Earphones & Earbuds Terbaik di Malaysia

Earphone kerap diguna untuk membuat panggilan dan menerima notifikasi dari telefon pintar atau komputer riba.

Kini di pasaran memang banyak pilihan earphone dari segi saiz, kualiti bunyi, dan harga.

Berikut terdapat beberapa jenama earpone dan earbuds terbaik murah di Malaysia.

Mahu tahu apa sahaja jenama terbaiknya? Mari lihat perbincangan mengenai earphonesearbuds di Malaysia.


Beza Earphone dan Headphone

Beza Earphone dan Headphone

Perbezaan yang paling ketara antara earphones dan headphones adalah saiz.

Earphone iaitu sejenis alat audio yang menutup gegendang telinga sepenuhnya dan kini terdapat earphone yang wireless kerana menyokong fungsi Bluetooth.

Manakala,

Headphones iaitu dua buah pembesar suara bersaiz kecil yang bersambung antara satu sama lain dengan band.

Lazimnya diperbuat daripada plastik atau aluminium.

Alat ini diletakkan pada bahagian atas kepala dan headphones selalunya akan mempunyai fungsi noise cancelling.

Jadi, bunyi bising akan dikurangkan dengan lebih baik jika dibandingkan dengan penggunaan earphones.

JOM BACA : Headphones Wireless Terbaik Murah di Malaysia


Cara Memilih Earphone Yang Bagus

Cara Memilih Earphone Yang Bagus

Antara faktor yang parlu diambil kira sebelum membeli sesebuah earphones iaitu frequency response yang dimiliknya.

Semakin besar nilainya, makna semakin bagus kualiti bunyi yang dihasilkan oleh produk itu.

Selain tu, perhatikan juga tahap sensitiviti kerana earphones yang bagus selalunya tidak lebih dari 80 dB hingga 110dB.

Jadi, pastikan produk yang anda mahu dapatkan itu mempunyai nilai sensitiviti yang baik.

Bagaimanapun, sesetengah aksesori audio turut dilengkapi dengan fungsi menarik seperti:

  • Bluetooth.
  • Noise Canceling.
  • Near-Field Communication (NFC).

Natijahnya, tepuk dada tanya selera sendiri jenama dan jenis earphones yang mana paling sesuai dengan kegunaan harian anda.

JOM BACA : Dash Cam Termurah di Malaysia


Earphone & Earbuds Terbaik Murah

Terdapat beberapa jenama earphone dan earbuds terbaik murah di Malaysia, iaitu:

1. Armaggeddon WASP-5 Gaming Earphones

Gambar ke-1 Armaggeddon WASP-5 Gaming Earphones

Gambar ke-2 Armaggeddon WASP-5 Gaming Earphones

Kelebihan:

  • Terdapat 2 mikrofon.
  • Dual driver.
  • Waranti 1 tahun.
  • Ada 3 saiz ear gel, iaitu S/M/L.

Kekurangan:

  • Tiada bluetooth.

Dengan frequency response 20 hingga 20,000 Hz, earphones ini direka khas untuk bermain game.

Produk ini mempunyai kabel tahan lama sehingga 1.2 meter, jadi anda boleh bermain game kegemaran tanpa batasan.

Selain untuk gaming, bunyi bass yang dihasilkan juga membolehkan anda menggunakan earphones ini untuk mendengar lagu.

Anda juga boleh menjawab panggilan telefon dengan alat audio jenama ini, kerana mempunyai dua mic di mana salah satunya boleh ditanggalkan.

Bunyi gangguan dari luar juga dapat dikurangkan, jadi rakan anda dapat mendengar suara dengan jelas ketika bermain game atas talian.

Selain tu, earphones dengan output 3.5mm ini selesa dipakai pada telinga dan dengan plug berbentuk L.

Ini menjadikan anda boleh bermain game dengan mudah tanpa batasan.

Harga: RM69.00

2. Realme Buds Classic

Gambar ke-1 Realme Buds Classic

Gambar ke-2 Realme Buds Classic

Kelebihan:

  • Rekaan separuh telinga.
  • Driver saiz 14.2mm.
  • Waranti 6 bulan.
  • Wayar tak akan berselirat.

Kekurangan:

  • Tiada bluetooth.

Jika anda gemarkan aksesori audio yang ringkas, tak perlu ragu-ragu untuk dapatkan earphones dari Realme Buds Classic.

