Anda mungkin tertanya-tanya apa beza air cooler dan portable aircond?
Ramai yang keliru sebenarnya dengan dua barang ini, sampai ada yang dah tersilap beli.
Jadi, sebelum anda buat keputusan nak beli yang mana satu, jom kita kenali dulu beza air cooler dan portable aircond.
Apa sahaja Beza Air Cooler dan Portable Aircond? Mahu tahu? Mari kita semak perbezaannya berikut ini.
Contents
Air Cooler
Fungsi air cooler tak jauh beza dengan kipas. Cuma udara yang keluar dari air cooler terasa lebih sejuk berbanding kipas.
Sebabnya air cooler menggunakan air dan juga air batu.
Anda perlu masukkan air ke dalam air cooler. Setiap air cooler ada kapasiti tangki air yang berbeza.
Jika nak lagi sejuk, masukkan pek ais (air batu). Kalo udah kurang air dan ais memang tak sejuklah jawabnya.
Jadi, anda perlu rajin tambah air dan ais.
Air cooler tak menggunakan elektrik yang tinggi berbanding portable aircond. Harga air cooler juga jauh lebih murah.
Anda boleh dapat dalam RM250.
Cuma penapis air cooler perlu ditukar sebulan sekali untuk pastikan air cooler bersih dan dapat keluarkan udara sejuk.
Dari segi berat, air cooler juga lebih ringan berbanding portable aircond. Walaupun begitu, portable aircond biasanya dilengkapi roda.
Tak perlulah anda nak angkat, melainkan ketika pembelian kali pertama.
Portable Aircond
Jika anda inginkan rasa sejuk seperti aircond dinding, inilah yang perlu anda dapatkan.
Berfungsi sama seperti aircond dinding dengan kekuatan 1 horse power (HP) atau 1.5HP. Cuma portable aircond mudah nak dialih ke mana sahaja.
Menggunakan tenaga elektrik yang lebih tinggi berbanding air cooler. Portable aircond turut disertakan dengan hos ekzos.
Harga portable aircond dalam lingkungan RM800 untuk 1HP dan RM1200 untuk 1.5HP.
JOM BACA : Senarai Portable Aircond Murah di Malaysia
Beza Air Cooler dan Portable Aircond
Berikut terdapat beberapa perbezaan antara air cooler dan portable aircond, iaitu:
1. Air Cooler
2. Portable Aircond
Jika anda memang tak mahu rasa yang terlalu sejuk seperti aircond, anda boleh pakai air cooler.
Tetapi, tambah air dan ais juga satu perkara penting yang perlu diambil kira.
Kalo anda tidak suka nak buat perkara renyah macam tu, seeloknya ambil sahaja portable aircond.