Rata-rata pemain game pasti memerlukan headset yang terbaik bagi memudahkan interaksi ketika bermain bersama rakan atau pemain kedua.
Gadjet yang lengkap dengan kesan audio dan mikrofon ini menjadikan permainan video lebih menarik.
Fungsi dari mikrofon dibahagian tepi kiri atau kanan ialah untuk menghantar input ke PC.
Manakala kedua-dua speaker untuk mengeluarkan bunyi output daripada PC.
Jika anda menginginkan pengalaman gaming kualiti bertaraf professional.
Berikut terdapat beberapa jenama headset gaming terbaik dan murah di Malaysia.
Contents
Tips Memilih Gaming Headset Terbaik di Malaysia
Ciri-ciri yang diperlukan untuk memilih headset gaming khususnya bergantung kepada saiz kepala, telinga, dan bunyi audio pengguna.
Jadi, anda perlu sentiasa kenal pasti fungsi dan jenis audio yang anda sukakan sebelum membeli sebuah headset.
Berikut terdapat beberapa tips dalam memilih headset gaming yang bagus, iaitu:
1. Bentuk dan Saiz
Bentuk dan saiz earcups mengikut kesesuaian telinga dan kepala. Bagi saiz kepala yang kecil, pilih headset earcups bentuk bulat.
JOM BACA : Headphones Wireless Murah di Malaysia
Manakala mereka saiz kepala dan telinga yang lebih besar, boleh mencuba over-ear oval ears headset.
2. Keselesaan
Saiz dan berat headset menjadi faktor utama bagi keselesaan ketika bermain game.
Begitu juga dengan kelembutan pad telinga, sebaiknya pilih kualiti pad yang tebal dan tahan lama.
3. Panjang Wayar Kabel Headset
Panjang wayar kabel headset juga memberi kesan pada kualiti bunyi dan audio.
Signal wayar headset yang panjang sedikit sebanyak menjamin audio yang jelas dan dinamik.
Tetapi, anda masih boleh memasang wayar extension.
JOM BACA : Earphone & Earbuds Murah di Malaysia
Jenama Gaming Headset Terbaik di Malaysia Murah
Terdapat beberapa jenama Gaming Headset Terbaik di Malaysia, iaitu:
1. Gaming Headset Terbaik di Malaysia Armageddon Nuke 9
Armaggeddon Nuke 9 menggunakan kabel yang diperbuat daripada PVC yang dapat menjaminkan penggunaan yang lasak tanpa menyebabkan kabelnya padah dan tahan lebih lama.
Kabelnya yang sepanjang 2.2 meter juga dapat memberikan keselesaan kepada pengguna untuk bergerak secara bebas tanpa risau kabel terbelit atau bersimpul.
Ditambah pula, dengan neodymium magnet menjadikan definisi bunyi dan audio game lebih jelas dan realiti.
Manakala kualiti 7.1 surround sound menjadikan permainan video anda lebih menarik.
Walaupun mikrofon headset ada sedikit noise, ia tidak menganggu pemain kerana ia boleh merakam suara dengan frekuensi sehingga 16kHZ.
Harga Gaming Headset Terbaik di Malaysia: RM99.00
2. Gaming Headset Terbaik di Malaysia Razer BlackShark V2
Peminat permainan video dari PS4 boleh dapatkan headset gaming Razer model BlackShark V2.
Bunyi kedap dari earcups headset ini membatalkan segala bunyi noise dan menawarkan butiran audio yang berkualiti dari teknologi Razer™ TriForce 50mm Drivers.
Rekaan yang ringan hanya seberat 240 gram dengan kemasan kusyen lembut sangat selesa dipakai dan tidak menyebabkan telinga panas atau berpeluh.
Model ini menggunakan sistem 3.5 mm audio jack, jadi tidak ada masalah untuk plug terus pada PS4 anda.
Harga Gaming Headset Terbaik di Malaysia: RM199.00
3. Gaming Headset Terbaik di Malaysia Corsair Virtuoso SE
Model headset bebas wayar dari jenama Corsair ini direka khas untuk pemain berasa lebih selesa dan bebas bergerak ketika bermain.
Kualiti audio mikrofon dan speaker lebih jelas walaupun ketika bermain gaming secara live streaming.