Earphone ini mempunyai dua pilihan dua warna iaitu hitam dan putih.

Bunyi bass yang dihasilkan oleh produk ini bagus, jadi memang sesuai untuk anda yang gemar mendengar lagu dari penyanyi kegemaran anda.

Turut dilengkapi dengan mikrofon jenis HD dan ramai orang mengatakan alat ini boleh digunakan untuk menyanyi.

Senang untuk mengawalnya kerana mempunyai butang kawalan.

Dengan harga yang diberikan sangat berpatutan dan paling penting, earphones ini selesa digunakan pada telinga.

Produk ini mempunyai dengan cable organizer yang akan memudahkan anda untuk menyimpan aksesori ini ketika tidak menggunakannya.

Jadi, wayarnya tak akan mudah bergulung atau kusut.

Harga: RM9.80

3. REMAX RM-208 Wired Earphone

Gambar ke-1 REMAX RM-208 Wired Earphone

Gambar ke-2 REMAX RM-208 Wired Earphone

Kelebihan:

  • Rekaan ergonomik.
  • Kualiti bunyi HD.
  • Ada mikrofon.

Kekurangan:

  • Waranti hanya 3 bulan.

Earphones REMAX RM-208 Wired Earphone jenis silikon menjadikan anda selesa pakai walaupun ketika tidur.

Dengan pilihan warna hitam dan putih, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan alat audio dengan harga murah ini.

Aksesori audio ini, juga boleh mengurangkan bunyi gangguan dan ia turut dilengkapi dengan fungsi penebat bunyi.

Tambahan pula, produk ini boleh disambung pada PC dan komputer riba.

Paling penting, ia mempunyai respons frekuensi dari 20Hz hingga 20,000Hz dan tahap sensitiviti 89dB.

Jumlah ini sudah cukup memberikan anda pengalaman mendengar muzik yang bagus.

Earphine bass terbaik ini ringan, jadi tak akan membebankan telinga walaupun digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Selain tu, earphones jenama Remax ini turut dilengkapi dengan bunyi bass mega, jadi aktiviti mendengar muzik akan menjadi lebih mengasyikkan.

Harga: RM24.00

4. Xiaomi Mi Noise Cancelling Earphones

Xiaomi Mi Noise Cancelling Earphones

Kelebihan:

  • Rekaan earbuds ergonomik.
  • Masa pengecasan penuh hanya 2 jam.
  • Ada active noise cancellation.

Kekurangan:

  • Pilihan warna terhad.

Jika anda bekerja di kawasan awam seperti di kafe, alat audio dengan fungsi active noise cancelling ini wajib menjadi teman baik anda.

Kerana, segala gangguan bunyi luar dari earphone dapat disingkirkan dan anda dapat mendengar dengan jelas suara yang keluar dari earphone.

Produk ini mempunyai klip yang diperbuat daripada logam, jadi kabel tidak bergerak jika diklip pada baju.

Selain mempunyai kapasiti bateri 55mAh, jangka hayat produk ini mampu bertahan hingga 12 jam.

Turut mempunyai dengan warranty, jadi jangan risau jika terdapat kerosakan pada aksesori audio dari Xiaomi ini.

Paling menarik, earphones ini dilengkapi dengan hearing protection yang berfungsi untuk melindungi pendengaran anda.

Dengan input 3.5mm dan kabel sepanjang 1.35m, earphone ini boleh digunakan pada telefon pintar.

Jadi, anda boleh mendengar lagu menggunakan earphones pada komputer.

Harga: RM229.00

5. Beats Flex All Day Wireless Earphones

Gambar ke-1 Beats Flex All Day Wireless Earphones

Gambar ke-2 Beats Flex All Day Wireless Earphones

Gambar ke-3 Beats Flex All Day Wireless Earphones

Kelebihan:

  • Earbuds jenis magnetik.
  • Bateri tahan sehingga 12 jam.
  • Dilengkapi fungsi Bluetooth.
  • Bunyi bass bagus.

Kekurangan:

  • Harga mahal.

Siapa yang tak kenal jenama aksesori audio dari Apple. Boleh dikatakan jenama yang bagus.

Earphones Bluetooth terbaik ini dilengkapi dengan cip jenis Apple W1.

Dimana, membolehkan anda mendengar lagu atau menonton filem yang sama dengan rakan yang mempunyai headphones Beats yang lain atau AirPods.

Cara penggunaan Earphones Beast Flex ini juga mudah dan ringkas.

