[BEST] 15+ Jenama Dapur Gas Terbaik & Berkualiti

Bagi pasangan yang baru berkahwin atau nak pindah rumah baharu, dapur gas antara barang keperluan rumah yang wajib dimiliki.

Sama seperti peti ais dan mesin basuh. Namun begitu, ramai yang pening nak pilih dapur gas terbaik untuk kegunaan rumah.

Kini, anda boleh pergi ke kedai jual dapur gas secara online sahaja. Tak perlu lagi pergi ke kedai fizikal. Jimat masa dan tenaga.

Untuk itu, dalam artikel ini kami akan senaraikan dapur gas terbaik buat pilihan anda di Malaysia.


Tips Memilih Dapur Gas Terbaik

Tips Memilih Dapur Gas Yang Bagus

Pada masa kini, dengan pelbagai pilihan dapur gas di luar sana, penting untuk memahami ciri-ciri yang dicari dalam produk.

Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan seperti berikut:

1. Jenis Pencucuhan

Jenis dapur gas bergantung pada pencucuhan yang mereka gunakan:

  • Pencucuhan Konvensional (conventional standing pilot).
  • Pencucuhan Elektrik Moden.

Sistem pencucuhan konvensional  memberikan aliran gas yang berterusan untuk memastikan pembakar tetap menyala, menyebabkan ia menghabiskan lebih banyak tenaga daripada yang diperlukan.

Sebaliknya, pencucuhan elektrik menggunakan arus elektrik yang dihidupkan pada permulaan kitaran pemanasan dan tidak perlu terus berjalan.

Oleh itu, pencucuhan elektrik menjimatkan lebih banyak bahan bakar tetapi lebih mahal

Selain daripada kos awal membeli dapur penyalaan elektrik, pembaikan ataupun “maintence berkala” mungkin mempengaruhi perbelanjaan anda seterusnya.

 

2. Saiz Dapur Gas

Saiz dapur gas yang anda ingin beli bergantung kepada tersedia dalam ruang dapur anda.

Dalam keluarga kecil, dapur dengan 2 bahagian pembakar lebih dari mencukupi.

Lebih-lebih lagi, jika anda ingin mengoptimumkan ruang dapur anda, agar anda lebih selesa dalam proses memasak atupun berada di ruang dapur rumah anda.

Mungkin dapur gas konvensional adalah yang terbaik?

JOM BACA : Kipas Siling Murah di Pasaran Malaysia

3. Jenama Dapur Gas

Semasa memilih dapur gas, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita pastinya adalah kosnya.

Pemilihan dapur gas stainless steel adalah pelaburan dan penggunaan jangka panjang.

Oleh itu, disarankan untuk melakukan penyelidikan menyeluruh mengenai jenama paling tahan lama yang menyediakan dapur gas yang berpatutan dan selamat.

Lihat pada testimoni dan maklumbalas pengguna terdahulu bagi produk dapur gas stainless steel yang anda pilih.

 

4. Jenis Material dan Kawalan Suhu

Sebilangan besar dapur gas biasa diperbuat daripada stainless steel untuk mengelakkan karat di permukaan dapur gas anda.

Walaupun badan dapur panas, logam dapur gas jenis stainless steel pastinya terbaik dan cukup tahan lasak.

Anda dapat menemui dapur gas yang terbuat dari kaca terbaja (tempered glass) yang memberikan dapur anda tanpak menarik.

Namun, anda kena pertimbangkan kos penyelengaraan dapur jenis ini.

JOM BACA : Aircond Jimat Energi di Malaysia

5. Nyalaan Api

Kadankala nyalaan api yang besar, api biru agak bagus untuk kawalan suhu terbaik.

Ada sesetengah masakan atau penggorengan memerlukan api yang besar, dan jenis nyalaan api ini sangat lah penting.

Sebagai contoh, kadangkala kita ingin memasak sesuatu dalam jumlah yang banyak, pasti api yang lebih kuat diperlukan, bukan?


Jenis Dapur Gas Terbaik di Pasaran Malaysia

Jenis Dapur Gas di Pasaran Malaysia

Sebelum tu, anda mesti tahu jenis dapur gas yang nak dibeli, iaitu:

1. Dapur Gas Kaca

Ini dapur yang diperbuat daripada tempered glass. Mudah dipanggil sebagai dapur gas kaca.

