Cara Aktifkan Simkad YES 4G

Sekarang ramai orang yang menjadi pelanggan baharu simkad YES, kerana pembekal YES 4G menawarkan pelbagai pelan menarik dan harga yang murah.

Jika anda yang baharu sahaja membeli atau mendapat simkad YES. Yang mesti anda lakukan iaitu, anda perlu activate dahulu sebelum guna.

Berikut kami kongsikan langkah-langkah cara aktifkan simkad YES 4G prepaid dan psotpaid secara online.


Cara Aktifkan Simkad YES 4G

Cara Aktifkan Simkad YES 4G

Pertama sekali yang mesti anda sediakan iaitu telefon bimbit yang mempunyai sambungan internet dan aplikasi MyYes.

Anda boleh muat turun aplikasi MyYes di Google Play Store/AppStore. Ikuti panduan cara aktifkan SIMKAD Yes 4G berikut:

  1. Buka aplikasi MyYes anda.
  2. Kemudian, klik New User.
    Cara ke-1 Aktifkan Simkad YES 4G
  3. Selepas tu, anda klik Activate SIM.
    Cara ke-2 Aktifkan Simkad YES 4G
  4. Seterusnya, anda klik Start.
  5. Imbas kod bar yang terdapat di belakang SIM atau masukkan Nombor Siri SIM anda secara manual.
    Cara ke-3 Aktifkan Simkad YES 4G
  6. Anda boleh sama ada menerima nombor telefon yang diberikan atau Switch to Yes dengan memasukkan nombor sedia ada anda dan mengesahkannya.
  7. Pilih Jenis Kad Pengenalan anda.
    Cara ke-4 Aktifkan Simkad YES 4G
  8. Kemudian, anda klik Next.
  9. Sila Scan Kad Pengenalan anda.
  10. Pada Personal Detail, masukkan maklumat mengenai anda secara detail.
    Cara ke-5 Aktifkan Simkad YES 4G
  11. Sila Verify Face Recognition anda.
    Cara ke-6 Aktifkan Simkad YES 4G
  12. Selepas selesai, anda akan menerima mesej pengesahan dan emel.
  13. Seterusnya, klik Login Now.
    Cara ke-7 Aktifkan Simkad YES 4G
  14. Kemudian, masukkan nombor SIMKAD YES 4G anda.
  15. Masukkan Kod TAC yang dihantar ke nombor telefon anda melalui SMS.
  16. Selepas tu, anda klik Next.
  17. Kemudian, klik Get Started.
  18. Tahniah, SIMKAD YES 4G anda berjaya diaktifkan.

Nota: Dengan mengaktifkan perkhidmatan prepaid/postpaid YES, anda mengakui, menerima dan bersetuju untuk terikat kepada Terma dan Syarat Perkhidmatan YES.


FAQ Simkad YES 4G

FAQ Simkad YES 4G

Terdapat beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan simkad YES 4G, iaitu:

1. Apa Itu YES ID?

Nombor telefon anda iaitu YES ID unik yang anda boleh gunakan untuk mengakses rangkaian perkhidmatan yang disediakan oleh YES.

2. Bagaimanakah Cara Saya Mendaftar Perkhidmatan YES 4G?

Anda boleh mendaftar perkhidmatan YES 4G pada laman web rasmi www.yes.my atau anda juga boleh lawati kedai YES terdekat.


Itulah beberapa perkongsian maklumat mengenai Cara Aktifkan Simkad YES 4G Prepaid Postpaid Online.

Semoga maklumat yang kami kongsikan di atas bermanfaat dan sila pilih pakej internet kegemaran anda mengikut keperluan anda. 😀

Leave a Comment