Adakah anda pelanggan baharu Tune Talk dan ingin mengetahui macam mana cara langgan internet Tune Talk prepaid?
Tune Talk adalah perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia yang mempunyai ramai pengguna.
Tune Talk sentiasa menggembirakan pelanggannya kerana menawarkan pelbagai pakej Internet yang murah.
Tune Talk juga menyediakan aplikasi yang berfungsi untuk menyemak baki akaun, top up, dan lain lain.
Ramai pelanggan tertanya-tanya bagaimana cara langgan internet Tune Talk prepaid. Mahu tahu? Mari lihat perbincangan berikut.
Contents
Cara Langgan Internet Tune Talk Prepaid
Terdapat beberapa kaedah yang dapat anda lakukan untuk langgan internet Tune Talk Prepaid, iaitu:
1. Cara Langgan Internet Tune Talk Prepaid Melalui Dail
Jika anda mahu langgan internet tune talk prepaid melalui dail, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Pertama sekali, anda dail *111#.
- Pilih nombor 3 (Data Plan).
- Pilih Jenis Pakej yang anda inginkan (Daily, Weekly, atau Monthly).
- Misal, 2. Weekly.
- Seterusnya, pilih Pakej Internet yang anda inginkan.
- Ikuti langkah-langkah seterusnya untuk mengesahkan.
- Tunggu beberapa saat.
- Selesai.
2. Cara Langgan Internet Tune Talk Prepaid Melalui Baucar
Anda boleh reload data internet Tune Talk melalui baucar. Sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Pergi ke tempat menjual baucar terdekat.
- Pilih Pakej Internet yang anda inginkan.
- Selepas tu, dail *122*16 digit PIN baucar#.
- Tunggu beberapa saat untuk mengesahkan.
- Selesai.
Contoh: *122*6783973423432217#
3. Cara Langgan Internet Tune Talk Prepaid Guna Aplikasi
Anda boleh muat turun aplikasi Tune Talk terlebih dahulu di Google Playstore atau App Store.
Selepas tu, sila install atau pasang aplikasi tersebut di telefon bimbit anda.
- Buka aplikasi Tune Talk anda.
- Klik butang (+) pada bahagian kanan bawah.
- Kemudian, anda klik Subscription.
- Pilih Jenis Pakej yang anda inginkan.
- Pilih Pakej Internet sesuai kebutuhan anda.
- Sila pilih Metode Pembayaran yang anda inginkan.
- Selesai.
Baca juga panduan : Cara Langgan Internet Tune Talk Unlimited
FAQ Tune Talk
Berikut ini soalan lazim berkaitan dengan Langgan Internet Tune Talk, iaitu:
1. Adakah Pelan Tarif Prabayar Yang Ditawarkan Oleh Tune Talk?
Bercakap jauh dengan pelan tunggal memberikan anda kadar panggilan dan SMS terendah.
2. Bagaimana Cara Saya Mendaftar Untuk Topup Auto?
Anda boleh klik pautan ke akaun Paypal, CIMB Clicks atau BIG untuk mendaftar bagi perkhidmatan Topup Auto.
Untuk mendaftar melalui PayPal, pastikan anda telah mengaktifkan akaun Tune Talk Self Care anda.
Untuk memastikan keselamatan, anda memerlukan kata laluan Tune Talk Self Care anda untuk melengkapkan pendaftaran.
3. Bolehkah Perkhidmatan Prepaid Tune Talk Saya Dinyahaktifkan?
Tempoh tangguh Tune Talk iaitu 45 hari selepas tamat tempoh sah. SIM anda akan menjadi tidak boleh digunakan jika anda gagal menambah nilai kredit anda dalam tempoh tangguh.
Selepas akaun anda diputuskan sambungan, anda perlu membeli simkad baharu dan anda tidak akan mendapatkan semula nombor anda.
Itulah beberapa perkongsian maklumat mengenai Cara Langgan Internet Tune Talk Prepaid Percuma.