Kalau nak call free ke mana-mana rangkaian, anda boleh cuba aktifkan Volte Digi.
Voice Over LTE atau VoLTE adalah salah satu fungsi untuk mengekalkan line 4G anda semasa dalam panggilan dengan saluran Digi.
Yang paling utama, jika anda menggunakan Digi VoLTE, panggilan suara, panggilan video dan juga SMS adalah percuma.
Untuk makluman, bukan hanya Digi sahaja yang mempunyai VoLTE.
Syarikat telco lain seperti Celcom, Maxis, U Mobile dan lain-lain juga mempunyai fungsi VoLTE.
Contents
Cara Aktifkan Volte Digi Prepaid & Postpaid Melalui MyDigi
Volte akan diaktifkan secara automatik, sekiranya model telefon pintar anda menyokong fungsi Volte.
Bagi semakan secara tepat, anda boleh menggunakan aplikasi MyDigi:
- Pertama sekali, muat turun aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
- Kemudian, pilih pada pautan iOS mahupun Android.
- Selepas tu, anda buka aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.
- Di halaman utama, klik pada butang Menu di sebelah kiri atas.
- Selanjutnya, anda klik pilihan Settings.
- Klik My Subscriptions.
- Di pilihan Volte, anda boleh mengaktifkan fungsi Volte dengan Slide Butang ke kanan.
- Berjaya!
Jika tiada pilihan Volte, kemungkinan besar telefon pintar anda tidak termasuk dalam senarai Supported Device.
Sila check Supported Device untuk Digi Volte di laman web rasmi Digi.
Cara Aktifkan Volte Digi bagi Device iPhone
Sekiranya anda tidak mempunyai aplikasi MyDigi, anda juga boleh aktifkan menerusi Settings di telefon pintar anda.
Bagi pengguna iOS, cara untuk mengaktifkan Volte Digi seperti berikut ni:
- Pertama sekali, tekan pada butang Settings di iOS Device yang anda gunakan.
- Selepas tu, anda pilih pilihan Mobile Data.
- Di halaman seterusnya, tekan pada butang Mobile Data Options.
- Klik pada pilihan Voice & Data di skrin anda.
- Kemudian, klik pada pilihan 4G dan aktifkan Volte.
Cara Aktifkan Volte Digi bagi Device Android
Bagi pengguna Android, cara untuk mengaktifkan Volte Digi seperti berikut ni:
- Pertama sekali, tekan pada butang Settings di telefon pintar anda.
- Selepas tu, anda pilih pilihan Connections.
- Di halaman seterusnya, tekan pada butang Mobile Networks.
- Kemudian, aktifkan Volte Digi anda.
Nota: Tidak ada caj tambahan yang dikenakan.
Sekiranya, telefon pintar anda memang support Volte, anda tidak perlu bayar apa-apa caj pengaktifkan.
Begitu juga penggunaan untuk call dan penghantaran SMS, percuma sahaja.