dengan Bluetooth ini bakal menjadi teman baik anda.
Selain itu, headphones ini juga jenis wireless, jadi anda tak perlu risau tentang wayar yang akan berselirat nanti.
Tak perlu pening kepala juga jika kehilangan alat ini kerana dengan fungsi Fast Pair oleh Google.
Pengguna boleh mengenalpasti di mana aksesori audio ini berada menerusi aplikasi Google Find My Device yang boleh dimuat turut di telefon Android.
Ia juga menyokong fungsi Voice Assistant oleh Google dan Alexa.
Pengecasan pantas selama 10 minit pula membolehkan pemiliknya untuk mendengar muzik selama 3.5 jam.
Paling best, headphones ini boleh dikawal menggunakan sentuhan sahaja.
Harga Headphone Sony Terbaik di Malaysia: RM694.30
7. Sony MDR-ZX310 Headphones
Kelebihan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Ada 4 pilihan warna menarik.
- Bunyi bass kuat.
- Ringan, hanya 125 gram.
- Ada waranti 1 tahun.
Kekurangan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Tiada Bluetooth.
Headphones Sony ini mempunya kualiti audio yang dihasilkan bagus dan tidak mengecewakan.
Dengan sensitiviti sebanyak 98dB dan frequency response 10 hingga 24,000Hz, anda dapat mendengar sebarang audio dengan jelas tanpa masalah.
Rekaannya yang boleh dilipat pula akan menjimatkan ruang penyimpanan dalam beg, jadi ia mudah dibawa ke mana-mana.
Wayarnya yang juga agak panjang bakal memberikan anda pengalaman mendengar muzik tanpa sebarang gangguan.
Penghasilkan bunyi dari headphones ini juga jelas kerana ia ada 30mm driver dinamik dan anda juga tak perlu risau jika aksesori audio ini akan menyebabkan telinga anda sakit.
Kerana pad telinga pada produk ini direka khas untuk melegakan tekanan pada organ pendengaran anda.
Harga Headphone Sony Terbaik di Malaysia: RM105.00
8. Sony MDR-1AM2 Hi-Res Headphones
Kelebihan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Rekaan ringan.
- Audio beresolusi tinggi.
- Bunyi bass terbaik.
- Ada waranti 1 tahun.
Kekurangan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Harga mahal.
- Tiada Bluetooth.
Rekaan yang ringan dan pad telinga yang diperbuat daripada kulit sintetik yang lembut bakal memberikan pengguna keselesaan yang berpanjangan.
Walaupun, ketika anda mendengar lagu dengan headphones ini dalam jangka masa yang lama.
Ia juga dilengkapi dengan microphone, jadi anda boleh menggunakan alat audio ini dengan telefon pintar.
Cara penyimpanan produk jenama Sony ini juga cukup mudah kerana mempunyai ear cups yang boleh dipusing.
Bunyi gangguan juga akan dikurangkan kerana headphones ini akan menutup telinga anda sepenuhnya.
Selain tu, direka khas untuk pelbagai genre muzik kerana mempunyai julat frekuensi yang lebar iaitu 3Hz hingga 100kHz.
Harga Headphone Sony Terbaik di Malaysia: RM1,299
9. Sony MDR-Z7M2 Headphones
Kelebihan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Jaminan produk 1 tahun.
- Audio beresolusi tinggi.
- Berat 340 gram.
Kekurangan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Harga terlalu mahal.
- Tiada Bluetooth.
Peminat muzik dan gajet yang mempunyai bajet lebih disyorkan untuk dapatkan Sony MDR-Z7M2 ini.
Headphones Sony MDR-Z8M2 ini, bakal memberikan anda kualiti vokal dan bunyi bass yang jelas.
Pengguna juga akan tetap selesa mendengar lagu dengan headphones model ini.
Kerana ia dilengkapi dengan pad telinga ergonomik yang diperbuat daripada kulit sintetik.
Tambahan pula, dengan driver HD yang bersaiz 2.76” pula, ia memang direka untuk menutup sepenuhnya telinga penggunanya.
Jadi, produk ini akan menghasilkan gelombang bahagian depan yang hampir sama dengan bunyi semula jadinya.
Oleh itu, kualiti audio pada headphones Sony MDR-Z7M2 ini tidak perlu dipertikaikan lagi.
Headphones ini juga diperbuat daripada aluminium yang ringan dan mampu bertahan lama walaupun digunakan dengan agak lasak.
Harga Headphone Sony Terbaik di Malaysia: RM2,393
10. Sony MDR-Z1R Premium Signature Headphones
Kelebihan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Respons frekuensi hingga 120,000 Hz.
- Ada kabel sambungan Φ4.4mm.
- Sensitivitas 100dB/MW
- Drivers HD 70mm.
Kekurangan Headphone Sony Terbaik di Malaysia:
- Harga terlalu mahal.
Untuk mereka yang berkecimpung dalam dunia muzik, kami syorkan anda untuk dapatkan headphones premium dari Sony ini.
Kerana walaupun harganya mencecah ribuan ringgit, audio yang bakal anda dengari adalah jelas tanpa sebarang gangguan bunyi.
Ini kerana ia dilengkapi dengan resonance free housing di mana bunyi yang tidak diingini akan ditapis terlebih dahulu.
Rekaan pad telinganya yang diperbuat daripada kulit biri-biri pula akan membuatkan anda rasa cukup selesa memakai headphones ini pada telinga.
JOM BACA : Earphones & Earbuds Murah di Malaysia
Di samping itu, pad telinga itu juga akan mengelakkan bunyi audio daripada bocor.
Jadi, muzik yang anda dengar tidak akan mengganggu orang lain walaupun kelantangan audio adalah pada tahap yang maksimum.
Ia juga hadir dengan hard case, jadi anda tak perlu pening kepala untuk menyimpannya dengan baik.
Harga Headphone Sony Terbaik di Malaysia: RM5,699
Itulah beberapa jenama headphones Sony terbaik murah di Malaysia yang mesti anda ketahui.
Semoga dapat membantu dan bermanfaat untuk anda semua. 😀