Sewaktu audio akan dimainkan secara automatik akan berhenti seketika jika ditanggalkan dan diletakkan pada leher.

Mikrofon pula mampu mengurangkan bunyi angin sekaligus dapat memberikan anda kualiti panggilan audio yang terbaik.

Paling mudah, kabel earphones ini tak mudah berselirat.

Paling penting, pengecasan pantas dan boleh digunakan selama 1.5 jam walaupun hanya sempat dicas selama 10 minit.

Harga: RM299.00

6. KAXOE Earphones With Microphone

KAXOE Earphones With Microphone

Kelebihan:

  • Bunyi stereo 360°.
  • Terdapat 5 pilihan warna.
  • Bunyi bass mega.
  • Boleh digunakan untuk gaming.

Kekurangan:

  • Waranti hanya 3 bulan.
  • Headphone jack tak sesuai dengan iPhone keluaran terkini.

Bajet terhad untuk beli earphones? Earphone dari jenama KAXOE ini bagus walaupun harga murah.

Bahagian aksesori audio dilengkapi dengan rekaan penutup belakang yang diperbuat daripada logam dan kalis bunyi.

Jadi, lagu yang sedang dimainkan tidak mengganggu orang sekeliling walaupun dipasang dengan kuat.

Selain tu, ada juga mikrofon dimana anda boleh guna produk ini untuk berkomunikasi dengan rakan atau keluarga melalui panggilan telefon.

Paling penting, earphones ini direka dengan rekaan ergonomik yang bakal memberi anda keselesaan buat tempoh yang lama.

Alat audio ini, boleh disambung dengan mana-mana peranti anda yang menggunakan jenis plug 3.5mm.

Harga: RM9.77

7. Edifier W200BT Plus Neckband Sport Earphones

Gambar ke-1 Edifier W200BT Plus Neckband Sport Earphones

Gambar ke-2 Edifier W200BT Plus Neckband Sport Earphones

Gambar ke-3 Edifier W200BT Plus Neckband Sport Earphones

Kelebihan:

  • Respon frekuensi 20Hz hingga 20kHz.
  • Ada fungsi vocal assistant.
  • Bateri tahan lama.
  • Ringan.

Kekurangan:

  • Harga mahal.

Jika anda merupakan individu yang perlukan teman ketika bersenam pada waktu terluang, produk dari Edifier ini memang bagus dan berkualiti kerana anda boleh mendengar lagu atau sebarang audio kegemaran.

Dilengkapi dengan Bluetooth versi 5.1, sambungan tanpa wayar pada aksesori ini adalah lebih stabil.

Earphones untuk jogging ini juga kalis debu dan air, jadi ia boleh digunakan walaupun ketika bersenam di kawasan outdoor.

Paling mudah, produk ini turut boleh dikawal dengan aplikasi Edifier Connect di telefon pintar anda.

Selain tu, dilengkapi dengan fungsi noise cancellation yang membolehkan anda untuk menjawab panggilan telefon dengan jelas tanpa gangguan bunyi bising.

Jenis kabel yang digunakan pada earphones ini juga TPE lembut.

Jadi, anda tetap akan berasa selesa walaupun menggunakannya dalam tempoh yang lama.

Harga: RM173.50

8. Sony WI-C200 Wireless In-Ear Earphones

Gambar ke-1 Sony WI-C200 Wireless In-Ear Earphones

Gambar ke-2 Sony WI-C200 Wireless In-Ear Earphones

Gambar ke-3 Sony WI-C200 Wireless In-Ear Earphones

Kelebihan:

  • Boleh dikawal melalui in-line remote.
  • Menyokong fungsi Google Assistant & Siri.
  • Ada mikrofon.

Kekurangan:

  • Pilihan warna terhad.

Wanita yang berhijab sudah pasti sering mengalami masalah di mana wayar earphones yang digunakan berselirat dalam tudung.

Dengan earphones dari Sony ini, masalah itu nampaknya tak akan berulang lagi kerana ia mempunyai kabel yang berada di belakang leher penggunanya.

Kualiti bunyi juga tak perlu dipersoalkan lagi, kerana dengan driver units 9mm, audio yang dihasilkan adalah terbaik.

Tambahan pula, jangka hayat bateri earphones jenis wireless dengan Bluetooth ini juga mampu bertahan sehingga 15 jam.