Designnya tampak lebih moden dan bergaya.

Ramai memilih dapur gas kaca, kerana ia mudah untuk dicuci tanpa perlu menggosok kuat pada dapur.

 

2. Dapur Gas Stainless Steel

Ini pula adalah dapur gas yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Anda akan lihat permukaan dapur licin dan berkilat.

Dapur jenis stainlees steel ini agak murah berbanding dapur gas kaca.

Ia juga sangat kuat dan boleh tahan lama. Namun, bergantung juga cara anda memakainya dan menjaga permukaan dapur.

 

3. Dapur Elektrik

Induction cooker atau dapur elektrik ini pula beroperasi menggunakan tenaga elektrik. Jadi, anda tak perlu risau gas habis ketika memasak.

Cuma, anda kena ready makan kat luar ketika ketiadaan elektrik.

 

4. Dapur Gas Mini

Bagi anda yang selalu travel atau camping, dapur gas mini menjadi pilihan sebab senang nak dibawa.


Dapur Gas Terbaik di Malaysia

Terdapat beberapa jenama dapur gas terbaik dan murah di Malaysia yang mesti anda ketahui, iaitu:

1. Dapur Gas Rinnai RB-713N-S

Gambar Dapur Gas Rinnai RB-713N-S

Dapur Gas Rinnai RB-713N-S

Kelebihan:

  • Tahan lasak.
  • Mudah nak dibersihkan.

Kekurangan:

  • Harga agak mahal.

Rinnai iaitu jenama dapur gas terbaik di Malaysia. Ia terkenal dengan dapur gas stainless steel terbaik yang tahan lasak dan tahan lama.

Jenama nombor 1 dari Jepun ini sering menjadi pilihan untuk mereka yang pentingkan kualiti.

Permukaan dapur gas 3 tungku ini adalah dari stainless steel yang tahan karat. 

Ia menggunakan sistem pencucuhan bateri yang membolehkan anda mula memasak dengan cepat.

Dapur gas Rinnai ini mengeluarkan api jenis cincin dua untuk memberikan kepanasan menyeluruh ke atas masakan dan makanan pun cepat masak.

Rekaan tungku kecil di tengah-tengah memudahkan anda untuk memasak menggunakan kuali atau periuk kecil.

Gambar ke-1 Dapur Gas Rinnai RB-713N-S

Selain tu, bahagian bawah tungku dapur ini telah ditutup bagi memudahkan anda lap jika tertumpah minyak atau kuah.

Rinnai turut memberikan tungku tinggi tambahan supaya mudah anda meletakkan kuali ketika menggoreng.

Gambar ke-2 Dapur Gas Rinnai RB-713N-S

Dapur gas 3 tungku Rinnai ini mendapat sambutan hangat dari mereka yang nak pindah rumah baru walaupun harganya yang agak mahal.

Anda yang memilih untuk memiliki dapur ini akan dapat 2 tahun jaminan jika ada sebarang kerosakan.

Harga: RM777

2. Dapur Gas Elba EGH-G8522G(BK)

Dapur Gas Elba EGH-G8522G(BK)

Kelebihan:

  • Mudah nak dibersihkan.
  • Warga gelap.

Kekurangan:

  • Tiada child lock.

Ini pula adalah dapur gas kaca dari Elba. Dapur gas tempered glass berwarna hitam yang buatkan kekotoran di dapur tersembunyi.

Menggunakan sistem pencucuhan automatik dengan bateri.

Dapur gas 2 tungku Elba ini memudahkan anda masak 2 lauk serentak. Masakan pun cepat masak dengan nyalaan api 3 cincin yang kuat.

Dalam tempoh setahun, sebarang kerosakan dengan dapur gas ini anda boleh hubungi terus pihak Elba.

Harga: RM305

3. Dapur Gas Milux MGH-S633M

Gambar Dapur Gas Milux MGH-S633M

Dapur Gas Milux MGH-S633M

Kelebihan:

  • Rekaan moden.
  • Api kuat.
  • Agak murah.
  • Mudah nak lap.

Kekurangan:

  • Warna terang, kekotoran nampak jelas.

Dapur gas Milux ini diperbuat dari stainless steel yang tahan karat.

