Tune Talk adalah salah satu operator selular terbesar di Malaysia.
Pelbagai program dan pakej telah dilancarkan untuk pengguna setia di Malaysia.
Tetapi, ramai pengguna baharu SIM Tune Talk yang tidak tahu macam mana cara aktifkan simkad Tune Talk.
Jika anda teleh membeli SIM Tune Talk dan mahu membuat pendaftaran untuk pengaktifan.
Berikut adalah beberapa cara aktifkan simkad baharu Tune Talk.
Contents
Cara Aktifkan SIM Tune Talk
Pertama sekali, muat turun aplikasi Tune Talk di Playstore/Appstore, kemudian ikuti langkah-langkah berikut:
- Pertama sekali, buka aplikasi Tune Talk.
- Kemudian, anda klik I’m New User.
- Klik Register/Order a SIM.
- Klik Yes, Register My SIM Now.
- Klik Give me a new number please.
- Pilih Physical SIM, klik Next.
- Klik OK untuk scan barcode, klik allow letakkan kamera ke arah barcode.
- Seterusnya, anda klik Verify Me.
- Pilih dokumen (MyKad/Passport/iKad).
- Letakan kamera ke arah MyKad.
- Maklumat detail MyKad anda akan dipaparkan di skrin telefon bimbit.
- Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti emel, klik Next.
- Klik I’m Ready untuk Face Recognition.
- Ikuti langkah-langkah yang yang perlu dilakukan seperti buka mulut, sehingga berjaya.
- Kemudian, anda klik Next.
- Sila Allow maklumat-maklumat yang diperlukan.
- Seterusnya, anda boleh cari nombor baru yang anda inginkan.
- Selesai.
Cara Dapatkan Nombor Tune Talk Secara Online
Selain tu, anda juga boleh dapatkan nombor Tune Talk anda sendiri. Sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Pertama sekali, layari laman web rasmi https://www.tunetalk.com
- Klik Login pada bahagian kanan atas.
- Kemudian, klik First Time Login/Retrieve Password.
- Lengkapkan borang permohonan secara detail.
- Setelah tu, anda pilih Nombor Pilihan anda.
- Kemudian, anda Cetak Resit anda.
- Pergi ke peniaga Tune Talk terdekat anda.
- Tunjukan resit anda kepadanya.
- Ikuti langkah-langkah seterusnya.
- Selesai.
Baca juga panduan : Cara Beli Internet Tune Talk
FAQ Tune Talk
Berikut terdapat beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan Tune Talk, iaitu:
1. Saya tersalah masukkan PIN ke SIM saya 3 kali. Telefon saya kini dikunci dan tertera PUK1. Macam mana saya membuka kunci kad SIM saya?
Anda memerlukan kunci Unblocking PIN (PUK) yang merupakan kunci 8 digit yang boleh unblocking kad SIM anda. Berikut ini 2 cara dapatkan semula PUK anda:
- SIM Pack: PUK anda dicetak pada kad yang disertakan bersama pek SIM Tune Talk anda.
- Emel: Hantar emel kepada pasukan penjagaan pelanggan kami di [email protected]
2. Adakah saya perlu membayar untuk menala?
Tiada bayaran dikenakan untuk Tune In. Namun, pembekal perkhidmatan asal anda mungkin, jadi sebaiknya semak sebelum anda membuat permintaan.
3. SIM saya dicuri/hilang. Bolehkah saya dapatkan nombor lama saya kembali?
Ya Boleh. Anda perlu mendapattkan SIM gantian daripada mana-mana peniaga kami. Nombor sementara akan diperuntukkan semasa proses pemindahan selesai.
Anda boleh mula menggunakan SIM baharu anda dalam masa 24 jam.
Itulah beberapa perkongsian maklumat mengenai Cara Aktifkan Simkad Tune Talk.
Semoga maklumat yang kami kongsikan di atas bermanfaat dan sila pilih pakej internet kegemaran anda mengikut keperluan anda. 😀