Cara Topup XOX

Topup selalunya dilakukan oleh semua pelanggan kad, salah satunya adalah pelanggan XOX.

Topup XOX iaitu satu keperluan seperti topup mesej, telefon, internet dan lain-lain untuk melakukan pelbagai aktiviti dan untuk pastikan nombor XOX anda tetap aktif.

Perlu anda ketahui, sekiranya anda tidak menambah nilai/kredit selepas 30 hari.

Nombor akaun XOX anda akan disekat dan jika anda masih belum membuat sebarang pembayaran selepas 30 hari lagi.

Oleh itu, jangan lupa untuk top up nombor XOX anda dari semasa ke semasa untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Lantas, bagaimana kaedah topup XOX? Mahu tahu? Mari lihat perbincangan berikut.


Cara Topup XOX

Cara Topup XOX

Terdapat beberapa kaedah yang dapat anda gunakan untuk topup XOX ONEXOX, iaitu:

1. Cara Topup XOX Melalui Nombor PIN

Ikuti langkah mudah cara top up XOX berikut melalui PIN. PIN ini kita beli di 7eleven, kedai top up atau melalui online.

  • Pertama sekali, anda dail *150# dan tekan Call.
  • Kemudian, pilih nombor 1 (Account Info) tekan Send.
    Cara ke-1 Topup XOX Melalui Nombor PIN
  • Pilih nombor 2 (Pay Bill) tekan Send.
  • Pilih 1 (Top Up own Account) tekan Send.
    Cara ke-2 Topup XOX Melalui Nombor PIN
  • Seterusnya masukkan 16 digit nombor PIN yang kita beli, tekan Send.
  • Selesai.

Sekarang Cek Baki XOX anda untuk mengetahui baki terkini.

2. Cara Topup XOX Melalui SMS

Anda juga boleh Top Up XOX melalui SMS/Mesej. Sila beli dahulu baucar XOX di kedai atau kaunter XOX terdekat:

  • Taip REC<jarak>PR<jarak>PIN baucar 16 digit hantar ke 22111

Contoh: REC PR 7656783524134567 hantar ke 22111

3. Cara Topup XOX Melalui Kedai

Selain cara di atas, anda juga dapat topup XOX melalui kedai. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Pergi ke kedai penjual XOX terdekat anda.
  • Bincangkan kepada penjual bahawa anda ingin Top Up.
  • Pilih Pakej Top Up yang anda inginkan.
  • Berikan Nombor Telefon Bimbit anda kepada penjual.
  • Tunggu beberapa detik sehingga topup berjaya.
  • Selesai.

4. Cara Topup XOX Secara Online LAZADA

Cara Topup XOX Secara Online LAZADA

Lazada menyediakan semua pembelian kredit operator dengan harga yang berpatutan.

Adapun cara untuk topup kredit xox sangat mudah, bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara membeli kredit di Lazada.

Anda boleh melihat hanya ulasan yang telah kami sediakan untuk anda semua berikut:

Klik laman rasmi berikut: https://www.lazada.com.my/mobilerecharge.html

Masukan nombor telefon anda, pilih operator dan jumlah top up yang dimahu. Lepas tu, klik butang top up now.

Jika belum mempunyai akaun Lazada, sila anda mendaftar dahulu.

5. Cara Topup XOX Melalui Self-Care Portal

Cara Topup XOX Melalui Self-Care Portal

Klik link berikut, sila mendaftar jika belum mempunyai akaun.

https://selfcare.xox.com.my/SelfCare/Login

Cara topup XOX ini, hampir sama dengan cara topup kredit XOX di Lazada.

6. Cara Topup XOX Melalui MyXOX

Cara Topup XOX Melalui MyXOX

Muat turun dahulu aplikasi MyXOX di Playstore pada telefon bimbit anda.

Kemudian anda klik menu Top Up, pilih jumlah kredit yang dimahu lepas tu bayar.


FAQ XOX

FAQ XOX ONEXOX

Terdapat bebrapa soalan lazim yang berkaitan dengan XOX, iaitu:

1. Adakah Tedapat Jumlah Minimum Yang Perlu Saya Topup?

Ya, memang ada. Jumlah minimum untuk topup nilai iaitu RM5.00 melalui baucar topup dan RM10.00 melalui Black App atau Self Care.

2. Bagaimana Saya Melanjutkan Kesahihan Akaun Saya?

Anda boleh menambah nilai akaun anda. Setiap tambah nilai RM1.00 bersamaan dengan 1 hari sah laku.

Anda juga boleh membeli 6 atau 12 bulan sah melalui aplikasi BLACK, Selfcareor melalui SMS/Mesej.

3. Macam Mana Saya Tahu, Jika Saya Perlu Menambah Topup Akaun Saya?

Anda boleh menyemak pada BLACK App atau Selfcare untuk tarikh sah akaun anda.

Jangan lupa untuk menambah nilai akaun anda sebelum tamat tempoh sah anda.


Itulah beberapa maklumat mengenai Cara Topup XOX ONEXOX yang mesti anda ketahui.

Jika ada soalan, sila tulis di ruangan komen, saya akan membantu jawap. Semoga maklumat di atas dapat membantu anda. 😀

Leave a Comment