Dengan nyalaan api Tornado, masakan anda cepat dimasak dan menjimatkan penggunaan gas.

Rekaannya nampak style dan mudah untuk dibersihkan. Ia menggunakan pencucuhan bateri yang mudah untuk hidupkan api.

Tungkunya juga kukuh untuk menahan periuk yang berat.

Jenama dapur gas terbaik buatan Malaysia ini menawarkan 1 tahun waranti untuk sebarang kerosakan. Yang penting dapur gas ini lulus SIRIM.

Harga dapur gas ini juga boleh tahan murah berbanding jenama yang lain.

Harga: RM288.99

4. Dapur Elektrik Panasonic KY-R727RL

Dapur Elektrik Panasonic KY-R727RL

Kelebihan:

  • 9 tahap kuasa pemanasan.
  • Memasak tanpa api.
  • Selamat.
  • Mudah nak bersih.
  • Child lock.
  • Rekaan moden.
  • Masakan cepat masak.

Kekurangan:

  • Harga mahal.

Dapur gas elektrik Panasonic ini mempunyai ciri-ciri moden dan terkini.

 Ia direka dengan permukaan kaca yang tahan lasak dan dilengkapi dengan paparan digital.

Dengan sentuhan jari ke panel dapur elektrik Panasonic anda boleh mengawal suhu dan tahap kepanasan.

Anda juga tidak perlu risau terlupa nak tutup dapur kerana ia ada fungsi automatik off.

Selain tu, anda boleh tetapkan masa masakan. Setelah timer tamat, dapur automatik akan tertutup.

Jika suhu periuk terlalu panas, dapur elektrik akan automatik mengawal suhu.

Sesuai dengan harganya, dapur ini terdapat pelbagai fungsi termasuk child lock.

Anda hanya perlu menyentuh dapur untuk 3 saat untuk on atau off kan control panel.

Dari segi waranti, Panasonic memberikan 1 tahun jaminan untuk sebarang kerosakan pada dapur elektrik.

Harga: RM1099

5. Dapur Gas Pensonic PGC-26N

Dapur Gas Pensonic PGC-26N

 Kelebihan:

  • Tahan lasak.
  • Api kuat.

Kekurangan:

  • Rekaan tradisional.

Dapur gas murah Pensonic yang mendapat kelulusan SIRIM ini adalah dapur yang tahan lasak.

Ia juga mendapat jaminan 1 tahun dari Pensonic jika ada sebarang kerosakan.

Dengan harganya yang murah, dapur gas terbaik ini pilihan terbaik untuk anda yang mempunyai bajet rendah tetapi inginkan dapur 2 tungku. 

Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk yang baru berkahwin.

Harga: RM59

6. Dapur Gas Kaca Faber 3B/76BK

Dapur Gas Kaca Faber 3B/76BK

Kelebihan:

  • Tempered glass berkualiti.
  • Rekaan nampak moden.
  • Mudah nak dibersihkan.
  • Harga murah.

Kekurangan:

  • Tiada child lock.

Dapur gas 3 tungku ini menggunakan pencucuhan bateri. Diperbuat dari tempered glass yang berkualiti tinggi, dapur gas kaca Faber ini kukuh dan tahan lasak.

Dengan warna hitam, kekotoran di dapur gas tidak terlalu jelas di mata. 

Sesuai untuk kaum ibu yang sibuk dan tak sempat untuk terus membersihkan dapur selepas memasak.

Ia juga senang nak dibersihkan tanpa perlu menggosok kuat permukaan dapur.

1 tahun waranti disediakan pihak Faber untuk sebarang kerosakan.

Harga: RM415

7. Dapur Gas Zanussi Malaysia ZGB750

Dapur Gas Zanussi Malaysia ZGB750

Kelebihan:

  • Waranti kaca 5 tahun.
  • Warna gelap tak nampak kotor.
  • Senang nak bersih.

Kekurangan:

  • Tiada child lock.

Dapur gas kaca 2 tungku keluaran Zanussi ini antara dapur gas kaca terbaik. Diperbuat dari tempered glass yang berkualiti.

Menggunakan pencucuhan bateri yang bolehkan nyalaan api dengan cepat.

Masakan serentak dalam satu masa dengan dapur 2 tungku jimatkan banyak masa anda.