Signal wireless headset ini, cukup mengagumkan dengan jauh sehingga 60 kaki bersama teknologi Slipstream Corsair Wireless.
Jadi, anda boleh bermain game tidak kira duduk jauh mana dari PC atau PS4.
Reka bentuk Corsair Virtuoso selesa pada kepala dan telinga pemain.
Dengan earcups yang diperbuat dari Premium Memory, maka tidak meninggalkan kesan pedih pada cuping telinga.
Harga Gaming Headset Terbaik di Malaysia: RM929.00
4. Gaming Headset Terbaik di Malaysia Logitech G433
Logitech G433 hanya seberat 259 gram dan merupakan headset gaming yang paling ringan.
Tambahan pula, mikrofon dan kabelnya boleh ditanggalkan untuk memudahkan penyimpanan di dalam beg. Ia senang untuk dibawa bersama ketika dimana sahaja.
Dengan ciri yang boleh tanggal ini, pengguna dapat menukar ganti mikrofon dan kabelnya apabila rosak tanpa perlu membeli headset baharu.
Earcup dan badannya yang diperbuat daripada fabrik anti-kotoran menjadikannya tidak mudah berlapuk serta memberikan tahap kebersihan yang memuaskan kepada pengguna.
Harga Gaming Headset Terbaik di Malaysia: RM249.00
5. Logitech G633 Artemis Spectrum
Logitech G633 Artemis Spectrum menggunakan 7.1 Dolby dan DTS Headphone dapat menghasilkan bunyi surrounding yang hebat.
Pada masa yang sama, terdapat equalizer yang boleh dilaras untuk memberikan bunyi audio yang selesa mengikut pengguna.
Jika anda gemar dengan headset bercahaya, model ini dilengkapi dengan Lightsync RGB bagi membolehkan pengguna mengubah warna cahaya headset sehingga 16.8 juta perincian efek dan animasi.
Fungsi butang pada tepi speaker headset ini pula memudahkan kawalan pengguna untuk pause, skip dan record audio atau mikrofon.
Jadi, pengguna tak perlu menggunakan keyboard bagi arahan ringkas sebegini.
Harga Gaming Headset Terbaik di Malaysia: RM379.00
6. Gaming Headset Terbaik di Malaysia Arctis 3
Arctis 3 menggunakan sambungan tanpa wayar Bluetooth 4.1 untuk penghantaran input dan output yang sangat pantas tanpa buffering.
Tambahan pula, penggunaan Bluetooth 4.1 tidak membebankan penggunaan bateri sekaligus pemain dapat guna headset ini sehingga 28 jam dengan hanya satu kali pengecasan.
Ia juga boleh menggunakan sambungan kabel kepada peranti yang tidak mempunyai sambungan Bluetooth seperti desktop dan Xbox.
Ciri khas lain headset ini ialah ia juga boleh digunakan untuk chat VoIP, membuat panggilan dan mendengar muzik.
Saiz Mikrofon yang kecil dan tersembunyi sesuai untuk penggunaan outdoor dan menghantar input suara yang jelas walaupun keadaan bising.
Harga Gaming Headset Terbaik di Malaysia: RM302.00
7. Gaming Headset Terbaik di Malaysia Sades Spirit Wolf
Earcup Sades Spirit Wolf diperbuat daripada foam memori yang memberikan keselesaan untuk penggunaan jangka masa yang panjang tanpa menyebabkan panas atau berpeluh.
Earmuff yang anti-bunyi memberikan privasi kepada pengguna sekaligus tidak menganggu bunyi ketika sesi gaming.
Ia juga tahan lebih lasak kerana tidak mudah rosak walaupun telah dipulas atau dibaling.
JOM BACA : Headphones Sony Terbaik di Malaysia
Menggunakan driver magnet NDFEB yang tinggi, ia menghasilkan bunyi-bunyi kesan di dalam permainan video seperti letupan dan tembakan lebih jelas dan real.
Menariknya lagi, logo yang berkelip ditepi menjadikan anda seolah-olah gamer professional ketika menggunakannya.
Harga Gaming Headset Terbaik di Malaysia: RM220.00
Itulah beberapa jenama headset gaming terbaik murah di Malaysia yang mesti anda ketahui.
Semoga dapat membantu dan bermanfaat untuk anda semua. 😀