Cara Share Kredit Celcom

Pernah anda mengalami tak boleh call/telepon kerana kredit low ketika masa-masa kecemasan?

Tak usah risau, tatkala memerlukan boleh pula kredit tak mencukupi ataupun tamat tempoh.

Kredit telefon juga adalah salah satu keperluan.

Tetapi pada masa-masa tertentu, kita perlu ada sandaran jika berlaku sebarang kecemasan atau perkara yang tak diingini.

Bagaimana menyelesaikan masalah in? Anda dapat memohon kredit Celcom.

Mahu tahu caranya? Mari lihat perbincangan berikut dibawah ni.


Apa Itu Celcom Kredit Share?

Apa Itu Celcom Kredit Share?

Celcom kredit share iaitu salah satu servis tambahan dari Celcom khusus untuk semua pengguna Celcom Postpaid dan Prepaid.

Dengan servis ini, pengguna Celcom boleh berkongsi kredit sesama pengguna rangkaian Celcom yang lain dengan cepat dan mudah.

Dengan Celcom kredit share anda boleh:

  • Berkongsi atau share kredit dengan keluarga dan rakan yang menggunakan rangkaian Celcom.
  • Mohon atau request kredit dari keluarga dan rakan yang menggunakan rangkaian Celcom. (Hanya untuk Celcom Prepaid sahaja).

Terma dan Syarat Celcom Kredit Share

Terma dan Syarat Celcom Kredit Share

Sebelum anda melakukan share kredit Celcom, terdapat beberapa syarat yang anda mesti ketahui:

  • Anda harus berada di Malaysia untuk menggunakan servis ini dan bukan dalam status Roaming.
  • Anda boleh berkongsi kredit dari akaun Celcom postpaid atau prepaid sahaja. (Kecuali pengguna Data Plan dan Celcom Xpax Prepaid Plan).
  • Untuk pengguna Celcom Prepaid, pastikan anda mempunyai baki kredit sekurang-kurangnya RM2 sebelum mula berkongsi kredit.
  • Setiap transaksi yang berjaya akan dikenakan caj perkhidmatan seperti berikut:
    • Caj kredit share : RM 0.50 (Penghantar)
    • Caj credit request : RM0.50 (Penghantar) + RM0.20 (Penerima)
  • Tempoh sah kredit adalah berbeza-beza mengikut kredit amaun seperti berikut:
Nilai KreditTempoh Sah
RM1.00 – RM2.001 hari
RM3.00 – RM25.003 hari

Cara Share Kredit Celcom

Cara Share Kredit Celcom

Cara share kredit Celcom ini, hanya untuk pengguna Celcom ke Celcom sahaja.

Kalau nak share kredit dari Celcom ke nombor lain yang menggunakan rangkaian telco seperti Maxis, Digi, Umobile, TuneTalk, RedOne, XOX dan rangkaian yang lain tak boleh ye.

Berikut terdapat beberapa cara yang dapat anda gunakan untuk share kredit Celcom ke Celcom:

1. Cara Share Kredit Celcom Melalui Dail

Bagaimana caranya? Anda dapat ikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Pertama sekali, buka menu dail call pada telepon bimbit anda.
  • Selepas tu, anda taip ke *365*3#.
  • Kemudian, tekan 1 untuk share kredit dan tekan 2 untuk request kredit.

2. Cara Share Kredit Celcom Melalui SMS

Bagaimana nak share kredit celcom melalui SMS? Anda dapat ikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Taip RM<jumlah yang mahu dikongsi> dan hantar SMS ke 1<nombor penerima>

Contoh: RM10 dan hantar SMS ke 10191234567

3. Cara Request Kredit Celcom

Bagaimana nak request kredit celcom? Anda dapat ikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Taip RM<jumlah yang mahu dimohon> dan hantar SMS ke 1<nombor penghantar>

Contoh: RQ RM10 dan hantar SMS ke 10191234567

Pastikan anda jangan lupa letak nombor 1 dihadapan nombor penerima. Jika transaksi berjaya, anda akan menerima SMS seperti berikut:

RM0. TQ for using Celcom Credit Share svc. You’ve transferred RM5 to 0191234567. Your current bal on 25/03/20 is RM30.00. RM0.50 svc charge has been deducted from your account.


Cara Share Kredit Celcom ke Indonesia

Cara Share Kredit Celcom ke Indonesia

Ramai yang bertanya bagaimana caranya kalau nak share kredit Celcom ke Indonesia? Boleh sahaja.

Bahkan bukan Indonesia sahaja, anda boleh share kredit Celcom ke semua rangkaian telco terpilih di seluruh Asia dengan menggunakan International Credit Share.

Kalau ke Indonesia, anda boleh share kredit Celcom ke:

  • Telkomsel Kartu AS.
  • Telkomsel Simpati.
  • XL Axiata.
  • Bakrie Esia.
  • Hutchison Three.
  • Indosat.
  • Indosat IM3.
  • Indosat Mentari.
  • SmartFren.

Lantas, bagaimana nak menggunakannya? Anda dapat ikuti langkah-langkah berikut ini:

1. Cara Share Kredit Celcom ke Indonesia Melalui Dail

Bagaimana nak share kredit celcom ke Indonesia melalui dail? Anda dapat ikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Pertama sekali, buka menu dial call pada telepon bimbit anda.
  • Kemudian, taip *162*3# Masukan Nomor Indonesia <62xxxxxxxxxxxx>
  • Selepas tu, anda pilih nilai pengisian kredit.