Tetapi, jika dicas penuh dan boleh digunakan sehingga sejam walaupun selepas dicas hanya selama 10 minit kerana ia menyokong teknologi pengecasan pantas.

Anda juga boleh menggunakan alat audio ini untuk menjawab panggilan telefon walaupun ketika sedang sibuk.

Dengan earbuds jenis magnetik pula, kedua-dua belah earbud akan bercantum dengan sendirinya ketika tidak digunakan.

Harga: RM139.00

9. Powerbeats Pro Totally Wireless Earphones

Gambar ke-1 Powerbeats Pro Totally Wireless Earphones

Gambar ke-2 Powerbeats Pro Totally Wireless Earphones

Gambar ke-3 Powerbeats Pro Totally Wireless Earphones

Kelebihan:

  • Kelantangan audio dan lagu boleh dikawal di setiap earbuds.
  • Ada fungsi pengasingan bunyi bising.
  • Kalis air dan kalis peluh.
  • Ada Bluetooth.

Kekurangan:

  • Harga mahal.

Dengan bateri yang mampu bertahan sehingga sembilan jam, earphones jenis tanpa wayar dari Beats ini wajib dimiliki oleh individu yang sering sibuk atau bersenam kerana anda tak akan serabut dengan wayar atau kabel yang berselirat.

Kualiti audio yang dihasilkan oleh produk ini juga tidak perlu diperdebatkan lagi.

Kerana, dilengkapi dengan cip Apple H1 yang menjanjikan sambungan wireless yang stabil dan cepat.

Jadi, anda boleh mendengar lagu atau podcast dengan jelas.

Pengecasan pantas pula memberikan anda masa untuk mendengar audio kegemaran sehingga 1.5 jam walaupun hanya dicas selama lima minit.

Ia juga tak akan mudah tertanggal walaupun anda sedang berlari, kerana earphones ini dilengkapi dengan rekaan cangkuk telinga.

Ulasan pengguna pula mengatakan produk ini turut boleh digunakan walaupun anda bukan pemilik produk Apple.

Harga: RM999.00

10. Earbuds Realme Buds Q

Gambar ke-1 Earbuds Realme Buds Q

Gambar ke-2 Earbuds Realme Buds Q

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kegunaan office dan mobile gaming.
  • Latency pun sangat rendah.
  • Kalis air (peluh).
  • Intelligent Touch Control untuk control volume, ambil call.

Kekurangan:

Earbuds terbaik wireless yang tengah popular di pasaran kini adalah Realme Buds Q iaitu in-ear earbuds yang sangat versatil.

Ciri utama yang membuatkan model ini popular iaitu keringanannya dengan berat 3.6 gram.

Jadi, jika anda menggunakan untuk jangka masa yang panjang, anda masih lagi rasa selesa.

Kekuatan model ini terdapat kepada 10mm Dynamic Bass Boost Driver yang membuatkan bass sound dia lagi power walaupun earbuds ini ringan.

Latency pun sangat rendah, jadi sesuai juga untuk digunakan dalam mobile gaming.

Bateri boleh tahan sehingga 4.5 jam untuk Music Playback, terdapat juga Bluetooth 5.0 dengan range 10m.

Harga: RM129.00

11. Edifier NoeBuds Pro

Gambar ke-1 Edifier NoeBuds Pro

Gambar ke-2 Edifier NoeBuds Pro

Gambar ke-3 Edifier NoeBuds Pro

Kelebihan:

  • Kualiti pro – Hi-Res Audio and Low Latency.
  • Feature Tri-Mic Noise Cancellation.
  • USB-C Quick Charging + Waterproof & Dustproof

Kekurangan:

Edifier earbuds NeoBuds Pro ini memang menjadi pilihan bagi yang mahukan audio berkualiti video.

Dengan teknologi Hi-Res Audio and LHDCTM (Low-latency High-definition Audio Codec) dari Edifier ini, memang akan produce audio kualiti jelas, sedap, dan puas.

Earbuds ini juga waterproof dan dustproof standart IP54.

Selain tu, juga dilengkapi dengan feature Tri-Mic Noice Cancellation maka anda tak masalah suara tak jelas bila buat phone call.

Ada juga USB-C charger untuk fast-charging. Complete package dan sangat berbaloi dengan harganya.

Harga: RM444.50


Itulah beberapa jenama earphone & earbuds terbaik murah di Malaysia yang mesti anda ketahui.

Semoga dapat membantu dan bermanfaat untuk anda semua. 😀

Leave a Comment