Cara Nak Batalkan Jaringan Prihatin YES

Adakah boleh nak batalkan jaringan prihatin YES, jika anda tersalah pilih pakej subsidi ini?

Ya, anda boleh berbuat demikian. Bagaimana cara batalkan jaringan prihatin YES?

Ramai yang telah membuat pendaftaran bantuan Jaringan Prihatin secara tergesa-gesa tanpa membuat perbandingan dan pilihan yang tepat.

Maka, berlaku kesilapan semasa membuat pendaftaran dan memilih pakej yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi.

Untuk makluman anda, anda boleh membuat pembatalan pakej yang telah didaftarkan.


Cara Batalkan Jaringan Prihatin YES

Cara Batalkan Jaringan Prihatin YES

Berikut adalah cara untuk batalkan dan pendaftaran semula syarikat telekomunikasi:

  • Sila hubungi syarikat telekomunikasi yang telah anda daftarkan untuk Program Jaringan Prihatin tempoh hari.
  • Batalkan pelan Jaringan Prihatin yang sedang anda langgani.
  • Lakukan pendaftaran semula dengan syarikat telekomunikasi baharu setelah 30 hari dari tarikh langganan terakhir anda.

NOTA: Anda layak untuk menukar sebanyak maksimum 3 kali sepanjang Program Jaringan Prihatin selepas 30 hari dari tarikh pendaftaran.


Soalan Lazim

Terdapat beberapa soalan lazim mengenai cara batalkan jaringan prihatin YES, iaitu:

1. Adakah Semua Layak Tebus Bantuan Jaringan Prihatin?

Hanya penerima BPR layak menerima subsidi Jaringan Prihatin.

Abu telah berdaftar dengan dengan syarikat A, tetapi masih belum tebus pakej yang ditawarkan, boleh ke Abu nak tukar ke syarikat B? Ya boleh.

2. Macam Mana Cara Nak Tukar ke Syarikat B?

Sila hubungi syarikat A untuk urusan pembatalan, kemudian sila daftar dengan syarikat telekomunikasi B setelah 30 hari dari tarikh langganan terakhir anda.

3. Berapa Kali Had Maksimum Untuk Tukar Pelan Syarikat Telekomunikasi?

3 kali sepanjang program ini.

Baca juga : Cara Tebus Jaringan Prihatin YES


Itulah beberapa perkongsian maklumat mengenai Cara Nak Batalkan Jaringan Prihatin YES.

Semoga maklumat yang kami kongsikan di atas bermanfaat dan sila pilih pakej internet kegemaran anda mengikut keperluan anda. 😀

Leave a Comment