Cara Bayar Bil U Mobile

Bagaimana nak bayar bil U Mobile online?

Rata-rata pengguna U Mobile masih lagi tidak gunakan kemudahan yang ada.

Masih lagi ada yang bayar melalui kiosk, secara walk-in di kaunter. Sebenarnya, cara tersebut sudah tidak perli lagi.

Bukan U Mobile saja. Bil-bil utiliti yang lain seperti bayar bil elektrik, bil air, bil astro semuanya boleh bayar melalui hujung jari sahaja.

Jadi, kenapa masih nak gunakan cara lama?

Di sini, aku nak kongsikan bagaimana korang boleh buat bayaran bil U Mobile secara online sahaja tanpa perlu pergi ke mana-mana.


1. Cara Bayar Bil U Mobile Melalui Website

Berikut, langkah-langkah yang dapat anda lakukan untuk bayar bil U Mobile melalui website:

  • Pertama sekali, anda layari laman rasmi https://www.u.com.my/
  • Lepas login, kemudian anda klik pada menu Pay Bill.
    Cara ke-1 Bayar Bil U Mobile Melalui Website
  • Di sini korang perlu masukkan detail korang seperti emel, jumlah bayaran dan jenis kad pembayaran sama ada Visa, Master Card atau American Express. Lalu, klik Pay Now atau Continue.
    Cara ke-2 Bayar Bil U Mobile Melalui Website
  • Pada step ini pula, korang perlu masukkan detail info kad bank korang. Jangan risau pembayaran ni selamat dan secure. Dan klik butang Submit.
    Cara ke-3 Bayar Bil U Mobile Melalui Website
  • Sebaik saja klik pada butang submit, ia akan keluar satu popout windows seperti berikut. Lalu, korang perlu masukan MSOS Code.
  • Lepas masukkan kod tadi, klik butang OK. Jika kod tiada sampai, jangan risau. Korang boleh klik butang Resend MSOS Code untuk dia resend balik.
    Cara ke-4 Bayar Bil U Mobile Melalui Website
  • Jika tiada masalah, maka pembayaran korang selesai seperti berikut ini.

MSOS Code adalah sebuah kod keselamatan. Kod ini hanya dihantar secara SMS melalui telefon korang yang berdaftar semasa buka akaun bank online.


2. Cara Bayar Bil U Mobile Melalui Maybank2u (JomPAY)

Sebelum korang nak bayar melalui Maybank2u ni, pastikan korang ada bil U Mobile sama ada yang dihantar melalui surat pos atau emel.

  • Pertama sekali, anda log masuk kedalam akaun Maybank2u.
  • Selepas tu, anda pilih menu Pay & Transfer.
    Cara ke-1 Bayar Bil U Mobile Melalui Maybank2u
  • Kemudian, korang akan tengok halaman seperti berikut.
    Cara ke-2 Bayar Bil U Mobile Melalui Maybank2u
    1. Pilih Tab Pay.
    2. Pay From, pilih akaun bank korang.
    3. Pay To, sila pilih JomPay sebab pihak U Mobile menyediakan bayaran dengan JomPay.
    4. Dan akhir sekali korang masukkan Biller Code. Dimana nak dapatkan biller kod ni?
    5. Biller Code ni, korang boleh dapatkan di bil U Mobile korang. Biasanya dia terletak di bawah kanan.
    Cara ke-3 Bayar Bil U Mobile Melalui Maybank2u
    6. Rasanya untuk Biller Code ni sama je iaitu 88880.7. Lepas masukkan biller code, klik je Enter.
  • Seterusnya, dia akan keluar popout seperti pada gambar berikut.
    Cara ke-4 Bayar Bil U Mobile Melalui Maybank2u
    1. Pada ref-1 masukkan seperti yang ada di bil korang tu. Ia ada dekat dengan biller code tadi.
    2. Untuk Pay Amount, masukkan jumlah yang nak dibayar.
    3. Klik Tick pada terma dan syarat dan klik pada butang hijau Pay.
  • Lalu, klik pada butang REQUEST untuk dapatkan nombor TAC. Nanti nombor TAC akan dihantar pada telefon korang.
    Cara ke-5 Bayar Bil U Mobile Melalui Maybank2u
  • Bila sudah dapat nombor TAC yang dihantar melalui SMS, masukkan je nombor TAC itu dan klik pada butang CONFIRM.
    Cara ke-6 Bayar Bil U Mobile Melalui Maybank2u
  • Berjaya!

3. Cara Bayar Bil U Mobile Melalui CIMB Click (JomPAY)

Cara untuk menggunakannya:

  • Pertama sekali, anda login kedalam akaun CIMB Click korang.
  • Pada dashboard CIMB Click, lihat menu sebelah kiri. Klik pada Pay & Transfer > JomPAY.
    Cara ke-1 Bayar Bil U Mobile Melalui CIMB Click
  • Lalu, korang akan lihat bahagian ni. Untuk bahagian ni, korang perlu isi sikit beberapa info yang ada.
    Cara ke-3 Bayar Bil U Mobile Melalui CIMB Click
    Cara ke-2 Bayar Bil U Mobile Melalui CIMB Click
  • Selepas tu, klik pada Yes untuk bersetuju dengan terma & syarat dan klik pada butang Make Payment.Cara ke-4 Bayar Bil U Mobile Melalui CIMB Click
  • Kemudian, korang akan dibawa ke halaman pembayaran. Di sini kita perlu request nombor TAC dan klik pada butang Confirm.
    Cara ke-5 Bayar Bil U Mobile Melalui CIMB Click

Itulah beberapa kaedah mudah dan pantas untuk melakukan Cara Bayar Bil U Mobile Online.

Selamat mencuba dan mudah-mudahan dapat membantu anda 😀

Leave a Comment