Untuk mendapatkan sambungan internet terbaik, plan yang disediakan mesti mempunyai kuota yang besar, kelajuan internet yang baik, dan harga yang rendah.
Antara pembekal terbaik yang dapat menyediakan Internet yang terbaik ialah Digi.
Walaupun kelajuan Internet Digi ialah agak perlahan berbanding plan daripada syarikat yang lain.
Tetapi dari segi harga, Digi masih antara yang termurah dari pembekal lainnya.
Bagi pengguna Digi, anda juga boleh menukar plan anda dengan memilih plan yang bersesuaian dengan keperluan anda.
Gimana cara untuk menukar plan Digi? Mahu tahu? Mari simak perbincangan berikut ni.
Contents
Pakej Digi Prepaid LIVE
Digi Prepaid LiVE sangat sesuai untuk Anda yang suka membuka rangkaian sosial seperti:
- Youtube
- Twitch
- Iflix
- Astro GO
- Tonton
- Dimsum
- Spotify
- Joox
- Smule.
Dengan pakej ni, Anda boleh lebih berinteraksi melalui media sosial dengan tempoh aktif kad yang panjang.
PUK Code Digi anda terlupa? Mari lihat Cara Dapatkan PUK Code Digi 2023
- Free 10GB high speed internet untuk video dan music/monthly.
- Kekal berhubung dengan 1000 panggilan telefon dan 1000 SMS ke nombor 6 Digi kegemaran anda.
- Free basic internet
- Standard rates (all networks)
30 sen/60 secs call
20 sen/SMS
50 sen/MMS
30 sen/Video call
Digi mempunyai pelbagai pakej internet yang menarik dan murah.
Selain itu, Digi juga sering memberikan bonus promo kuota internet percuma yang boleh diperolehi dari top-up.
Bukan sahaja anda boleh mendapat bonus kuota, tetapi pengguna Digi juga boleh mendapatkan pelbagai bonus lain seperti panggilan bonus dan sebagainya.
Cara Tukar Plan Digi
Terdapat beberapa yang boleh anda gunakan untuk cara tukar plan Digi anda, iaitu:
1. Cara Tukar Plan Digi Melalui Dail
Sebenarnya tidak ada cara tukar plan Digi Prepaid LiVE. Kerana, ni boleh dilakukan dengan mudah dan cepat.
Caranya, ketik *128*1*4# kemudian hantar, sila pilih pelan terkini mengikut keperluan anda.
Hanya pelanggan Digi Easy dan Smart prepaid yang boleh ditukar kepada Digi Prepaid LiVe.
Tidak ada bayaran untuk menukar kepada Digi Prepaid LiVe.
JOM BACA : Cara Mudah Topup Digi Terkini
Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa setiap langganan Digi pakej internet, data PERCUMA, dan Buddyz yang telah dikonfigurasi akan ditetapkan semula.
2. Cara Tukar Plan Digi Melalui MyDigi
Sekiranya anda pengguna telco Digi, berikut adalah cara tukar plan Digi antara prepaid dan postpaid atau sebaliknya:
- Buka aplikasi MyDigi pada telefon pintar anda.
- Tertera laman utama MyDigi. Pada bahagian atas sebelah kanan, tekan butang untuk Login.
- Pada laman seterusnya, pada ruangan Mobile No / Emel, masukkan nombor telefon ataupun alamat emel anda.
- Kemudian, pada ruangan Password, masukkan kata laluan anda. Tekan Sign In.
- Setelah berjaya login, scroll ke bawah, dan pada I want to, pilih Change Plan.
- Pada laman seterusnya, pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor telefon anda.
- Tekan Terms & Conditions untuk membaca terma & syarat.
- Setelah bersetuju dengan terma & syarat, tekan butang Proceed.
- Pada ruangan seterusnya, sekiranya anda pengguna Prepaid, masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan di atas, dan tekan Get TAC. Anda akan menerima nombor TAC secara SMS di telefon anda.
- Sekiranya anda pengguna Postpaid, anda akan menerima nombor TAC secara automatik melalui SMS di telefon anda. Masukkan, dan tekan butang Proceed.
- Kemudian, pada bahagian atas, tekan Digi Postpaid, untuk scroll plan yang layak dibeli.
- Seterusnya, tekan Change Plan.
- Pada laman seterunya, tertera maklumat tentang plan yang anda ingin beli. Tekan Checkout untuk meneruskan penukaran plan.
- Pada ruangan seterusnya, anda dikehendaki memasukkan butiran pembayaran. Pada bahagian Billing Address, pilih Choose From Address Book sekiranya anda ingin menggunakan alamat asal yang telah didaftar dengan Digi, ataupun pilih New Address untuk menggunakan alamat baru.
- Kemudian, tekan Proceed To Payment.
- Pada laman seterusnya, pilih butiran bank untuk membuat pembayaran. Anda boleh memilih Credit Card untuk membayar menggunakan kad kredit, atau Online Banking untuk pembayaran secara online banking.
- Kemudian, tekan butang Pay.
- Pembayaran anda berjaya. Anda boleh tekan here untuk melihat pesanan untuk penukaran plan anda.
- Anda juga akan menerima emel memaklumkan bahawa pembayaran anda telah berjaya.
- Proses penukaran plan anda ke postpaid.
3. Cara Tukar Plan Digi Melalui Digi Store
Selain dengan kedua cara diatas, anda juga bisa langsung ke Digi Store untuk cara tukar plan Digi.
- Pergi ke Digi Store berhampiran anda.
- Maklumkan kepada petugas yang anda ingin menukar plan.
- Pastikan bahawa pemilik nombor sendiri yang hadir untuk menukar plan.
JOM BACA : Cara Check Kuota Digi
Sebagai pengguna Digi, anda masih mempunyai pilihan untuk membuat pertukaran plan.
NOTE: Pertukaran plan daripada postpaid ke prepaid masih hanya boleh dilakukan di Digi Store sahaja.
Kami berharap bahawa berkongsi artikel ini mengenai cara tukar plan Digi dapat membantu anda.
Selamat mencuba dan semoga membantu 😀