Industri telekomunikasi bersedia memberi bantuan dalam tempoh PKP ini.
Pemberian data 1 GB secara percuma telah diberi kepada orang ramai untuk melayari laman web, termasuklah untuk tujuan pendidikan.
Kemudahan yang bernilai 500 juta ringgit ini telah bermula pada 1 Januari 2023 dan akan dilanjutkan sehingga hujung Disember 2023.
Selain itu, pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi.
Pakej ini juga akan disediakan sehingga hujung Disember 2023.
Kerajaan berharap kedua-dua usaha industri telekomunikasi tersebut akan dapat meringankan beban pengguna.
Bagaimana cara tebus internet percuma untuk pengguna Celcom, Maxis, Digi, Umobile, dan TM Unifi?
Mahu tahu? Mari kita lihat perbincangan berikut dibawah ni!
Contents
Apa Itu Internet Percuma?
- Memandangkan ramai rakyat Malaysia masih bekerja dan belajar dari rumah, dan selaras dengan rancangan pemulihan jangka pendek kerajaan, pembekal perkhidmatan mudah alih seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Unifi Mobile akan terus menyokong keperluan pekerjaan dan pembelajaran Rakyat melalui tawaran 1GB data Internet percuma.
- Pelanggan aktif boleh menikmati tawaran sehingga 31 Disember 2023 untuk 24 jam, tertakluk kepada ketersediaan teknikal pembekal perkhidmatan masing-masing.
- Penggunaan untuk tujuan pembelajaran dan maklumat terkini akan menggunakan 1GB data Internet percuma terlebih dahulu dan Setelah kuota percuma tersebut habis digunakan, sebarang penggunaan data tambahan akan mengguna pakai kuota pelan data langganan sedia ada.
Siapa Penerima Internet Percuma?
- Semua pelanggan pascabayar dan prabayar aktif Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Unifi Mobile akan menikmati tawaran ini daripada pembekal perkhidmatan masing-masing, melainkan mereka yang melanggan pelan data tanpa had, gentian optik dan pelan perkhidmatan jalur lebar kediaman tanpa wayar (home wireless).
- Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk menyemak kelayakan mereka bagi tawaran ini.
Bagaimana Saya Boleh Menerima Data Internet Percuma?
Berikut adalah aplikasi internet percuma untuk cara percuma untuk menebus / menuntut internet percuma untuk pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, dan TM Unifi.
1. Cara Tebus Internet Percuma Digi
Pelanggan Digi perlu tebus data 1GB percuma melalui aplikasi MyDigi sekali sahaja untuk mengaktifkan pemberian data percuma ini.
JOM BACA : Cara Tebus Internet Prihatin Digi
Pelanggan pascabayar boleh menebus melalui apps MyDigi kemudian pilih Rewards.
Manakala pelanggan prabayar boleh menebus my digi free 1gb dengan cara menelefon *128#.
2. Cara Tebus Internet Percuma Celcom
Untuk pengguna Celcom, Xpax, dan Yoodo anda akan menerima data 1GB percuma setiap hari secara automatik tanpa perlu mesej mahupun download apps.
Selain data percuma secara automatik, Yoodo turut memberikan lebih data kepada para pelanggannya.
JOM BACA : Cara Tebus Internet Prihatin Celcom
Data yang diberikan tiada had masa dan boleh dibawa ke depan sehingga kitaran pelan seterusnya.
3. Cara Tebus Internet Percuma Maxis
Pelanggan Maxis dan Hotlink perlu menebus data percuma melalui aplikasi rasmi mereka.
Jom Baca : Cara Mudah Tebus Jaringan Prihatin Maxis
Anda juga boleh menebus 1GB percuma dengan menelefon *100# (Maxis) dan *868# (Hotlink).
Untuk menebus internet percuma melalui apps, caranya:
- Maxis Postpaid
Aplikasi MyMaxis > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” dibawah Time Based Pass
- Maxis Biz Postpaid
Aplikasi MyMaxis Biz > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” dibawah Time Based Pass
- Hotlink Flex Postpaid
Aplikasi Hotlink Flex > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” dibawah Time Based Pass
- Hotlink Prepaid
Aplikasi Hotlink RED > klik pada banner di muka utama dan pilih “Free 1GB Pass” atau aktifkan pass dibawah tab “Shop”.
4. Cara Tebus Internet Percuma Umobile
Bagi pelanggan U Mobile, data percuma akan akan diberikan secara automatik dan tidak perlu dimohon setiap hari.
Tetapi, pelanggan perlu menebus sekali sahaja dengan mendail:
- *118*6*7# untuk pengguna prabayar.
- *118*7*6# untuk pengguna pascabayar.
Walau bagaimanapun ia terhad kepada pengguna plan pascabayar, prabayar dan broadband sahaja.
JOM BACA : Cara Mudah Tebus Jaringan Prihatin U Mobile
Bagi pelanggan WeChat Go, anda tidak layak menerima data percuma daripada kerajaan ini.
5. Cara Tebus Internet Percuma Unifi Mobile
Bagi pelanggan Unifi mobile, pemberian data 1GB adalah secara automatik tanpa perlu memuat turun aplikasi ataupun mesej.
Bagi langganan baru, pas ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan. Manakala, pelanggan sedia ada pula, ia akan ditunjukkan dalam akaun terkini.
6. Cara Tebus Internet Percuma Onexox
Bagi pelanggan ONEXOX, pemberian data 1GB boleh ditebus menerusi aplikasi ONEXOX Black atau dail *150#.
Sebarang maklumat tambahan akan dikemasikini dari semasa ke semasa.
JOM BACA : Cara Mudah Tebus Jaringan Prihatin XOX
Pemberian internet 1GB adalah tertakluk pada syarat syarikat telekomunikasi masing-masing.
7. Cara Tebus Internet Percuma TuneTalk
Untuk pelanggan Tunetalk, penebusan perlu dibuat sekali sahaja dan data internet percuma akan diterima setiap hari.
- Akaun perlu aktif (Tambah nilai dan dapatkan kredit tambahan sebanyak 20%).
- SMS STAYHOME dan hantar ke talian 2222.
- Notifikasi akan dihantar untuk setiap pengaktifan yang berjaya.
JOM BACA : Cara Mudah Tebus Jaringan Prihatin Tune Talk
Aplikasi Tidak Boleh Digunakan bagi Data 1GB Percuma
Berikut adalah beberapa aplikasi yang tidak boleh digunakan bagi data 1GB Percuma, iaitu:
Media Sosial | Permainan Video | Penstriman Video | Penstriman Muzik |
Bigo | King of Duty | Netflix | Youtube Music |
Lagend of Runeterra | Tiktok | Apple Music | |
Life After | Viu | Joox | |
Tumblr | Arena of Valor | Tiktok | Shazam |
Call of Duty | FB Live | Spotify | |
Free Fire | IGTV | SYOK | |
YY | Lords Mobile | Joox | QQ Music |
Snapchat | Mobile Lagends | Viu | Smule |
Telegram | PUBG Mobile | Youtube | Sound Cloud |
Tiktok | Rise of Kingdoms | YY | Smule |
Itulah perbincangan mengenai beberapa kaedah untuk menebus internet percuma untuk pengguna Celcom, Digi, Maxis, Umobile, dan TM Unifi.
Gimana dengan itu, senang bukan? Semoga dapat membantu dan berjaya 😀