Kredit Tune Talk anda habis, macam mana nak pinjam kredit Tune Talk?
Pay Later iaitu perkhidmatan yang disediakan oleh Tune Talk yang membolehkan pelanggan prabayar Tune Talk meminta pendahuluan kredit (pinjaman) untuk akaun mereka.
Pinjaman Pay Later boleh anda gunakan untuk data, panggilan suara dan menghantar SMS.
Anda juga boleh melanggan pakej data menggunakan aplikasi Tune Talk Pay Later.
Lantas, bagaimana cara nak pinjam kredit Tune Talk? Mahu tahu? Mari lihat perbincangan berikut.
Contents
Cara Pinjam Kredit Tune Talk
Anda boleh dapati aplikasi Tune Talk Pay Later di AppStore atau Google Playe Store.
Sila muat turun terlebih dahulu, kemudian pasang aplikasi tersebut pada telefon bimbit anda.
Selepas tu, ikuti langkah-langkah cara pinjam kredit Tune Talk berikut:
- Pertama sekali, buka aplikasi Tune Talk Pay Later anda.
- Masukkan maklumat pendaftaran anda secara detail.
- Selepas daftar anda selesai, anda boleh memilih peroduk pinjaman yang tersedia untuk anda bermula dari RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM50.
- Anda juga boleh dail *127# untuk menggunakan Pay Later melalui USSD.
- Selesai.
Baca juga : Cara Topup Tune Talk
Cara Membayar Pinjam Kredit Tune Talk
Setiap pinjaman memiliki tempoh bayaran balik selama 21 hari. Anda dijangka membayar balik pinjaman secepat mungkin.
Pinjaman dibayar balik secara automatik apabila anda menambah nilai seterusnya.
Baca juga panduan : Cara Check Baki Tune Talk
Jumlah Tune Talk Pay Later
Tune Talk menyediakan jumlah yang tersedia yang diminta oleh pelanggan prabayar, iaitu:
- RM1
- RM5
- RM10
- RM20
- RM50
Nota: Perhatikan, bahawa kelayakan amaun bergantung pada tahap anda dalam bayar kemudian.
FAQ Tune Talk Pay Later
Terdapat beberapa soalan lazim berkaitan dengan Tune Talk Pay Later, iaitu:
1. Adakah Saya Mesti Membayar Sebarang Yuran Perkhidmatan Tambahan atau Faedah?
Ya, terdapat bayaran 20% untuk setiap transaksi.
2. Bolehkah Saya Mempunyai Lebih Dari Satu Pinjaman Pada Satu Masa?
Tidak, anda mesti membayar balik pinjaman tertunggak anda sebelum Anda boleh menambah nilai semula dengan bayar kemudian.
3. Siapa Sahaja Yang Layak Mohon Tune Talk Pay Later?
Kelayakan ditentukan oleh Tune Talk dan oleh penyedia pinjaman.
4. Bagaimana Saya Dapat Naik Taraf ke Tahap Lebih Tinggi Dalam Tune Talk Pay Later?
Setiap kali anda membayar balik tepat pada masanya, anda akan memperoleh permulaan untuk membuka tahap seterusnya menjadikan anda layak untuk pinjaman bernilai lebih tinggi.
Itulah beberapa perkongsian maklumat mengenai Cara Pinjam Kredit Tune Talk yang mesti anda ketahui.