Contoh: *162*3#6212345678912 dan tekan butang dial

2. Cara Share Kredit Celcom ke Indonesia Melalui SMS

Bagaimana nak share kredit celcom ke Indonesia melalui SMS? Anda dapat ikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Taip SEND/KIRIM/SHARE/KONGSI(spasi)Nomor Telepon Penerima(spasi)Pilihan nilai pengisian kredit dan hantar SMS ke 22162

Pastikan, anda jangan lupa letak kod negara 62 dihadapan nombor penerima kredit.

Contoh: SHARE 6212345678912 5 dan hantar SMS ke 22162

3. Pilihan dan Nilai Pengisian Kredit

Boleh rujuk jadual berikut untuk pilihan dan nilai pengisian kredit:

PilihanNilai Pengisian Pulsa
1IDR5,000
2IDR10,000
3IDR20,000
4IDR25,000
5IDR50,000
6IDR100,000

Cara Share Kredit Celcom ke Negara Lain di Asia

Cara Share Kredit Celcom ke Negara Lain di Asia

Dengan servis ini, anda boleh share kredit Celcom ke semua rangkaian telco terpilih di seluruh Asia.

Berikut kami senaraikan nama dan telco yang terpilih untuk setiap negara untuk rujukan bersama:

NegaraTelco Terpilih
BangladeshBangladesh Airtel, Bangladesh Banglalink, Bangladesh GrameenPhone, Bangladesh Robi Axiata
CambodiaCambodia CamGSM (Mobitel), Cambodia Metfone, Cambodia Smart Axiata
ChinaChina Mobile, China Telecom, China Unicom
IndiaIndia Aircel, India Bharti Airtel, India BSNL, India Idea Cellular, India Loop Mobile, India Reliance Communications, India Tata Teleservices, India Uninor, India Videocon, India Vodafone
IndonesiaIndonesia Bakrie Esia, Indonesia Hutchison Three, Indonesia Indosat, Indonesia Indosat IM3, Indonesia Indosat Mentari, Indonesia SmartFren, Indonesia Telkomsel Kartu AS, Indonesia Telkomsel Simpati, Indonesia XL Axiata
MyanmarMyanma Post & Telecommunications, Myanmar Telenor
NepalNepal Ncell, Nepal Telecom GSM
PakistanPakistan Mobilink, Pakistan Telenor, Pakistan Ufone, Pakistan Warid, Pakistan Zong
PhilippinesPhilippines Globe Telecom, Philippines Smart Communications, Philippines Sun Cellular
Sri LankaSri Lanka Airtel, Sri Lanka Dialog Axiata, Sri Lanka Etisalat, Sri Lanka Hutchison, Sri Lanka Mobitel
ThailandAdvanced Info Service, Thailand Dtac, Thailand True Move
VietnamVietnam Beeline, Vietnam EVN Telecom, Vietnam Mobifone, Vietnam Mobile, Vietnam S-Fone, Vietnam Viettel Mobile, Vietnam Vinaphone

Selain tu, terdapat juga senarai kod dail dan kod negara, seperti:

NegaraUSSD CodeKod Negara+No Telefon
Bangladesh*162*1#<880xxxxxxxxxxxx>
India*162*2#<91xxxxxxxxxxxx>
Indonesia*162*3#<62xxxxxxxxxxxx>
Pakistan*162*4#<92xxxxxxxxxxxx>
Philippines*162*5#<63xxxxxxxxxxxx>
Thailand*162*6#<66xxxxxxxxxxxx>
Vietnam*162*7#<84xxxxxxxxxxxx>
China*162*8#<86xxxxxxxxxxxx>
Sri Lanka*162*9#<94xxxxxxxxxxxx>
Nepal*162*10#<977xxxxxxxxxxxx>
Cambodia*162*11#<855xxxxxxxxxxxx>
Myanmar*162*12#<95xxxxxxxxxxxx>

1. Cara Share Kredit Celcom ke Negara Lain Melalui Dail

Bagaimana nak share kredit celcom ke negara lain melalui dail? Anda dapat ikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Taip <SEND/KIRIM/SHARE/KONGSI>(spasi)<Nombor penerima>(spasi)<Nilai Pengisian>(spasi) hantar SMS ke22162.

2. Cara Share Kredit Celcom ke Negara Lain Melalui SMS

Bagaimana nak share kredit celcom ke negara lain melalui SMS? Anda dapat ikuti langkah-langkah berikut ini:

  • Pertama sekali, anda dial *162# atau *141*7#.
  • Masukkan nombor penerima bermula dengan kod negara.
  • Kemudian, anda pilih nilai pengisian kredit.

Daily Limit Share Kredit Celcom

Daily Limit Share Kredit Celcom

Terdapat daily limit untuk penggunaan Celcom kredit share yang berbeza mengikut jenis plan dan permintaan pengguna.

Sila rujuk jadual berikut untuk mengetahui daily limit yang berkaitan dengan Celcom plan masing-masing.

Daily Limit
Prepaid to PrepaidPostpaid to Prepaid
Maximum RM100 sehari
(RM25 per transaksi)
RM50 sehari
(RM25 per transaksi)

Proses perkongsian atau share kredit Celcom boleh menjadi penyelesaian sekiranya anda kehabisan kredit.

Share kredit juga boleh menjadi penyelesaian bagi anda yang memiliki kredit banyak dan ingin berkongsi dengan orang lain.

Selamat mencuba dan semoga berjaya 😀

Leave a Comment