Cara Terminate Maxis Fibre

Kepada pengguna Maxis Fibre di luar sana yang sudah lama melanggan dan menggunakan servis Maxis.

Adakah anda berpuas hati dengan servis Maxis Fibre anda? Adakah anda ingin menukar pengalaman dan mencuba perkhidmatan daripada pihak lain seperti Unifi?

Jangan risau, kerana kali ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara Terminate Maxis Fibre.


Cara Terminate Maxis Fibre Secara Online

Terminate Maxis Fibre Secara Online

Untuk terminate maxis fibre secara online, sila anda ikuti langkah-langkahnya berikut:

  • Pertama sekali, anda perlu melayari internet dan membuka laman web Portal Maxis.
  • Setelah membuka laman web tersebut, anda perlu log masuk ke dalam akaun Maxis anda.
  • Jika anda pengguna baharu, anda boleh membuat pendaftaran baru dengan cara klik First Time User.
  • Apabila sudah selesai log masuk, anda perlu mencari dan klik View My Invoice untuk menyemak semua baki anda yang masih belum dibayar dan tertunggak. Klik pada Invoice anda yang paling baharu.
  • Invoice anda akan menunjukkan semua bayaran anda yang tertunggak dan memerlukan anda untuk melakukan pembayaran penuh sebelum anda terminate Maxis Fibre anda.
  • Anda boleh melakukan pembayaran dengan cara klik Proceed.
  • Bayaran bil tertunggak anda boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah termasuk menggunakan kad kredit anda atau menerusi FPX bank pilihan anda seperti Maybank2u.
  • Selesai membuat pembayaran, anda boleh menyemak status pembayaran anda dengan cara klik pada View Payment History.
  • Kemudian, klik pada Live Chat untuk berhubung terus dengan pihak Maxis.
  • Tunggu panggilan anda disambut oleh pihak Maxis, dan apabila sudah disambungkan, anda perlu menjelaskan kepada mereka bahawa anda berhasrat untuk terminate servis Maxis Fibre anda.
  • Selesai proses terminate Maxis Fibre anda.

Cara Terminate Maxis Fibre Melalui Kaunter Maxis

Terminate Maxis Fibre Melalui Kaunter Maxis

Untuk cara terminate maxis fibre melalui kaunter Maxis mudah sekali, sila ikuti langkah-langkahnya berikut:

  • Anda perlu ke kaunter Maxis berhampiran dengan anda.
  • Sampai di sana, anda perlu mengambil nombor giliran dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil.
  • Apabila dipanggil, anda terus ke kaunter dan jelaskan hasrat anda untuk terminate Maxis Fibre anda.
  • Operator akan minta maklumat peribadi anda untuk pengesahan.
  • Selepas itu, selesai proses terminate akaun Maxis Fibre anda.

Itulah beberapa kaedah Terminate Maxis Fibre secara online dan melalui kaunter maxis yang mesti anda ketahui.

Jika ada soalan, sila tulis di ruangan komen, saya akan membantu jawap. Semoga maklumat di atas dapat membantu anda. 😀

Leave a Comment