Masa kini, ramai pelanggan simkad ONEXOX atau XOX prepaid dan black postpaid yang ditamatkan perkhidmatan kebelakangan ini.
Kebanyakan alasan yang simkadnya telah diterminate atau expired iaitu kerana lupa topup prepaid dan lupa bayar bil black.
Sebetulnya untuk mengelakkan perkara di atas, anda hanya perlu menambah nilai (topup) walaupun sedikit atau menyemak tarikh luput kad secara berkala.
Namun jika nombor XOX anda disekat, bagaimana cara aktifkan semula nombor XOX? Mahu tahu? Mari lihat perbincangan berikut.
Contents
Cara Aktifkan Semula Nombor XOX Melalui Emel
Berikut adalah penyelesaian mengenai cara dapatkan balik simkad ONEXOX yang telah disekat/terminate, iaitu:
- Hantar emel kepada customer service di [email protected]
- Contoh emel yang mesti anda hantar seperti berikut:
Tajuk: Permohonan pengaktifan semula simkad bernombor (001676543457)
Isi Emel:
Hallo, Saya (Rangga Aditya) no kad pengenalan (6783927365426980) pemilik nombor telefon ONEXOX (001676543456). Bolehkah saya dapatkan semula nombor ONEXOX berkenaan memandangkan nombor itu penting untuk urusan seharian saya. Saya akan membayar segala tunggakan atau caj pengaktifan yang diperlukan untuk mendapatkan semula nombor berkenaan. Saya mengaku kesilapan kerana terlupa untuk tambah nilai/bayar bil bagi nombor berkenaan. Harap pihak tuan dapat memberi maklum balas kepada saya. Terima kasih saya dahulukan.
- Selepas anda menghantar emel tersebut, tunggu 2-3 hari waktu bekerja.
- Biasanya, nombor yang dorman mengambil masa 30 hari sebelum dihantar ke SKMM untuk proses recycle.
- Selesai.
Nota: Pastikan simkad ONEXOX anda masih dalam simpanan, ini kerana anda perlu menyebut nombor siri simkad (ada tulis belakang simkad) kepada juruteknik ONEXOX selepas mereka membalas emel di atas.
Selepas tu, sila Check Baki ONEXOX untuk melihat baki terkini.
FAQ XOX
Terdapat beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan XOX, iaitu:
1. Adakah Caj Jika Saya Ingin Menggantikan SIMKAD Saya?
Untuk kad SIM yang rosak, penggantian boleh dilakukan tanpa sebarang caj.
Bagi kad SIM yang hilang atau dicuri, bayaran sebanyak RM10 akan dikenakan.
2. Adakah Yang perlu Saya Lakukan, Jika Saya Melihat Perkataan SIMKAD Ditolak?
Masukkan kad SIM anda ke dalam peranti lain dan cuba lagi. Jika masalah masih berterusan, lawati XOX centre terdekat.
Di mana anda boleh mendapatkan kad SIM baharu (dengan nombor telefon anda tidak berubah).
3. Saya Kehilangan Handphone, Apa Yang Mesti Saya Lakukan?
Anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan ONEXOX di 1300-888-010.
Kemudian, anda perlu melawat ke Pusat Jagaan XOX terdekat untuk mendapatkan penggantian kad SIM anda.