Anda juga tak perlu risau jika tempered glass pecah atau rosak, sebab ada tempoh jaminan yang panjang. Hubungi sahaja Zanussi Malaysia untuk claim warranty.

Untuk kerosakan lain Zanussi berikan tempoh jaminan setahun jika ada kerosakan.

Harga: RM355

8. Dapur Gas Morgan MBH-SB162

Dapur Gas Morgan MBH-SB162

Kelebihan:

  • Rekaan moden.
  • Mudah nak dibersihkan.
  • Dengan injap keselamatan.

Kekurangan:

  • Tiada child lock.

Dapur gas stainless steel jenama Morgan ini tampak simple tapi tetap menarik dengan warnanya.

Ia menggunakan pencucuhan jenis bateri supaya cepat anda boleh memasak.

Dapur gas Morgan ini mempunyai ciri keselamatan yang mana injap akan terus putuskan gas sekiranya terdapat kebocoran gas atau nyalaan api yang besar.

Permukaan dapur gas Morgan ini senang untuk diselenggara dan dibersihkan jika ada tumpahan minyak atau kuah.

Morgan juga menyediakan 1 tahun tempoh jaminan untuk dapur gas terbaik mereka ini.

Harga: RM355

9. Dapur Gas Singer GS900SP

Dapur Gas Singer GS900SP

Kelebihan:

  • Api besar.
  • Tahan karat.
  • Tahan lama.

Kekurangan:

  • Rekaan tradisional.

Dapur gas Singer ini mempunyai 2 tungku yang menggunakan sistem pencucuhan automatik. Jadi mudah dan cepat untuk anda gunakan.

Badannya diperbuat daripada keluli yang tahan karat. Walaupun rekaan style dapur lama, dapur gas stainless steel ini boleh tahan lama. Jimat duit anda.

Penanggung kuali jenis besi enamel yang kuat dan kukuh supaya kedudukan periuk stabil ketika memasak.

Ia juga boleh ditanggalkan untuk memudahkan anda membersihkan dapur.

Api dapur gas Singer ini kuat yang mempercepatkan tugas memasak anda di dapur.

Harga: RM145.20

10. Dapur Elektrik PerySmith PS2310

Dapur Elektrik PerySmith PS2310

Kelebihan:

  • Mudah dibersihkan.
  • Rekaan moden.
  • Permukaan tak panas bila disentuh.
  • Kaca kuat dan tahan calar.
  • 8 fungsi masakan siap tersedia.
  • Ada child lock.
  • Boleh tetap masa masakan (timer).
  • Cepat panas.
  • Ringan.
  • Tempoh jaminan 2 tahun.

Kekurangan:

  • Boleh masak 1 hidangan untuk 1 masa.
  • Hanya boleh gunakan periuk yang boleh dimasak atas dapur elektrik.

Buat yang tak memiliki ahli keluarga yang ramai, nak masak pun tak banyak, dapur elektrik PerySmith ini adalah dapur elektrik terbaik.

Walaupun harganya murah berbanding jenama yang lain, kualiti dan fungsi dapur elektrik ini tetap tidak mengecewakan.

 Rata-rata yang dah pakai dapur ini mengatakan dapur ini cepat panas, jadi nak masak pun cepat.

Panelnya diperbuat daripada kaca kristal yang tahan panas dan tak calar.

 Permukaannya juga tak panas bila disentuh membuatkan anda lebih selesa untuk memasak.

Nak bersihkan pun senang. Semua kekotoran mudah tertanggal tanpa perlu gosok kuat.

Dapur elektrik yang comel dan ringan ini mudah untuk anda bawa ke mana saja. Anda juga tak perlu risau soal gas habis bila pakai dapur elektrik.

Cuma untuk masak atas dapur elektrik ini anda perlu gunakan periuk jenis stainless steel. Periuk seramik tak boleh.

Sebarang kerosakan ke atas dapur elektrik ini, anda boleh tuntut waranti dalam masa 2 tahun.

Harga: RM109

11. Dapur Gas Butterfly BGC-30A

Dapur Gas Butterfly BGC-30A

Kelebihan:

  • Tahan lasak.
  • Kegunaan kenduri, komersial.
  • Kuat.

Kekurangan:

  • Berat.
  • Rekaan tak menarik.

Ini juga dapur gas kenduri. Anda tentu biasa nampak orang gunakan dapur ini ketika nak masak untuk kenduri atau orang panggil rewang. Ia diperbuat dari cast iron.

Dapur gas tekanan rendah ini, menggunakan pencucuhan automatik.

Ianya kuat untuk menyokong periuk atau kuali masakan yang berat.

1 tahun waranti yang disediakan pihak pengeluar jika ada kerosakan dapur gas tersebut.

Harga: RM88

12. Dapur Gas Riino XK202

Dapur Gas Riino XK202

Gas dapur stainless steel yang berkualiti tinggi dan antara yang laris di pasaran online Malaysia 2023.

Permukaan panel tebal dengan rekaan moden.

Spesifikasi:

  • Dapur gas hibrid dengan pembakaran infrared.
  • Masa memasak lebih cepat dan jimat penggunaan gas.
  • Pemacu api yang elegan.
  • Sangat mudah dibersihkan.
  • Sistem ignition bateri.
  • Tapak kalis gelincir.

Harga: RM337.00

13. Dapur Gas Malokuku M-2481

Dapur Gas Malokuku M-2481

Tentang Dapur Gas Malokuku:

  • Tungku Dengan Enamel Trivet Stand Inframerah Teknologi Tinggi.
  • Keluli tahan karat berkualiti tinggi.
  • Penahan haba keluli tahan karat dapat menahan suhu tinggi hingga suhu 500 ℃.
  • Jimat hingga 30% gas berbanding dapur gas biasa.
  • Pendakap dapur gas di bahagian bawah.
  • Reka bentuk yang dipercayai dan selamat.
  • Sesuai untuk sebarang jenis periuk.
  • Burner/Tungku sebelah kanan: Api tidak mudah terpadam dan tahan angin.

Spesifikasi:

  • Model : M-2481
  • Berat Bersih: 10kg
  • Tekanan Gas: 2800Pa
  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Input Haba: 4.5kW (kiri) 4.5kW (kanan)
  • Dimensi Produk : 41CM × 70.4CM × 9.7CM

Warranti:

  • 1 Tahun warranti tempatan untuk Semananjung Malaysia sahaja.

Harga: RM200 hingga RM300

14. Dapur Gas Rinnai RB-712N-S

Dapur Gas Rinnai RB-712N-S

Sedikit berbeza dengan senarai dapur pertama kami. Dapur gas 2 tungku ini, menerima anugerah rekaan bentuk Terbaik di Jepun.

Dijamin sangat berkualiti tinggi. Bahan utama keseluruhannya diperbuat daripada stainless steel.

Spesifikasi:

  • Sealed burner.
  • Saiz Flexibel.
  • Permukaan stainless steel dengan kaca termampat.
  • Sokongan periuk enamel.
  • Percikan api kuasa bateri.
  • Tapak getah untuk kedudukan tetap dapur gas.

Walaupun sedikit mahal, namun dapur gas ini tetap menjadi antara pilihan utama di pasaran online Malaysia.

Harga: RM672

15. Dapur Gas Leiensi

Dapur Gas Leiensi

Futuristik, minimalist dan elegant. 3 perkataan terbaik untuk dapur gas jenis ini.

Dapur gas terkini yang mendapat tempat serta maklumbalas positif daripada pembeli terdahulu.

Dapur paling berkualiti, tahan karat apatah lagi tunku yang boleh diangkat, sekali gus mudah untuk di bersihkan.

Dengan ketahanan keluli yang mampu menahan beban 25KG , akhirnya membuktikan dapur ini menjadi pilihan ramai.

Spesifikasi:

  • Panel stainless steel yang teguh.
  • Penutup api jenis kuprum.
  • Anti angin.
  • Dapur gas yang agak menjimatkan penggunaan tenaga gas.
  • Saiz panel: 750 * 430mm.
  • Saiz Bukaan 650 * 350mm.
  • Jenis LPG.

Harga: RM593


Itulah beberapa jenama dapur gas terbaik dan murah di pasaran Malaysia yang dapat anda ketahui.

Semoga maklumat di atas dapat membantu dan bermanfaat untuk anda. 😀

Leave a Comment